Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
29 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon RINTIHAN HATI MENCARI DIRI

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Rintihan Hati Mencari Diri




27 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon AMALAN MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH & PINTAR




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Dulu ketika anak lelaki saya baru masuk darjah 1, dia sering takut untuk ke sekolah. Pening juga uminya nak memujuk dia ke sekolah. Bila ditanya, katanya di sekolah ada kawan-kawan yang sering membulinya. Ada juga diantara mereka mengambil alat tulisnya sehingga dia sukar untuk menulis. Apabila diadukan masalah ini kepada saya oleh isteri, saya melarangnya berjumpa dengan guru kelas kerana bagi saya itulah sifat anak-anak, kita sebagai ibubapa tak boleh terlalu membela sangat dikhuatiri jadi terlalu manja dan tidak pandai berdikari serta bercampur gaul dengan masyarakat nanti.

Bagi mengatasi masalah ini, saya buatkan pada anak amalan seperti yang telah diajarkan guru kepada saya. Sebenarnya menurut guru saya, amalan ini juga sangat baik dilakukan kepada anak-anak yang dari kecilnya terlihat sifat-sifat yang agak liar dan melawan atau tidak mendengar kata. Juga baik bagi anak-anak yang agak lembab atau lemah daya fikirannya malah teramat baik diamalkan bagi menjadikan anak-anak kita sebagai anak yang soleh yang taat kepada Allah, agama dan ibubapa.

Dibawah ini adalah amalan yang dimaksudkan :-

Caranya :
Sebelumnya beramallah dengan ayat-ayat dibawah ini setiap kali selesai solat fardu 5 waktu selama paling sedikit seminggu berturut dan yang terbaiknya sebulan berturut barulah dibuat seperti cara dibawah ini.

Sebaik lepas solat maghrib atau isyak, kita dan anak duduk menghadap kiblat (anak duduk menghadap kiblat dengan membelakangkan kita), letak kedua-dua tangan kita diatas ubun-ubun kepala anak tadi (tangan kanan dibawah tangan kiri) lalu bacakan ayat-ayat dibawah ini dengan kuat dan jelas lalu ditiupkan pada ubun-ubun dan kedua telinga kanan dan kiri anak.

Lakukanlah seminggu sekali selama 3 bulan berturut-turut, InsyaAllah!

Ayatnya :

1. Ta’awwudz (A’uzubillahhi minashsyaiton nir rojim) – 11x
2. Al Fatihah – 11x
3. Kursyi – 11x
4. Al-Baqarah : 136 – 3x
5. Al-Baqarah : 269 – 3x
6. Al-Hajj : 54 – 3x
7. As-Saaffaat : 100 – 3x
8. Luqman : 17 3x

Dibawah ini saya sertakan makna ayat-ayat tersebut sebagai renungan :

Firman Allah SWT didalam Quran :

“Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata" (QS Al-Baqarah: 136)

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya” (QS Al-Baqarah: 269)

“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus” (Al-Hajj: 54)

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (QS As-Saaffaat: 100)

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya" (QS Luqman: 17)


Alhamdulillah! Menurut pengalaman saya sendiri, apabila saya lakukan kepada anak-anak saya sejak berusia sebulan selepas lahir lagi, anak-anak lebih mendengar kata, lebih bijak berkata-kata dan befikir, tidak takut kepada hantu syaitan (tengok cerita hantu yang menakutkan pun selamba je), tidak takut bagun tengah malam untuk buang air tanpa berteman dalam usia semuda 4 tahun, lebih pintar dalam pelajaran dan yang pentingnya bila sampai waktu solat semua anak-anak berebut-rebut nak ikut saya solat berjemaah.

Semoga kita beroleh anak yang soleh dan solehah, yang taat kepada Allah SWT dan Rasul SAW, kedua ibubapa dan menjadi anak yang pintar didalam pelajaran, InsyaAllah!

PERINGATAN! :
Firman-firman Allah didalam Quran bukanlah seperti lampin pakai buang.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
22 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SOLAT BERJEMAAH - DIMANA SALAHNYA?


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Baru-baru ini, sekali lagi kami dijemput ke Penang bagi memberikan rawatan kepada beberapa pesakit di negeri itu. Semasa didalam perjalanan pergi, kami singgah sebentar di RnR Tapah untuk mengerjakan solat subuh. Alhamdulillah! sebaik kami sampai ramai juga orang yang baru tiba untuk menunaikan solat subuh, jadi kami jemaah DA yang seramai 7 orang menunggu orang ramai yang singgah untuk sama-sama melakukan solat subuh secara berjemaah. Kami yang terlebih dahulu memberi salam kepada orang yang hadir untuk bersolat dan mengajak semua yang ada ketika itu bersama-sama melakukan solat subuh berjemaah. Ada juga yang lambat tiba turut serta berjemaah dengan tertibnya.

Mereka berjemaah sehingga selesai doa dan bersalaman sebelum beredar bagi meneruskan destinasi masing-masing. Cukup membanggakan! Saya benar-benar merasa seronok dengan situasi yang berlaku. Walaupun tidak kenal antara satu sama lain tetapi boleh sama-sama menunaikan solat berjemaah. Terasa sangat betapa hebatnya ukhwah persaudaraan islamiah.

Pada malam harinya, selesai semua rawatan kepada pesakit di Penang, kami ke Perak pula kerana dijemput untuk melakukan satu lagi rawatan. Didalam perjalanan, kami sekali lagi singgah di RnR Tapah untuk menunaikan solat isyak. Pada kali ini apabila kami tiba tiada orang lain yang bersolat atau baru singgah untuk bersolat. Kami ahli jemaah DA menunaikan solat isyak berjemaah sesama kami.

Sebaik selesai solat dan doa, saya lihat ramai juga saudara MELAYU ISLAM yang sedang bersolat secara sendirian. Didalam kepala saya terfikir juga mengapa mereka tidak masuk berjemaah bersama kami. Pendapat saya mungkin juga mereka tidak tahu tertib untuk masuk solat berjemaah. Tapi sebenarnya yang lebih menyedihkan saya, ketika itu tiba lagi orang yang mahu bersolat yang jumlahnya lebih dari 5 orang yang tidak kenal antara satu sama lain, mereka masing-masing mendirikan solat bersendirian tanpa ada yang mahu menyapa antara satu sama lain untuk mengajak mendirikan solat berjemaah.

Persoalan yang bermain dalam benak saya, adakah kita merasakan solat sendiri lebih bagus atau mungkin juga kita merasakan solat orang lain tidak sesempurna solat kita maka itu kita lebih rela solat sendirian? Atau mungkin juga kerana tidak kenal antara satu sama lain maka tidak boleh atau tidak perlu solat berjemaah bersama? Atau adakah kita umat islam ini sama seperti ugama hindu dan buddha yang menyembah tuhan yang berbeza maka itu tidak boleh berjemaah bersama?

Kalau penganut hindu mungkin juga tak boleh berjamaah sesama sendiri kerana walaupun satu ugama namun menyembah dewa yang berbeza seperti penyembah dewa brahma, krishna, murugan dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan penganut buddha yang menyembah dewa yang berbeza seperti dewa kwan kung, kwan yin dan sebagainya.

Kita umat islam yang mengaku menyembah Allah Tuhan yang Satu, menghadap kiblat yang sama tetapi solat lain-lain dalam satu waktu dan surau yang sama, tidak boleh nak berjemaah. Inikah yang diajarkan islam melalui Nabi SAW dan Quran? Kemanakah kita campakkan ajaran Quran dan Nabi SAW? TAK PAHAM! TAK PAHAM! saya benar-benar tak paham dengan sikap orang yang mengaku islam dan bersaudara ini. Dimana letaknya persaudaraan dan ukhwah islamiah itu????

Sama-samalah kita renungkannya dan cari jawapan bagi permasaalahan ini. Buka minda islami kita luas-luas. Lihatlah ketika musim haji, umat islam seluruh dunia berkumpul di Kaabah, dari segenap pelusuk dunia, dari pelbagai anutan fahaman seperti syiah, salafi, sufi dan apa saja nama golongannya namun tetap sama-sama mendirikan solat berjemaah, tawaf berjemaah dan sebagainya tanpa mengira dari negara mana, apa bahasanya, apapun bangsanya atau warna kulitnya.

Firman Allah SWT :
"Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu"(QS An-Nisaa 102)

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
"Solat seseorang yang dikerjakannya secara berjemaah, dua puluh lima kali lebih baik daripada solat yang dikerjakannya di rumahnya atau pasarnya"

Dan hadis dari Umar (hadis marfu'):
"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat"


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

20 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon KETAGIHAN DADAH



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Tidak lama dulu saya didatangi oleh seorang wanita yang bergelar Datin bersama anak lelakinya. Orangnya tidak sombong dan agak peramah juga. Tujuan kedatangannya kerana masalah anak lelaki yang ketagihan dadah jenis ice. Dia menceritakan masalah anaknya yang ketagihan dadah akibat terlalu dimanjakan dengan wang ringgit. Anaknya juga telah “dicap” oleh polis kawasan rumahnya sebagai penagih tegar kerana telah beberapa kali ditangkap. Tapi malangnya setiap kali ditangkap, ayahnya yang berpangkat Datuk akan menggunakan “kabel” untuk melepaskan anaknya dari tahanan, akibatnya ketagihan anaknya semakin teruk.

Datin tersebut meminta saya usahakan agar ketagihan anaknya pulih atau berkurangan sebelum menghantarnya keluar negeri bagi mengelak anaknya bergaul semula dengan rakan-rakan yang menjebak anaknya kepada ketagihan dadah. Begitulah kita sebagai ibubapa, sering menyalahkan orang lain atau pergaulan bagi mengelakkan kesalahan diri sendiri dalam mendidik anak.

Firman Allah SWT :
“dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar” (QS Al-Anfaal : 28)

Memanglah saya pernah belajar untuk menghilangkan kecanduan tapi tak pernah pula mencubanya kepada orang yang ketagihan dadah. Oleh kerana didesak sangat oleh Datin tadi, maka saya berterus-terang padanya sebelum cuba menggunakan kaedah yang saya pelajari yang disertai dengan ayat-ayat Quran berkaitan kekuatan hati. Tujuannya supaya hati menjadi kuat sehingga dapat melupakan “kerinduan” kepada dadah tadi dan kuat pula untuk menghindari serta melupakan “najis dadah” tersebut.

Selesai membuat “air penawar” berdasarkan kaedah ini, saya beri anak Datin tadi minum dan perjelaskan pada mereka berdua kesan dari “air penawar” tadi. Selesai, tiada apa yang berlaku kepada si anak tadi, namun saya peringatkan Datin tadi kemungkinan yang akan berlaku kesan dari minum air tersebut sebelum mereka beredar pulang. Malam itu jam lebih kurang 2 pagi, Datin tadi menghubungi saya dalam keadaan cemas dan memberitahu yang anaknya tidak henti-henti muntah hinggakan terpaksa tidur depan pintu tandas kerana khuatir muntah merata-rata jika tak sempat ke tandas. Bau muntahnya pula lebih teruk dari air limbah serta berwarna hitam pekat. Saya mengingatkan dia kembali pada kesan yang telah dijelaskan sebelum ini.

Memang itulah tujuan sebenarnya “air penawar” tersebut supaya si penagih akan memuntahkan segala candu-candu dan racun-racun dadah didalam tubuh badannya serta membersihkan semula setiap titisan darah serta paru-parunya dari candu dan racun dadah tadi. Dengan tiadanya saki-baki candu dan racun dadah tadi dalam tubuh badan maka akan hilanglah rasa “rindu” untuk mengambil dadah lagi.
Seminggu selepas itu Datin tersebut menghubungi saya kembali dan memberitahu anaknya telah dihantar keluar negeri. Menurutnya juga semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang, anaknya telah membuang bekas “dapur” menghisap dadah jenis ice tersebut. Apabila ditanya oleh beliau apa yang dibuangnya itu, jawap anaknya “Buang benda setan yang dah tak berguna tu”.

Alhamdulillah! Dengan Rahmat Allah SWT yang Maha Berkuasa keatas tiap-tiap hamba-NYA, Allah SWT telah menerbitkan rasa kebencian didalam hati si anak terhadap najis dadah yang diambilnya. Hinggalah sekarang sudah hampir setahun lebih Datin tadi tidak pernah lagi menghubungi saya. Harapannya si anak tadi telah pulih dari pengaruh dadah dan tidak lagi mahu mengambil najis dadah tersebut.

Firman Allah SWT :
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)” (QS Ali ‘Imran : 14)


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
16 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon HILANG KETIKA MEMANCING – JIN DIFITNAH




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Baru-baru ini pengurus Baitul Ibadah Pusat Rawatan kami menerima panggilan telefon mengenai misteri kehilangan salah seorang adiknya ketika memancing di Hulu Kenyir, Terengganu bersempadan Gua Musang, Kelantan. Si pemanggil tadi meminta kami untuk melakukan scan bagi mengetahui keadaan sebenar adiknya yang hilang itu. Dia juga memberitahu telah banyak juga mendapatkan khidmat dari “orang pandai” tempatan bahkan penduduk kampung juga telah beberapa kali melakukan solat hajat tapi masih belum berjaya menemui adiknya itu. Ada dikalangan “orang pandai” tadi mendakwa adiknya itu telah disorok makhluk halus.

Setelah salah seorang perawat DA melakukan scan dan merujuk kepada saya mengenai apa yang telah dilihatnya. Menurut perawat DA ni, dia melihat mangsa tersebut terbaring berdekatan dengan sebatang pokok besar dan untuk sampai ketempat itu perlu melalui 2 buah bukit. Perawat DA ini juga memberitahu saya orang hilang tersebut berada jauh dari kawasan sungai. Setelah mendengar penerangan dari perawat DA ni, saya minta dia hubungi semula abang kepada mangsa tadi dan menceritakan apa yang telah dia lihat. Saya juga memberi persetujuan untuk ke lokasi kejadian bagi membantu mencari mangsa tersebut.

Pada hari dijanjikan kami bertolak ke Gua Musang selepas melakukan solat hajat memohon pertolongan Allah. Sesampainya di Gua Musang, kami disambut oleh abang dan ayah mangsa. Kami juga terpaksa meninggalkan kereta disebuah stesen minyak berhampiran dan dibawa ke lokasi kejadian menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Dari Gua Musang ke Hulu Kenyir mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dari Hulu Kenyir pula kami meredah jalan balak hampir 2 jam untuk ke lokasi mangsa hilang tersebut.

Kami terasa seolah-olah sedang menyertai Camel Trophy Advanture pula bila melalui jalan balak yang berlumpur dan bergaung dikiri kanan jalan. Pada 1 lokasi kenderaan pacuan 4 roda kami terpaksa ditarik oleh lori balak yang sedang melalui jalan tersebut kerana tersangkut pada jalan berlumpur. Sebenarnya sebaik memasuki jalan balak tadi, hati saya secara tiba-tiba menjadi sayu, sedih dan hiba. Dalam hati kuat mengatakan mangsa yang hilang ini sebenarnya telah meninggal dunia.

Pada jam lebih kurang 3.30pm kami sampai di lokasi mangsa hilang tersebut iaitu berhampiran dengan sungai yang agak cetek manakala dibahagian utaranya terdapat bungkahan batu besar air terjun lokasi dimana selipar dan joran pancing mangsa ditemui. Sebelum memulakan pencarian, kami diberikan taklimat oleh abang mangsa bagaimana kejadian hilang ini berlaku. Kami diberitahu bahawa mangsa keluar memancing bersama 3 lagi rakannya pada hari kejadian.

Menurut abang mangsa lagi, ada beberapa versi cerita “orang pandai” yang telah melakukan telekan. Antaranya, ada yang mendakwa si mangsa jatuh kedalam sungai ketika cuba menyelamatkan anak jin yang sedang lemas. Ada yang mendakwa si mangsa disorokkan oleh bunian bergelar Wali 7 dan ada pula yang mendakwa kononnya mangsa diambil oleh “orang alim” yang bukan dari kalangan jin atau manusia bagi menurunkan ilmu kepada si mangsa. Kononnya lagi mangsa akan kembali ke alam manusia setelah tamat belajar ilmu selepas genap 30 hari.

Pada hari kami sampai dilokasi kejadian, mangsa dikatakan telah hilang selama 16 hari. Kami juga diberitahu oleh abang mangsa bahawa mereka telah melaporkan kepada polis dan sepasukan polis, bomba dan penyelamat telah melakukan pencarian tetapi gagal ditemui. Selesai mendegar taklimat abang mangsa tadi, saya terus meredah sungai untuk ketempat yang saya fikirkan sesuai bagi memulakan upacara mencari. Setelah memilih tempat yang sesuai tanpa berlengah saya bentangkan kain pelikat yang dibawa, ambil wuduk dan melakukan solat hajat bersama 3 orang lagi jemaah DA bagi memohon bantuan Allah SWT.

Selesai solat hajat, saya arahkan Afiq (perawat kanan DA) untuk melakukan scan. Setelah 2 kali tetapi gagal mengesan, saya pula yang mengambil alih. Saya bertafakkur mematikan diri didalam zikir hingga bergema seluruh tubuh badan, ketika lena didalam zikir inilah saya terdengar bisikan menyuruh saya melakukan ritual ini semula pada jam 6.30pm. Sampai pada waktunya, sekali lagi saya bertafakkur mematikan diri didalam zikir. Terdengar bisikan menyuruh saya berhubung dengan”nya” melalui radar ghaib (menggunakan pembandul dari paku dan tali).

Suara bisikan tadi memperkenalkan dirinya sebagai jin islam bernama Ghof yang menghuni tempat itu. Semasa berhubungan dengan Ghof ini, kejadian disaksikan sendiri oleh 3orang perawat DA, abang dan ayah mangsa serta pemandu kenderaan pacuan 4 roda yang membawa kami. Melalui Ghof inilah kami diberitahu bahawa mangsa sebenarnya telah mati teraniaya oleh rakan-rakan pancingnya. Ghof juga telah menunjukkan lokasi dimana mayat mangsa telah disorok. Ghof menyuruh kami segera ke tempat mayat disembunyikan. Menurut Ghof lagi kami mesti sampai di tempat itu sebelum maghrib dan melarang saya berhubung dengannya selepas maghrib kerana dikhuatiri diganggu oleh jin jahat pula.

Alhamdulillah! Kami sempat sampai ditempat yang telah ditunjukkan oleh Ghof tadi sebelum maghrib dan setelah memerhati beberapa kawasan kami amat yakin dengan lokasi tersebut kerana ada langau yang berterbangan dan sekali-sekala tercium bau seperti bangkai kering. Lokasi itu juga sama seperti apa yang telah dilihat oleh Afiq semasa melakukan scan ketika di Baitul Ibadah Pusat Rawatan tempoh hari.

Saya mengarahkan salah seorang perawat DA yang baru menyertai kami untuk meninjau didalam belukar berhampiran. Malangnya kerana keadaan sudah gelap maka tidak dapatlah tinjauan menyeluruh dilakukan. Setelah berbincang lebih kurang, abang mangsa mengajak kami pulang dan akan meminta bantuan orang kampung untuk melakukan pencarian dilokasi itu ke esokannya. Hati saya terlalu berat untuk meninggalkan tempat tersebut selagi belum mendapat bukti atau menemui mayat mangsa, begitu juga dengan Afiq yang merasa berat hati untuk meninggalkan tempat tersebut.

Akhirnya kami terpaksa akur untuk bergerak pulang. Sebaik menaiki kenderaan 4x4, pemandu mengajak kami ke tempat awal tadi dimana lokasi saya melakukan ritual berhubung dengan Ghof untuk menunaikan solat maghrib. Sebaik kenderaan bergerak saya terdengar bisikan menyuruh saya membaca Ihdinas Siratol Mustaqin (tunjukilah kami jalan yang lurus) berulang kali. Saya menyuruh jemaah DA yang bertiga itu untuk membaca ayat tersebut bersama saya. Sesampai dilokasi, kami menunaikan solat maghrib berjemaah.

Memang benarlah Allah SWT itu Penunjuk Jalan Yang Lurus kerana sebaik selesai solat, kami terlihat ada cahaya didalam hutan berhampiran dengan tempat yang ditunjukkan oleh Ghof tadi. Rupa-rupa salah seorang rakan pancing mangsa dan 2 orang kawannya yang keluar dari tempat itu. Keadaannya amat mencurigakan dan apabila ditanya oleh abang mangsa apa yang dibuat ditempat itu, jawapan yang diberikan amat meragukan.

Selepas itu kami bertolak balik ke Gua Musang dan menuju kerumah keluarga mangsa bagi menerangkan keadaan si mangsa. Rupanya ketika dirumah keluarga mangsa ini, kami diminta pula melakukan rawatan kepada beberapa orang malahan ada juga kenalan keluarga mangsa yang menjemput kami kerumahnya untuk mendapatkan rawatan. Terpaksa kami menolaknya dengan baik. Selesai semuanya, kami bertolak pula ke Laloh jalan menuju Kuala Krai kerana diminta merawat orang yang terkena gangguan saka. Keesokannya kami bertolak balik ke Kajang dalam keadaan yang benar-benar keletihan dan tidak cukup tidur hampir 48 jam.

2 hari selepas kembali dari Gua Musang, abang mangsa menghubungi pengurus pusat rawatan DA memberitahu bahawa salah seorang rakan pancing mangsa mengakui mangsa sebenarnya telah terbunuh semasa mereka berempat melakukan bom ikan dan mayat mangsa telah disorok. Apa yang nak saya tekankan disini adalah mengenai FITNAH yang telah dilemparkan kepada jin, bunian dan makhluk halus yang dikatakan telah menyembunyi mangsa oleh beberapa “orang pandai” tu.

Senang betul kita menuduh makhluk halus yang melakukan angkara sedangkan kejadian sebenarnya bukan begitu. Walaupun pun mereka itu golongan makhluk halus namun hukum fitnah tetap juga jatuh dengan memberikan tuduhan sebegitu terhadap mereka. Entahlah! Apa nak jadi dengan masyarakat kita ni yang tak habis-habis menyalahkan makhluk halus dan sihir tanpa usul periksa.

Firman Allah SWT :
“dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) Yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa Yang mereka lakukan” (QS Al-An’aam : 132)

Firman Allah SWT lagi :
“dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - Yang berbuat baik dan Yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) Yang sesuai Dengan apa Yang mereka telah kerjakan, dan (Ketetapan Yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun)” (QS Al-Ahqaf : 19)


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
14 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SAKA NENEK?





Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Baru-baru ini salah seorang ahli jemaah DA telah membawa sepasang suami isteri yang juga rakan lama ke Baitul Ibadah Pusat Rawatan berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan. Diceritakan kepada saya bahawa si isteri sering mengalami gangguan hingga rumahtangga mereka menjadi kucar-kacir. Si suami mengatakan apabila isterinya bersendirian dirumah pasti akan berlaku sesuatu gangguan kepadanya hingga menjadi masalah kepada si suami untuk berurusan diluar rumah.

Setelah mendengar cerita dari si suami maka saya pun memulakan rawatan keatas isteri tadi. Saya scan dibahagian ibu jari kakinya tetapi tidak dapat merasakan sebarang gangguan yang dikatakan. Apabila saya mula diam bertafakkur untuk memantapkan zikirulLah keseluruh tubuh badan dan terasa gema zikir, saya renung tepat ke muka si isteri tadi bagi menyelami masalah yang dihadapinya.

Secara tiba-tiba si isteri tadi menjerit meraung dan terus rebah pengsan. Jemaah DA dan si suami tadi kelihatan agak panik juga sedangkan saya hanya tersenyum saja melihat kejadian tersebut hingga membuatkan mereka berdua merasa pelik. Seterusnya saya letakkan tapak tangan ke ubun-ubun si isteri tadi sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu, terus si isteri tadi tersedar dan terus duduk.



Lalu saya renung tepat muka si isteri tadi dan berkata padanya “Jika benar nenek yang mengaku sebagai penjaga kamu tu ada panggil dia datang, saya cabar dia berdepan dengan saya”. Si isteri tadi mencuba beberapa kali dan akhirnya berkata “tak boleh la dia tak mahu datang.” Kata saya padanya “Baiklah kalau betul nenek tu ada saya akan panggil dia datang, saya tau bagaimana caranya untuk panggil dia datang.” Lalu saya seru nenek saka tadi dan menggerakkan tangan ke arah si isteri tadi seolah-olah nak menyerahkan atau memasukkan sesuatu kepadanya.

Sekali lagi si isteri tadi rebah dan secara tiba-tiba bangun dan duduk dalam keadaan seperti orang sedang marah sambil menjerit dan berkata “Kenapa kau panggil aku? Kenapa kau berani cabar aku?” sambil menghentakkan penumbuknya ke lantai. Saya hanya tersenyum melihat gelagat “nenek saka” ni. Lantas saya letakkan semula tapak tangan ke ubun-ubun si isteri tadi dan secara serta-merta dia terus rebah dan meraung-raung kesakitan katanya. Kemudian saya panggil isteri kepada jemaah DA tadi yang kebetulan datang bersama.

Saya minta isteri jemaah DA tadi letakkan tangannya dibahagian hati pesakit, terus si pesakit tadi meraung dan menangis kesakitan. Saya pula terus bangun dan berlalu keluar mengambil angin. Tak lama kemudian saya lihat si pesakit tadi berhenti meraung, menangis dan terus duduk. Jemaah DA tadi bersama si suami datang mendapatkan saya yang mengambil angin diluar untuk menanyakan apa yang berlaku.

Sambil tersenyum saya terangkan kepada si suami tadi sebenarnya tiada gangguan nenek saka yang berlaku kepada si isteri sebaliknya apa yang berlaku hanyalah lakonan semata-mata. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Saya yang paham maksud pandangan mereka tu menjelaskan pada mereka sebenarnya waktu melakukan scan memang tiada apa gangguan yang saya lihat sebab itulah beberapa kali saya mencabar “nenek saka” tu tapi dia tak juga datang. Saya juga katakan pada mereka semasa saya letak tangan pada ubun-ubun si pesakit tadi saya hanya baca alif ba ta dan ABC saja sampai habis.

Pelik la jugak bila baca alif ba ta dan ABC pun boleh rebah sampai meraung-raung kesakitan dan kepanasan. Bagi membuktikan lakonan ini, sebab tu saya mintak isteri jemaah DA yang belum pun belajar apa-apa ilmu perubatan dari saya untuk membantu dengan meletakkan tangannya pada bahagian hati si pesakit. Bertambah terbuktilah bila orang yang tak tau apa-apa tak baca apa-apa ayat pun letak saja tangan terus meraung dan akhirnya sembuh dari kerasukan “nenek saka” tadi.

MasyaAllah! Satu lagi kes saka buatan sendiri rupanya. Apa yang saya nampak sebenarnya si isteri tadi hanya berpura-pura terkena gangguan semata-mata untuk mendapatkan perhatian dari suaminya. Dari pengakuan suaminya sendiri mengesahkan si isteri terkena “gangguan” pada waktu-waktu dia keluar rumah untuk berjumpa dan minum bersama kawan-kawan. Si suami juga menceritakan yang si isteri pernah berkahwin dengan lelaki lain sebelum ini tetapi sering diabaikan dan pernah dipukul oleh suami, akhirnya mereka bercerai barulah berkahwin dengan suami yang sekarang.

Masalah trauma la ni takut suami buat perangai dan takut ditinggalkan suami. Macam-macam hal dengan manusia ni ye. Macam-macam juga tipu helah dalam menjaga rumahtangga ni sebenarnya kan… kan… kan… entahlah……

Firman Allah :
“Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu Yang melakukan sesuatu perbuatan keji Yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. dan (hukuman) Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya” (QS Al-Ahzab : 30)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

13 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon PERAWAT DAH JADI KONSELOR





Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Sebaik pulang dari Indonesia, ramai pula yang datang untuk mendapatkan rawatan. Dalam kesibukan kami jemaah DA hendak menyiapkan Baitul Ibadah Pusat Rawatan Islam & Alternatif terpaksa juga meluangkan masa untuk merawat pesakit dalam keadaan pusat rawatan yang hampir siap namun agak berterabur juga kerana masih dalam proses ubahsuai. Setakat hari ini carta kami menunjukkan kes berkaitan saka menduduki tangga teratas di ikuti oleh masalah rumahtangga ditangga kedua.

Dalam memberikan rawatan, saya bukan saja merawat tapi dah jadi macam konselor pulak nak kena jadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah rumahtangga pesakit dan lain-lain kes yang berkaitan. Mana tidaknya, bila discan banyak sangat masalah dalaman berkaitan dengan diri mereka sendiri dan bukan berpunca dari saka atau sihir. Yang malangnya saka dan sihir juga yang dikaitkan atau dijadikan alasan atas setiap masalah yang mereka hadapi. Berbuih juga mulut dibuatnya untuk memberikan penjelasan masalah sebenar yang mereka hadapi. Bukan senang nak buat orang paham apa yang kita nampak.

Begitulah mudahnya kita meletakkan kesalahan kepada sesuatu yang lain tanpa mahu mengakui sebab sebenarnya adalah berpunca dari diri kita sendiri. Bila rumahtangga berantakan, anak-anak tidak mahu mendegar kata, suami main kayu tiga dan isteri pula berlaku curang maka sihir dan saka dijadikan sebagai alasan yang mudah untuk menutup kesalahan diri sendiri secara sedar atau tidak.


Kita yang mendarahdagingkan saka dan sihir didalam kehidupan kita yang mana akhirnya memberi keuntungan kepada mereka-mereka yang bergelar bomoh, dukun dan pawang. Kita yang mencipta alasan saka dan sihir sehinggakan mudah dipergunakan oleh bomoh, dukun dan pawang untuk mencari wang dengan menggenakan pengeras yang tinggi bagi menyelesaikan masalah tadi. Akibatnya kita sendiri yang tertipu.

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah Yang menganiaya diri mereka sendiri." (QS Yunus : 44)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir











07 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon IMAGINASI BERDOA 2





Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

"Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain.
Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, bisakah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,

Tekan 4. "Untuk jawaban pertanyaan tentang hakekat surga & neraka, silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau bisa juga Anda mendengar ini :

"Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah satu kali menelpon hari ini. Silakan mencoba kembali esok hari."

atau...

"Kantor ini ditutup pada akhir minggu. Silakan menelpon kembali hari Senin setelah pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelpon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya kapan saja dan Dia mendengar Anda. Karena bila memanggil Allah, Anda tidak akan pernah mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.


Ketika Anda memanggil-Nya, gunakan nomor utama ini: 24434

2 : shalat Subuh

4 : shalat Zuhur

4 : shalat Ashar

3 : shalat Maghrib

4 : shalat Isya

Atau untuk lebih lengkapnya dan lebih banyak kemashlahatannya, gunakan nomor ini : 28443483

2 : shalat Subuh

8 : Shalat Dhuha

4 : shalat Zuhur

4 : shalat Ashar

3 : shalat Maghrib

4 : shalat Isya

8 : Shalat Lail (tahajjud atau lainnya)

3 : Shalat Witir

Info selengkapnya ada di Buku Telepon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadist Rasul"

Langsung hubungi, tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa dipungut biaya.

Nomor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah saluran hunting yang tak terbatas dan seluruhnya buka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun dan selama usia anda!!!

Sebarkan informasi ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang membutuhkannya Sabda Rasulullah S.A.W :
"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap " Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap " Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah " sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Nota : Seperti yang dihantar oleh seorang sahabat kepada email saya.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir


06 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon PUSAT RAWATAN KINI DIBUKA





Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah! Dengan usaha dan kerjasama dari semua ahli jemaah maka terbinalah Baitul Ibadah Pusat Rawatan Islam Dan Alternatif hasil dari titik peluh mereka sendiri. Walaupun banyak juga rintangan dan dugaan yang dihadapi namun kesepakatan dan ketabahan sekelian ahli jemaah yang begitu jitu untuk merialisasikan pusat rawatan inilah yang membuahkan hasil. Sebelum ini kami hanya beroperasi dari rumah saya saja.

Begitulah hebatnya kekuasaan Allah SWT yang Maha Kaya. Walaupun pada mulanya ada juga diantara ahli jemaah yang agak risau apabila hasrat untuk merialisasikan pusat rawatan ini disuarakan memandangkan perlu mengeluarkan belanja yang besar sedangkan rata-ratanya ahli jemaah bukanlah berduit sangat kena pula tabung jemaah yang terkumpul tidaklah seberapa kerana baru saja ditubuhkan.

Namun berkat Keyakinan kepada Allah SWT serta kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh sekelian ahli jemaah, kini Baitul Ibadah Pusat Rawatan dapat direalisasikan. Inilah hasilnya apabila kita beriktikad, bersangka baik dan berserah diri kepada Allah SWT. Semasa dalam proses ubahsuai Baitul Ibadah Pusat Rawatan ini, kami sekelian ahli jemaah telah mengadakan majlis Zikir Khatam dan memohon hajat kepada Allah SWT bagi menjayakan Baitul Ibadah Pusat Rawatan ini dan memohon rezeki serta kejayaan kepada Allah SWT yang Maha Kaya.

Alhamdulillah! Sebaik siap semuanya, tak henti-henti kami menerima pesakit dan adakalanya terpaksa ditunda dan lebih membuktikan lagi Allah SWT itu Maha Kaya dan mengurniakan kepada hamba-hambanya yang meminta, kami mendapat satu peluang perniagaan dalam bidang penyajian makanan dengan wujudnya DARUL AZZIKRI CATERING & SERVICES.

Kini secara rasminya Pusat Rawatan Islam Dan Alternatif telah dibuka dan didaftarkan. Antara khidmat yang diberikan adalah seperti berikut :

Rawatan Islam :
1. Sihir
2. Saka
3. Busung
4. Santau
5. Kerezekian
6. Kerasukan
7. Pagar Diri/Rumah/Sekolah/Pejabat
8. Masalah Rumahtangga
9. Dan lain-lain yang berkaitan

Rawatan Alternatif :
Bekam Angin/Luncur/Darah/Lintah
1. Buang darah kotor
2. Resdung
3. Migrin/Pening (Semua jenis)
4. Kegemukan
5. Gaot/Strok/Kebas-kebas
6. Darah tinggi/Darah rendah
8. Kesuburan/Kehamilan/Mandul
9. Dan yang berkaitan

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu menceritakan dari Nabi sallallahu alaihi wasallam- yang bersabda; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan ia menurunkan untuknya ubat/penawar”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib)

Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhuma- bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wa sallam- bersabda; “Penyembuh ada pada tiga;
1. Toresan bekam (untuk mengeluarkan darah)
2. Minum madu
3. al-Kayy (tuaman dengan api)
Aku menegah umatku dari tuaman dengan api” (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)



WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir



HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR