PESANAN!
Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung
SERTAI KAMI
PAUTAN
27 June 2022
PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 23)
12:00 AM |
Posted by
Syeikh Azzikri |
Edit Post
Dengan
nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung
meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk,
yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan
Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam
berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Kisah
dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa
sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya
dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :
Bissmillahirahmanirahim..
Assalamualaikum, Nama samaran saya "A. M" ..umur saya pada tahun ini Sudah memasuki 28 tahun , dari Pahang. Bermulanya kisah penagihan dadah saya pada umur 17 tahun ketika masih dibangku sekolah. Bermula dari ajakan kawan-kawan mengambil utk sekadar mencuba Rasa , tetapi lama kelamaan mencuba rasa itu ..bertukar kepada suka dan ketagih. Pengambilan saya mula tidak terkawal pada umur 26 tahun, sehinggakan saya tidak lagi mengenal diri sendiri apatah lg KELUARGA ..mental, fizikal, sosial, emosi semua terganggu .
setelah itu saya mula mengambil TINDAKAN pada diri dengan selalu membuat aktiviti luar seperti berkamping Dan sebagainya hanya kerana utk mencari ketenangan diri disamping utk memulihkan ..tetapi masih lagi tidak berjaya oleh kerana persekitaran diluar bagi orang yg bermasalah seperti Saya ini amat lah sukar.
disebabkan itu saya memilih utk mencari satu tempat di mana tempat itu boleh merubah kitaran kehidupan saya Yang dahulunya tidak terkawal jadi terkawal, contoh seperti solat, berkhidmat, belajar mengenal diri, bersukan, bermasyarakat, belajar menghargai waktu dan banyak lagi. Yg dahulunya perkara perkara ini tiada dalam kitaran hidupan saya yang ada hanya utk mencari kepuasan.
pernah juga saya menghadirkan diri ke pusat rawatan puspen dimana RAWATAN disana lebih kepada pembelajaran pada pemikiran yg rasional, patriotisme, disiplin dan berbagai lagi aktiviti harian yg disajikan namun oleh kerana system didlam puspen itu tidak jauh bezanya didalam penjara bagi orang yg seperti Saya tidak pernah melalui pengalaman didalam kurungan yg begitu ketat adalah satu genjatan budaya bagi saya ..lebih lagi tempoh RAWATAN ITU selama 1 tahun 2 Bulan ..satu tempoh YG terlalu lama bagi saya utk menelan perkara sebegitu , oleh kerana diri ingin berubah saya rela Kan jua .
Namun begitu proses semasa saya didlam RAWATAN ITU terasa satu tekanan Yang amat kuat pada diri ..mungkin disebabkan ITU keluar nya saya Dari puspen tersebut kembali nya saya ke Dalam dunia penagihan ..YG lebih mengejutkan diri 3 jam selepas Hari pembebasan saya Rasa keinginan Yang membuak buak pada dadah ITU sangat menghairah Kan ...lalu terus saya bergegas utk mendapat Kan bekalan .
Maka Bermula lah kembali penagihan Dalam kehidupan saya ...namun begitu setelah sejarah ITU kembali adakala nya tiap2 Hari saya berfikir adakah program disana tidak cukup baik utk merawat? Adakah tekanan YG diberi ITU YG menyebabkan saya jatuh kembali ke kancah dunia penagihan? Sejujurnya pemikiran saya selepas ITU sangat bercelaru..hari demi Hari ..masa silih berganti ..saya lalui dengan tenang ..Dan Cuba selalu mendapat Kan perkongsian Dari Ahli KELUARGA , kawan kawan Yang positive yg senantiasa MEMBERI dorongan .
Kebanyakan pendapat YG saya terima daripada mereka menyuruh supaya saya mendekat Kan lagi diri pada tuhan dengan melebih Kan amalan seharian ..bukan nya dipuspen tiada masa Dan perkara sebegitu ..cuma ia terhad oleh kerana Ada Banyak aktivity lain YG bukan merupakan amalan mendekat Kan diri pada tuhan, cth seperti pengajian psychology YG lebih membawa pemikiran ke Arah pemikiran Barat YG kebergantungan kepada diri sendiri Dan buah pemikiran ,mungkin bagi mereka kesimbangan dunia Dan akhirat ITU ADALAH satu Cara , tetapi mungkin bagi diri saya sendiri YG berpendapat melebih Kan amalan Dan pengetahuan tentang agama Islam ITU sendiri YG dapat mendekat Kan diri pada tuhan seterusnya dapat membebaskan diri saya dari ketagihan.
Sehingga lah saya bertemu dengan Darul Azzikri yang mana tempat ini Di cari oleh Ibu bapa saya diatas permintaan saya ingin berubat dengan Cara islamik kepada mereka .. Alhamdulillah ..atas keberkatan kedua ibu bapa saya kini hidup saya bebas Dari cengkaman najis dadah ..Disini Yang paling utama diterapkan ADALAH keimanan kepada Allah ..dengan selalu mempretik Kan solat 5 waktu berjemaah Dan Di susuli dengan wirid Dan bacaan zikir tertentu ..juga Ada RAWATAN sejenis minuman herba , Yang asbab air herba disini dapat menghilangkan Rasa ketagihan saya utk mengambil dadah kembali , air ini bersifat detox kekotoran. Setelah pulih saya juga meminta utk berkhidmat di Darul Azzikri ini alhamdulillah saya diberikan izin dan sehingga kini saya masih di Darul Azzikri menjadi pelatih perawat. Inilah kisah saya.
Jika ada yg ingin mengetahui pengesahan kisah saya ini boleh hubungi Darul Azzikri utk menghubungi saya.
WalLahHu Ta’alaa A’lam...
20 June 2022
PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 22)
12:00 AM |
Posted by
Syeikh Azzikri |
Edit Post
Dengan
nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung
meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk,
yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan
Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam
berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Kisah
dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa
sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya
dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :
Bissmillahirahmanirahim..
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. 2hb Mac yang lalu genaplah umur anakanda kami Khairul Anwar 33 tahun. Beliau merupakan anak sulung kami dan dikalangan keluarga besar kami ia lebih dikenali sebagai cucu putih. Pada pertengahan tahun 2007 beliau memulakan pengajian nya di IPTA di Melaka, walau bagaimanapun beliau hanya sempat di semester kedua sahaja kerana gagal dalam peperiksaan semester dan terpaksa diberhentikan. Sekitar tahun 2009 beliau berpeluang pula ke IPTS sekitar Kuala Lumpur. Semasa beliau belajar dan tinggal menyewa di kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur bermulalah titik hitam dalam kehidupan nya dan mula berjinak dengan dadah jenis syabu. Walaupun begitu beliau masih bernasib baik dapat menamatkan pengajian nya diperingkat Diploma pada tahun 2012.
Bermula dari detik itu kehidupannya menjadi tidak keruan.. keluar malam dan berjaga hingga 2 ke 3 hari dan selepas itu tidur pun sehingga 2 ke 3 hari juga kesan dari pengambilan dadah jenis syabu. Keadaan ini jugalah yang menyebabkannya jauh dari segala perintah Allah.. Beliau pernah bekerja di salah sebuah PBT di Selangor namun terpaksa meletakkan jawatan kerana gagal menggalas segala tanggungjawab yang diberikan. Beliau juga bekerja di beberapa tempat namun hanya bertahan sekitar 1 ke 3 bulan sahaja kerana gagal mengawal disiplin diri akibat kesan pengambilan dadah..
Khairul Anwar juga pernah bersama saya serta adiknya mengerjakan ibadah Umrah sekitar tahun 2014. Beliau juga pernah mendirikan rumah tangga akhir tahun 2014 tetapi hanya bertahan 5 bulan sahaja. Awal tahun ini saya dan isteri berbincang untuk menghantar Khairul menjalani rawatan yang berasas Islam dan kami membuat keputusan untuk beliau ke Darul Azzikri. Selepas 2 minggu barulah beliau bersetuju untuk mendapatkan rawatan di Darul Azzikri... bermula rawatan pada 5hb February hingga 19hb. Mac yang lalu.. Sesungguhnya Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah, kami dapat melihat perubahan yg ketara keatasnya selepas tamat rawatan dan pemulihan. Kehidupannya kembali normal dan sentiasa fokus kepada ibadah dan terus istiqomah .. InshaAllah.
Terima kasih kami tidak terhingga kepada Ustaz Wan dan ustaz-ustaz serta imam yg membimbing beliau. Semoga Allah membalas jasabaik semua. Jazakallah.
Sekian nukilan saya
Hj. Harun Saidin.
013-2782216
WalLahHu Ta’alaa A’lam...
16 June 2022
LAGI PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 21)
2:19 PM |
Posted by
Syeikh Azzikri |
Edit Post
Ini kisahnya :
Bissmillahirahmanirahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sedikit kisah bekas pesakit ini yg kami gelarkan A saja. Pada hari pertama dia dibawa ke tempat kami utk mendapatkan rawatan oleh kedua ibu bapanya, dia memberontak marah ajak bertumbuk dan lebih parah dia lari menuju ke jalan besar yg jaraknya lebih 1KM juga dari tempat kami. Terpaksa kami dan ayahnya pergi turut, mencari dan memujuknya. Setelah dia dibawa balik ke tempat kami dia berkeras tidak mahu keluar kereta dan mahu balik tapi ibunya berkeras memujuknya utk tinggal di tempat kami bagi menjalani rawatan.

Setelah masuk hari kedua rawatan di tempat kami barulah A menjadi tenang dan dapat mengikuti program rawatan dgn baik. Hari ini 15hb Mac hari A akan dijemput balik oleh ibubapanya setelah genap 44hari rawatan. Tapi dari pagi lagi A berwajah sedih dan muram. Selepas solat asar sebelum ibubapanya tiba utk menjemput dia balik, dia datang berjumpa sy dan berkata, "Apak boleh tak saya tak nak balik. Saya nak dok sini nak berkhidmat kat sini. Apak tolong cakapkan pd ibu ayah saya ya". Begitulah yg dia cakap pada saya.
Menurut kata ibunya sebelum ni dia selalu bergaduh dgn org sampai polis call ibunya. Dirumah pula dia selalu bergaduh dgn adik2nya malah agak kasar dan kurang ajar dgn ibu ayah. Tapi sekarang dia benar2 berubah. Pernah banyak kali ketika sesi zikir khusus A zikir hingga menitiskan air mata. A juga tak henti minta maaf dan redha dr ibunya. A jd sangat lembut pads ibu ayahnya. Alhamdulillah...
Kami sedang dlm proses menubuhkan Kem Sinar Hijrah dibawah Pertubuhan Al-sirath Malaysia dan InsyaAllah sy telah bersetuju utk memberi peluang kepada A utk menjadi warden disitu nanti dan semoga A dpt pula membantu org2 yg terlibat dgn dadah utk kembali ke pangkal jalan dan berubah seperti dirinya.
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
WalLahHu Ta’alaa A’lam...
Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
20 August 2019
PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 20)
8:08 PM |
Posted by
Syeikh Azzikri |
Edit Post
Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :
Bissmillahirahmanirahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Anak saya yang saya sayangi ini berumur 22 tahun, tahun ini.. Nas mula terjebak dengan pil kuda seawall usia 15 tahun (pengakuannya). Kami sekeluarga langsung tidak terfikir Nas akan terlibat dengan dadah ini..(selalu dengar cerita orang)..
Nas merupakan salah seorang anak saya yang cerdik. Sentiasa berada di kelas pertama sehingga melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasarama penuh di pantai timur tanah air.. Suatu hari kami dimaklumkan pihak sekolah Nas terlibat dengan pil kuda dan terpaksa di buang asrama.
Hancur luluh hati saya mendengar pengakuannya..Kami hantar Nas untuk berubat secara tradisional memandangkan dia kan menduduki SPM tidak berapa lama lagi.. Alhamdulillah akhirnya dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di selatan tanah air. Kami dikejutkan dengan berita penangkapannya di balai polis semasa cuti semester pengajiannya. Nas terlibat sekali lagi dengan dadah ini… Allah sahaja yang tahu perasaan saya.
Beratnya saya rasa ujian Allah ini. Memang tidak terduga ujian ini untuk kami.Apapun Nas anak amanah Allah kepada kami. Ramai ahli keluarga yang memberi sokongan kepada kami. Kami mengambil keputusan untuk menghantar Nas ke pusat pemulihan. Selama 4 bulan di sana kami sedikit gembira melihat perubahan diri Nas. Apabila Nas mohon keizinan untuk belajar pondok di utara tanahair kami bersyukur yang amat sangat (terima kasih buat tok guru dan ahli keluarga yang mengajar Nas).
Nas tertangkap buat kali kedua kerana positif dadah ketika dalam perjalanan pulang menziarahi saya. Rupanya dia memang sukar untuk meninggalkan tabiatnya. Nas dberhentikan dari mengaji di pondok. Malunya saya pada ahli keluarga lebih-lebih lagi pada Allah Yang Satu. Rasa saya gagal menjalankan amanahnya mendidik anak saya. Air mata tidak terkira..Saya..suami…adik beradik Nas yang lain…Kami kuatkan semangat..Nas memang anak yang istimewa Allah anugerahkan pada kami..
Kami mula mencari pusat pemulihan yang islamik di facebook.. Darul Azzikri dalam senarai pendek kami.. Nas memberontak tidak mahu pergi..Katanya dia tidak percaya dengan tempat ini..(memang nak bawa berubat mana-mana pun payah dia nak ikut). Akhirnya setelah 3 jam memujuk katanya dia cuba. Kami sampai di Darul Azzikri hampir maghrib.. Berbekalkan doa pada Allah Yang ESA kami tinggalkan Nas di bawah jagaan Ustaz Zakwan..Ya Allah sembuhkanlan anak kami Nas dengan kesembuhan yang tiada lagi kesakitan selepasnya.. Bantu kami Ya Allah.. Bantu Kami Ya Rahman.. Bantu Kami Ya Rahim…
Setelah mendapatkan rawatan selama 3 minggu Ustaz maklumkan ada perubahan yang sangat positif pada Nas. Nas ditawarkan untuk menjadi salah seorang pelatih perawat di sana. Semoga dia dapat membantu rakan-rakan lain untuk pulih sepenuhnya… Dengan IzinNya kami termasuk Nas dijemput menjadi tetamu Allah dan mengerjakan umrah pada Disember yang lalu…
Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..Ibu doakan anak ibu ini berjaya dunia akhirat dan sentiasa didalam lindungan Allah…
Terima Kasih Ustaz Zakwan..Terima Kasih Darul Azzikri..
Nukilan Ikhlas,
Ibu Dan Ayah Yang sentiasa menyayangi Nas,
Terengganu Darul Iman.
Februari 2019
*Nota: Gambar yg diberi oleh keluarga pesakit dan mendapat izin dari pesakit dan keluarga untuk disiarkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
HUBUNGI KAMI
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :
Wan : +6010-3107374
Wan : +6010-3107374
FACEBOOK BADGE
Labels
- (33)
- (43)
- (3)
- (10)
- (4)
- (2)
- (12)
- (1)
- (4)
- (25)
- (16)
- (2)
- (1)
- (1)
- (2)
- (3)
- (1)
- (2)
- (11)
- (1)
- (4)
- (2)
- (3)
- (69)
- (1)
- (10)
- (10)
- (90)
- (10)
- (11)
- (10)
- (6)
- (2)
- (24)
- (1)
- (2)
- (5)
- (4)
- (4)
- (3)
- (24)
- (1)
Blog Archive
-
►
2019
(1)
- ► August 2019 (1)
-
►
2017
(7)
- ► October 2017 (1)
- ► September 2017 (1)
- ► August 2017 (1)
- ► April 2017 (1)
- ► January 2017 (2)
-
►
2016
(5)
- ► November 2016 (1)
- ► September 2016 (1)
- ► August 2016 (1)
- ► March 2016 (1)
- ► February 2016 (1)
-
►
2015
(7)
- ► December 2015 (1)
- ► November 2015 (2)
- ► October 2015 (3)
- ► March 2015 (1)
-
►
2014
(1)
- ► October 2014 (1)
-
►
2013
(1)
- ► March 2013 (1)
-
►
2012
(2)
- ► August 2012 (2)
-
►
2011
(44)
- ► November 2011 (2)
- ► October 2011 (4)
- ► September 2011 (3)
- ► August 2011 (2)
- ► April 2011 (3)
- ► March 2011 (9)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
-
►
2010
(70)
- ► December 2010 (4)
- ► November 2010 (8)
- ► October 2010 (2)
- ► April 2010 (2)
- ► January 2010 (1)