Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
19 September 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SYARAT MENJADI PERAWAT


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah! Banyak juga email yang saya terima menyatakan minat untuk mempelajari ilmu perubatan islam dan tidak kurang juga yang minta diajarkan cara-cara serta kaedah rawatan melalui email. Buat masa ini saya belum lagi terfikir nak buat kursus-kursus seperti yang dianjurkan oleh darul-darul atau pusat-pusat rawatan islam yang lain. Sebabnya bagi saya untuk menjadi perawat bukanlah sekadar belajar ayat-ayat, amalan-amalan atau cara dan kaedah rawatan saja, yang paling penting dari semua itu adalah iktikad hati dan keyakinan kepada ayat-ayat Quran yang dibaca serta penyerahan diri kepada Allah.

Kalau pun hafaz 30 juz Quran tetapi dihati tersembunyi rasa takut kepada selain Allah SWT maka tiadalah gunanya. Ini telah saya buktikan melalui ahli jemaah DA sendiri. Pada awal mereka menyertai DA melakukan rawatan, Alhamdulillah semuanya ok saja, namun semasa diuji dengan disuruh duduk dihutan seorang diri diwaktu malam gelap gelita, merayu-rayu juga minta diteman atau dibatalkan ujian tak kurang juga yang memberi alasan dan berdalih. Namun setelah melepasi ujian, Alhamdulillah! Mereka lebih berkeyakinan dengan iktikad yang benar, malah ada diantaranya yang minta agar diuji lagi.

Sewaktu ramai-ramai atau dipusat rawatan, datanglah orang yang kerasukan macamana teruk pun dengan tenang dan mudah saja dirawat tetapi bila bersendirian ditempat yang terpencil atau asing dan gelap, tergigil-gigil dibuatnya kerana takutkan hantu syaitan dan jembalang penunggu hutan. Rupa-rupanya kita sendiri pun takut dengan hantu syaitan tapi boleh pula jadi perawat. Pelik, sungguh pelik! Yang lebih pelik lagi apabila si pesakit tadi sembuh walaupun sebenarnya didalam hati kita sendiri takutkan hantu syaitan.

Tipu daya syaitan itu pelbagai-bagai, walaupun si pesakit itu sembuh namun syaitan menang dari sudut yang lain. Sebab itulah bagi saya untuk menjadi perawat, syarat utamanya adalah mengikis sifat takut kepada hantu syaitan dan selain Allah SWT yang tersembunyi didalam diri dan hati kita. Ujilah dulu diri sendiri, adakah berani dihadapan orang atau ketika ramai atau mungkin juga ketika ditempat yang selesa bagi diri tetapi hakikatnya didalam hati tersembunyi perasaan takut kepada hantu syaitan.

Ingatlah firman Allah SWT didalam Quran yang bermaksud :
“Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati” (QS Al-Inshiqaaq: 23)

Latihlah diri terlebih dahulu untuk takut kepada Allah SWT, nescaya akan takutlah syaitan kepada kita. Amatlah mudah untuk kita mengetahui samada diri kita benar-benar takut kepada Allah SWT atau tidak.

Seperti firman Allah SWT didalam Quran :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (QS Al-Anfaal: 2)

Perbanyakkanlah membaca ta’awwudz untuk memohon perlindungan Allah SWT dari syaitan termasuklah syaitan diri. Fahami betul-betul makna ta’awwudz itu. Perbanyakkanlah istighfar, zikir, doa dan membaca Quran sehingga tanpa disedari bergenang airmata membasahi pipi kerana perasaan gementar, takut dan kecintaan kepada Allah SWT.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
16 September 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon MAAF ZAHIR JE…


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah! Sudah lebih 2 minggu kita menyambut raya. Masih banyak rumah terbuka hari raya yang diadakan sana-sini. Hari raya aidilfitri dan ungkapan Maaf Zahir & Batin seakan terlalu sinonim antara satu sama lain hinggakan jika dilafazkan ungkapan ini pada bulan yang lain seakan janggal pula bunyinya bahkan mungkin juga akan ditegur orang mengatakan bukan hari raya nak ucap maaf sedemikian. Begitulah kita didalam memperkatakan ucapan maaf zahir & batin ini.

Yang lebih teruk lagi, ramai diantara kita yang mengucapkan “selamat hari raya, MAAF ZAHIR JEEE YE… BATIN TAK TAK BOLEH UNTUK SUAMI/ISTERI AKU JE”. Saya berani katakan ramai diantara kita biasa dengar atau terima ucapan sedemikian pada bulan raya ni kerana saya sendiri saban tahun akan menerima atau mendengar ungkapan sedemikian tiap kali bulan raya/syawal.

Sedar atau tidak, setuju atau tidak, bagi sesiapa yang mengucapkan ungkapan sedemikian sebenarnya telah menunjukkan tahap kebodohan serta kejahilan mereka terhadap agama islam itu sendiri. Pertama, mungkin ramai diantara kita tidak sedar bahawa Zahir & Batin itu sendiri adalah antara Asma’ul Husna (nama-nama Allah). Keduanya, mereka tidak memahami lansung maksud ungkapan yang mereka lafazkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (QS Al-Hadiid: 3)

Pada orang kita ni, perkataan batin itu mungkin hanya ada dua makna saja, batin yang pertama adalah berkenaan dengan seks dan batin yang kedua berkenaan ilmu kebatinan iaitu berkaitan dengan majik-majik, silat, kebal, sihir dan seumpamanya. Sedikit sangat diantara kita apabila mengucapkan ungkapan “Maaf Zahir & Batin” didalam hati atau benaknya menanamkan makna “Maaf atas segala kesalahan yang terang atau yang tersembunyi” atau “Maafkan saya atas segala kesalahan yang kamu ketahui dan kesalahan yang tersembunyi dihati saya terhadap kamu”.

Sebab itulah diharapkan agar kita mengubah persepsi berkenaan zahir & batin ini. Mudah-mudahan juga mulai saat ini kita benar-benar faham ungkapan ini dan bermaksud serta bersungguh-sunguh didalam melafazkannya kepada orang lain kerana mungkin pada luarannya kita berakhlak baik pada semua orang tetapi mengumpat, mengeji, menghina, mengejek dan macam-macam lagi didalam hati kita. Ambillah peluang ini untuk memohon maaf diatas segala kesalahan yang kita lakukan secara terang-terangan atau yang tersembunyi didalam hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya Yang Zahir dan Yang Batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangi kebenaran” (QS Luqman: 20)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
02 September 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SALAM AIDILFITRI – MAAF ZAHIR BATIN



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah, berlalu sudah ramadhan dan menjelma pula syawal. Mudah-mudahan ramadhan kali ini membuahkan hasil dan melahirkan “insan” baru yang islam, beriman dan berihsan hinggalah ke ramadhan yang akan datang, insyaAllah. Diharapkan jua agar segala perbuatan dan amalan kita semasa dibulan ramadhan turut dipraktik dan diterapkan terus dalam kehidupan harian kita selepas ini.

Rata-rata yang kita lihat setiap tahun dari kecil hinggalah sekarang, apabila menjelang raya atau malam raya atau juga dikenali sebagai “hari mantai” dan pada pagi raya, ramai diantara kita yang melompat kegembiraan dan tidak kurang pula yang menitiskan airmata kesedihan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi yang lebih banyaknya kita lihat ramai yang gembira kerana tidak lagi perlu bersusah-payah menahan lapar dahaga dan seronok menyambut raya. Yang bersedih pula kebanyakannya samada tidak dapat cuti raya, tidak dapat tiket bas nak balik raya dikampung, tak cukup duit untuk beraya dan menaggis kerana tidak dapat menyambut raya dengan ahli keluarga yang baru meninggal dunia.

Sangatlah sedikit diantara kita yang gembira ketika bertakbir raya kerana telah benar-benar menang didalam jihad nafsu di bulan ramadhan hingga terbukti boleh dibanggakan pada pagi syawal. Amatlah kecil pula bilangan diantara kita yang kesedihan dan menangisi pemergian ramadhan yang dipenuhi rahmat dan keampunan kerana bimbang tidak berpeluang lagi untuk bertemu ramadhan yang akan datang. Malah, adakah diantara kita yang menangis kesedihan kerana merasakan tidak cukup beramal, bertaubat berdoa bagi diri dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Begitulah sifat-sifat lemah dan lalai kita sebagai makhluk dan hamba Allah. Semoga kita benar-benar dapat menghayati erti ramadhan dan syawal tahun ini dan mendapat bimbingan, petunjuk dan hidayah dari Allah SWT yang kita cintai.

Dikesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sekelian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat amnya dan kepada semua pengunjung blog ini khasnya diatas segala kelemahan, kesilapan dan kelalaian saya dan sekelian ahli jemaah DA.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR