Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
07 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon HAMIL LUAR NIKAH



Petikan artikel dari myMetro Bimbingan Kaunseling Remaja
06/05/2010

Nota : Sampai bilakah kita mahu membiarkan ini berlaku? Mana perginya pegangan agama Islam? Mana perginya didikan agama Islam? Siapa yang bersalah dalam hal ini?

Kawan hamil luar nikah

Soalan :
Dr, saya mempunyai kawan yang hamil anak luar nikah dan kandungannya kini berusia tujuh bulan. Masalahnya sekarang dia tidak tahu bersalin di mana kerana takut keluarganya tahu.
Bagaimana cara saya menolong dia dan ada tidak klinik yang boleh menerimanya bersalin di sana tanpa ke hospital. Ini kerana sepanjang mengandung, baru sekali dia melakukan pemeriksaan di klinik swasta.
Rakan Runsing
Kuala Lumpur

Jawapan :
DR amat mengerti kebimbangan dan ketakutan kawan adik itu. Sewajarnya, sama ada di hospital atau klinik swasta, setiap bakal ibu yang akan melahirkan tetap diterima dan dilayan dengan baik, sama ada anak itu luar nikah atau tidak. Oleh kerana kawan adik pernah melakukan pemeriksaan di sebuah klinik swasta, maka dia boleh melahirkan bayi di klinik itu. Dengan syarat, klinik itu mempunyai kemudahan bersalin. Jika tidak, minta klinik berkenaan merujuk kepada klinik bersalin yang lain. Dr berharap kawan adik itu dapat melahirkan dengan selamat dan mendapat rawatan terbaik. Mengenai langkah seterusnya yang akan diambil kawan adik selepas bersalin nanti, sebaik-baiknya dia memberitahu keluarga mengenai kehamilannya. Keluarga mungkin sukar untuk menerima kenyataan tetapi ia adalah lebih baik daripada terus merahsiakannya sehingga mereka tidak mengetahui perkara sebenar.

Anak yang bakal dilahirkan kawan adik itu adalah suci. hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a di mana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud seperti berikut: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi". Melihat kepada hadith tersebut, jelas sekali bahawa semua anak yang dilahirkan adalah suci sifatnya.

Ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak seseorang anak agar menjadi orang yang berbudi pekerti mulia. Kawan adik adalah sebaik-baik insan yang boleh menjaga dan mendidik anaknya itu. Dr akui, memang wujud, segelintir manusia di kalangan masyarakat umum yang bertanggapan buruk terhadap anak luar nikah. Bagi mereka, anak luar nikah adalah tidak suci, malah, rendah kedudukannya berbanding anak sah taraf. Tanggapan buruk ini perlu dihindari. Sebaliknya, sama-sama membantu serta membimbing ibu dan anak menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Jika kawan adik tidak mahu menjaga anaknya, dia boleh mencari rumah perlindungan. Rumah perlindungan ini bukan untuk menggalakkan seks luar nikah atau berkaitan isu moral semata-mata, tetapi pilihan terbaik bagi mengelak daripada bayi itu dibuang dan mati. Peranan adik dalam membantu kawan adalah penting dalam dirinya menghadapi saat-saat sukarnya. Ketika ini dia sangat memerlukan orang yang dapat membimbingnya ke arah yang betul. Proses ini bukanlah mudah tetapi amat penting dan jika tersilap langkah hanya akan menyebabkan kekesalan seumur hidup. Dr doakan adik dan kawan adik itu dapat mengambil tindakan yang tidak akan disesali dan dapat memberi makna dalam kehidupan kalian di kemudian hari.

Darul Azzikri PostHeaderIcon MAHU TEGUR IBU BAPA TAK SOLAT


Petikan artikel dari myMetro Bimbingan Kaunseling Remaja
06/05/2010
Nota: Apalah yang dah jadi pada bangsa Melayu yang mengaku berugama ISLAM sekarang ini?

Mahu tegur ibu bapa tak solat

Soalan :
SAYA pelajar IPTA dan ingin tahu bagaimana caranya menegur keluarga supaya mereka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Mereka semua tidak sembahyang sehinggakan apabila saya balik ke rumah, saya juga selalu tertinggal solat. Di universiti pula, saya tidak pernah meninggalkannya.

Buat pengetahuan Dr, saya bahagia dengan keluarga tetapi mereka tidak menunaikan tanggungjawab seorang hamba Allah.

Ia sangat menyedihkan saya. Saya mahu buat yang terbaik untuk mereka tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Bantulah saya Dr.

JAWAPAN 2:
UNTUK menegur ibu bapa yang tidak menunaikan solat memerlukan banyak kesabaran. Proses menegur itu hendaklah dilakukan secara hikmah dan penuh dengan kebijaksanaan.

Cara terbaik yang boleh adik lakukan ialah dengan menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan ibu bapa adik. Apabila tiba waktu solat, ajaklah mereka turut bersolat bersama adik. Dengan itu, adik wajib menunaikan ibadat sembahyang di mana pun adik berada.

Seterusnya, adik boleh bercerita kepada kedua ibu bapa mengenai kelebihan solat dan bahaya orang yang meninggalkan solat. Adik juga boleh berhubung dengan pihak-pihak yang boleh menasihati mereka seperti ustaz, ustazah atau orang-orang yang dihormati.

Apa yang penting, adik perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya membuka hatinya ke arah petunjuk dan jalan yang lurus.

Untuk mendapat makluman lanjut mengenai masalah adik, adik juga boleh merujuk kepada buku-buku seperti 40 Peranan Ibubapa Mithali, 20 Sifat fitrah Anak, 20 Kesilapan Ibubapa dan 40 Peranan Anak Mithali.

Darul Azzikri PostHeaderIcon ENGGAN TERUS BERZINA


Petikan artikel dari myMetro Bimbingan Kaunseling Remaja
06/05/2010

Nota: Lihatlah apa yang dah berlaku pada masyarakat Melayu Islam kita.

Enggan terus berzina

Soalan:
SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun dan mempunyai masalah yang sudah setahun menghantui hidup saya.
Saya mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, dia mempunyai pendapatan lumayan hasil daripada kerjanya sebagai pemandu pelancong dan pemandu kenderaan apabila ada orang ingin melancong ke negara jiran.

Buat pengetahuan Dr, kami sudah berulang kali terlanjur. Saya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin bagi mengelakkan kami terus dibelenggu dosa dan dia bersetuju.

Namun, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin, keluarga menentang dengan alasan saya masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Disebabkan tentangan keluarga itu, saya pernah terfikir untuk bernikah di Siam. Namun, apabila memikirkan keluarga, saya membatalkan hasrat itu.

Saya berulang kali memujuk keluarga tetapi tidak berhasil. Saya dan kekasih cuma inginkan hubungan yang halal bagi kami dan ingin mengakhiri episod dosa yang kami lakukan.
Dr, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya patut bernikah saja di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau kami terus dengan hidup yang penuh dosa jika saya perlu menunggu pihak keluarga memberikan restu kepada hubungan kami.

Gadis Keliru.
KEDAH

JAWAPAN:
ZINA adalah terlarang dan perlu dijauhi. Firman Allah dalam surah Al-Israa, ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".

Memandangkan adik dan kekasih sudah terlanjur, pengurusan masalah perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dan berlandaskan agama. Niat adik untuk berkahwin adalah baik.

Perkahwinan disyariatkan oleh al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama. Firman Allah, "Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan..." (Surah An-Nur : 32) .

Perkahwinan yang tidak mendapat restu keluarga dan kahwin lari sering kali membawa kesan yang lebih banyak buruk dari baiknya.

Justeru, apabila adik membatalkan niat untuk tidak kahwin lari di Siam, tindakan adik itu adalah rasional. Perkahwinan direstui ibu bapa adalah perkahwinan yang berkat dan boleh membawa kebahagiaan rumah tangga.

Dr tidak tahu apa sebenarnya yang adik jelaskan kepada ibu bapa apabila memujuk mereka untuk membenarkan adik berkahwin dengan teman lelaki. Adakah adik jujur dengan menceritakan bahawa adik sudah beberapa kali terlanjur atau tidak?

Ini kerana, maklumat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sesuatu keputusan yang bijak tidak boleh diambil.

Oleh itu, perancangan yang rapi sangat penting dalam sesuatu proses perundingan kerana ia adalah proses memujuk dan adik perlu melihat isu sebenar penolakan ke ibu bapa terhadap perkahwinan adik. Begitu juga apakah tindakan atau tawaran terbaik yang adik boleh berikan kepada mereka.

Penolakan daripada ibu bapa dengan alasan adik masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap adalah berlandaskan kasih sayang dan keinginan mereka melihat adik bahagia.

Justeru, apabila adik ingin memujuk, perlu ada persiapan rapi dengan memberitahu mereka akan segala perancangan dari sudut pelajaran dan kerjaya kekasih. Biar mereka yakin dengan perancangan masa depan kalian. Ini kerana keyakinan itu adalah sangat penting untuk mereka menyetujui hubungan adik berdua.

Pilihan sama ada bernikah di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau terus hidup bergelumang dosa jika perlu menunggu restu keluarga menunjukkan seolah-olah adik sudah membuat keputusan.

Dalam hal ini, adik perlu melihat alternatif lain seperti mencari penyelesaian kepada faktor-faktor penyebab keluarga menghalang, meminta kekasih mencari pekerjaan yang tetap atau menceritakan sebab sebenar adik ingin berkahwin.

Langkah itu akan membuka peluang kepada perbincangan yang lebih baik dengan ibu bapa dan kebarangkalian untuk mendapatkan persetujuan daripada mereka adalah tinggi.

Adik juga boleh berjumpa dengan Jabatan Agama untuk mendapatkan nasihat dan maklumat terperinci mengenai perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa tetapi perlu untuk mengelak daripada berterusan melakukan dosa.

Darul Azzikri PostHeaderIcon PELAJAR BERSALIN DALAM TANDAS

Pelajar bersalin dalam tandas

2010/05/06

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut.

Katanya, sementara menunggu giliran untuk diperiksa, secara tiba-tiba pelajar tingkatan empat itu tergesa-gesa ke tandas klinik berkenaan kononnya mahu membuang air selepas mendakwa perutnya memulas.

“Bagaimanapun, helah pelajar terbabit terbongkar selepas rakannya yang mengesyaki sesuatu berlaku terhadap remaja itu ke tandas berkenaan untuk melihat keadaannya,” katanya.

Menurutnya, ketika memasuki tandas, rakan pelajar terbabit panik selepas mendapati terdapat seorang bayi bersama remaja terbabit yang ketika itu masih lemah selepas bersalin.

“Berikutan itu, rakannya segera memaklumkan kepada guru dan kakitangan klinik yang segera ke tandas berkenaan sebelum bertindak pantas menyelamatkan ibu muda dan bayi berkenaan,” katanya. Katanya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk pemeriksaan lanjut.

Ulasan saya :
Petikan artikel diatas diambil dari Harian Metro Online bertarikh 06/05/2010. Lihatlah apa yang dah jadi pada masyarakat Melayu kita yang berugama ISLAM sekarang ini. Perlukah kita hanya berdiam diri sahaja dan sekadar membaca sahaja artikel berita ini? Tidak pernahkah kita terfikir sekiranya ini berlaku pada anak-anak kita atau ahli keluarga kita? Apa akan jadi pada generasi kita yang akan datang?

Bagi saya ini semua terjadi kerana tiadanya didikan agama, bukan saja pada si pelaku tetapi kepada ibubapa dan masyarakat keseluruhannya. Ulama-ulama serta ustaz-ustaz tidak pernah terfikir untuk menjalankan dakwah menyebarkan pengetahuan agama islam kepada masyarakat sehingga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak mulia hasil dari SOLAT, ZIKIR dan DOA.

Sampai bila perkara-perkara seperti ini harus kita diamkan dan hanya menyalahkan antara satu sama lain? Menunding jari pada satu sama lain? Mana peranan kita sebagai umat islam? Mana peranan kerajaan? mana peranan ulama-ulama dan ustaz-ustaz untuk memberi didik islam dan menyebarkan dakwah? mana peranan ibubapa dan masyarakat untuk mendidik?

Apa peranan ugama islam dalam pendidikan dan masyarakat? Mana dicampak? Mana nilainya? Tiada lagikah nilai-nilai dakwah islam? Atau islam hanya dimasjid-masjid, surau-surau atas ceramah-ceramah dikaca tv yang tidak ramai mahu menontonnya? Siapa yang mahu datang kepada masyarakat untuk menyampaikan nilai-nilai akhlak islam?

Renungkan dan tanya pada diri kita sendiri. Jangan sampai masyarakat serta ugama islam sudah hancur baru kita nak sedar.

Wallahu A'lam...

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (4)
  • (2)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (90)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
  • (10)
  • (12)
  • (1)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR