Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
04 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SAKA


SAKA adalah jin yang berada pada tubuh manusia yang diwarisi turun temurun yang telah sebati di dalam tubuh manusia tersebut. Ia berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak.

Jin tersebut diwarisi apabila nenek moyang mereka telah meninggal dunia. Saka terdiri daripada jin-jin seperti hantu raya, pelesit, bajang, hantu tinggi dan pelbagai lagi.

Terdapat 2 kategori SAKA :
1. SAKA turun-temurun dari zaman nenek-moyang yang mana melebihi 3 generasi.

2. Belaan yang diperolehi oleh datuk atau nenek kita yang melalui tuntutan ilmu dan amalan yang mana memang tidak diterima dari ayah-ibu atau datuk-nenek mereka. Ia diperolehi mereka sendiri.

Kebiasaannya SAKA BELAAN ini diperolehi untuk diri sendiri tetapi apabila susah hendak mati maka saka ini harus disambut atau diterima oleh ahli keluarga sebagai penyambung. Saka/Belaan jenis ini juga akan mencari sendiri penyambungnya dari kalangan ahli keluarga sipembela yang mati tadi walaupun dikatakan telah dibuang oleh sipembela sebelum mati atau dibuang oleh orang yang pandai semasa sipembela susah mati.

Begitulah peranan syaitan yang kerjanya untuk menyesatkan anak cucu ADAM.

Firman Allah :
“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu Dengan keadaan Yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang Yang tidak beriman” (Al-Araaf : 27)

Siapakah Yang Menjadi Sasaran?
Sasaran saka terdiri daripada keturunan pembawa saka dan orang-orang yang dipilih oleh jin itu sendiri.

Tanda-Tanda Orang Yang Mempunyai Saka

Gejala Ketika Tidur
1. Susah tidur malam.

2. Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

3. Mimpi buruk dan menakutkan.

4. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, ular,serigala, tikus dan sebagainya.

5. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

6. Mimpi terjatuh dari tempat tinggi.

7. Berdiri dan berjalan ketika tidur.

8. Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

9. Bermimpi berada di kawasan kotor dan kawasan perkuburan.

10. Mimpi melihat makhluk halus.

11. Mimpi melihat salib atau gereja.

12. Mimpi bertemu paderi.

13. Mimpi melihat budak kecil.

Gejala Ketika Jaga
1. Sering lalai daripada mengingati Allah S.W.T

2. Hilang ingatan (gila).

3. Lesu dan malas.

4. Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.

5. Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.

6. Lenguh sendi-sendi.

7. Melihat sesuatu yang pelik.

8. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).

9. Terasa seolah-olah memijak telur atau batu di bahagian tapak kaki.

10. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.

11. Jiwa lemah.

12. Selalu mengantuk.

13. Mudah marah dan panas baran.

Kesan Dan Akibat
1. Sukar mendapat zuriat.

2. Banyak berlaku perkara ganjil di dalam hidup seseorang.

3. Banyak mengidap pelbagai penyakit.

4. Tidak suka bermasyarakat.

5. Mudah sensitif dan mudah terasa.

6. Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain (bisikan jin dan syaitan).
7. Selalu menangis ketika kecil dan berperangai buruk apabila dewasa.

8. Kehidupan menjadi tegang dan suram.

Wallahu a'lam...

Oleh :


Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR