Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
25 February 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon KEHEBATAN ILMU ALLAH DENGAN REDHA IBU (MINYAK BAROKAH BONDA)




“dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun)” (Al Israa’ : 23)

Hadrhat Junjungan Nabi SAW bersabda :
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515)

Dalam 3 minggu lepas Bonda saya yang teramat dikasihi dimasukkan ke wad HUKM dan doktor mengesahkan Bonda mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Sebelum itu lebih dari 2 minggu juga Bonda tak lalu makan sampailah pada 1 hari Bonda jatuh pengsan lalu dikejarkan ke HUKM oleh kakak saya.

Seminggu dihospital, Bonda mengalami pelbagai masalah kesihatan pula. Oleh kerana sebelumnya Bonda tak lalu makan mungkin angin dah memenuhi perut hinggakan setiap kali diberi makan pasti Bonda akan muntah dan ubat tadi turut keluar. Setiap kali makan dan minum pasti akan muntah walaupun hanya minum seteguk air pasti akan muntah semula. Tekanan darah pula jadi semakin menurun. Oleh kerana keadaannya begitu doktor ambil keputusan untuk menebuk lubang dileher kiri Bonda untuk memasukkan 2 tiub ubat dan 1 tiub melalui rongga hidung terus keperut untuk memasukkan susu bagi tenaga.

Semasa operasi memasukkan tiub tu saya ada diwad bersama seorang ahli jemaah DA. Jelas kedengaran betapa Bonda meraung kesakitan semasa dimasukkan tiub ke dalam rongga hidungnya. Rasa macam nak pecah hati ni bila dengar Bonda menjerit-jerit kesakitan sambil menangis. Serta-merta saya teringatkan kata-kata Bonda pada saya 2 minggu sebelum itu. Katanya “Dalam ramai-ramai anak, omak paling saya kek kau, kau ni seorang yo lain sangat dari yang lain”. Bila ditanya apa maksudnya, kata Bonda “Kau boto-boto ikut arwah atuk kau, amalkan apa yang diajarkan atuk kau, yang lain tu bolaja tapi payah bona nak amalkan” terang Bonda sambil meletakkan tangannya kepeha saya.

Sambung Bonda lagi, “Tak ponah ado anak-anak yang lain cium kaki mak tapi kau tiap kali jumpo tangan dan kaki kau cium, lopeh solat kang salam cium tangan dan kaki. Omak redho kek kau!, omak redha kek kau!, mak selalu doakan kau bejayo. Pagi tadi lopeh solat subuh mak tobayang nampak kau dongan sorban jubah putih kau bodiri kek dopan sejadah mak, apo la tando eh tu”. Rupa-rupanya inilah tandanya iaitu mak jatuh sakit teruk.

Berbalik cerita Bonda meraung kesakitan tadi, sebaik selesai doktor menjalankan tugas dan beredar, saya dibenarkan masuk melawat Bonda. Sebaik duduk disisi Bonda terus bonda mengadu kesakitan sambil menangis dan merayu minta saya cabutkan tiub dirongga hidungnya tu. Sebagai anak sebak tak terkira rasanya dengar rintihan Bonda tu. Perlahan-lahan saya tunduk bertafakur bagi memulakan ZikrulLah sambil tangan kiri diatas ubun-ubun dan tangan kanan mengenggam tangan Bonda. Saya mula melakukan zikir Khafi dan makrifatnya menghantar ke hati Bonda tanpa memperdulikan Bonda yang sedang menanggis kesakitan. Tak lama, tak sampai 10minit Bonda yang tadinya meraung kesakitan terus terlena tidur dibuai ZikrulLah.

Hal ni disaksikan sendiri oleh seorang jemaah DA. Mulai saat tu sebaik merasa kesakitan Bonda akan mintak adik-beradik saya yang lain menjemput saya datang hinggakan merajuk Bonda kalau 1 hari saya tak datang melawatnya dihospital. Kata kakak sewaktu saya tiada dihospital Bonda memaksa anak-anak yang lain menjemput saya datang segera, katanya pada anak-anak yang ada disitu waktu tu, “Poi jompot Udo ko copek, dio tu macam ado magik tiap kali dio ado sakit den ilang, dio jo yang boleh ubekkan den ni”.

Terharu jugak saya dengar kata-kata Bonda tu dari kakak. Saya bekalkan Bonda dengan minyak yang saya buat bagi membuang segala angin dalam badan, Alhamdulillah! 3 hari minum dan sapu ubat tu Bonda dah tak perlu guna tiub dirongga hidung lagi. Bonda dah boleh makan dan minum tanpa muntah lagi. Kata Bonda, “Mak yakin boto dongan minyak kau tu, tak ghonti sendawo dan kontot dibuek eh. Abih angina dalam poghot sumo koluar, makan pun dah elok takdo muntah lae”. Seminggu selepas tu Bonda dibenarkan keluar dan pulang kerumah. Minyak tu saya namakan dengan “MINYAK BAROKAH BONDA”.

Dengan kata-kata Bonda itu taulah saya Bonda benar-benar redha kepada saya dan mungkin itu juga membuatkan Allah redha keatas saya selagi saya menjalankan perintah Allah dan mengamalkan Al-Quran, Hadis dan Sunnah. Kerana itu jugalah agaknya saya rasa seperti tak pernah ada masalah dalam hidup sekarang ini bahkan duit mula datang kepada saya tanpa saya mencarinya.

Ada 4 kesimpulan yang nak saya terangkan disini bagi renungan kita bersama.

Pertama :
Betapa terbukti dan hebatnya ilmu Allah dan zikrulLah ini jika kita amalkan sebagai amalan harian dan tetap didalam hati (istiqomah).

Kedua :
Ilmu Allah dan ZikrulLah bukanlah hanya selepas solat tapi kegunaannya menyeluruh dalam kehidupan seharian kita bahkan boleh digunakan bagi melegakan kesakitan asal saja kita kusyuk dengan zikrulLah itu. Rawatan islam bukanlah hanya alternatif saja bahkan lebih utama lagi.

Ketiga :
Redha Allah terletak pada redha ibubapa. Jika kita nak berjaya dalam hidup, nak bahagia, nak apa yang kita ushakan dimakbulkan Allah, mulakan dari ibubapa. Dapatkan redha ibubapa maka redhalah Allah pada kita. InsyaAllah bila Allah redha, amalkanlan ilmuNYA ushakanlah apapun pasti berhasil dan seolah-olahnya kita ni ada MAGIK iaitu KEKUASAAN dan KEHEBATAN ALLAH “SEPERTI” didalam kalimah KUN FAYAKUN.

Terakhir :
Jadilah anak yang “LUARBIASA” bukan anak yang biasa-biasa macam anak-anak yang lain. Layan ibubapa dengan luarbiasa maka mereka akan layan kita dengan luarbiasa dan Allah juga akan beri layanan luarbiasa kepada kita. Jangan malu atau jijik untuk cium kaki ibu kerana itulah yang akan membuatkan kita tunduk merendah diri dihadapan ibubapa dan tidaklah kita bersombong diri angkuh, bongkak dan melawan/derhaka kepada mereka. Bukankah sewaktu kita dilahirkan KAKI IBU DULU YANG KITA JUMPA SEBELUM WAJAHNYA?

WalLahHu Ta’alaa A’lam...


Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

09 February 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon NAK JADI SUPERHERO




Tertarik sangat rasanya bila saya dengar cerita ni dari salah seorang ahli jemaah. Diceritakan kepada saya bahawa dua orang dari ahli jemaah berjumpa dan berbual. Seorang ahli lama dan seorang lagi agak baru juga menyertai kami. Sebenarnya mereka berdua ni berkawan sudah lama dan kalau tak salah saya sejak kecil jugalah. Walaupun dah lama berkawan ahli jemaah yang dah agak lama menyertai DA ni tak pernah bercerita apa-apa pun pada kawan-kawannya berkenaan jemaah DA ni. Sehinggalah kawannya tu melihat perubahan ketara pada si ahli jemaah tadi. Kalau dulunya mereka sering lepak-lepak buang masa tak tentu hala, solat tu jarang sekali la walaupun masa melepak tu terdengar azan tapi tak diendahkan lansung, AlhamdulilLah! Sekarang dah sentiasa jaga solat. Kerana itulah dia bertanya kepada kawannya yang senior tu tentang perubahan ketaranya hingga dia sendiri menyertai DA.

Sebenarnya kebanyakan dari kita yang mengaku islam ni macam nilah keadaannya, laungan azan berkumandang pun macam tak dengar jer. Pernah juga semasa saya merawat pesakit di Bangi waktu petang, bila dah dekat masuk maghrib saya dan beberapa ahli jemaah yang turut serta pergilah ke masjid berhampiran untuk bersolat. Betul-betul berhadapan (bersetentangan) dengan masjid tersebut iaitu diseberang jalan, ada deretan kedai dan diantaranya terdapat restoran mamak. Ramai anak muda melayu yang mengaku beragama islam (seperti tertera dalam surat beranak) yang setiap tahun WAJIB menyambut aidilfitri dan aidiladha (perayaan orang islam), duduk berbual sambil minum tanpa memperdulikan azan yang sedang berkumandang. Inikah dikatakan kita berugama islam?

Berbalik kepada cerita 2 orang jemaah tadi, ahli jemaah yang baru ni bertanyalah kepada kawannya yang dah senior dalam DA ni, “Kenapa kau ikut jemaah DA ni dan belajar ilmu perubatan islam ni? Jawab jemaah senior ni sambil tersenyum “Sebab aku nak jadi Superman”. Kawannya yang junior tu pelik la jugak dengan jawapan tu kerana ingatkan si senior ni main-main. Si senior ni pun menjelaskan, “Cuba kau pikir, Superman tu kerjanya apa? Tolong orangkan? Tak kira masa, tempat dan tak bergaji pula tu maknanya sukarela dan ikhlas”.

Terangnya lagi pada si junior, “Aku ikut jemaah sebab nak perbaiki diri, hidup mati tak tentu masa. Ramai kawan-kawan aku yang masih muda mati kemalangan dalam keadaan mabuk, aku tak nak jadi macam tu, agaknya macam mana nak mengadap Mungkar dan Nangkir serta Allah bila mati dalam keadaan macam tu? Aku tak nak anak-anak lihat aku tak solat bila dah besar nanti mereka pulak tak solat, sapa nak doakan aku?”. “Dan aku nak tolong orang dengan ilmu perubatan islam ni dengan ikhlas tak letak harga atau pengeras macam yang Pak Uda pesan”.

Sambungnya lagi, “Sama la macam Superman ada kuasa boleh tolong orang tanpa diminta dan tak bergaji. Ilmu perubatan ni la kuasa superhero kita”. Sebaik mendengar penjelasan panjang lebar si senior tadi, jemaah junior tu pun berkata, “Kalau macam tu aku pun nak jadi superhero jugak, aku nak jadi Ultraman”. Junior ni berkata macam tu dengan menanam niat dan membulatkan iktikad sama seperti si senior tadi.

AlhamdulilLah! Teruskan niat dan usha kalian berdua tu, sama juga kepada ahli jemaah DA yang lain. Tapi janganlah sekadar dimulut dan hati saja ye, bila ajak pergi berubat macam-macam pula alasan yang diberi. Semoga Allah memberkati dan memakbulkan niat murni sekelian ahli jemaah yang saya kasihi. Semoga Allah juga mengurniakan kita ilmu, kefahaman, petunjuk dan hidayahNYA, keikhlasan, istiqomah dan iktikad yang benar dihati kita semua. Amin…

Firman Allah :
"dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)" (Al-Maaidah : 2)

Sabda Junjungan Nabi SAW :
Dari Nukman bin Basyir r.a, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1701)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR