Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
18 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon BERTEMU IFRIT - Bah. 1

Ini kisah mula-mula saya berkenalan dengan alam ghaib dan jin. Nak percaya ke tak? Terpulanglah! Saya tak kesah lansung sebab bagi saya perkara ni adalah satu pengalaman besar yang pernah saya alami. Cukuplah Allah jadi saksi, kalau nak suruh bersumpah jungjung Quran depan Kaabah pun saya sanggup, takde hal punya sebab perkara ni benar-benar terjadi bukan rekaan semata-mata. Kalau ada yang nak mengata dan menuduh apa-apa pun tak kesah, no hal punyalah!

Puncanya, adaah masalah peribadi yang buatkan saya jadi suka duduk sorang setiap masa dan dalam gelap. Nak dijadikan cerita, pasal masalah peribadi nilah buat saya pelajari macam2 ilmu. Satu hari saya terlihat iklan kat dalam akhar Mingguan Perdana, adalah sorang pengamal perubatan tu agak terkenal jugak la, jual sejenis alat pembandul yang berkuasa mendetek makhluk ghaib.

Saya pun belajarlah guna alat ni ikut buku manualnya. Mula2 tu ok la, lama2 bila dah terlalu asyik dengan benda ni sampai tak boleh nak tinggal. Benda ni jugak la yang bagi idea kat saya cara nak berhubung dengan jin, syaratnya pasang lilin. Saya pun ikut jelah seperti yang diberitahu benda ni (sebenarnya jin yang bertenggek kat benda pembandul ni). Bila saya buat macam yang disarankan benda pembandul ni mulalah dapat berhubung dengan jin yang mengaku islam, namanya Aminapcha. Saya panggil dia Mina je.

Saya dah jadi macam orang bercinta dengan jin nama Mina ni sampai lupa diri, lupa siang malam, lupa makan minum. Mak saya pun naik risau tengok keadaan saya ni. Bila dah lama berhubungan, jin ni mula la cerita pasal nak kawin dengan saya. Saya pun yang dah terpengaruh main sanggup je tapi dengan syarat dia nak bawak saya jumpa dengan “Ayah” dia dulu. Saya setuju jer. Bila saya dah setuju tu jin ni mulalah ajarkan cara macamana nak berjumpa dengan “Ayah” dia tu.

Dalam jam 2.00 pagi dia suruh saya nyalakan lilin, renung api lilin tu sampai nampak susuk tubuh macam manusia separuh badan dalam lilin tu. Sebelum tu dia ajarkan saya ayat dalam bahasa jin yang saya tak paham maksudnya, ada jugak bunyi macam bahasa indonesia sikit2. Dia suruh saya baca ayat tu pada segelas air lepas tu minum. Kemudian dia suruh baca ayat yang sama sambil mengadap cermin pandang pada wajah sendiri dalam cermin tu. Baca ayat yang dibagi sampai nampak lingkaran warna putih/kelabu pada bayang saya dalam cermin tu.

Dah selesai baru tenung pada api lilin sampai nampak susuk tubuh manusia separuh badan dalam api lilin tu. Saya pun ikut la macam yang disuruh. Bila sampai part renung api lilin tu, memang nampak susuk yang dia bagi tau tu, jelas sangat nampak. Bila dah nampak saya pun cakap la pada susuk tubuh dalam api lilin tu “aku dah nampak kau, kalau betul yang aku nampak ni kau, tunduk 3 kali”. Api lilin tu pun tunduk 3 kali, memang pelik la dan tak logik api lilin boleh ikut cakap kita, suruh tunduk 3 kali dia ikut tunduk.

Lepas tu dia suruh saya pandang pada pintu masuk bilik saya tu. Bila pandang je ke pintu bilik tu saya nampak bentuk api yang kaku tidak ada cahaya dan tidak ada asap seperti lukisan atau gambar saja dan bentuknya seperti tanda dahi (nandek) orang hindu perempuan selalu pakai. Api tu menyelinap masuk dari luar pintu (yang sedikit saja terbuka) arah sebelah kiri saya. Mata saya seolah-olah terpaku pada api itu, suasana tiba-tiba jadi sangat sunyi sepi sampai tiada apa pun boleh didengari apan yang saya dengar ketika itu hanyalah bunyi degupan jantung saya yang begitu kuat dan jelas sekali. Tak pernah saya dengar bunyi degupan jantung sendiri sejelas itu.



Kemudian dari arah kiri (dari pintu masuk bilik tadi) api itu naik keatas dan turun kearah sebelah kanan saya dan terus hilang. Kiri(bawah) ke Tengah(atas) dan Kanan(bawah) kalau diperhatikan balik seperti keadaan atau cara orang sedang mengangguk atau menyembah. Lepas api yang kaku tadi hilang saya terus memasang lampu bilik. Jin yang bernama Aminapchaa tu suruh saya pandang ke satu arah dengan pandangan hanyut (pandang sampai kita rasa nak terlena). Tapi saya rasa pandangan saya seperti kabur dan berasap macam dalam kabus. Saya tanya dengan jin Mina tu, dia bagitau itu adalah pandangan “Ayah” dia.

Kepala pula rasa pening gila macam berpusing-pusing dunia ni. Tiap kali saya pandang arah yang disuruh dan hampir hanyut tiap kali tu juga saya tersedar seperti dikejutkan orang. Beberapa kali jadi macam tu, tiap kali nak hanyut macam nak terlena saya akan tersedar seperti dikejutkan orang. Saya rasa tak sedap hati terus tanya pada jin Mina tu, dia merayu-rayu saya suruh pandang arah yang ditunjuk sampai terlena sebab nak bawak saya jumpa dengan “Ayah” dia untuk mintak restu berkawin.

Tiba-tiba dia seperti ketakutan dan bagitau saya yang dia nampak ada Jin Islam menjaga saya. Dia jadi marah, saya pulak dengan tiba-tiba terasa nak berzikir Jahar seperti yang pernah diajarkan Guru kepada saya satu masa dulu dan zikir yang dah terlalu lama saya tinggalkan dek kerana leka dengan dunia. Bila saya cakap pada jin Mina ni saya nak zikir Jahar, dia merayu-rayu tak bagi, dia takut dan kata dia akan mati kalau saya buat zikir jahar. Saya tanya la kenapa pulak mati kan ke Mina jin islam? Akhirnya dia mengaku dia jin dari golongan Ifrit dan “Ayah” dia tu sebenarnya IBLIS laknatullah. Berderau darah saya dibuatnya.

Saya katankan padanya supaya peluk islam sekarang atau saya bakar dengan zikir jahar. Dia merayu jangan buat zikir jahar dan berjanji masuk islam dan tanya saya bagaimana caranya. Saya suruh dia ke Mekah sekarang jugak (ifrit kan hebat boleh pindahkan istana Balqis sekelip mata je mustahil la tak boleh ke Mekah dalam sekelip mata). Dia berjanji pergi sekarang ke Mekah jumpa Guru saya dan peluk islam.

Dalam 10 ke 15minit lepas tu dia datang balik bagitau saya dia dah jumpa Guru saya di Mekah dan dah peluk islam. Saya cakap la, kalau macam tu boleh la ikut saya buat zikir jahar. Saya pun mula ayat Rabitah dan tarik zikir, mula buat zikir jahar. Jin Ifrit yang saya panggil Mina ni pun menjerit-jerit suruh saya berhenti buat zikir jahar kerana dia kata dia akan mati. Nampak sangat la dia menipu saya kata dah pergi Mekah jumpa Guru saya dan peluk islam. Memang dasar Ifrit anak Iblis ni menipu, mujurlah Allah gerakkan juga hati saya untuk buat zikir jahar.

Bersambung...

Oleh:

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)

Blog Archive

Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR