Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
13 December 2015

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 5)


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.


Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Assalamualaikum,

Saya  Nur Arfah dari Negeri Johor ingin berkongsi pengalaman anak saya yang dulunya mempunyai masalah ketagihan dadah jenis syabu(ice).  Sudah agak lama beliau menagih tanpa pengetahuan saya. Sebelum ini, sikapnya membuatkan saya bimbang kerana bila di rumah sering menyendiri dalam bilik, tidak mahu bersemuka dengan ayahnya, tidak tidur pada waktu malam, tidur yang berterusan dari pagi hingga ke petang, tidak selesa berada lama di rumah, tak mahu makan, sering keluar malam, murung, emosi tak terkawal,  selalu berkata bohong, tidak berminat untuk belajar & bekerja, sering berhalusinasi dan hilang fokus.

Perkara ini semakin menjadi bila anak saya memasuki IPT di Melaka sejak hujung tahun 2014.  Keadaan diri semakin kurus dan tak terurus, muka semakin cengkung. Bila dia di kolej saya sering menalifonnya tapi sering tidak berjawab.  Setiap hujung minggu bila anak saya tidak balik, saya akan pergi ke kolej untuk berjumpa dengannya tapi dia selalu mengelak dari berjumpa dengan saya dan ayahnya.  Banyak sangat alasan yang diberi. Sering tak cukup dan meminta wang katanya untuk keperluan assignment yang banyak.  Ini menyebabkan saya bertambah risau.  Sehinggalah pada hari raya aidilfitri saya terjumpa satu bungkusan kecil dalamnya seperti gula dalam bilik anak saya.

Saya sedar bahawa ini adalah ujian dari Allah untuk keluarga saya.  Saya merahsiakan perkara ini dari pengetahuan suami saya.  Saya sentiasa bersabar dengan pelbagai unsur negatif yang ada pada anak saya.  Saya terus berdoa dan berikhtiar semoga diberi petunjuk. Dengan berkat doa dan rahmat Allah, saya telah diketemukan dengan .Pusat Rawatan Islam Darul Azzikri, Hulu Langat, Selangor melalui internet.  Saya terus menghubungi Ustaz Hamzah untuk penjelasan dan cara rawatan.  Beliau menjelaskan di Darul Azzikri mengamalkan kaedah rawatan islam dengan menggunakan kaedah zikir, minum air kelapa dan herba.

Pada mulanya anak saya tidak mahu pergi.. Setelah saya pujuk, akhirnya Alhamdullilah dia bersetuju.  Anak saya menjalani rawatan di sana selama  2 minggu.  Alhamdulillah, dalam minggu pertama dia telah pun menunjukkan  perubahan yang sangat positif dari segi perangai, emosi, mental, fizikal dan solatnya. Setelah 2 minggu berada di sana beliau kelihatan lebih sihat, ceria, setiap hari bertanya khabar dan berbual dengan ibu dan ayah melalui talifon, lebih bermotivasi, aktif dan berkeyakinan.  Ada hikmat disebalik ujian ini.  Kini hati saya tenang  atas perubahan tersebut telah merapatkan hubungan kami sekeluarga kerana sekarang dia lebih menghargai keluarga ,menjaga kesihatan diri dan akhir kata perubahanya amat memuaskan hati.  Alhamdulliah.

Pada ketika ini anak saya masih lagi menetap dan menyertai jemaah di Darul Azzikri. Saya amat berterima kasih dan menghargai segala jasabaik, tunjuk ajar dan keprihatinan Ustaz Ridwan serta rakan-rakan di sana terhadap anak saya.  Segala yang ditempuhi oleh anak saya telah memberi peluang terbaik untuknya bagi membina hidup baru yang lebih sempurna di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh. Akhirnya, kepada semua individu yang menghadapai masalah yang sama atau lebih dari itu, saya syorkan supaya segera berikhtiar dan berususan dengan Pusat Rawatan Azzikri untuk mendapat rawatan dan pemulihan yang telah terbukti kejayaaannya dengan izin Allah. Inn shaa Allah.


Ditulis oleh: 

Nur Arfah (Ibu)    Hp 018 9555486 


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

 

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR