Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
27 June 2022

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 23)

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Bissmillahirahmanirahim..

Assalamualaikum, Nama samaran saya "A. M" ..umur saya pada tahun ini Sudah memasuki 28 tahun , dari Pahang. Bermulanya kisah penagihan dadah saya pada umur 17 tahun ketika masih dibangku sekolah. Bermula dari ajakan kawan-kawan mengambil utk sekadar mencuba Rasa , tetapi lama kelamaan mencuba rasa itu ..bertukar kepada suka dan ketagih. Pengambilan saya mula tidak terkawal pada umur 26 tahun, sehinggakan saya tidak lagi mengenal diri sendiri apatah lg KELUARGA ..mental, fizikal, sosial, emosi semua terganggu .
setelah itu saya mula mengambil TINDAKAN pada diri dengan selalu membuat aktiviti luar seperti berkamping Dan sebagainya hanya kerana utk mencari ketenangan diri disamping utk memulihkan ..tetapi masih lagi tidak berjaya oleh kerana persekitaran diluar bagi orang yg bermasalah seperti Saya ini amat lah sukar.
 
disebabkan itu saya memilih utk mencari satu tempat di mana tempat itu boleh merubah kitaran kehidupan saya Yang dahulunya tidak terkawal jadi terkawal, contoh seperti solat, berkhidmat, belajar mengenal diri, bersukan, bermasyarakat, belajar menghargai waktu dan banyak lagi. Yg dahulunya perkara perkara ini tiada dalam kitaran hidupan saya yang ada hanya utk mencari kepuasan.
 
pernah juga saya menghadirkan diri ke pusat rawatan puspen dimana RAWATAN disana lebih kepada pembelajaran pada pemikiran yg rasional, patriotisme, disiplin dan berbagai lagi aktiviti harian yg disajikan namun oleh kerana system didlam puspen itu tidak jauh bezanya didalam penjara bagi orang yg seperti Saya tidak pernah melalui pengalaman didalam kurungan yg begitu ketat adalah satu genjatan budaya bagi saya ..lebih lagi tempoh RAWATAN ITU selama 1 tahun 2 Bulan ..satu tempoh YG terlalu lama bagi saya utk menelan perkara sebegitu , oleh kerana diri ingin berubah saya rela Kan jua .
 
Namun begitu proses semasa saya didlam RAWATAN ITU terasa satu tekanan Yang amat kuat pada diri ..mungkin disebabkan ITU keluar nya saya Dari puspen tersebut kembali nya saya ke Dalam dunia penagihan ..YG lebih mengejutkan diri 3 jam selepas Hari pembebasan saya Rasa keinginan Yang membuak buak pada dadah ITU sangat menghairah Kan ...lalu terus saya bergegas utk mendapat Kan bekalan .
 
Maka Bermula lah kembali penagihan Dalam kehidupan saya ...namun begitu setelah sejarah ITU kembali adakala nya tiap2 Hari saya berfikir adakah program disana tidak cukup baik utk merawat? Adakah tekanan YG diberi ITU YG menyebabkan saya jatuh kembali ke kancah dunia penagihan? Sejujurnya pemikiran saya selepas ITU sangat bercelaru..hari demi Hari ..masa silih berganti ..saya lalui dengan tenang ..Dan Cuba selalu mendapat Kan perkongsian Dari Ahli KELUARGA , kawan kawan Yang positive yg senantiasa MEMBERI dorongan .
 
Kebanyakan pendapat YG saya terima daripada mereka menyuruh supaya saya mendekat Kan lagi diri pada tuhan dengan melebih Kan amalan seharian ..bukan nya dipuspen tiada masa Dan perkara sebegitu ..cuma ia terhad oleh kerana Ada Banyak aktivity lain YG bukan merupakan amalan mendekat Kan diri pada tuhan, cth seperti pengajian psychology YG lebih membawa pemikiran ke Arah pemikiran Barat YG kebergantungan kepada diri sendiri Dan buah pemikiran ,mungkin bagi mereka kesimbangan dunia Dan akhirat ITU ADALAH satu Cara , tetapi mungkin bagi diri saya sendiri YG berpendapat melebih Kan amalan Dan pengetahuan tentang agama Islam ITU sendiri YG dapat mendekat Kan diri pada tuhan seterusnya dapat membebaskan diri saya dari ketagihan. 
 
Sehingga lah saya bertemu dengan Darul Azzikri yang mana tempat ini Di cari oleh Ibu bapa saya diatas permintaan saya ingin berubat dengan Cara islamik kepada mereka .. Alhamdulillah ..atas keberkatan kedua ibu bapa saya kini hidup saya bebas Dari cengkaman najis dadah ..Disini Yang paling utama diterapkan ADALAH keimanan kepada Allah ..dengan selalu mempretik Kan solat 5 waktu berjemaah Dan Di susuli dengan wirid Dan bacaan zikir tertentu ..juga Ada RAWATAN sejenis minuman herba , Yang asbab air herba disini dapat menghilangkan Rasa ketagihan saya utk mengambil dadah kembali , air ini bersifat detox kekotoran. Setelah pulih saya juga meminta utk berkhidmat di Darul Azzikri ini alhamdulillah saya diberikan izin dan sehingga kini saya masih di Darul Azzikri menjadi pelatih perawat. Inilah kisah saya. 
 
Jika ada yg ingin mengetahui pengesahan kisah saya ini boleh hubungi Darul Azzikri utk menghubungi saya.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR