Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
15 November 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA




AlhamdulilLah! Dalam 2 hari lagi kita akan menyambut Aidiladha atau Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT seperti firman-NYA (QS 37. Ash Shaaffat:102-109) :-

102. maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".
103. setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),
104. serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;
107. dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;
108. dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian:
109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini demi memperingati kesanggupan dan pengorbanan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Allah dan pengorbanan serta kesediaan dan keihklasan Nabi Ismail untu disembelih sebagai korban tanpa mempersoalkan tindakan ayahandanya jauh sekali untuk mempersoalkan perintah Allah seperti yang termaktub didalam Quran (Juz 37. Ash Shaaffat:102-109).

Bagaimanapula dengan diri kita sendiri? Bagaimana pula kita menyambut Aidiladha? Sudahkah kita melaksanakan ibadah korban? Mungkin ramai yang sudah melakukan ibadah korban bagi diri mereka dengan membeli bahagian-bahagian dimasjid-masjid dan surau-surau malah ada yang melaksanakannya setiap tahun. Cukupkah ibadah korban yang kita lakukan itu? Padahal dalam masa yang sama kita juga telah mengabaikan tanggungjawab kepada ayah dan ibu kita. Kita selalunya hanya memandang kepada peristiwa korban itu saja tanpa melihat kepada ketaatan Nabi Ismail kepada ayahandanya dan kepada Allah.

SubhanalLah! SubhanalLah! SubhanalLah! Lihatlah betapa taatnya Nabi Ismail kepada ayahandanya sedangkan kita kadang-kadang tak pernah lansung memperdulikan kedua ibubapa kita. Lebih malangnya lagi, kebanyakan dari kita telah melupakan terus pada ibubapa yang telah meninggal dunia. Tidak pernah menyedekahkan Fatihah kepada mereka selepas meninggalnya. Tidak kurang yang melawan, menempelak, menjerit herdik ibubapa yang telah tua hanya kerana perkara-perkara kecil.

Itu baru bab korban dalam konteks kekeluargaan dan terhadap ibubapa, bagaimana pula pengorbanan kita kepada Allah sebagai hamba dan makhluk-NYA? Apa yang telah kita korbankan untuk agama dan Allah? Lupakah kita pada kisah-kisah para sahabat yang bersungguh-sungguh berkorban untuk menegak dan menyebarkan islam keseluruh dunia hingga nikmat islam ini sampai kepada kita hari ini diatas pergorbanan mereka? Bagaimana Saiyidina Abu Bakar RA mengorbankan keseluruhan hartanya hingga tiada apa yang tinggal bagi dirinya dan keluarga melainkan Allah dan RasulNYA. Terlalu banyak sangat pengorbanan para sahabat kalau nak diceritakan. Ini dalam konteks korban untuk agama.

Bagaimana pula korban kepada Allah? Perkara utama yang perlu kita korbankan untuk Allah adalah masa dan hati. Jika sebelum ini kita hanya mendirikan solat seminggu sekali pada hari jumaat atau setahun dua kali iaitu dengan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha, mulai saat ini korbankan masa kita untuk mendirikan solat 5 waktu dan buang jauh-jauh alasan meninggalkan solat kerana kerja dan urusan dunia. Tambahilah pula dengan solat sunat Taubat dan Tahajjud pada malam hari sekurang-kurangnya seminggu sekali. Gunakanlah pula hati kita untuk sentiasa berzikir kepada Allah seperti firman-NYA :-

(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (QS 3. Ali Imran:191)

kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya. (QS 4. An Nisaa’:103)

15. dan menyebut-nyebut Dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
16. (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
17. padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan Yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di Dalam Kitab-kitab Yang terdahulu (QS 87. Al Alaa:15-18)


Marilah kita sama-sama menghayati Aidiladha ini dan melakukan ibadah korban yang sebenarnya dengan menjadikan diri kita sendiri sebagai korbannya. Korbankan kesemua nafsu jahat kita dan gantikan dengan sifat Mahmudah. Korbankan harta-benda kita bagi pembangunan dan ekonomi islam serta melalui sedekah jariah. Korbankan segala ego dan keangkuhan kita kepada ketaatan kepada ibubapa. Korbankan masa kita untuk ibadah solat dan zikir kepada Allah. Korbankan! Korbankan! Korbankan segalanya hanya semata-mata untuk ALLAH YANG SANGAT KITA CINTAI!!!

WalLahu A’lam...

Nota :
Sempena Aidiladha ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Bonda saya Kamariah Bt. Syeikh Hj. Othman, semua ahli keluarga, sekelian ahli jemaah dan semua pengunjung blog ini.

Tidak lupa juga saya mengambil kesempatan ini untuk meyampaikan ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada:-

1. Junjungan Nabi Muhammad SAW (yg sgt2 saya kasihi dan rindui)
2. Sekelian Ahli Salasilah dan Guru-guru
3. Junjungan Buya Syeikh Imam Hj Ibrahim (almarhum yg saya kasihi, rindui dan sanjungi)
4. Junjungan Bapak Guru Syeikh Hj Othman Awang (almarhum Atuk yg saya kasihi, rindui dan sanjungi)
5. Junjungan Bapak Guru Syeikh Hj Mahyudin (yg saya kasihi, rindui dan sanjungi)

(Al Fatihah)


Oleh :

13 November 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon ILMU SILAT SUSUK KERBAU




Kes ni berlaku masa saya baru lagi balik dari belajar ilmu perubatan alternatif di Indonesia. Seorang saudara saya datang mengadu hal tentang anaknya berumur lingkungan awal 20an yang berubah sikap selepas belajar silat. Dia tiba-tiba jadi terlalu panas baran boleh kata tahap ekstrem la, pantang silap sikit mesti dia nak bergaduh, lansung tak boleh disentuh atas tersilap mesti nak bergaduh. Mak ayah bagi nasihat tak masuk dah.

Saya suruh bawak budak tu datang jumpa saya. Kali pertama diajak maknya untuk datang berjumpa saya dia tak nak dan mengelak dengan bermacam-macam alasan. Jadi saya sarankan pada maknya untuk buat “trick” dan akhirnya pada malam yang dirancangkan, budak tu datang dengan tiga orang rakannya.

Sebaik budak tu masuk kerumah, mukanya jadi begitu bengis dan marah-marah dan lansung tak nak pandang pada saya. Saya diam dan buat tak tau je. Bila budak tu dah duduk maknya memulakan cerita. Saya bertanya pada lelaki tersebut silat apa yang dia belajar dan dimana tapi lansung tak dijawab. Bila saya mula bertafakur untuk melihat keadaan beliau taulah saya apa masalah sebenarnya.

Sebaik saya memulakan rawatan terus lelaki tersebut menderam dan berdengus seperti lagak seeokor kerbau sedang naik minyak dan bentuk fizikal badannya pun tiba-tiba berubah seperti badan seekor seladang dengan otot bonggol sasa dibadan. Semakin kuat zikirulLah bergema didalam hati saya, semakin naik minyak lelaki tadi hinggakan dengan tiba-tiba dia bangun dan mula mengamuk. Rakan-rakannya dengan pantas menangkap dan memeluk badannya supaya tak lari tapi sekejap je bertahan lelaki ni terlepas dari pelukan. Semua yang ada dalam rumah ketika tu lebih kurang 15org segera bangun untuk selamatkan diri.

Habis semua orang dalam rumah cuba diserang tapi bila dia cuba meluru kearah saya seperti kerbau nak menanduk musuh dia tak berjaya lansung untuk menghampiri. Tiap kali tak dicubanya meluru untuk menyerang saya seperti lagak kerbau nak menanduk musuh tiap kali tu jugak tak berjaya dan dia mengalihkan sasaran pada orang lain. Saya memang dah mempersiapkan diri dengan PENDINDING DOA NUR. Akhirnya saya pagar lelaki tersebut dengan PAGAR KALIMAH supaya dia tak menyerang orang lain lagi sebaliknya dia hanya berlegar-legar saje seperti dikelilingi tembok dan melepaskan marahnya dengan menanduk pintu rumah sehingga pecah jugak la ditandunknya.

Kemudian saya suruh rakan-rakannya menangkap lelaki tersebut dengan segera dan membaringkannya. Bila dah berjaya membaringkannya dilantai dengan segera saya meletakkan tangan kehati lelaki tadi dan mengalirkan zikir kehatinya. Ketika ini saya sekali lagi mematikan diri bertafakur dan yang saya nampak ialah lenbaga berkepala kerbau bertubuh manusia sasa tapi berbulu sedang menggenggam hati lelaki tersebut. Sambil memantapkan zikir hingga bergema seluruh badan, saya membacakan ayat-ayat quran tertentu dan merentap tangan lembaga tadi hingga terlepas genggaman tangannya dari hati lelaki tadi.

Dipendekkan cerita setelah berjaya memisahkan lembaga berupa kerbau tadi dengan lelaki tersebut, lelaki tu mula pulih dan sedarkan diri dari rasukan. Selesai semuanya lelaki ni lebih banyak tunduk diam seperti orang kebingungan. Salah seorang perawat pula mengambil alih dan cuba mengeluarkan benda yang telah diberi minum kepada lelaki tersebut semasa menerima ijazah silatnya. Lelaki tu seperti nak muntah dan bila ditadah dalam bekas, yang keluar adalah air dan lendir bercampur darah.

Dari scan yang dibuat, lelaki tadi diberi minum air lendir janin bayi bercampur 3 titik darah janin. Sebaik selesai memuntahkan semua yang diminum dan keadaannya agak sembuh, lelaki tadi menceritakan bagaimana dia menerima ijazah silat dan diberi minum sesama upacara menerima ijazah silat tersebut. Saya juga diberitahu yang amalan silat ni menggunakan zikir Asmaul Husna nama Allah yang tersembunyi dan dia menunjukkan cara amalan tu dilakukan. Pelik jugak! Ada ke nama Allah yang tersembunyi? Setau saya takde pulak Asmaul Husna yang tersembunyi semuanya dah diketahui dalam quran dan hadis malah dari pendengaran saya, Asmaul Husna yang dibacakan tu hanyalah Asmaul Husna yang telah diubah sebutannya. Dia juga mendakwa menjadi kebal dengan mengamalkan zikir tersebut dan itulah tujuannya belajar silat tersebut.

Seminggu selepas itu saya diberitahu oleh maknya, lelaki tersebut telah pulih dan tak panas baran lagi malah solat pun tak tinggal seperti yang telah saya nasihatkan. Sebab tulah kita harus berhati-hati kalau nak menuntut ilmu silat ni. Syaitan ada bermacam-macam cara untuk menyesatkan manusia dan menjerumuskan manusia ke neraka supaya mejadi temannya.

WalLahu A’lam...


Oleh :


Darul Azzikri PostHeaderIcon ZIKRKHAFIRULLAH

11 November 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon BUSUNG KATAK




Ni adalah salah satu sihir yang agak popular dikalangan orang-orang yang berdendam pada seseorang. Asalkan dapat melepaskan dendam atau rasa sakit hati mereka, busunglah yang dicari bagi mendapatkan kepuasan dengan melihat penderitaan simangsa. Kadang-kadang tu puncanya kecik sangat tapi dibalas dengan sihir busung kerana syaitan dan menguasai hati.

Banyak jugak jenis busung yang saya dah jumpa, antaranya BUSUNG LINTAH, BUSUNG DARAH (HAID) dan BUSUNG KATAK. Saya sendiri pernah mengubati jenis-jenis busung yang dinyatakan ni. Kali ni saya cuma nak terangkan gejala busung katak ni. Dalam pengamatan ilmu saya berdasarkan pengalaman, busung katak ni adalah sihir orang asli. Katak hidup yang ditangkap akan dimatikan dengan cara-cara tertentu, bila katak tu dah mati ia akan dijampi dengan menyeru nama orang yang hendak dituju lalu katak tadi ditiup pada mulutnya menggunakan sebatang buluh kecil. Bila kembung katak tu terisi angin yang ditiup maka orang yang disihir akan mengalami perkara yang sama.

Sewaktu sihir busung katak ni sedang pasang atau menyerang, perut si pesakit akan naik mengembang tangan dan kaki akan membengkok dan betul-betul menyerupai seperti katak yang sedang terlentang. Waktu-waktu biasa pula wajah pesakit akan ditumbuhi bintik-bintik seperti belakang badan katak puru dan berwarna kemerahan. Pesakit tidak akan mempunyai selera makan selama berbulan-bulan tapi hanya minum air saja.

Pesakit yang melihat dirinya dicermin akan merasakan diri begitu hodoh seperti katak dan ini menyebabkan sipesakit lebih suka bermuram, bersedih dan menyendiri. Bila hilang selera pulak membuatkan sipesakit akan menjadi lemah. Kedua-dua unsur ini sebenarnya adalah gejala dari sihir busung tadi agar pesakit lebih mudah dibinasakan dan tak mudah untuk dipulihkan.

Ni sebagai pengenalan kepada sihir busung katak. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan menceritakan pengalaman mengubati pesakit busung katak ni. Sebenarnya pengalaman ni pernah tersiar dalam majalah BIMASAKTI sekitar tahun 1998 ke 2000. Waktu tu saya baru lagi belajar bab mengenal diri dan pernah belajar ilmu perubatan dan silat dari seorang guru silat Aceh Bangau Putih keturunan Daeng Sadeli (@ Daeng Selili) yang saya panggil Abang Arip.

Ni bukan silat bangau putih yang dipersatuankan tu ye. Anak murid Abg Arip ni seluruh Malaysia 3 orang je termasuk saya waktu tu. Kesah saya khatam silat 3 hari pun pernah tersiar di majalah yang sama (BIMASAKTI). Tapi ni bukan nak cerita pasal silat ke apa ni cerita pengenalan tentang sihir busung. Kenapalah kita berperlakuan seolah-olah tak akan mati, tak akan berjumpa Mungkar dan Nakir didalam kubur, seolah-olah tak akan dihimpunankan di Padang Masyar untuk dihisab diakhirat kelak?

Kita orang-orang MELAYU, berpuasa sama-sama sambut raya sama-sama mengaku sebangsa dan seagama. Mengaku kita ISLAM tapi perbuatan, amalan, akhlak dan hati lansung tidak mencerminkan islam, lansung takde Allah dalam hati hingga tergamak mendatangi bomoh-bomoh, dukun-dukun khurafat yang bersekongkol dengan syaitan semata-mata kerana dendam dan nak puaskan hati.

WalLahu A’lam...


Oleh :



09 November 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SALAM KENANGAN




Baik dari demam teruk dari hari sabtu, sepanjang malam tadi saya tak boleh tidur dan teringatkan kenangan indah sewaktu belajar di Indonesia dulu. Satu persatu bayangan wajah orang-orang disana terbayang dimata hingga membuak-buak rasa rindu didada. Buat Aa Hopid di Tasik Malaya, InsyaAlloh! Ada rezki saya main lagi kesana. Jasa dan budi A Hopid tetap utuh dihati saya. Kerna Aa udah bersusah-payah bantu saya waktu di Bandung dan menemukan saya dengan Abah di Banten sampaikan hampir aja kita ke hutan dihujung Banten tempatnya Kaum Badui, Bapak Kiyai di Garut, Bapak Alek di jalan Bandara, ke tempatnya Cucu Mak Haji Erot di Cibaduyut sampai ke Tangkuban Perahu. Sampaikan jugak salam saya buat Teteh Elis di Cimahi jugak buat Ibu yang hadiahkan Minyak Airmata Duyung (udah kelupaan namanya dan tempatnya).

Anaknya Teteh Elis (yang panggil saya Raden Putih) udah jadi karyawan kantor apa belum? Buat Aa Riswan di Bandung, terima kasih kerna udah bawakkan saya ke Bapak Haji dan sampaikanlah salam kangen saya ke Bapak Haji di Bandung. Ilmunya yang diajarkan masih saya pakai buat pengobatan islami cuma silatnya aja udah lama gak praktek. Maaf yah Aa bahasa Sunda udah banyak yang saya lupa, maklum udah hampir 2 tahun tidak main kesana. Teteh Yati gimana Aa? Udah punya toko kuih? Si neneng udah sembuh?

Buat Bapak Kiyai di Garut, ilmunya tetap saya amalkan dalam pengobat islami. Iktikad yang Bapak ajarkan berbekas banget buat saya, terima kasih yang tak terhingga buat Bapak. Cuma rasa ngeri waktu perut saya Bapak tetak dengan pedang itu masih terasa jugak bila teringat. Suatu saat saya pasti kembali lagi kesana Bapak, InsyaAlloh.

Tidak lupa jugak buat Bapak Alek di Jalan Bandara, terima kasih buat bapak kerna telah ajarkan saya ilmu Meraga Sukma dan Pengasihan cuma Minyak Buluh Perindu bikinan Bapak itu udah saya kasi ke orang. Soalnya gak berani saya pakai kerna udah dicoba ternyata berhasil dan mujarob banget Pak bikin saya jadi takut. Menurut rencana kita dulu Bapak mau kemari (ke Malaysia), kapan tu Pak? Kalau beneran saya bisa urusin buat Bapak ke Malaysia. Mudahan bisa lagi saya belajar ilmu dari Bapak.

Lebaran yang lalu pun saya gak kesempatan silaturrahmi bersama guru-guru dan sudara-sudara di Bandung, Garut, Banten dan Tasik Malaya. Mohon ampun maaf selama keberadaan saya disana. Kalian tetap utuh didalam hati dan ingatan saya. Moga Alloh memberi keizinan buat saya kesana lagi bertemu dengan kalian disana yang amat saya rindui dan sanjungi.

Saya sekadar ingin melepaskan rasa kangen pada kalian. Harapannya moga ada diantara kalian atau teman-teman kalian yang membaca artikel saya ini.

Wassalam...


Oleh :

07 November 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon KISAH SITI BALQIS-APA KEBENARANNYA???





Sebelum ini seluruh negara digemparkan dengan kisah misteri kehilang Siti Balqis 22, dari kampung Gong Nangka, Terengganu yang didakwa oleh ahli keluarganya telah dilarikan oleh Makhluk Ghaib atau Jin. Ini disahkan sendiri oleh ramai bomoh-bomoh dan pengamal perubatan islam yang bergelar USTAZ pula. Kemudian baru-baru ni kita dikejutkan pula dengan berita penemuan gadis tersebut dirumah kenalannya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Saya sertakan pautan (link) mengenai kejadian2 ini serta komen2 yang telah diberikan untuk penilaian kita sendiri tentang kebenarannya. Apa sebenarnya yang terjadi? Apa yang ahli keluarganya cuba nak buat? Apa pula komen bomoh-bomoh dan ustaz-ustaz yang mendakwa dah menangkap jin-jin dirumah Siti Balqis seperti yang dipaparkan di TV3 dalam ILMU ALAM GHAIB tu?

Saya tak nak komen apa-apa kerana saya sendiri pun bukanlah hebat sangat dan memang tak tau apa-apa pun melainkan Allah jualah Yang Maha Mengetahui tiap sesuatu yang nyata dan tersebunyi. Cuma saya teringatkan Almarhum datuk saya Syeikh Hj. Othman Awang, seorang guru dan khalifah yang amat saya kasihi, hormati dan sanjungi. Sebelum dilantik menjadi guru, beliau adalah pengamal perubatan islam di Segambut, Kuala Lumpur sekitar tahun 70an dulu dan pada siangnya bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu. Ilmu Almarhum datuk inilah yang saya amalkan sekarang dan gunakan dalam perubatan.

Cara perubatannya terlalu mudah, ringkas dan bersahaja tetapi tak pernah gagal, seingat sayalah. Ilmu perubatannya hanya berlandaskan zikrulLah dan iktikad kepada Allah saje. Pernah ada seorang lelaki berbangsa india datang kepada beliau mengadu hal isterinya lari dari rumah bersama duit simpanannya sejumlah RM20ribu mengikut lelaki bangsa asing dari luar negara. Atuk tak pernah meletakkan sebarang harga atau pengeras dalam perubatannya melainkan bertanya sekiranya berjaya apa imbalannya. Setelah mendengar cerita lelaki india tersebut, Atuk hanya suruh lelaki india tu balik dan kata padanya “Poi la kau balik, bini kau dah monunggu kek ghumah tu”. Takde jampi serapah takde baca ayat Quran panjang-panjang. Ternyata esoknya lelaki india tu datang menemui Atuk bersama-sama isterinya dan meunaskan janjinya pada Atuk. Isterinya juga telah mengakui kesalahannya dan berubah menjadi lebih taat dan baik dari sebelumnya dan kalau tak salah saya keduanya masuk islam selepas tu.

Pernah juga seorang lelaki membawa isterinya yang gila meroyan hingga bertelanjang bulat bila datang jumpa Atuk untuk mendapatkan rawatan malah dah tak kenal siang malam lagi. Atuk hanya menepuk ubun-ubun wanita terbabit sebaik selesai terus wanita tu tersedar dan segera mencari kain untuk menutup tubuh badannya yang terbogel dan tersipu-sipu malu. Pernah jugak kakak saya dimarahi Atuk setelah menghidangkan makanan padanya dengan mengatakan “Kau lalai yo! Tau tak dalam makanan tu ado racun santau?”. Tak kurang jugak orang yang datang dihalau balik sebaik melangkah kaki masuk kedalam suraunya sambil kata “Jangan nak monipu kek sini, borambuih la kau!”.

Banyak lagi kejadian yang boleh diceritakan sebenarnya tapi cukuplah tu, tujuan saya bukan nak menceritakan kehebatan Almarhum Atuk sekadar nak bagitau kalau kita buat perubatan, kita kena betul-betul tau jangan main agak2 dan hanya nak tunjuk hebat je. Keikhlasan dan iktikad tu yang penting barulah setiap usha berhasil dengan izin Allah.

Iqtikad yang saya lihat sendiri dan belajar dari Almarhum Atuk ni yang paling tak boleh saya lupakan ialah tentang ulat yang bersarang kat kakinya akibat kencing manis. Saya masih ingat petang tu lepas solat asar Atuk ambil piring dan ubat bawak kepintu surau. Disitu beliau ambik ulat-ulat yang bersarang kat kakinya tu dan letak dalam piring lalu dibersihkan kakinya dibubuh ubat kemudian diletakkan semula ulat-ulat tadi kesarang dilubang kakinya tu.

Bila saya tanya kenapa diletakkan balik ulat tu, jawapannya “Biarlah deh tu tompek dio carik makan dah Allah kato situ tompek eh”. Masa tu saya kecik lagi tak paham apa-apa tapi bila dah besar saya terbaca kisah Nabi Ayub AS barulah saya paham.

Kesimpulannya ialah agar kita lebih berhati-hati dalam melakukan perubatan islam ni jangan sampai jadi macam kes Siti Balqis ni bila terbongkar cerita sebenar kehilangan misteri yang dilarikan jin ni, kita sebagai perawat-perawat perubatan islam ni malu sendiri dengan apa yang terjadi.

(Al-Fatihah buat Rohaniah arwah Bapak Guru Syeikh Hj. Othman Awang)

WalLahu A’lam...


Oleh :


04 November 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon ILMU PAPAN SEKEPING




Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang wanita yang berstatus janda untuk mendapatkan rawatan. Wanita ni berumur lewat 30an dan telah menjadi janda hampir 5 tahun setelah kematian suami dalam kemalangan. Mempunyai 2 orang anak dan bekerja sebagai guru sekolah menengah tempat dan negerinya tak perlulah disebutkan. Orangnya agak cantik jugak & pandai bergaya. Saya memang sudah meminta izin darinya untuk menyiarkan cerita beliau sebagai iktibar kepada semua dan dia telah bersetuju dan membenarkannya.

Menurut wanita ni dari bulan jun lagi dia nak menghubungi saya bagi mendapatkan rawatan tapi rasa malu untuk menceritakan masalahnya. Katanya lagi dari bulan jun lagi dia dah simpan no telefon saya. Patutlah! Mulanya pelik jugak saya kerana dari bulan ogos lagi saya dah tak siarkan no telefon saya kerana banyak sangat2 orang yang menghubungi dan mintak saya buat benda yang bukan-bukan antaranya mereka-mereka yang takde hubungan apa2 dengan pasangan hanya sekadar berkawan mintak saya buatkan supaya kawannya balik pada dia tak kurang yang mintak supaya pasangan tadi jatuh cinta pada mereka dan yang lebih teruk bila ada yang dah terlanjur dengan pasangan tapi lelaki tadi tak nak bertanggungjawab dan melarikan diri lalu mintak saya buatkan agar lelaki tadi balik untuk bertanggungjawab.

Maaflah saya tak layan benda-benda macam tu sendiri buat sendiri tanggung dan saya tak nak benda-benda yang berunsur syubahat ni. Berbalik pada cerita wanita tadi, masa dia hubungi saya, dia mintak waktu peribadi maksudnya tak nak orang lain (perawat2 Darul Azzikri dan pesakit-pesakit) ada melainkan saya sorang. Ish! Masalah ni jadi fitnah lak nanti saya boleh uruskan dengan syarat isteri saya kena ada bersama untuk elak fitnah. Alhamdulillah! Dia faham dan setuju.

Bila sampai hari yang dijanjikan, wanita ni datang sorang diri je. Dia kenalkan diri lebih kurang lepas tu saya tengok dia mula tersipu-sipu duduk pun macam ada bisul kat ponggong. Bila ditanya, katanya tak tau macamana nak mulakan cerita. Pulak dah!!! Saya cakap cerita jer terus-terang tak yah nak malu-malu kalau tak camner saya nak tolong.

Akhirnya dia mulakan cerita, katanya selepas menjanda selama 2 tahun dia dah berkenalan dengan lebih kurang 5 orang lelaki yang berminat sangat2 padanya dan serius untuk mengambilnya sebagai isteri. Ada yang duda ada yang suami orang. Masalahnya dia dah tak punya nafsu pada lelaki lain dan sehingga sekarang masih sayang dan terbayang-bayangkan arwah suaminya. Dia dah cuba banyak kali untuk melupakan arwah suami tapi tak berjaya dan bayangan wajah suami sering bermain dimata apatah lagi sering pulak bermimpikan memadu asmara dengan arwah suami.

Mak ayahnya pun dah bising suruh dia berkahwin dengan seorang duda kenalan ayahnya yang dia sendiri akui sangat baik dan berbudi bahasa. Tapi setiap kali cuba untuk menerima kehadiran lelaki lain dalam hatinya lebih kerap pulak dia bermimpikan arwah suami hingga tak boleh terima lelaki lain selain suaminya dan tak bernafsu pada lelaki lain selain arwah suaminya. Bila rasa “teringin” dia berharap sangat2 dapat bermimpikan arwah suaminya dan memadu asmara dalam mimpi.

Dah habis dia ceritakan masalahnya, saya pun memulakan rawatan. Sebaik saya bertafakur apa yang saya lihat adalah ILMU PAPAN SEKEPING. Allahu Akhbar!!! Masih ada lagi rupanya orang yang mengamalkan ilmu ni. Setau saya ilmu ni dulu memang banyak diamalkan oleh askar2 melayu bila terpaksa masuk hutan kerana bimbang isteri yang ditinggalkan berlaku curang dan sumbang maklumlah suami masuk hutan berbulan-bulan menentang komunis isteri pulak ditinggalkan kesepian tanpa nafkah batin.

Sebaik saja saya memulakan rawatan, wanita tadi keresahan dan mula mengatakan rasa panas satu badan dan akhirnya menggelupur macam lembu kena sembelih bila saya meletakkan tangan pada ubun-ubunnya dan mula membacakan ayat-ayat manzil. Bila saya mula bertafakur memantapkan zikirulLah hingga bergema dalam diri, saya ternampak susuk tubuh lelaki dari kelam pudar jadi semakin jelas menyerupai wajah suami wanita terbabit. Lalu saya bacakan beberapa potong ayat manzil dan wajah tadi berubah kepada wajah sebenarnya yang hodoh dan menakutkan.

Makhluk tu kata wanita ni isterinya dan mintak saya jangan ganggu urusan rumahtangganya. Ish!!! Pandai-pandai je setan ni mengaku perempuan tu isterinya. Saya menguatkan zikirulLah dan membacakan beberapa potong lagi ayat-ayat manzil dan makhluk tadi meraung-raung dan menjerit-jerit suruh saya berhenti dan berjanji takan menggangu wanita ni lagi tapi saya teruskan jugak hingga makhluk tadi hilang dari pandangan saya. Sebaik hilang dari pandangan saya, isteri dan wanita tadi tercium bau seperti getah terbakar.

Habis rawatan saya bagi beberapa amalan pada wanita tu untuk diamalkan selepas solat. Alhamdulillah! Hari ni wanita tu menghubungi saya dan memaklumkan dah hampir 2 minggu tak bermimpikan arwah suaminya malah ingatannya pada arwah suami dah semakin dapat dilupakan. Saya sarankan padanya agar sering hadiahkan Fatihah pada arwah sebagai tanda ingatan dan kasih-sayang.

Ilmu papan sekeping ni sebenarnya bertujuan mengikat nafsu isteri hingga tak bernafsu kepada yang lain melainkan suami saje. Tapi ternyata ilmu ni menganiaya kaum isteri lebih-lebih lagi bila si suami meninggal dunia lebih dahulu dari isteri. Sepatutnya suami mengajarkan isteri solat, zikirulLah dan ilmu Allah untuk mengelakkan isteri dari berlaku curang bukan dengan mengamalkan ilmu-ilmu mengarut ni. Saya ceritakan kesah ni serba ringkas hanya sekadar pengajaran kepada mereka-mereka yang mahu berfikir.

WalLahu A'lam...

Oleh :


Darul Azzikri PostHeaderIcon SIHIR PEMISAH DAN ILMU BERPOLIGAMI




Dari pertengahan bulan oktober lalu sampailah kehari artikel ni ditulis, saya sering didatangi pesakit-pesakit yang mengalami masalah rumahtangga. Rata-ratanya masalah poligami, tak kiralah yang berpoligami secara sah (dgn izin isteri pertama) dan yang sembunyi-sembunyi. Apa yang nak saya katakan disini dari pengalaman yang saya dapat dari mereka-mereka yang ingin mendapatkan rawatan, memang terang-terang dan memang sahlah kaum lelaki ni yang banyak menimbulkan masalah.

Sedih jugak rasanya melihatkan masalah yang dihadapi oleh isteri-isteri ni dek kerana perbuatan kaum saya sendiri iaitu lelaki yang tak tau diri tu pemimpin dan khalifah Allah dimuka bumi ni. Ister-isteri pun tak terpimpin bagaimanalah nak jadi pemimpin (khalifah) Allah dimuka bumi ni?

Ada isteri pertama yang datang meminta pertolongan kerana suami tak balik-balik dan mengabaikan tanggungjawab pada si isteri tadi dan anak-anak malah ada yang sehingga tak ingat dia ada isteri pertama dan anak-anak. Ada jugak yang isteri kedua yang mengadu hal tentang suami yang menggantung tak bertali.

Ada yang isteri pertama menyihir suami supaya lupakan isteri kedua dan tunduk padanya. Ada pulak isteri kedua yang menyihirkan suami sehingga melupakan isteri pertama dan anak-anak. Na’uzubillah... macam-macam ada!!! Yang paling teruknya pulak bila ada diantara isteri-isteri ni menyihirkan antara satu sama lain dengan menggunakan SIHIR PEMISAH.

Bagi saya patutnya isteri-isteri tadi berpakat kenakan suami tapi bukan dengan jalan sihir tapi jalan yang dibenarkan macam cerita P.Ramlee Madu Tiga tu, pakat-pakat tolak suami sana sini dengan buat giliran selang-seli setiap hari sampai mati baru padan muka suami-suami ni tau nak berbini banyak tapi takde ilmu berbini dan berpoligami.

Sihir pemisah ni pulak ada banyak jenisnya, antara yang popularnya adalah sihir pemisah mayat, sihir pemisah darah, sihir pemisah senggama dan berbagai lagi. Sihir pemisah mayat akan membuatkan si suami melihat isteri yang terkena sihir ni kelihatan seperti mayat hinggakan suami tak bernafsu lansung melihat isterinya. Sihir pemisah darah pula menyebabkan si isteri tak putus haid hinggakan tak dapat melayani tuntutan suami hingga suami sering pulang kepada isteri yang satu lagi bagi melepaskan hajat maka kasih-sayang dicurahkan lebih pada si isteri ni dan mengabaikan isteri yang satu lagi kerana tak dapat melayan suami.

Manakala sihir pemisah senggama pula menyebabkan si isteri sering berbau busuk dan meloyakan tekak suami sehingga nak dekat pun tak sudi dek kerana bau busuk tadi apa lagi nak bersama hingga menyebabkan suami tak sanggup nak balik rumah isteri yang disihir tadi yelah jangan kata nak bersama nak makan masakan isteri pun tak lalu dek kerana bau yang meloyakan tekak suami tu terjadi sebaik saja masuk kerumah isteri yang telah terkena sihir ini.

Sihir-sihir ni dikenakan melalui suami tu sendiri. Bila suami ni balik kerumah isteri yang satu lagi barulah si isteri tadi turut terkena sihir tersebut. Sebab tulah untuk mengelakkan terjadinya perkara-perkara macam ni si suami kena ada ilmu untuk berpoligami, antaranya amalan doa dan wirid untuk poligami. Lembutkan hati kedua-dua isteri hingga mereka saling sayang menyayangi barulah rukun rumahtangga. Saya hanya akan ijazahkan ilmu ni pada suami-suami yang telah berpoligami yang baru nak tambah isteri tu pikir panjang-panjang dulu.

Tapi yang lebih penting dari amalan & wirid tadi adalah SOLAT, ZIKIR & DOA. Kalau si suami jenis yang tak tinggal solat bawak pulak isteri bersolat jemaah, penuhi dada isteri dengan ilmu-ilmu zikirulLah, Al-Quran termasuk Tauhid & Fekah tak perlu semua ni lagi kerana isteri yang telah terdidik tau yang mana baik & buruknya.

Wahai suami-suami, ingatlah janji kamu pada Allah yang kamu keluar atasnya didunia ini. Sebagai KHALIFAH (PEMIMPIN) Allah, jadilah pemimpin yang sebenarnya. Pimpinlah ister-isteri dan anak-anak kamu.

Firman Allah :
“kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.” (An Nisaa’ : 34)

Bagi suami yang berlaku adil terhadap isterinya maka ganjaran ALLAH di hari akhirat nanti begitu besar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Orang-orang yang berlaku adil di sisi ALALH nanti akan ditempatkan di atas mimbar-mimbar yang diperbuat dari cahaya dari sebelah kanan al-Rahman 'Azza wa Jalla (ALLAH) lalu Nabi mengangkat tangan kanan-NYA. Orang-orang yang termasuk golongan itu (sebelah kanan Nabi) adalah orang yang adil dalam pemerintahannya, adil terhadap isterinya dan tidak menyimpang." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1827.

Sabda Nabi s.a.w :
"Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 1442.

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Dan pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami mendatangi isterinya (untuk berjimak) maka dia mendapat pahala? Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat kamu semua jika dia menyalurkan syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu) dia akan mendapat dosa kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan yang halal, pasti dia mendapat pahala.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no:1006.

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda :
"Semoga ALLAH merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan isterinya untuk solat bersama. Apabila si isteri enggan (tidak mampu untuk bangun), dia akan memercikkan air ke wajah isterinya (supaya bangun). Semoga ALLAH merahmati seorang isteri yang bangun malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan suaminya untuk solat bersama. Apabila si suami enggan, dia memercikkan air ke wajah suaminya.” - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 1113.

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian terbengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Untuk itu, nasihatilah wanita dengan baik." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5186.

Firman Allah :
“dan isteri-isteri itu mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah : 228)

Sebenarnya banyak lagi firman Allah dan hadis Nabi tentang tanggungjawab suami ni tapi cukuplah setakat ini bagi mereka-mereka yang mahu berfikir.

Wallahu A'lam...

Oleh :


HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR