Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
27 April 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SUSUK BERLIAN – PENUNDUK & PENGGERING




Ada seorang pemuda yang telah datang menemui saya dan menceritakan perihal yang telah berlaku kepadanya. Menurut pemuda ini, dia telah memakai susuk berlian ditangan bagi tujuan sebagai penunduk dan penggering. Tujuannya supaya semua anak buah dibawah pimpinannya tunduk patuh, takut dan sentiasa mematuhi setiap perintahnya.

Alhamdulillah, setelah mendapat sinar hidayah dari Allah SWT beliau telah dengan sengaja melanggar syarat pantang susuk berkenaan iaitu meminum air bacaan yasin bagi tujuan membuang susuk berlian berkenaan. Katanya keluarlah sepihan berkilau dari tangannya dan semenjak dari saat itu hidupnya berubah sama sekali. Orang-orang bawahannya mula tidak lagi menghormatinya malah ada yang telah memusuhinya tanpa sebab.

Rezekinya pula bagaikan tertutup dan ada saja masalah ditempat kerja dan sebagainya. Tapi beliau tetap tabahkan hati demi untuk berubah malahan yang amat membanggakan saya apabila dia menerima semua itu dengan sepenuh hati dan menganggap sebagai kifarah perbuatan yang lalu.

Sejak keluarnya serpihan susuk berlian itu jugalah isterinya sering mendegar suara seperti orang menanggis betul-betul disebelah lelaki tadi apabila sedang tidur. Kadang-kadang semasa si isteri tinggal sendirian dirumah secara tiba-tiba lampu terpadam dan menyala bila diperiksa tiada apa masalahnya. Kadang-kadang ternampak seperti kelibat orang. Oleh kerana isterinya sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini maka mereka hubungi saya untuk mendapatkan bantuan.

Pada hari dijanjikan, saya dan beberapa orang ahli jemaah DA kerumah pemuda tersebut. Setelah berbual pendek tanpa membuang masa saya memulakan tugas kerana ada lagi jemputan ketempat lain yang perlu dipenuhi. Saya bersama 3 orang ahli jemaah DA menuju kebilik yang dikatakan sering ternampak kelibat lembaga dan suara orang menanggis. Didalam bilik tersebut saya bersama mula “mematikan diri dalam zikir” untuk menditeksi atau mengesan makhluk tersebut sekiranya ada.

Memanglah benar adanya makluk tersebut. Dari komunikasi dengan makhluk tersebut dapatlah saya ketahui bahawa makhluk yang menjaga susuk ni tersangkut tak boleh kemana-mana kerana cara pembuangannya salah. Oleh kerana berlian yang didakwa sebagai rumahnya telah hancur musnah dek kerana penangan air yasin, maka dia tinggal disitu bagi menjaga serpihan berlian yang masih tertinggal pada lelaki tersebut.

Saya tak nak bercerita banyak dengan makhluk ni, iyalah syaitan ni macam-macam helah dan dalihnya. Kalau dilayan terpesong kita jadinya. Pesan Guru saya, jika kita mengubat jangan layan orang yang kerasukan atau makhluk yang nak berunding dengan kita kerana syaitan ni nak melekakan kita dari ingatan zikir hati. Tanpa membuang masa saya minta pemuda tadi carikan sebiji berlian walaupun yang tiruan. Dia menanggalkan sebutir berlian tiruan dari kerongsang isterinya lalu menyerahkan kepada saya.

Saya letakkan berlian tersebut didalam piring kemudian mula menangkap makhluk tersebut dan memasungkannya didala berlian tersebut. Sebagai bukti usaha saya itu sebaik selesai, dihadapan pemuda tersebut, isterinya dan beberapa jemaah DA, saya pusing-pusingkan piring tersebut berkali-kali dengan perlahan dan semakin laju, keras dan kasar tapi berlian yang diletakkan ditengah piring tersebut tidak sedikit pun bergerak atau bergolek jatuh dari piring itu seolah-olah melekat seperti digam dengan kuat walhal piring tersebut licin dan berlian itu terlalu ringan mana mungkin tidak bergerak lansung.

Saya serahkan berlian tersebut kepada pemuda tadi untuk dibuang dengan cara yang telah saya ajarkan.

Firman Allah :

"Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata” (An-Nisaa’ : 119)

“Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang Yang beriman dan Yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang Yang menjadikan Dia pemimpin mereka, dan orang-orang Yang Dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah” (An-Nahl : 99-100)



WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

13 April 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SIAPA KHADAM?




Saya sering diajukan dengan soalan berkenaan KHADAM AYAT, KHADAM BARIS, KHADAM ISI, KHADAM BARANG, KHADAM PENJAGA, KHADAM SILAT, KHADAM PENDAMPING, KHADAM PERUBATAN dan seumpamanya. Dan sudah semestinya yang dikatakan khadam itu adalah JIN. Ramai diantara ahli jemaah DA sendiri, ahli keluarga, sahabat-handai dan kenalan yang bertanyakan soalan-soalan berkenaan khadam ini.

Persoalannya sebenarnya ialah, SIAPA YANG DIKATAKAN KHADAM ITU? Tanyalah siapa pun pasti mereka akan memberikan jawapan yang sama iaitu khadam adalah jin. Bila ditanya lagi pasti mereka menjawab kita boleh mengamalkan sesuatu ayat untuk mendapatkan khadam ayat tersebut. Malah pernah ada yang menerangkan kepada saya bahawa setiap baris ayat quran tu pun mempunyai khadam dan kalau kita tahu caranya pasti kita boleh memiliki khadam baris tersebut.

Dan yang lebih menggelikan hati saya sehingga tersenyum mendengarnya apabila ada yang berkata setiap sesuatu itu ada khadam yang menjaganya jadi kalau nak ambil atau buat sesuatu harus minta izin dulu dari khadam penjaganya. Penjelasan saya mudah saja, jika kita mengupah pembantu rumah, orang gaji atau amah untuk menjaga rumah perlukah kita minta izin untuk masuk rumah sendiri? Jika diupah untuk memasak perlukah kita minta izin untuk makan? Jika diupah untuk menjaga anak perlukah minta izin untuk kita memegang anak sendiri?

Sebenarnya Jin, Manusia dan Malaikat adalah khadam kepada Allah. Sepertimana dalil-dalil didalam Quran yang menerangkannya :

“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka (mengabdi diri) menyembah dan beribadat kepadaKu” (Adz Dzariyaat: 56)

“dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk Yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka (Malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadanya)” (An Nahl: 49)

Dan sebenarnya dalam Quran terlalu banyak firman dan dalil yang menjelaskan bahawa semua makhluk adalah khadam (hamba) kepada Allah. Firman dan dalil dibawah ini pula sudah cukup menjelaskan siapa sebenarnya TUAN kepada sekelian KHADAM yang dikatakan ini :

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan” (Al Fatihah: 2, 4, 5)

“Tuhan Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu” (Al Buruj: 9)

Dan banyak lagi dalil dalam Quran yang boleh disenaraikan.

Hebatnya kita ni sampai menafikan kekuasaan Allah! Malah kita pula yang cuba mengambil alih tempat Allah. Kita syirik dalam terang, nyata dan samada secara sedar ataupun tidak. Betapa durhakanya kita kepada Allah Yang Maha Kuasa dengan merampas kedudukan Allah! Saya berani katakan dengan tegas dan lantang bahawa sesiapa yang mengaku mempunyai khadam seperti yang diatas atau yang akan dan sedang mempelajari ilmu khadam maka dia telah TERKELUAR dari islam (MURTAD), KUFUR serta SYIRIK kepada Allah. Bertaubatlah dengan segera!!!

Ingatlah! Setiap makhluk itu khadam (hamba) kepada Allah, maka jadilah hamba yang sebenar-benar hamba kepada TUANnya dan jadilah makhluk sebenar-benar makhluk kepada TUHANnya (Allah). Tinggalkanlah amalan minta izin kepada penjaga-penjaga sesuatu benda tu. Mintalah izin hanya pada Allah SWT saja.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

02 April 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SALAM PERPISAHAN – JIHAD TETAP BERTERUSAN


Sepeninggalaa saya ke Medan, Garut dan Banten Indonesia pada 1 April 2011 nanti bagi tujuan bersuluk dan memperdalamkan ilmu zikirulLah dan perubatan islam selama 3 bulan disana InsyaAllah akan disambung pula ke Mekah selama sebulan, saya telah mempersiapkan beberapa artikel yang telah disetkan tarikh penerbitannya secara automatik (Automatic post date and time) sebagai bahan bacaan ilmiah dan pedoman bagi mereka-mereka yang merasakan dapat memperolehi manfaat kepada diri walau sedikit dari artikel-artikel diblog DA ini.

Dengan ketiadaan saya selama 4 bulan bukanlah bererti PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL AZZIKRI akan berhenti dari operasinya membantu merawat mereka yang memerlukan bantuan. Ramai diantara ahli jemaah DA yang sudah banyak belajar dari saya dan berkebolehan untuk melakukan rawatan akan meneruskan usaha JIHAD ini, InsyaAllah. Hubungilah mereka, InsyaAllah mereka pasti akan sedia memberi bantuan kerana inilah amanah saya semasa mula-mula mereka datang untuk mempelajari ilmu perubatan islam ini.

Dan saya sangat-sangat pasti bahawa setiap ahli jemaah DA yang telah memegang amanah tidak akan sekali-kali meletakkan sebarang bayaran, pengeras, fidyah atau mahar. Saya yakin pada semua ahli jemaah DA bukanlah kerana didikan saya tetapi kerana dihati mereka telah diPAHAT serta diUKIR dengan kalimah ALLAH serta beriktikad hanya kepada ALLAH, InsyaAllah.

Untuk kali ini ingin saya sampaikan ilmu untuk membungkam/menutup mulut orang.

Cara mengamalkannya, lakukanlah petunjuk dibawah ini bila anda akan menemui orang yang akan berlaku jahat terhadap anda. Iaitu sebelum anda pergi berjumpa orang itu bacalah ayat kursi 3x, kemudian bacalah doa dibawah ini :


Maksud :
"Wahai Dzat yang hidup, wahai Dzat yang berdiri sendiri, wahai Dzat yang menciptakan semua langit dan bumi, wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Aku memohon kepada-Mu dengan haq (kebenaran) ayat yang mulia ini (ayat kursi) dan semua yang terkandung didalamnya berupa nama-nama Yang Agung, agar Engakau bungkam mulutnya (sebut nama orang yang dimaksud) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia akan berkata kecuali dengan kata yang baik, atau dia diam. Kebaikanmu hai orang ini berada dikedua tangan-Mu, dan kekejianmu(orang itu) berada dibawah kedua telapak kaki-Mu" (3x ulang)

Sesudah membaca doa tersebut, pergilah menghadap orang yang dimaksud dengan tenang dan penuh keyakinan tanpa keraguan sedikitpun. InsyaAllah, orang jahat yang anda hadapi itu akan membungkam seribu bahasa sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa kecuali berkata yang baik dan bahkan menaruh belas kasihan terhadap anda, InsyaAllah.

Antara kegunaannya :
1. Ketika hendak berhadapan dengan majikan
2. Ketika hendak berhadapan dengan penghutang
3. Ketika hendak berhadapan dengan musuh
4. Ketika hendak pergi temuduga kerja dan sebagainya
5. Ketika saat yang dirasakan perlu

Amalkanlah dengan penuh keyakinan tanpa ada 3 unsur dihati iaitu Syak, Dzhon dan Waham. Yakinlah dengan ayat-ayat Quran dari firman-firman Allah sendiri. Dan yang terpentingnya beriktikad kepada Allah bahawa Allah jualah yang Maha Berkuasa membantu kita didalam segala urusan setelah kita BERSERAH DIRI kepada Allah tanpa berbelah-bagi dan pertikaian dihati. Hendaklah kita senantiasa REDHA dengan ketentuan Allah dan BUKAN hanya PASRAH kepada ketentuan Allah. Untuk kefahaman diri carilah definisi redha dan pasrah maka akan fahamlah kita apa yang sebenarnya yang dimaksudkan, InsyaAllah.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR