Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
20 June 2022

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 22)

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Bissmillahirahmanirahim..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. 2hb Mac yang lalu genaplah umur anakanda kami Khairul Anwar 33 tahun. Beliau merupakan anak sulung kami dan dikalangan keluarga besar kami ia lebih dikenali sebagai cucu putih. Pada pertengahan tahun 2007 beliau memulakan pengajian nya di IPTA di Melaka, walau bagaimanapun beliau hanya sempat di semester kedua sahaja kerana gagal dalam peperiksaan semester dan terpaksa diberhentikan. Sekitar tahun 2009 beliau berpeluang pula ke IPTS sekitar Kuala Lumpur. Semasa beliau belajar dan tinggal menyewa di kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur bermulalah titik hitam dalam kehidupan nya dan mula berjinak dengan dadah jenis syabu. Walaupun begitu beliau masih bernasib baik dapat menamatkan pengajian nya diperingkat Diploma pada tahun 2012. 
 
Bermula dari detik itu kehidupannya menjadi tidak keruan.. keluar malam dan berjaga hingga 2 ke 3 hari dan selepas itu tidur pun sehingga 2 ke 3 hari juga kesan dari pengambilan dadah jenis syabu. Keadaan ini jugalah yang menyebabkannya jauh dari segala perintah Allah.. Beliau pernah bekerja di salah sebuah PBT di Selangor namun terpaksa meletakkan jawatan kerana gagal menggalas segala tanggungjawab yang diberikan. Beliau juga bekerja di beberapa tempat namun hanya bertahan sekitar 1 ke 3 bulan sahaja kerana gagal mengawal disiplin diri akibat kesan pengambilan dadah..
 
Khairul Anwar juga pernah bersama saya serta adiknya mengerjakan ibadah Umrah sekitar tahun 2014. Beliau juga pernah mendirikan rumah tangga akhir tahun 2014 tetapi hanya bertahan 5 bulan sahaja. Awal tahun ini saya dan isteri berbincang untuk menghantar Khairul menjalani rawatan yang berasas Islam dan kami membuat keputusan untuk beliau ke Darul Azzikri. Selepas 2 minggu barulah beliau bersetuju untuk mendapatkan rawatan di Darul Azzikri... bermula rawatan pada 5hb February hingga 19hb. Mac yang lalu.. Sesungguhnya Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah, kami dapat melihat perubahan yg ketara keatasnya selepas tamat rawatan dan pemulihan. Kehidupannya kembali normal dan sentiasa fokus kepada ibadah dan terus istiqomah .. InshaAllah.
 
Terima kasih kami tidak terhingga kepada Ustaz Wan dan ustaz-ustaz serta imam yg membimbing beliau. Semoga Allah membalas jasabaik semua. Jazakallah. 
 
Sekian nukilan saya
Hj. Harun Saidin.
013-2782216


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR