Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
Showing posts with label Pelalau. Show all posts
Showing posts with label Pelalau. Show all posts
02 July 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon MANZIL



Surat Dari Maulana Muhammad Talha Anak Maulana Muhammad Zakaria (RAH) Mengenai “MANZIL”

Ayat-ayat Al-Quran terdapat dibawah ini terkenal didalam keluarga kami sebagai “Al-Manzil”. Alim ulama dalam keturunan kami telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat “Manzil”.

Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasullullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal.

Rasullullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan alimulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.

Amalan membaca “Manzil” ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) teah disebut dalam kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”.

Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa, “Tiga tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Disamping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain”.

Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar” “Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir didalam rumah, percikkan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah”.

Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripa Al-Quran yang telah ditanda ditempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara berasing. Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat “Manzil” sebagai sebuah buku kecil.

Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.

Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi,
(23 Syaaban, 1399)

Nota: Dipetik dari Manzil Resam Uthmani. InsyaAllah akan datang saya akan senaraikan ayat-ayat "Manzil" ini dan kegunaan serta cara amalannya untuk amalan semua.

Oleh :


25 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon PELALAU

Ada sorang wanita ni usia dalam lingkungan 40an. Salah seorang ahli jemaah yang bawak wanita ni jumpa saya. Masalahnya bila datang uzur (datang bulan) hampir 6 bulan tak henti-henti dan lagi pernah bertunang tapi putus, tiap kali kawan dengan lelaki pasti tak kekal lama ada jer masalahnya.

Masa saya ubatkan wanita ni pernah beberapa orang murid yang ikut berubat wanita ni nampak kepala yang pelik berlegar-legar depan pintu rumah. Wanita ni pun pernah bercerita sebelum berubat dengan saya waktu tidur rasa macam ada “benda” tidur sebelah dia dan dia boleh dengar dengan jelas bunyi nafas “benda” yang tidur sebelah dia tu.

Dah macam2 tempat dia pergi berubat baik 2 3 bulan jadi balik. Sampai pernah ke hutan di Pahang jumpa tok batin orang asli untuk berubat tapi macam tu jugak. Bila dia datang berubat, saya scan dapat tau wanita ni kena Pelalau orang asli siap dengar suara orang asli “bersandoi” masa ubatkan dia. Dia kena pelalau ni lebih kurang 20 tahun jugak lah.

Malam kami buat perubatan tu, kami bacakan ayat2 Manzil kat rumah dia supaya “benda” yang mengganggu rumah tu bertempiaran lari keluar. Dalam seminggu berubat, dia dengar suara orang mengaji dengan jelas tiap malam kat rumahnya. “Benda2” yang selalu mengganggu dia tidur pun dah takde lagi macam tu jugak benda2 yang selalu muncul waktu malam dalam rumah tu dah takde muncul2 lagi dan tak nampak2 lagi sejak berubat tu.

Alhamdulillah, sekarang ni pun wanita tu dalam proses berkawan dengan seorang pemuda yang juga ahli jemaah kami. Kalau ada jodoh dan di izinkan Allah, InsyaAllah makan kendurilah kami di Darul Azzikri ni.

Memang dah terbukti kuasa dan ilmu Allah ni tak boleh dipertikaikan lagi. Memang tak boleh ditandingi oleh mana-mana kuasa sihir.

Oleh :

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (4)
  • (2)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • Pelalau (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (90)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
  • (10)
  • (12)
  • (1)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR