Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
18 October 2017

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 17)

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Bissmillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt..
Disini sy ingin berkongsi kisah keluarga kami dimana adik kami telah terlibat dengan masalah ketagihan dadah jenis ice/syabu..ramai orang sangka siapa yang mengambil dadah tidak akan boleh kembali normal dan menjadi sampah masyarakat. Tp syukur alhamdulillah.. adik kami berjaya diselamatkan..

Adik bongsu sy berumur 26 tahun dan dia telah terlibat dengan masalah ketagihan dadah sejak 5 tahun yg lalu. Dia mula bergaul bebas dan terpengaruh dengan najis dadah ini apabila mula bekerja di bandar dan dipengaruhi oleh kawan. Kami mula perasan dengan perubahan perangai adik kami. Namun tidak pasti pada mulanya apa punca perubahan dirinya yg panas baran, tidak bergaul dengan ahli keluarga, kerap menyendiri dan tidak boleh ditegur kesilapannya.. abg sulung kami mengetahui adik kami terlibat dengan dadah dan telah banyak kali diberi nasihat namun tidak diendahkan. Mak dah abah kami telah mengambil pendekatan untuk sentiase memberi semangat kpd adik kami utk berubah.

Setelah dipujuk akhirnya adik kami mahu untuk dihantar ke pusat pemulihan ahlak. Namun hanya bertahan selama seminggu dan dia lari dari tempat tersebut. Hari demi hari. Adik kami semakin ingin berubah tapi kerana pengaruh kawan2 sekampung menyebabkan dia mengambil najis itu semula. Mak telah menyuruh adik kami berhenti kerja dan duduk dirumah saja bagi mengelakkan dia mempunyai duit untuk beli dadah. Nampak macam berjaya. Tp tidak rupanya. Kawan2 nya telah berkongsi barang tersebut dgn dia.

Pada satu malam. Adik kami telah hilang kawalan dan mula berhalusinasi. Dia telah memukul kawan nya tanpa sebab. Abg kami mengetahui perkara trsebut dan memberitahu keluarga. Kami tidak tahu mcmana hendak rawat adik kami. Sy mula mencari tempat2 pusat rawatan bagi penagih dadah dan menemui Pusat Perubatan Islam Darul Azzikri dan pihak keluarga bersetuju untuk menghantar adik kami. Alhamdulillah. Adik kami pulih sepenuhnya dari najis dadah selepas hampir 3 minggu rawatan. Adik kami yang telah 'hilang' selama 5 tahun kini kembali kepada keluarga. Beliau kini telah menyambung pengajian di sekolah pondok bagi mendalami ilmu agama. Syukur alhamdulillah..

Disini saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan najis dadah, tolonglah jangan buang mereka. Selamatkan lah mereka.. insyaallah mereka boleh boleh kembali normal. Saya amat mengsyorkan untuk menjalani rawatan di pusat perubatan islam darul azzikri ini.

Sekian. Wasalam

Abang - 019 7552355
Kakak - 019 7552354

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Tengku Ridhuan Al-Azzikri

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Zakwan : 010-219 4111

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (21)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (65)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (86)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR