Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
07 November 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon JIN KETAWA PERAWAT BACA QURSI SALAH, BENARKAH?


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah, pada 3hb Nov lepas JAIS telah mengadakan seminar berkenaan rawatan islam dan alternatif. Semua perawat seluruh negeri Selangor dijemput hadir bagi menjayakan seminar tersebut. Dikesempatan ini juga saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak JAIS yang telah bersusah-payah menganjurkan seminar seperti ini yang amat memberi makna serta manfaat kepada kami.

Didalam seminar tersebut, salah seorang perawat telah menyarankan agar semua perawat memperbetulkan bacaan ayat Qursi kerana berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang pernah mengalami diketawakan oleh jin yang merasuk pesakit kerana bacaan Qursi yang salah. Selalu juga kita dengar cerita seperti ini atau melihat sendiri kejadian dimana, mungkin saudara kita sendiri terkena sihir apabila dibawa kepada perawat dan dibacakan Qursi lalu jin yang merasuk ketawa dan mengatakan bacaan Qursi atau apa-apa ayat ruqyah yang dibacakan salah cara bacaannya, sebutannya atau sebagainya.

Mengenai masalah ini, suka saya merujuk kepada kertas pembentangan seminar tersebut yang ditulis oleh Y. Bhg. Dato’ Ismail Kamus bertajuk “KEADAAN DAN PERKARA ATAU TINDAKAN YANG MEMBAWA KEPADA PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM PENGUBATAN ALTERNATIF” mukasurat 24 dimana beliau memberi saranan kepada setiap perawat yang ingin menceburi bidang ini mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu, saya merujuk kepada perkara: 5. Mestilah mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai tabiat jin, tipu perdayanya dan pintu-pintu kemasukannya.

Didalam Quran, Allah SWT telah menjelaskan mengenai tipu helah golongan jin syaitan ini :
“Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (QS Al-Baqarah: 209)

“Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta” (QS Ash-Shu'araa: 223)

Sebenarnya, apa yang ingin saya jelaskan disini ialah masalah dikatakan salah bacaan Qursi atau ayat-ayat ruqyah oleh jin yang merasuk tubuh pesakit itu mungkin termasuk dalam tipu-daya jin syaitan agar timbul rasa was-was didalam hati perawat tersebut terhadap bacaannya sehingga jin tadi dapat peluang melepaskan diri dari seksaan diatas bacaan ayat-ayat Quran tadi. Oleh kerana terasa malu dikatakan salah ayat-ayat yang dibacakan atau perawat terhenti bacaan ayat-ayat ruqyah kerana menconggak-conggak dimana letaknya kesalahan dalam bacaan tadi membuatkan jin syaitan tadi dapat melepaskan diri.

Perlulah di ingat bahawa Islam itu berlandaskan rukun iman dan rukun islam. Kesemua 6 Rukun Iman berasaskan KEYAKINAN manakala 5 Rukun Islam pula adalah PERBUATAN yang dilakukan hasil dari keyakinan atas 6 Rukun Iman tadi. Jika jin syaitan yang merasuk tubuh pesakit berjaya memusnahkan keyakinan kita terhadap ayat-ayat Quran yang kita sendiri bacakan, maka tiadalah hasil atau faedahnya bacaan ayat-ayat ruqyah tadi walau habis 30juz quran kita bacakan pasti tiada memberi kesan kepada jin syaitan tadi.

Pendapat saya secara peribadi, perkara ini tidak lansung patut diutarakan kerana saya BERKEYAKINAN PENUH kepada semua perawat islam seluruh negara memang telah memiliki ilmu didalam rawatan islam ini termasuk mempelajari dan menguasai bacaan ayat rukyah dan syifa’. Tidak mungkin seseorang itu sanggup menjadi perawat islam jika tidak mempunyai ilmu itu.

Teringat kembali pesanan Guru-guru saya, “Waktu sedang merawat jangan dilayan cakap-cakap pesakit kerana itu mungkin helah syaitan yang nak melalaikan kamu sebaliknya teruskan apa yang kamu baca (ayat-ayat quran) dan buat (kaedah-kaedah rawatan). Sekali kamu melayan susah kamu nak beri tumpuan semula”.

Firman Allah SWT :
“Dan janganlah Syaitan menghalang kamu; sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (QS Az-Zukhruf: 62)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
06 November 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SALAM AIDILADHA 2011




Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
10 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SIHIR PEMISAH & SIHIR SIMPULAN


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Banyak juga masalah rumahtangga dalam masyarat Malaysia ini. Masalah rumahtangga ini masih menduduki carta no. 1 dan permasalahan tertinggi dalam kes-kes yang saya rawat. Ada yang berpunca dari diri pasangan suami isteri itu sendiri tanpa ada unsur-unsur sihir, ada diantaranya berpunca dari keluarga atau yang tidak mendapat restu ibubapa dan ada juga yang memang berpunca dari sihir.

Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Katakanlah; Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya" (QS Al-Falaq: 1-5)

“Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah...” (QS Al-Baqarah: 102)


Disini saya senaraikan dan cuba memberikan sedikit penerangan serba ringkas berkaitannya, insyaAllah. Antara sihir-sihir rumahtangga ialah :

1. SIHIR PEMISAH (TAFRIQ)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri dengan menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada salah seorang dari pasangan dan mungkin kepada kedua-duanya.

Sihir ini juga digunakan untuk menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya hingga menimbulkan perpecahan diantara anak dengan ibu/bapanya, rakan kongsi perniagaan, sabahat, majikan dan pekerja serta yang seumpamanya.

2. KAWALAN KASIH SAYANG (RIBTU MAWADDAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir menggunakan kaedah-kaedah simpulan seperti didalam surah Al-Falaq ayat 4-5 diatas. Ada diantaranya yang tidak boleh melihat pasangannya sewaktu bertemu atau rasa rimas, kepanasan, tidak selesa dan tidak tenteram ketika berada dekat dengan pasangannya atau merasa benci, miang pada badan dan sakit-sakit ketika melakukan seks tetapi merasa kasih, sayang dan rindu bila berjauhan atau tidak melihat pasangan.

Ada juga diantara yang terkena sihir ini, isterinya terkena gangguan yang dikenali sebagai Gangguan Asyik. Gangguan asyik ialah timbulnya perasaan asyik, cinta dan seronok jin kepada isteri tersebut. Kesannya jin tersebut akan menghalang dari terjadinya hubungan seks antara suami-isteri dengan cara mengikat atau mengawal si isteri yang lama-kelamaan akibat dari sekian lama tidak dapat menjalin hubungan seks maka suami menceraikan isterinya.

Ada juga kes-kes dimana si isteri mengalami pendarahan haid terlalu lama hingga menghalang terjadinya hubungan seks hingga menyebabkan suami hilang sabar dan menceraikan isteri.

3. SIMPULAN CINTA (RIBTU MAHAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dibuat oleh salah seorang pasang kepada pasangannya. Ada isteri yang mengenakan sihir ini kepada suaminya dan sebaliknya. Isteri menggenakan sihir jenis ini agar suami rasa tidak suka dan tiada nafsu kepada madunya atau perempuan lain.

Ada juga suami yang sering berpergian (outstation) dalam masa yang lama atas urusan kerja atau perniagaan mengenakan sihir ini kepada isteri kerana bimbang si isteri akan berlaku curang semasa ketiadaannya.

Bagi jangka masa panjang, sihir ini amatlah merbahaya dari segi kesihatan tubuh badan kerana ia boleh menyebabkan orang yang terkena sihir jenis ini kekal menjadi lemah, lesu dan sebagainya hingga tidak mampu lagi membuat hubungan kelamin, maka sebenarnya sihir ini juga merugikan pasangannya sendiri.

4. SIMPULAN ALAT KELAMIN (RIBTU QUDHAIB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dikena pada alat kelamin suami seolah-olah mati pucuk hingga tidak mampu melakukan hubungan seks. Pada masa-masa lain alat kelamin suami ini berfungsi dan menegang seperti biasa. Sihir jenis ini hanya aktif sewaktu mahu melakukan hubungan seks sahaja.

5. SIMPULAN BELAKANG (RIBTU ZAHRI)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk menimbulkan rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian belakang badan terutama bahagian pinggang. Didapati kesakitan tersebut terjadi apabila pasangan suami isteri mahu melakukan hubungan seks.

6. SIMPULAN RAHIM (RIBTU RAHIM)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menutup pintu faraj isteri sehingga menghalang melakukan hubungan seks. Pernah juga ada kes-kes dimana alat kelamin isteri seakan-akan hilang. Ini biasanya berlaku kepada pasangan yang mahu menikmati malam pertama.

7. SIMPULAN PERANAKAN (RIBTU ANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang boleh menyebabkan isteri menjadi mandul dan merasa sakit dibahagian peranakan. Ada juga diantara wanita yang terkena sihir ini mengalami datang haid yang tidak teratur atau kerap dan agak lama dari yang sepatutnya.

8. SIMPULAN MANDUL (RIBATH THANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah antara salah satu sihir pemisah. Sihir ini menggunakan jin bagi menghalang keluarnya sperma atau menghalang sperma dari memasuki rahim. Antara tujuan perkahwinan adalah mendapatkan zuriat, jika perahwinan yang sudah agak lama tetapi tidak melahirkan zuriat sebagai ikatan suami isteri maka akan timbullah pelbagai masalah yang memporak-perandakan sehingga berlakunya penceraian, dan tercapailah dan terlunaslah dendam orang yang menggunakan sihir ini kepada orang yang dituju.

9. SIMPULAN FIKIRAN (RIBTU FIKRAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menyebabkan si pesakit hilang tumpuan fikiran, banyak berkhayal. Ada juga banyak kes dimana si pesakit seolah-olah mendengar bisikan yang mengatakan pasangannya telah berlaku curang hingga menyebabkan terjadinya pertengkaran akibat tuduhan tadi hingga berlakunya penceraian.

Terdapat juga kes dimana pesakit mendengar bisikan-bisikan menghasut yang menyuruhnya membunuh pasangan yang telah melakukan perbuatan curang. Si pesakit akan menghadapi kemurungan dan gangguan jiwa hingga berbagai-bagai masalah akan timbul apabila terkena sihir jenis ini.

Inilah serba sedikit dan secara ringkas yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan dan petunjuk kepada kita didalam mengharungi kehidupan didunia ini yang penuh dengan pancaroba dan ujian.

Sekiranya terdapatlah tanda-tanda seperti yang diceritakan serba ringkas diatas, maka berusahalah mengubatinya. Datangilah mana-mana pusat rawatan islam yang diyakini yang banyak terdapat sekarang ini. InsyaAllah! Saya berkeyakinan tinggi bahawa semua perawat dari pusat rawatan islam diseluruh Malaysia ini memang berkebolehan, ikhlas dan ingin membantu orang-orang yang mengalami masalah berkaitan sihir bukan bertujuan komersil.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
09 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SUKARNYA MENJADI PERAWAT

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kami perawat-perawat DA ingin memberikan penjelasan walaupun sebelum ini pernah juga saya jelas didalam artikel terdahulu malah secara lisan bila dikunjungi orang-ramai yang ingin mendapatkan rawatan. Apa yang ingin kami jelaskan disini ialah, kami hanya berusaha memberi bantuan atau rawatan sekadar kemampuan dari setitis ilmu yang kami miliki. Tidak pernah kami memberikan jaminan melainkan berkata dengan ucapan INSYA’ALLAH.

Sesungguhnya kami dari DA dan semua perawat-perawat pusat rawatan islam yang lain hanyalah berusaha tetapi Allah SWT jualah yang Maha Meyembuh dan Maha Memakbul segala hajat. Penjelasan ini kami buat berdasarkan pengalaman-pengalaman yang kami alami. Ada yang datang kepada kami caranya seolah-olah terlalu memaksa. Mungkin mereka beranggapan sebaik saja dirawat semua penyakit akan terus sembuh atau menjadi tanpa perlu tunggu atau bersabar walhal sakitnya dah berbulan atau bertahun.

Ada juga kes-kes dimana rawatan telah pun menunjukkan kesan kesembuhan atau orang yang menghilangkan diri telah dapat dihubungi namun kebanyakannya seolah tidak bersyukur tetapi lebih mendesak agar disegerakan kesembuhan atau pulangnya orang yang lari. Saya percaya hal-hal sebegini juga dialami oleh ramai perawat-perawat dari pusat rawatan islam yang lain. Saya bermohon agar kita semua faham bahawa perawat juga seperti doktor hanya berusaha Allah jualah yang menentukan segalanya.

Kebiasaannya, walaupun telah diterangkan dengan panjang lebar kaedah yang digunakan atau rawatan yang diberikan memerlukan masa untuk kesembuhan atau mendatangkan hasil namun sebaik pulang dari rawatan, pesakit atau keluarga tetap juga menghubungi bertalu-talu bertanyakan berkenaan hasil rawatan yang telah diberi.

Kami juga biasa mendengar rungutan pesakit atau keluarganya yang menceritakan berkenaan rawatan yang tak menunjukkan sebarang hasil ketika mendapatkan rawatan dari pusat rawatan lain setelah berhasil dengan rawatan kami. Kami tidak mahu dipuji dan kami juga tidak mahu mendengar umpatan keatas pusat rawatan lain. Sekali lagi saya mewakili semua perawat rawatan islam seluruh Malaysia menegaskan, kami para perawat hanya berusaha membantu dengan cara dan kaedah masing-masing namun Allah SWT jualah yang menentukan segalanya.

Pernah ada kes terpencil dimana kami dikunjungi oleh seorang wanita dari luar negara yang bermasalah dengan teman lelakinya yang tidak mahu bertanggungjawab dan ingin lari dari perkahwinan. Apabila telah berjaya dengan kaedah rawatan kami, telah datang dan meminta izin untuk mendapatkan gambar saya bagi tujuan sembahyang lebih tepat lagi ingin memuja/menyembah gambar saya didalam upacara sembahyangnya atas rasa kesyukuran katanya. Nak pitam saya ketika itu mendengar kenyataannya, menggigil tubuh badan dibuatnya. Kebetulan ketika itu ada sekelurga dari Negeri Sembilan mahu mendapatkan rawatan telah mendengar perbualan kami, malu teramat saya dibuatnya sampaikan cakap english pun jadi hura-hara tunggang-terbalik dibuatnya.

Kami perawat DA, menyusun 10 jari memohon ampunan dan maaf sekiranya ada yang terasa dengan kenyataan ini namun inilah yang patut kami lakukan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” (QS Ali Imraan: 5)

“Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia” (QS Al-Kahf: 44)


“Bahkan Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong” (QS Ali Imraan: 150)

“Dan Dia-lah (Allah) yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia-lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya. (QS Al-An'aam: 18)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
07 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon LAGI MASALAH ISTERI LARI


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Baru-baru ini kami dikunjungi seorang lelaki yang mengadukan masalah rumahtangganya hinggakan isterinya lari dari rumah. Yang lebih menyedihkan lagi apabila si isteri telah meninggalkan telefon bimbitnya sebelum melarikan diri agar tidak dapat dihubungi oleh suaminya. Lebih malang lagi bila isterinya itu bukan orang Malaysia, tiada sesiapa yang boleh dirujuk untuk mencari si isteri.

Menurut lelaki ini juga, isterinya baru memeluk agama islam tetapi kerana kesalahan dirinya sendiri maka isterinya tidak langsung memahami hukum-hakam dan tanggungjawab seorang isteri muslim terhadap suami. Beginilah yang terjadi apabila memeluk islam sekadar untuk berkahwin dan lebih malang lagi apabila orang yang bertanggungjawab memberikan didikan agama atau dorongan untuk mendalami agama islam yang baru dianuti pula tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya.

Sememangnya Allah SWT itu Maha Bijaksana dengan menimpakan musibah kepada rumahtangga tadi telah menyebabkan si suami insaf dan tersedar akan kesilapannya dalam mendidik isteri lebih-lebih lagi saudara baru. Allah telah menerangkan semuanya kepada kita didalam Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya)” (QS An-Naml: 52)

“(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya" (Aali Imraan: 182)

Alhamdulillah! Selepas kami ikhtiarkan dengan kaedah-kaedah kami, 3 hari selepas itu beliau telah dapat berhubung dengan isterinya dengan izin dan kurniaan rahmat Allah SWT. Allah SWT telah menambahkan lagi kurniaan rahmatnya kepada lelaki tersebut apabila si isteri tadi bersetuju pula untuk berjumpa dengannya bagi membincangkan masalah rumahtangga mereka.

Seperti pesanan saya pada awal pertemuan kami, jika kaedah rawatan yang kami lakukan dimakbulkan Allah SWT yang Maha Berkuasa, maka pelbagai cara Allah SWT akan pertemukan mereka dan jika itu terjadi segera berjumpa saya untuk kaedah selanjutnya sebelum pergi berjumpa dengan si isteri. MasyaAllah! Ternyata Allah SWT itu Maha Hebat! Sekali lagi Allah SWT mengurniakan rahmatnya kepada lelaki tadi apabila isterinya yang pada mulanya bersetuju untuk bertemu bertujuan minta cerai akhirnya ikut suaminya pulang kerumah pula.

Kemudian lelaki tadi menghubungi saya semula untuk kaedah selanjutnya agar si isteri lembut hatinya untuk kekal dalam rumahtangga dan menjadi isteri yang lebih baik dan solehah. Kami perawat DA ini hanyalah mampu berusaha namun Allah SWT sahajalah yang dapat memakbulkan tiap-tiap hajat itu. Dan yang pentingnya haruslah di ingat akan kenyataan Allah SWT dibawah ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (QS Az-Zumar: 49)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
05 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon RAJA SEGALA PENDINDING




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Sepertimana yang telah diajarkan oleh Guru kepada saya, ingin saya kongsikan ilmu RAJA SEGALA PENDINDING NO. 1 diseluruh dunia dan memang telah terbukti keampuhannya. Mudah-mudahan selepas ini kita tidak lagi mencari pendinding-pendinding yang bersulam dengan kesyirikan. Rasa membuak-buak dihati untuk berkongsi ilmu pendinding ini lahir apabila saya dijemput ke Melaka untuk memberi rawatan kepada pesakit yang terkena sihir busung pada ahad lalu.

Keluarga pesakit memberitahu saya, bomoh yang sebelum ini menggunakan kaedah “menurun” untuk mengubati pesakit, tak pastilah pula saya apa yang sebenarnya yang “turun”. Diceritakan lagi kepada saya bahawa bomoh tersebut juga telah “memagar” rumah pesakit dengan “bantuan” khadam yang bergelar “Puteri Zubaidah” (kalau tak salah saya) yang didakwa dari Gunung Ledang. Yang agak pelik dan persoalan yang sering bermain di benak saya ialah kenapa yang dikatakan khadam itu selalunya berpangkat Raja, Puteri, Panglima, Datuk dan macam-macam gelaran lagi? Agak pelik juga bila yang berpangkat nak pula jadi khadam suruhan.

Berbalik kita kepada ilmu Raja Segala Pendinding yang menduduki tahta No. 1 didunia, inilah ayat dan kaifiatnya untuk amalan kita bersama, insyaAllah.

Ayatnya :
Terjemahannya :
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk”.

Ada juga yang menafsirkannya :
“Aku mohon perlindungan Allah dari syaitan yang kena rejam/kutuk/laknat/sumpah”

Kaifiatnya :
1. Diamalkan setiap lepas solat fardhu 5 waktu.
2. Diamalkan sebanyak 1000X sehari semalam (200X setiap selepas solat fardhu) atau lebih.
3. Setiap kali dibaca hendaklah kita memohon kepada Allah SWT didalam hati agar diberikan perlindungan dari syaitan dalam diri, syaitan diri dan segala bentuk syaitan yang Allah ciptakan dan ketahui wujudnya termasuk iblis.
4. Menanam keyakinan didalam hati/diri bahawa Allah SWT telah pun melindungi kita.

Saya terangkan konsep Raja Segala Pendinding ini agar kita lebih memahaminya. Sebagai contohnya : Untuk melindungi rumah kita dari pencuri maka kita memasang sistem keselamatan (alarm) tercanggih yang terdapat dipasaran sehinggakan jika burung hingga diatas bumbung rumah pun penggera akan berbunyi dan jika kucing atau anjing terlanggar pagar rumah pun penggera akan berbunyi. Ada juga yang tidak cukup dengan sistem penggera, dipasang pula dengan cctv dan yang berduit pula ditambah lagi dengan mengupah pengawal keselamatan yang mengawal siang dan malam.

Setelah kita berusaha dengan semua sistem keselamatan yang diterangkan diatas, akhirnya kita dapati masih lagi berlaku kecurian didalam rumah kita. Setelah diselidiki rupa-rupanya orang yang didalam rumah yang mencuri. Mungkin juga anggota keluarga, pembantu rumah atau sesiapa saja yang berada didalam rumah tersebut. Maka cukupkah kawalan keselamatan kita? Sudah selamatkah kita dari kecurian setelah memasang sistem keselamatan disekeliling rumah?

Sebab itulah kata Guru saya, beramal dengan ta’awwudz (Raja Segala Pendinding) ini sebenarnya memohon perlindungan Allah SWT dari diri kita sendiri menjadi syaitan pembinasa diri (dari segala sifat mazmumah), memohon perlindungan dari syaitan diri yakni Qarin, memohon perlindungan dari syaitan sekeliling yang terdiri dari (mungkin) ahli keluarga, anak-anak, sahabat-handai, rakan-taulan yang sentiasa mengajak kepada perkara mungkar (golongan manusia), memohon perlindungan dari syaitan sihir dan ghaib (golongan jin) dan memohon perlindungan dari Iblis laknaktulLah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu” (QS Al-An’am : 112)

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi” (QS Al-Mujaadila: 19)

Maka dengan amalan ini terdindinglah kita dari segala-galanya dari dalaman dan luaran, insyaAllah. Jika amalan ini diamalkan oleh setiap dari kita dengan bersungguh-sungguh dengan menyerahkan diri dan mengharap kepada perlindungan Allah SWT yang Maha Memberi Perlindungan (Al Waliyy), nescaya tidak akan berlaku apa-apa kepada kita. Jika berlaku sesuatu kemudharat kepada kita sekalipun, nescaya kita tidak akan merasakannya kerana telah berserah diri yakni redha kepada segala ketentuan Allah terhadap kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka” (QS An-Nahl: 99)

Sebenarnya masih banyak lagi yang boleh dikupas dan diterangkan, namun cukuplah sekadar ini saja dahulu. Terserahlah kepada kita semua untuk beramal dan membuktikan keampuhan ta’awwudz ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam” (QS An-Nahl: 98)

Hadis Junjungan Nabi SAW bermaksud :
"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya, dan dari hembusannya (yang menyebabkan kerusakan akhlaq)" (Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni, Hakim dan dishahkan olehnya serta oleh Ibnu Hibban dan Dzahabi).

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
19 September 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SYARAT MENJADI PERAWAT


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah! Banyak juga email yang saya terima menyatakan minat untuk mempelajari ilmu perubatan islam dan tidak kurang juga yang minta diajarkan cara-cara serta kaedah rawatan melalui email. Buat masa ini saya belum lagi terfikir nak buat kursus-kursus seperti yang dianjurkan oleh darul-darul atau pusat-pusat rawatan islam yang lain. Sebabnya bagi saya untuk menjadi perawat bukanlah sekadar belajar ayat-ayat, amalan-amalan atau cara dan kaedah rawatan saja, yang paling penting dari semua itu adalah iktikad hati dan keyakinan kepada ayat-ayat Quran yang dibaca serta penyerahan diri kepada Allah.

Kalau pun hafaz 30 juz Quran tetapi dihati tersembunyi rasa takut kepada selain Allah SWT maka tiadalah gunanya. Ini telah saya buktikan melalui ahli jemaah DA sendiri. Pada awal mereka menyertai DA melakukan rawatan, Alhamdulillah semuanya ok saja, namun semasa diuji dengan disuruh duduk dihutan seorang diri diwaktu malam gelap gelita, merayu-rayu juga minta diteman atau dibatalkan ujian tak kurang juga yang memberi alasan dan berdalih. Namun setelah melepasi ujian, Alhamdulillah! Mereka lebih berkeyakinan dengan iktikad yang benar, malah ada diantaranya yang minta agar diuji lagi.

Sewaktu ramai-ramai atau dipusat rawatan, datanglah orang yang kerasukan macamana teruk pun dengan tenang dan mudah saja dirawat tetapi bila bersendirian ditempat yang terpencil atau asing dan gelap, tergigil-gigil dibuatnya kerana takutkan hantu syaitan dan jembalang penunggu hutan. Rupa-rupanya kita sendiri pun takut dengan hantu syaitan tapi boleh pula jadi perawat. Pelik, sungguh pelik! Yang lebih pelik lagi apabila si pesakit tadi sembuh walaupun sebenarnya didalam hati kita sendiri takutkan hantu syaitan.

Tipu daya syaitan itu pelbagai-bagai, walaupun si pesakit itu sembuh namun syaitan menang dari sudut yang lain. Sebab itulah bagi saya untuk menjadi perawat, syarat utamanya adalah mengikis sifat takut kepada hantu syaitan dan selain Allah SWT yang tersembunyi didalam diri dan hati kita. Ujilah dulu diri sendiri, adakah berani dihadapan orang atau ketika ramai atau mungkin juga ketika ditempat yang selesa bagi diri tetapi hakikatnya didalam hati tersembunyi perasaan takut kepada hantu syaitan.

Ingatlah firman Allah SWT didalam Quran yang bermaksud :
“Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati” (QS Al-Inshiqaaq: 23)

Latihlah diri terlebih dahulu untuk takut kepada Allah SWT, nescaya akan takutlah syaitan kepada kita. Amatlah mudah untuk kita mengetahui samada diri kita benar-benar takut kepada Allah SWT atau tidak.

Seperti firman Allah SWT didalam Quran :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (QS Al-Anfaal: 2)

Perbanyakkanlah membaca ta’awwudz untuk memohon perlindungan Allah SWT dari syaitan termasuklah syaitan diri. Fahami betul-betul makna ta’awwudz itu. Perbanyakkanlah istighfar, zikir, doa dan membaca Quran sehingga tanpa disedari bergenang airmata membasahi pipi kerana perasaan gementar, takut dan kecintaan kepada Allah SWT.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
16 September 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon MAAF ZAHIR JE…


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah! Sudah lebih 2 minggu kita menyambut raya. Masih banyak rumah terbuka hari raya yang diadakan sana-sini. Hari raya aidilfitri dan ungkapan Maaf Zahir & Batin seakan terlalu sinonim antara satu sama lain hinggakan jika dilafazkan ungkapan ini pada bulan yang lain seakan janggal pula bunyinya bahkan mungkin juga akan ditegur orang mengatakan bukan hari raya nak ucap maaf sedemikian. Begitulah kita didalam memperkatakan ucapan maaf zahir & batin ini.

Yang lebih teruk lagi, ramai diantara kita yang mengucapkan “selamat hari raya, MAAF ZAHIR JEEE YE… BATIN TAK TAK BOLEH UNTUK SUAMI/ISTERI AKU JE”. Saya berani katakan ramai diantara kita biasa dengar atau terima ucapan sedemikian pada bulan raya ni kerana saya sendiri saban tahun akan menerima atau mendengar ungkapan sedemikian tiap kali bulan raya/syawal.

Sedar atau tidak, setuju atau tidak, bagi sesiapa yang mengucapkan ungkapan sedemikian sebenarnya telah menunjukkan tahap kebodohan serta kejahilan mereka terhadap agama islam itu sendiri. Pertama, mungkin ramai diantara kita tidak sedar bahawa Zahir & Batin itu sendiri adalah antara Asma’ul Husna (nama-nama Allah). Keduanya, mereka tidak memahami lansung maksud ungkapan yang mereka lafazkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (QS Al-Hadiid: 3)

Pada orang kita ni, perkataan batin itu mungkin hanya ada dua makna saja, batin yang pertama adalah berkenaan dengan seks dan batin yang kedua berkenaan ilmu kebatinan iaitu berkaitan dengan majik-majik, silat, kebal, sihir dan seumpamanya. Sedikit sangat diantara kita apabila mengucapkan ungkapan “Maaf Zahir & Batin” didalam hati atau benaknya menanamkan makna “Maaf atas segala kesalahan yang terang atau yang tersembunyi” atau “Maafkan saya atas segala kesalahan yang kamu ketahui dan kesalahan yang tersembunyi dihati saya terhadap kamu”.

Sebab itulah diharapkan agar kita mengubah persepsi berkenaan zahir & batin ini. Mudah-mudahan juga mulai saat ini kita benar-benar faham ungkapan ini dan bermaksud serta bersungguh-sunguh didalam melafazkannya kepada orang lain kerana mungkin pada luarannya kita berakhlak baik pada semua orang tetapi mengumpat, mengeji, menghina, mengejek dan macam-macam lagi didalam hati kita. Ambillah peluang ini untuk memohon maaf diatas segala kesalahan yang kita lakukan secara terang-terangan atau yang tersembunyi didalam hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya Yang Zahir dan Yang Batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangi kebenaran” (QS Luqman: 20)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
02 September 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SALAM AIDILFITRI – MAAF ZAHIR BATIN



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Alhamdulillah, berlalu sudah ramadhan dan menjelma pula syawal. Mudah-mudahan ramadhan kali ini membuahkan hasil dan melahirkan “insan” baru yang islam, beriman dan berihsan hinggalah ke ramadhan yang akan datang, insyaAllah. Diharapkan jua agar segala perbuatan dan amalan kita semasa dibulan ramadhan turut dipraktik dan diterapkan terus dalam kehidupan harian kita selepas ini.

Rata-rata yang kita lihat setiap tahun dari kecil hinggalah sekarang, apabila menjelang raya atau malam raya atau juga dikenali sebagai “hari mantai” dan pada pagi raya, ramai diantara kita yang melompat kegembiraan dan tidak kurang pula yang menitiskan airmata kesedihan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi yang lebih banyaknya kita lihat ramai yang gembira kerana tidak lagi perlu bersusah-payah menahan lapar dahaga dan seronok menyambut raya. Yang bersedih pula kebanyakannya samada tidak dapat cuti raya, tidak dapat tiket bas nak balik raya dikampung, tak cukup duit untuk beraya dan menaggis kerana tidak dapat menyambut raya dengan ahli keluarga yang baru meninggal dunia.

Sangatlah sedikit diantara kita yang gembira ketika bertakbir raya kerana telah benar-benar menang didalam jihad nafsu di bulan ramadhan hingga terbukti boleh dibanggakan pada pagi syawal. Amatlah kecil pula bilangan diantara kita yang kesedihan dan menangisi pemergian ramadhan yang dipenuhi rahmat dan keampunan kerana bimbang tidak berpeluang lagi untuk bertemu ramadhan yang akan datang. Malah, adakah diantara kita yang menangis kesedihan kerana merasakan tidak cukup beramal, bertaubat berdoa bagi diri dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Begitulah sifat-sifat lemah dan lalai kita sebagai makhluk dan hamba Allah. Semoga kita benar-benar dapat menghayati erti ramadhan dan syawal tahun ini dan mendapat bimbingan, petunjuk dan hidayah dari Allah SWT yang kita cintai.

Dikesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sekelian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat amnya dan kepada semua pengunjung blog ini khasnya diatas segala kelemahan, kesilapan dan kelalaian saya dan sekelian ahli jemaah DA.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
19 August 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon QIBLAH KEBANGKITAN

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Qiblah Kebangkitan




WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir


01 August 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SELAMAT BERPUASA RAMADHAN



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Pejam celik, kini ramadhan datang lagi membawa seribu rahmat buat kita. Ucapan syukur yang tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan kepada kita untuk menggunakan bulan yang mulia ini sebaik-baiknya. Mudah-mudahan kita mengambil kesempatan ini untuk bertaubat disepanjang bulan ramadhan yang mulia ini.

Fikirkanlah sejenak bagaimana kiranya jika kita ditakdirkan Allah untuk tidak berpeluang menikmati kedatangan bulan rahmat seribu bulan ini. Cubalah juga kita bayangkan jika belum pun sempat kita meraikan hari kemenangan (hari raya), kita terlebih dahulu dijemput oleh Allah SWT kehadhrat-NYA.

Malangnya, rata-rata dari kita lebih seronok menyambut ramadhan bukanlah kerana rahmat yang ada pada bulan yang mulia ini, bukan juga kerana seronok mahu mengejar Lailatul Qadar (Malam Seribu Bulan) sebaliknya kita seronok kerana inilah bulan pesta makanan, bulan bershopping sakan, bulan mencari keuntungan dan bulan persediaan untuk berlumba-lumba menunjuk siapa lebih kaya dan bergaya serta berRIAK sesama sendiri.

Lihatlah saja persediaan kita menyambut ramadhan, belum pun lagi mula berpuasa kita dah sibuk-sibuk fikirkan konsep raya tahun ini, dimana nak beli-belah dek kerana semua pasaraya menawarkan jualan istimewa hari raya, dimana atau kampung siapa nak beraya dan sebagainya. Puasa belum bermula lagi kita dah sibuk mengisi borang cuti hari raya.

Semuanya tentang raya, tiada lansung berkenaan rahmatnya bulan ramadhan itu sendiri. Yang orang ramai sibuk dengan nak bershopping persediaan raya hingga meninjau-ninjau akhbar melihat iklan jualan istimewa hari raya, yang peniaga sibuk dengan mencari tapak niaga bazar ramadhan atau bazar raya, yang pekerja sibuk nak bekerja lebih masa untuk cari duit raya.

Siapa diantara kita yang sibuk fikir bagaimana nak merebut peluang bulan rahmat yang mulia ini? Siapa yang sibuk nak berqiamul lail? Siapa yang sibuk nak mengumpulkan duit untuk bersedekah atau memberi makan waktu berbuka pada fakir miskin? Siapa yang sibuk-sibuk membuka akhbar-akhbar mencari berita tentang fakir miskin yang tiada makanan?

Mungkin juga hampir tiada diantara kita membuat persediaan untuk menyambut kedatangan ramadhan yang penuh rahmat ini. Lihatlah saja adakah orang yang sibuk-sibuk nak bershopping sakan untuk membeli jubah, serban, telekung, tasbih, quran, sejadah dan peralatan solat baru untuk beribadah pada bulan ramadhan ini. Adakah orang yang sibuk-sibuk bertanya atau mencari kesana-sini masjid-masjid yang akan mengadakan qiamul lail atau apa-apa bentuk program ibadah sempena bulan ramadhan ini. Adakah orang yang mencari-cari berita tentang fakir miskin yang perlukan sedekah.

Begitulah keadaannya kita ini sebagai manusia yang menjadi mahkhluk dan hamba kepada Allah SWT. Malahan selalunya kita lupa bahawa kita ini sebenarnya adalah makhluk yang perlu kepada yang Maha Pencipta dan hamba yang perlu kepada Tuan (Tuhan). Lihatlah saja bagaimana sikap kita pada Allah SWT yang Maha Pencipta, setiap hari dibulan ramadhan kita tak sabar-sabar menantikan azan maghrib bukan untuk bersolat tapi untuk berbuka puasa. Lepas berbuka kita tersandar kekenyangan dan meninggalkan solat.

Pada bulan-bulan lain kita tidak pernah menghiraukan azan 5 waktu malah waktu ia berkumandang bagaikan tiada erti buat kita. Dibulan ramadhan hanya azan maghrib saja yang kita tunggu atau nantikan untuk berbuka puasa manakala waktu azan yang lain tidak memberi makna pada kita walaupun terdengar pada telinga.

Marilah sama-sama kita mengambil kesempatan yang diberikan Allah SWT kepada kita untuk merebut segala peluang yang ada dibulan ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakan solat taubat dan segala amalan sunnat. Menyertai solat terawih, qiamul lail, program-program ibadah, bersedekah dan sebagainya.

Firman Allah SWT :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" (QS Al-Baqarah : 183)

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (QS Al-Qadr : 1 – 5)


Hadis Nabi SAW :
"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" (Bukhari-Muslim)

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" (Bukhari-Muslim)

“Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu” (kitab Sahih Muslim: 1793)

“Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu” (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Hadith yang dipetik dari Kitab Fadhail Amal karangan Shaikhrul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih. Kata pengarang, hadis ini terdapat perselisihan di kalangan para perawi hadis tentang periwayatnya. Namun, hadis ini masih boleh diterima kerana ianya berkenaan hadis fadhail (kelebihan) dan kebanyakkan isi hadis ini disokong oleh riwayat hadis yang lain. Wallahua’lam.

Hadhrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasalam telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya’aban :

“Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang di dalam bulan itu satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan. Satu Bulan yang Allah Subhanahu Wa Taa’la telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat.

Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan amalan-amalan sunat seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambah rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.

Para Sahabat r.an. hum lalu berkata, “Bukanlah setiap di antara kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa”.

Maka Rasulullah menjawab,”Allah memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”

Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh kamu perlukan. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah (La Ilaha Illallah) dan kamu memohon istighfar daripada-Nya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga”

Para Sahabat menangis apabila Ramadhan hampir habis, tetapi kita di akhir zaman ini lebih suka kerana Hari Raya hampir tiba! Mari kita sama-sama mengislahkan diri kita untuk mendapat manfaat dan redha Allah SWT. InsyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

29 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon RINTIHAN HATI MENCARI DIRI

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Rintihan Hati Mencari Diri




27 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon AMALAN MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH & PINTAR




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Dulu ketika anak lelaki saya baru masuk darjah 1, dia sering takut untuk ke sekolah. Pening juga uminya nak memujuk dia ke sekolah. Bila ditanya, katanya di sekolah ada kawan-kawan yang sering membulinya. Ada juga diantara mereka mengambil alat tulisnya sehingga dia sukar untuk menulis. Apabila diadukan masalah ini kepada saya oleh isteri, saya melarangnya berjumpa dengan guru kelas kerana bagi saya itulah sifat anak-anak, kita sebagai ibubapa tak boleh terlalu membela sangat dikhuatiri jadi terlalu manja dan tidak pandai berdikari serta bercampur gaul dengan masyarakat nanti.

Bagi mengatasi masalah ini, saya buatkan pada anak amalan seperti yang telah diajarkan guru kepada saya. Sebenarnya menurut guru saya, amalan ini juga sangat baik dilakukan kepada anak-anak yang dari kecilnya terlihat sifat-sifat yang agak liar dan melawan atau tidak mendengar kata. Juga baik bagi anak-anak yang agak lembab atau lemah daya fikirannya malah teramat baik diamalkan bagi menjadikan anak-anak kita sebagai anak yang soleh yang taat kepada Allah, agama dan ibubapa.

Dibawah ini adalah amalan yang dimaksudkan :-

Caranya :
Sebelumnya beramallah dengan ayat-ayat dibawah ini setiap kali selesai solat fardu 5 waktu selama paling sedikit seminggu berturut dan yang terbaiknya sebulan berturut barulah dibuat seperti cara dibawah ini.

Sebaik lepas solat maghrib atau isyak, kita dan anak duduk menghadap kiblat (anak duduk menghadap kiblat dengan membelakangkan kita), letak kedua-dua tangan kita diatas ubun-ubun kepala anak tadi (tangan kanan dibawah tangan kiri) lalu bacakan ayat-ayat dibawah ini dengan kuat dan jelas lalu ditiupkan pada ubun-ubun dan kedua telinga kanan dan kiri anak.

Lakukanlah seminggu sekali selama 3 bulan berturut-turut, InsyaAllah!

Ayatnya :

1. Ta’awwudz (A’uzubillahhi minashsyaiton nir rojim) – 11x
2. Al Fatihah – 11x
3. Kursyi – 11x
4. Al-Baqarah : 136 – 3x
5. Al-Baqarah : 269 – 3x
6. Al-Hajj : 54 – 3x
7. As-Saaffaat : 100 – 3x
8. Luqman : 17 3x

Dibawah ini saya sertakan makna ayat-ayat tersebut sebagai renungan :

Firman Allah SWT didalam Quran :

“Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata" (QS Al-Baqarah: 136)

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya” (QS Al-Baqarah: 269)

“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus” (Al-Hajj: 54)

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (QS As-Saaffaat: 100)

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya" (QS Luqman: 17)


Alhamdulillah! Menurut pengalaman saya sendiri, apabila saya lakukan kepada anak-anak saya sejak berusia sebulan selepas lahir lagi, anak-anak lebih mendengar kata, lebih bijak berkata-kata dan befikir, tidak takut kepada hantu syaitan (tengok cerita hantu yang menakutkan pun selamba je), tidak takut bagun tengah malam untuk buang air tanpa berteman dalam usia semuda 4 tahun, lebih pintar dalam pelajaran dan yang pentingnya bila sampai waktu solat semua anak-anak berebut-rebut nak ikut saya solat berjemaah.

Semoga kita beroleh anak yang soleh dan solehah, yang taat kepada Allah SWT dan Rasul SAW, kedua ibubapa dan menjadi anak yang pintar didalam pelajaran, InsyaAllah!

PERINGATAN! :
Firman-firman Allah didalam Quran bukanlah seperti lampin pakai buang.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
22 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SOLAT BERJEMAAH - DIMANA SALAHNYA?


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Baru-baru ini, sekali lagi kami dijemput ke Penang bagi memberikan rawatan kepada beberapa pesakit di negeri itu. Semasa didalam perjalanan pergi, kami singgah sebentar di RnR Tapah untuk mengerjakan solat subuh. Alhamdulillah! sebaik kami sampai ramai juga orang yang baru tiba untuk menunaikan solat subuh, jadi kami jemaah DA yang seramai 7 orang menunggu orang ramai yang singgah untuk sama-sama melakukan solat subuh secara berjemaah. Kami yang terlebih dahulu memberi salam kepada orang yang hadir untuk bersolat dan mengajak semua yang ada ketika itu bersama-sama melakukan solat subuh berjemaah. Ada juga yang lambat tiba turut serta berjemaah dengan tertibnya.

Mereka berjemaah sehingga selesai doa dan bersalaman sebelum beredar bagi meneruskan destinasi masing-masing. Cukup membanggakan! Saya benar-benar merasa seronok dengan situasi yang berlaku. Walaupun tidak kenal antara satu sama lain tetapi boleh sama-sama menunaikan solat berjemaah. Terasa sangat betapa hebatnya ukhwah persaudaraan islamiah.

Pada malam harinya, selesai semua rawatan kepada pesakit di Penang, kami ke Perak pula kerana dijemput untuk melakukan satu lagi rawatan. Didalam perjalanan, kami sekali lagi singgah di RnR Tapah untuk menunaikan solat isyak. Pada kali ini apabila kami tiba tiada orang lain yang bersolat atau baru singgah untuk bersolat. Kami ahli jemaah DA menunaikan solat isyak berjemaah sesama kami.

Sebaik selesai solat dan doa, saya lihat ramai juga saudara MELAYU ISLAM yang sedang bersolat secara sendirian. Didalam kepala saya terfikir juga mengapa mereka tidak masuk berjemaah bersama kami. Pendapat saya mungkin juga mereka tidak tahu tertib untuk masuk solat berjemaah. Tapi sebenarnya yang lebih menyedihkan saya, ketika itu tiba lagi orang yang mahu bersolat yang jumlahnya lebih dari 5 orang yang tidak kenal antara satu sama lain, mereka masing-masing mendirikan solat bersendirian tanpa ada yang mahu menyapa antara satu sama lain untuk mengajak mendirikan solat berjemaah.

Persoalan yang bermain dalam benak saya, adakah kita merasakan solat sendiri lebih bagus atau mungkin juga kita merasakan solat orang lain tidak sesempurna solat kita maka itu kita lebih rela solat sendirian? Atau mungkin juga kerana tidak kenal antara satu sama lain maka tidak boleh atau tidak perlu solat berjemaah bersama? Atau adakah kita umat islam ini sama seperti ugama hindu dan buddha yang menyembah tuhan yang berbeza maka itu tidak boleh berjemaah bersama?

Kalau penganut hindu mungkin juga tak boleh berjamaah sesama sendiri kerana walaupun satu ugama namun menyembah dewa yang berbeza seperti penyembah dewa brahma, krishna, murugan dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan penganut buddha yang menyembah dewa yang berbeza seperti dewa kwan kung, kwan yin dan sebagainya.

Kita umat islam yang mengaku menyembah Allah Tuhan yang Satu, menghadap kiblat yang sama tetapi solat lain-lain dalam satu waktu dan surau yang sama, tidak boleh nak berjemaah. Inikah yang diajarkan islam melalui Nabi SAW dan Quran? Kemanakah kita campakkan ajaran Quran dan Nabi SAW? TAK PAHAM! TAK PAHAM! saya benar-benar tak paham dengan sikap orang yang mengaku islam dan bersaudara ini. Dimana letaknya persaudaraan dan ukhwah islamiah itu????

Sama-samalah kita renungkannya dan cari jawapan bagi permasaalahan ini. Buka minda islami kita luas-luas. Lihatlah ketika musim haji, umat islam seluruh dunia berkumpul di Kaabah, dari segenap pelusuk dunia, dari pelbagai anutan fahaman seperti syiah, salafi, sufi dan apa saja nama golongannya namun tetap sama-sama mendirikan solat berjemaah, tawaf berjemaah dan sebagainya tanpa mengira dari negara mana, apa bahasanya, apapun bangsanya atau warna kulitnya.

Firman Allah SWT :
"Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu"(QS An-Nisaa 102)

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
"Solat seseorang yang dikerjakannya secara berjemaah, dua puluh lima kali lebih baik daripada solat yang dikerjakannya di rumahnya atau pasarnya"

Dan hadis dari Umar (hadis marfu'):
"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat"


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR