Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
02 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon TAUHID 3 SERANGKAI - Bhg. 2

TAUHID RUBUBIYAH
Makna Tauhid Rububiyah:
Rububiyah berasal dari perkataan rabb. Kalimah ini mempunyai beberapa pengertian seperti pemimpin, pemilik, penguasa dan pemelihara. Namun pengertian rububiyah tidak mencakupi semua yang di atas, dan sifat yang sempurna hanyalah milik Allah s.w.t. Rububiyah ialah tuhan yang mengatur segala sesuatu. Maka tauhid rububiyah berkisar mengenai cara-cara seorang hamba mengesakan Allah sebagai tuhan yang satu dalam konteks Tuhan yang menguruskan keperluan-keperluannya.

Tauhid Rububiyah bermaksud Allah ialah Tuhan pengatur segala sesuatu, Dia pemiliknya, Dia pencipta aturannya dan pemberi rezekinya. Sesungguhnya Dia yang menghidupkan, yang mematikan, yang memberi manfaat, yang mendatangkan hukum mudarat dan Dia menerima doa terutama dalam kesukaran. Semua perkara adalah bagi-Nya, ditangan-Nya terletak seluruh kebaikan, Dia berkuasa atas apa sahaja yang Dia kehendaki dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal ini, termasuklah qada’ dan qadar seseorang. Semua hamba-Nya berhajat kepada Allah sahaja.

Allah berfirman:
“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (QS 35:15)

Namun tauhid ini sahaja tidak cukup untuk menjamin seseorang hamba bahawa dia ialah seorang Muslim, tetapi perlu disusuli dengan tauhid uluhiyah iaitu mengesakan Allah dalam ketuhanan-Nya, kerana orang musyrik juga mempercayai Allah dalam tauhid rububiyah, namun tidak mengabdikan diri kepada-Nya.

Allah berfirman:
“Tanyakanlah: siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang
berkuasa sanggup menciptakan pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup? Dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa?”
(QS 10:31)

Dan firman Allah:
“Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah” (QS 43:87)

Allah berfirman lagi:
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah” (QS 29:63)

Ketiga-tiga ayat diatas merupakan antara ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang musyrik mengakui kewujudan Allah, namun menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain.

Bukti-bukti Tauhid Rububiyah
Bukti-bukti kewujudan Allah amat banyak. Dia adalah Tuhan yang sebenarnya, tiada yang menyerupai-Nya baik pada zat, sifat mahupun perbuatan. Tiada yang terlepas dari kekuasaan Allah baik dari sekecil-kecil sampai sebesar-besarnya, dan semuanya tunduk mengakui Allah sebagai Tuhannya. Kerana itu, Dialah Tuhan yang sebenarnya bagi alam semesta. Akal manusia pasti tidak dapat menerima bahawa alam semesta ini terjadi dengan sendirinya, dan teratur pula, jika tiada pencipta dan pengaturnya. Mana mungkin sebuah rumah boleh siap hanya dengan air hujan melekukkan gunung hingga terjadi rumah yang siap cantik dengan bilik-biliknya. Jika perkara begini tidak dapat diterima akal, masakan alam yang luas ini dapat terjadi dengan sendiri, lalu mengatur semua hidupan-hidupannya.

Kerana itu nyatalah bahawa Allah itu Tuhan yang sebenarnya, dialah yang menciptakan segala sesuatu. Bukti tentang adanya penciptaan nyata jelas sehingga setiap orang dapat menemuinya dengan akalnya yang sederhana tanpa perlu panjang fikirnya. Lagipun, sudah menjadi sifat semula jadi manusia untuk percaya kepada adanya pencipta, baik mereka itu beriman ataupun tidak.

Allah s.w.t berfirman:
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (QS 43:9)

Kafir dan Musyrik dan Tauhid Rububiyah
Sebenarnya orang-orang kafir dan musyrik pada umumnya percaya bahawa Allah memang sebagaimana yang diungkap ayat-ayat Quran diatas, namun dengan mempercayai sahaja belum cukup untuk menjamin mereka sebagai orang Islam.

Allah berfirman:
“Dan sebahagian besar mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan menyekutukan-Nya.” (QS 12:106)

Mujahid menyatakan ayat ini menceritakan tentang iman mereka kepada Allah hanyalah ucapan di lidah sahaja:
sesungguhnya Allah menciptakan kami, memberi rezeki kepada kami dan mematikan kami. Namun mereka tetap menyekutukan Allah dalam ibadah mereka. Diriwayatkan dari ibn Jarir, ibn Abi Hasim dan dari ibn Abbas, Athaa’ dan Dhahhak.

Amat jelas bahawa orang kafir itu mengetahui Allah, pengaturan-Nya, kerajaan-Nya dan kekuasaan-Nya. Malahan mereka beribadat pula kepada-Nya seperti ibadah haji, sedekah, korban dan doa diwaktu kesukaran dan sebagainya. Ada yang mendakwa perbuatan mereka berdasarkan agama Nabi Ibrahim, dan ada juga yang percaya dengan hisab, qada’ dan qadar. Dua keratan puisi Arab dibawah merupakan bukti kepercayaan mereka.

"Dia mengakhirkan dan berkehendak diletakkan di dalam kitab. Atau dia segera akan merasakan siksa pada hari berhisab"

"Hai Abla ke mana anugerah yang sirna Tuhanku di langit menetapkan qadha"

Seorang yang waras dan sihat akalnya pasti tertanya apa yang mendorong mereka menulis syair-syair sebegini rupa, dan dari mana mereka memperoleh pengetahuan mengenai hisab dan sebagainya.

Pertanyaan ini mudah dijawab:
mereka syirik dalam tauhid ibadah dan mereka melanggar peng-Esaan Allah dalam beribadah.

Syirik dalam Tauhid Rububiyah
Syirik dalam rububiyah ini adalah mempersekutukan Allah dalam pengaturan-Nya terhadap seluruh makhluk.

Terdapat dua jenis syirik rububiyah:
1. Syirik ta’thil Syirik ta’thil adalah syirik yang menidakkan Allah sebagai Rabbul Alamin. Syirik ini adalah sejelik-jelik syirik, seperti syiriknya Firaun, kerana Firaun berkata :
"Apa Tuhan pemelihara segenap alam itu?" (QS 26:23)

Ahli falsafah pula menjadi syirik apabila mereka berpendapat seperti yang berikut:
"Alam itu adalah kekal dan qadim, dan bukanlah alam itu berasal dari ketiadaan. Alam tidak akan berkurang atau hilang lenyap. Kejadian yang baru pula adalah bersebab dan dapat dicari sebab itu, kerana asal sebab itu adalah akal fikiran dan jiwa."

Begitu juga dengan orang-orang yang menganut atheisme (tidak bertuhan), pantheisme (tuhan dan makhluk ciptaannya sama) dan politeisme (menyembah banyak tuhan).

2. Syirik bahawa berserta Allah ada tuhan lain Syirik ini percaya bahawa disamping adanya Allah ada lagi tuhan yang lain. Inilah ajaran yang dipegang orang-orang Kristian, Hindu dan Majusi. Kristian menjadi orang musyrik kerana percaya dengan trinity atau tiga tuhan. Penganut Hindu pula bertuhankan dengan tuhan Trimurti, juga dengan tiga tuhan. Orang Majusi pula yakin bahawa yang baik itu datang dari cahaya (terang) manakala perkara buruk dikaitkan dengan kegelapan, sedangkan segala yang baik mahupun yang buruk datang dari Allah jua.

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)

Blog Archive

Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR