Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

AHLAN WA SAHLAN!

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

TRANSLATOR

PELAWAT

Bermula Dari 27/04/2010
Anda Pengunjung Ke:

web page counter

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader
07 November 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon JIN KETAWA PERAWAT BACA QURSI SALAH, BENARKAH?


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah, pada 3hb Nov lepas JAIS telah mengadakan seminar berkenaan rawatan islam dan alternatif. Semua perawat seluruh negeri Selangor dijemput hadir bagi menjayakan seminar tersebut. Dikesempatan ini juga saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak JAIS yang telah bersusah-payah menganjurkan seminar seperti ini yang amat memberi makna serta manfaat kepada kami.

Didalam seminar tersebut, salah seorang perawat telah menyarankan agar semua perawat memperbetulkan bacaan ayat Qursi kerana berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang pernah mengalami diketawakan oleh jin yang merasuk pesakit kerana bacaan Qursi yang salah. Selalu juga kita dengar cerita seperti ini atau melihat sendiri kejadian dimana, mungkin saudara kita sendiri terkena sihir apabila dibawa kepada perawat dan dibacakan Qursi lalu jin yang merasuk ketawa dan mengatakan bacaan Qursi atau apa-apa ayat ruqyah yang dibacakan salah cara bacaannya, sebutannya atau sebagainya.

Mengenai masalah ini, suka saya merujuk kepada kertas pembentangan seminar tersebut yang ditulis oleh Y. Bhg. Dato’ Ismail Kamus bertajuk “KEADAAN DAN PERKARA ATAU TINDAKAN YANG MEMBAWA KEPADA PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM PENGUBATAN ALTERNATIF” mukasurat 24 dimana beliau memberi saranan kepada setiap perawat yang ingin menceburi bidang ini mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu, saya merujuk kepada perkara: 5. Mestilah mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai tabiat jin, tipu perdayanya dan pintu-pintu kemasukannya.

Didalam Quran, Allah SWT telah menjelaskan mengenai tipu helah golongan jin syaitan ini :
“Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (QS Al-Baqarah: 209)

“Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta” (QS Ash-Shu'araa: 223)

Sebenarnya, apa yang ingin saya jelaskan disini ialah masalah dikatakan salah bacaan Qursi atau ayat-ayat ruqyah oleh jin yang merasuk tubuh pesakit itu mungkin termasuk dalam tipu-daya jin syaitan agar timbul rasa was-was didalam hati perawat tersebut terhadap bacaannya sehingga jin tadi dapat peluang melepaskan diri dari seksaan diatas bacaan ayat-ayat Quran tadi. Oleh kerana terasa malu dikatakan salah ayat-ayat yang dibacakan atau perawat terhenti bacaan ayat-ayat ruqyah kerana menconggak-conggak dimana letaknya kesalahan dalam bacaan tadi membuatkan jin syaitan tadi dapat melepaskan diri.

Perlulah di ingat bahawa Islam itu berlandaskan rukun iman dan rukun islam. Kesemua 6 Rukun Iman berasaskan KEYAKINAN manakala 5 Rukun Islam pula adalah PERBUATAN yang dilakukan hasil dari keyakinan atas 6 Rukun Iman tadi. Jika jin syaitan yang merasuk tubuh pesakit berjaya memusnahkan keyakinan kita terhadap ayat-ayat Quran yang kita sendiri bacakan, maka tiadalah hasil atau faedahnya bacaan ayat-ayat ruqyah tadi walau habis 30juz quran kita bacakan pasti tiada memberi kesan kepada jin syaitan tadi.

Pendapat saya secara peribadi, perkara ini tidak lansung patut diutarakan kerana saya BERKEYAKINAN PENUH kepada semua perawat islam seluruh negara memang telah memiliki ilmu didalam rawatan islam ini termasuk mempelajari dan menguasai bacaan ayat rukyah dan syifa’. Tidak mungkin seseorang itu sanggup menjadi perawat islam jika tidak mempunyai ilmu itu.

Teringat kembali pesanan Guru-guru saya, “Waktu sedang merawat jangan dilayan cakap-cakap pesakit kerana itu mungkin helah syaitan yang nak melalaikan kamu sebaliknya teruskan apa yang kamu baca (ayat-ayat quran) dan buat (kaedah-kaedah rawatan). Sekali kamu melayan susah kamu nak beri tumpuan semula”.

Firman Allah SWT :
“Dan janganlah Syaitan menghalang kamu; sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (QS Az-Zukhruf: 62)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
06 November 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SALAM AIDILADHA 2011




Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
10 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SIHIR PEMISAH & SIHIR SIMPULAN


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Banyak juga masalah rumahtangga dalam masyarat Malaysia ini. Masalah rumahtangga ini masih menduduki carta no. 1 dan permasalahan tertinggi dalam kes-kes yang saya rawat. Ada yang berpunca dari diri pasangan suami isteri itu sendiri tanpa ada unsur-unsur sihir, ada diantaranya berpunca dari keluarga atau yang tidak mendapat restu ibubapa dan ada juga yang memang berpunca dari sihir.

Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Katakanlah; Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya" (QS Al-Falaq: 1-5)

“Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah...” (QS Al-Baqarah: 102)


Disini saya senaraikan dan cuba memberikan sedikit penerangan serba ringkas berkaitannya, insyaAllah. Antara sihir-sihir rumahtangga ialah :

1. SIHIR PEMISAH (TAFRIQ)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri dengan menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada salah seorang dari pasangan dan mungkin kepada kedua-duanya.

Sihir ini juga digunakan untuk menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya hingga menimbulkan perpecahan diantara anak dengan ibu/bapanya, rakan kongsi perniagaan, sabahat, majikan dan pekerja serta yang seumpamanya.

2. KAWALAN KASIH SAYANG (RIBTU MAWADDAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir menggunakan kaedah-kaedah simpulan seperti didalam surah Al-Falaq ayat 4-5 diatas. Ada diantaranya yang tidak boleh melihat pasangannya sewaktu bertemu atau rasa rimas, kepanasan, tidak selesa dan tidak tenteram ketika berada dekat dengan pasangannya atau merasa benci, miang pada badan dan sakit-sakit ketika melakukan seks tetapi merasa kasih, sayang dan rindu bila berjauhan atau tidak melihat pasangan.

Ada juga diantara yang terkena sihir ini, isterinya terkena gangguan yang dikenali sebagai Gangguan Asyik. Gangguan asyik ialah timbulnya perasaan asyik, cinta dan seronok jin kepada isteri tersebut. Kesannya jin tersebut akan menghalang dari terjadinya hubungan seks antara suami-isteri dengan cara mengikat atau mengawal si isteri yang lama-kelamaan akibat dari sekian lama tidak dapat menjalin hubungan seks maka suami menceraikan isterinya.

Ada juga kes-kes dimana si isteri mengalami pendarahan haid terlalu lama hingga menghalang terjadinya hubungan seks hingga menyebabkan suami hilang sabar dan menceraikan isteri.

3. SIMPULAN CINTA (RIBTU MAHAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dibuat oleh salah seorang pasang kepada pasangannya. Ada isteri yang mengenakan sihir ini kepada suaminya dan sebaliknya. Isteri menggenakan sihir jenis ini agar suami rasa tidak suka dan tiada nafsu kepada madunya atau perempuan lain.

Ada juga suami yang sering berpergian (outstation) dalam masa yang lama atas urusan kerja atau perniagaan mengenakan sihir ini kepada isteri kerana bimbang si isteri akan berlaku curang semasa ketiadaannya.

Bagi jangka masa panjang, sihir ini amatlah merbahaya dari segi kesihatan tubuh badan kerana ia boleh menyebabkan orang yang terkena sihir jenis ini kekal menjadi lemah, lesu dan sebagainya hingga tidak mampu lagi membuat hubungan kelamin, maka sebenarnya sihir ini juga merugikan pasangannya sendiri.

4. SIMPULAN ALAT KELAMIN (RIBTU QUDHAIB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dikena pada alat kelamin suami seolah-olah mati pucuk hingga tidak mampu melakukan hubungan seks. Pada masa-masa lain alat kelamin suami ini berfungsi dan menegang seperti biasa. Sihir jenis ini hanya aktif sewaktu mahu melakukan hubungan seks sahaja.

5. SIMPULAN BELAKANG (RIBTU ZAHRI)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk menimbulkan rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian belakang badan terutama bahagian pinggang. Didapati kesakitan tersebut terjadi apabila pasangan suami isteri mahu melakukan hubungan seks.

6. SIMPULAN RAHIM (RIBTU RAHIM)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menutup pintu faraj isteri sehingga menghalang melakukan hubungan seks. Pernah juga ada kes-kes dimana alat kelamin isteri seakan-akan hilang. Ini biasanya berlaku kepada pasangan yang mahu menikmati malam pertama.

7. SIMPULAN PERANAKAN (RIBTU ANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang boleh menyebabkan isteri menjadi mandul dan merasa sakit dibahagian peranakan. Ada juga diantara wanita yang terkena sihir ini mengalami datang haid yang tidak teratur atau kerap dan agak lama dari yang sepatutnya.

8. SIMPULAN MANDUL (RIBATH THANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah antara salah satu sihir pemisah. Sihir ini menggunakan jin bagi menghalang keluarnya sperma atau menghalang sperma dari memasuki rahim. Antara tujuan perkahwinan adalah mendapatkan zuriat, jika perahwinan yang sudah agak lama tetapi tidak melahirkan zuriat sebagai ikatan suami isteri maka akan timbullah pelbagai masalah yang memporak-perandakan sehingga berlakunya penceraian, dan tercapailah dan terlunaslah dendam orang yang menggunakan sihir ini kepada orang yang dituju.

9. SIMPULAN FIKIRAN (RIBTU FIKRAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menyebabkan si pesakit hilang tumpuan fikiran, banyak berkhayal. Ada juga banyak kes dimana si pesakit seolah-olah mendengar bisikan yang mengatakan pasangannya telah berlaku curang hingga menyebabkan terjadinya pertengkaran akibat tuduhan tadi hingga berlakunya penceraian.

Terdapat juga kes dimana pesakit mendengar bisikan-bisikan menghasut yang menyuruhnya membunuh pasangan yang telah melakukan perbuatan curang. Si pesakit akan menghadapi kemurungan dan gangguan jiwa hingga berbagai-bagai masalah akan timbul apabila terkena sihir jenis ini.

Inilah serba sedikit dan secara ringkas yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan dan petunjuk kepada kita didalam mengharungi kehidupan didunia ini yang penuh dengan pancaroba dan ujian.

Sekiranya terdapatlah tanda-tanda seperti yang diceritakan serba ringkas diatas, maka berusahalah mengubatinya. Datangilah mana-mana pusat rawatan islam yang diyakini yang banyak terdapat sekarang ini. InsyaAllah! Saya berkeyakinan tinggi bahawa semua perawat dari pusat rawatan islam diseluruh Malaysia ini memang berkebolehan, ikhlas dan ingin membantu orang-orang yang mengalami masalah berkaitan sihir bukan bertujuan komersil.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
09 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SUKARNYA MENJADI PERAWAT

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kami perawat-perawat DA ingin memberikan penjelasan walaupun sebelum ini pernah juga saya jelas didalam artikel terdahulu malah secara lisan bila dikunjungi orang-ramai yang ingin mendapatkan rawatan. Apa yang ingin kami jelaskan disini ialah, kami hanya berusaha memberi bantuan atau rawatan sekadar kemampuan dari setitis ilmu yang kami miliki. Tidak pernah kami memberikan jaminan melainkan berkata dengan ucapan INSYA’ALLAH.

Sesungguhnya kami dari DA dan semua perawat-perawat pusat rawatan islam yang lain hanyalah berusaha tetapi Allah SWT jualah yang Maha Meyembuh dan Maha Memakbul segala hajat. Penjelasan ini kami buat berdasarkan pengalaman-pengalaman yang kami alami. Ada yang datang kepada kami caranya seolah-olah terlalu memaksa. Mungkin mereka beranggapan sebaik saja dirawat semua penyakit akan terus sembuh atau menjadi tanpa perlu tunggu atau bersabar walhal sakitnya dah berbulan atau bertahun.

Ada juga kes-kes dimana rawatan telah pun menunjukkan kesan kesembuhan atau orang yang menghilangkan diri telah dapat dihubungi namun kebanyakannya seolah tidak bersyukur tetapi lebih mendesak agar disegerakan kesembuhan atau pulangnya orang yang lari. Saya percaya hal-hal sebegini juga dialami oleh ramai perawat-perawat dari pusat rawatan islam yang lain. Saya bermohon agar kita semua faham bahawa perawat juga seperti doktor hanya berusaha Allah jualah yang menentukan segalanya.

Kebiasaannya, walaupun telah diterangkan dengan panjang lebar kaedah yang digunakan atau rawatan yang diberikan memerlukan masa untuk kesembuhan atau mendatangkan hasil namun sebaik pulang dari rawatan, pesakit atau keluarga tetap juga menghubungi bertalu-talu bertanyakan berkenaan hasil rawatan yang telah diberi.

Kami juga biasa mendengar rungutan pesakit atau keluarganya yang menceritakan berkenaan rawatan yang tak menunjukkan sebarang hasil ketika mendapatkan rawatan dari pusat rawatan lain setelah berhasil dengan rawatan kami. Kami tidak mahu dipuji dan kami juga tidak mahu mendengar umpatan keatas pusat rawatan lain. Sekali lagi saya mewakili semua perawat rawatan islam seluruh Malaysia menegaskan, kami para perawat hanya berusaha membantu dengan cara dan kaedah masing-masing namun Allah SWT jualah yang menentukan segalanya.

Pernah ada kes terpencil dimana kami dikunjungi oleh seorang wanita dari luar negara yang bermasalah dengan teman lelakinya yang tidak mahu bertanggungjawab dan ingin lari dari perkahwinan. Apabila telah berjaya dengan kaedah rawatan kami, telah datang dan meminta izin untuk mendapatkan gambar saya bagi tujuan sembahyang lebih tepat lagi ingin memuja/menyembah gambar saya didalam upacara sembahyangnya atas rasa kesyukuran katanya. Nak pitam saya ketika itu mendengar kenyataannya, menggigil tubuh badan dibuatnya. Kebetulan ketika itu ada sekelurga dari Negeri Sembilan mahu mendapatkan rawatan telah mendengar perbualan kami, malu teramat saya dibuatnya sampaikan cakap english pun jadi hura-hara tunggang-terbalik dibuatnya.

Kami perawat DA, menyusun 10 jari memohon ampunan dan maaf sekiranya ada yang terasa dengan kenyataan ini namun inilah yang patut kami lakukan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” (QS Ali Imraan: 5)

“Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia” (QS Al-Kahf: 44)


“Bahkan Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong” (QS Ali Imraan: 150)

“Dan Dia-lah (Allah) yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia-lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya. (QS Al-An'aam: 18)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

SEARCH

Loading...

AKAN DATANG!



PRODUK TERKINI KAMI. EBOOK BEKAM TERLENGKAP DISERTAKAN DENGAN HADIS DAN DOA-DOA KESEMBUHAN PENYAKIT KETIKA BEKAM SERTA RAJAH TITIK BEKAM SUNNAH YANG DIPETIK DARI KITAB THIBBUN NABAWI DAN TITIK BEKAM ANATOMI TUBUH.
Untuk memperbaiki mutu artikel blog ini, kami amat mengalu-alukan undian anda.

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (14)
  • (16)
  • (1)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (2)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (61)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (65)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)

Blog Archive

Darul Azzikri Back to Top

FOLLOWERS

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR