Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
02 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon GANGGUAN MAKHLUK HALUS


FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

Antara punca dari jin:
Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat. Jin yang ingin menzalimi manusia dengki dan hasad kepada manusia yang di beri kelebihan oleh Allah malah ada yang bercita-cita menjadi manusia sebagai mangsa balas dendam.

Antara punca dari manusia:
Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja. Sikap manusia yang takabur dan suka mencabar.

Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
a. Terlalu marah.
b. Terlalu takut.
c. Nafsu syahawat yang tinggi.
d. Manusia yang lalai.
e. Jahil.

Manusia beragama dan taat semata-mata untuk menyesatkan. Menyeru jin agar bersahabat dengannya seperti “menurun”.

TANDA-TANDA GANGGUAN

Gejala Ketika tidur:
o Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
o Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
o Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta
pertolongan tetapi tidak berdaya.
o Mimpi buruk yang menakutkan.
o Mimpi melihat binatang seperti kucing,anjing, unta, ular, serigala,
singa, tikus dan sebagainya. Ada kemungkinan sihir telah meresap
ke dalam dirinya.
o Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
o Bunyi gigi bergetar/berlaga ketika tidur.
o Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
o Berdiri dan berjalan ketika tidur.
o Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
o Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
o Mimpi melihat mahkluk halus.
o Mimpi melihat salib atau gereja.
o Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
o Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita
merasakan terlalu sayang kepadanya.
o Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (Tanda santau ).

Gejala Ketika Jaga :
1. Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t
2. Hilang ingatan (Gila).
3. Lesu dan malas.
4. Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
5. Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
6. Lenguh sendi-sendi.
7. Melihat sesuatu yang pelik.
8. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
9. Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki
10. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
11. Jiwa lemah dan mudah mengalah.
12. Selalu mengantuk.
13. Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut.
14. Mudah marah dan panas baran.

JENIS-JENIS GANGGUAN
1- Gangguan sepenuhnya iaitu gangguan di seluruh tubuh seperti seorang mengalami masalah
gangguan saraf tersumbat dan seumpamanya.
2- Gangguan sebahagian anggota.
3- Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam badannya
dalam jangka yang agak lama.
4- Gangguan sejenak tidak lebih daripada beberapa detik seperti mimpi buruk.

MELINDUNGI DIRI DARI GANGGUAN JIN
1) Sentiasa berzikir dengan zikir yang di wariskan oleh Nabi S.A.W.
2) Menyebut nama Allah dalam setiap perkerjaan.
3) Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
4) Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
5) Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
6) Jangan membuang air kecil terutama di dalam lubang dan jangan
mencurahkan air panas ke mana-mana lubang atau takungan air.
7) Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.

Ini hanyalah sebahagian dari pedoman, maka hendaklah kita sentiasa berwaspada dan jangan sesekali meninggalkan solat serta zikir kerana itulah benteng utama kita dari gangguan jin kafir dan sihir.

Firman Allah:
"Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata". (Al-Baqarah : 208)

Wallahu A’lam…

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)

Blog Archive

Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR