Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
20 August 2019

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 20)



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Bissmillahirahmanirahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Anak saya yang saya sayangi ini berumur 22 tahun, tahun ini.. Nas mula terjebak dengan pil kuda seawall usia 15 tahun (pengakuannya). Kami sekeluarga langsung tidak terfikir Nas akan terlibat dengan dadah ini..(selalu dengar cerita orang)..

Nas merupakan salah seorang anak saya yang cerdik. Sentiasa berada di kelas pertama sehingga melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasarama penuh di pantai timur tanah air.. Suatu hari kami dimaklumkan pihak sekolah Nas terlibat dengan pil kuda dan terpaksa di buang asrama.

Hancur luluh hati saya mendengar pengakuannya..Kami hantar Nas untuk berubat secara tradisional memandangkan dia kan menduduki SPM tidak berapa lama lagi.. Alhamdulillah akhirnya dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di selatan tanah air. Kami dikejutkan dengan berita penangkapannya di balai polis semasa cuti semester pengajiannya. Nas terlibat sekali lagi dengan dadah ini… Allah sahaja yang tahu perasaan saya.

Beratnya saya rasa ujian Allah ini. Memang tidak terduga ujian ini untuk kami.Apapun Nas anak amanah Allah kepada kami. Ramai ahli keluarga yang memberi sokongan kepada kami. Kami mengambil keputusan untuk menghantar Nas ke pusat pemulihan. Selama 4 bulan di sana kami sedikit gembira melihat perubahan diri Nas. Apabila Nas mohon keizinan untuk belajar pondok di utara tanahair kami bersyukur yang amat sangat (terima kasih buat tok guru dan ahli keluarga yang mengajar Nas).

Nas tertangkap buat kali kedua kerana positif dadah ketika dalam perjalanan pulang menziarahi saya. Rupanya dia memang sukar untuk meninggalkan tabiatnya. Nas dberhentikan dari mengaji di pondok. Malunya saya pada ahli keluarga lebih-lebih lagi pada Allah Yang Satu. Rasa saya gagal menjalankan amanahnya mendidik anak saya. Air mata tidak terkira..Saya..suami…adik beradik Nas yang lain…Kami kuatkan semangat..Nas memang anak yang istimewa Allah anugerahkan pada kami..

Kami mula mencari pusat pemulihan yang islamik di facebook.. Darul Azzikri dalam senarai pendek kami.. Nas memberontak tidak mahu pergi..Katanya dia tidak percaya dengan tempat ini..(memang nak bawa berubat mana-mana pun payah dia nak ikut). Akhirnya setelah 3 jam memujuk katanya dia cuba. Kami sampai di Darul Azzikri hampir maghrib.. Berbekalkan doa pada Allah Yang ESA kami tinggalkan Nas di bawah jagaan Ustaz Zakwan..Ya Allah sembuhkanlan anak kami Nas dengan kesembuhan yang tiada lagi kesakitan selepasnya.. Bantu kami Ya Allah.. Bantu Kami Ya Rahman.. Bantu Kami Ya Rahim…

Setelah mendapatkan rawatan selama 3 minggu Ustaz maklumkan ada perubahan yang sangat positif pada Nas. Nas ditawarkan untuk menjadi salah seorang pelatih perawat di sana. Semoga dia dapat membantu rakan-rakan lain untuk pulih sepenuhnya… Dengan IzinNya kami termasuk Nas dijemput menjadi tetamu Allah dan mengerjakan umrah pada Disember yang lalu…

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..Ibu doakan anak ibu ini berjaya dunia akhirat dan sentiasa didalam lindungan Allah…

Terima Kasih Ustaz Zakwan..Terima Kasih Darul Azzikri..

Nukilan Ikhlas,
Ibu Dan Ayah Yang sentiasa menyayangi Nas,
Terengganu Darul Iman.
Februari 2019

*Nota: Gambar yg diberi oleh keluarga pesakit dan mendapat izin dari pesakit dan keluarga untuk disiarkan.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR