Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
24 August 2012

Darul Azzikri PostHeaderIcon SALAM LEBARAN 2012/1433



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.


Alhamdulillah! setelah hampir setahun tidak mengemaskini blog, kini Allah SWT telah memberi kesempatan lagi kepada saya untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan anda semua. Rasanya masih belum terlewat untuk saya yang mewakili semua ahli jemaah menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini.

Selama hampir setahun menyepikan diri dari dunia blog kerana dalam tempoh ini saya sering berulang-alik antara Malaysia dan Payakumbuh, Indonesia untuk meneruskan pengajian ilmu. Terlalu banyak yang masih perlu saya pelajari. Dalam masa yang sama sengaja saya nak lihat sambutan pegunjung tanpa artikel-artikel terbaru. Ternyata sambutan yang kami terima agak mengagumkan malah banyak email yang kami terima minta dikemaskinikan artikel blog bagi perkongsian ilmu.

Dalam tempoh ini juga banyak perkara yang terjadi, ternyata kita merancang dan Allah jua merancang tapi perancangan Allah SWT lebih baik. Sepertimana firman Allah SWT :

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan DIA juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNYA. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'". (Ar-Ra'd: 39)

Sepertimana yang terjadi kepada kami yang mana pusat rawatan kami terpaksa ditutup kerana tidak mampu untuk membayar sewa. Almaklum kami tidak menetapkan sebarang jumlah bayaran apabila memberi khidmat rawatan malah kami sesama jemaah yang berkongsi untuk membayar sewa dan segala perbelanjaan. Tiada niat lansung untuk mengaut keuntungan dari rawatan yang diberikan. Oleh kerana kami juga mempunyai tanggunjawab masing-masing manakala perniagaan yang dirancang semata-mata untuk membiayai perbelanjaan pusat rawatan juga gagal, maka terpaksalah pusat rawatan ditutup kerana tiada kemampuan lagi.

Firman Allah SWT :

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Ali Imran: 142)

Namun dengan kebesaran Allah SWT, keluarga salah seorang ahli jemaah telah bermurah hati membenarkan banglonya di Hulu Langat untuk digunakan sebagai pusat rawatan dengan sewa yang jauh lebih murah yang memang tidak masuk akal. InsyaAllah selagi diberikan kelapangan rezeki & sebagainya oleh Allah SWT, kami tetap akan memberikan khidmat rawatan.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir


 
16 September 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon MAAF ZAHIR JE…


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah! Sudah lebih 2 minggu kita menyambut raya. Masih banyak rumah terbuka hari raya yang diadakan sana-sini. Hari raya aidilfitri dan ungkapan Maaf Zahir & Batin seakan terlalu sinonim antara satu sama lain hinggakan jika dilafazkan ungkapan ini pada bulan yang lain seakan janggal pula bunyinya bahkan mungkin juga akan ditegur orang mengatakan bukan hari raya nak ucap maaf sedemikian. Begitulah kita didalam memperkatakan ucapan maaf zahir & batin ini.

Yang lebih teruk lagi, ramai diantara kita yang mengucapkan “selamat hari raya, MAAF ZAHIR JEEE YE… BATIN TAK TAK BOLEH UNTUK SUAMI/ISTERI AKU JE”. Saya berani katakan ramai diantara kita biasa dengar atau terima ucapan sedemikian pada bulan raya ni kerana saya sendiri saban tahun akan menerima atau mendengar ungkapan sedemikian tiap kali bulan raya/syawal.

Sedar atau tidak, setuju atau tidak, bagi sesiapa yang mengucapkan ungkapan sedemikian sebenarnya telah menunjukkan tahap kebodohan serta kejahilan mereka terhadap agama islam itu sendiri. Pertama, mungkin ramai diantara kita tidak sedar bahawa Zahir & Batin itu sendiri adalah antara Asma’ul Husna (nama-nama Allah). Keduanya, mereka tidak memahami lansung maksud ungkapan yang mereka lafazkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (QS Al-Hadiid: 3)

Pada orang kita ni, perkataan batin itu mungkin hanya ada dua makna saja, batin yang pertama adalah berkenaan dengan seks dan batin yang kedua berkenaan ilmu kebatinan iaitu berkaitan dengan majik-majik, silat, kebal, sihir dan seumpamanya. Sedikit sangat diantara kita apabila mengucapkan ungkapan “Maaf Zahir & Batin” didalam hati atau benaknya menanamkan makna “Maaf atas segala kesalahan yang terang atau yang tersembunyi” atau “Maafkan saya atas segala kesalahan yang kamu ketahui dan kesalahan yang tersembunyi dihati saya terhadap kamu”.

Sebab itulah diharapkan agar kita mengubah persepsi berkenaan zahir & batin ini. Mudah-mudahan juga mulai saat ini kita benar-benar faham ungkapan ini dan bermaksud serta bersungguh-sunguh didalam melafazkannya kepada orang lain kerana mungkin pada luarannya kita berakhlak baik pada semua orang tetapi mengumpat, mengeji, menghina, mengejek dan macam-macam lagi didalam hati kita. Ambillah peluang ini untuk memohon maaf diatas segala kesalahan yang kita lakukan secara terang-terangan atau yang tersembunyi didalam hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya Yang Zahir dan Yang Batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangi kebenaran” (QS Luqman: 20)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
02 September 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SALAM AIDILFITRI – MAAF ZAHIR BATIN



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah, berlalu sudah ramadhan dan menjelma pula syawal. Mudah-mudahan ramadhan kali ini membuahkan hasil dan melahirkan “insan” baru yang islam, beriman dan berihsan hinggalah ke ramadhan yang akan datang, insyaAllah. Diharapkan jua agar segala perbuatan dan amalan kita semasa dibulan ramadhan turut dipraktik dan diterapkan terus dalam kehidupan harian kita selepas ini.

Rata-rata yang kita lihat setiap tahun dari kecil hinggalah sekarang, apabila menjelang raya atau malam raya atau juga dikenali sebagai “hari mantai” dan pada pagi raya, ramai diantara kita yang melompat kegembiraan dan tidak kurang pula yang menitiskan airmata kesedihan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi yang lebih banyaknya kita lihat ramai yang gembira kerana tidak lagi perlu bersusah-payah menahan lapar dahaga dan seronok menyambut raya. Yang bersedih pula kebanyakannya samada tidak dapat cuti raya, tidak dapat tiket bas nak balik raya dikampung, tak cukup duit untuk beraya dan menaggis kerana tidak dapat menyambut raya dengan ahli keluarga yang baru meninggal dunia.

Sangatlah sedikit diantara kita yang gembira ketika bertakbir raya kerana telah benar-benar menang didalam jihad nafsu di bulan ramadhan hingga terbukti boleh dibanggakan pada pagi syawal. Amatlah kecil pula bilangan diantara kita yang kesedihan dan menangisi pemergian ramadhan yang dipenuhi rahmat dan keampunan kerana bimbang tidak berpeluang lagi untuk bertemu ramadhan yang akan datang. Malah, adakah diantara kita yang menangis kesedihan kerana merasakan tidak cukup beramal, bertaubat berdoa bagi diri dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Begitulah sifat-sifat lemah dan lalai kita sebagai makhluk dan hamba Allah. Semoga kita benar-benar dapat menghayati erti ramadhan dan syawal tahun ini dan mendapat bimbingan, petunjuk dan hidayah dari Allah SWT yang kita cintai.

Dikesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sekelian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat amnya dan kepada semua pengunjung blog ini khasnya diatas segala kelemahan, kesilapan dan kelalaian saya dan sekelian ahli jemaah DA.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (4)
  • (2)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (90)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
  • (10)
  • (12)
  • (1)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR