Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
27 December 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon PERSOALAN: ILMU DAN PEMILIK




Kita sibuk mencari ilmu kebal tapi kenapa kita tak nak cari PemilikNYA Yang Maha Perkasa (Ya Aziz), Maha Kekal (Al-Baqii), Maha Kuat (Ya Qawiy) dan Maha Berkuasa (Ya Jabbar)?

Kita sibuk mencari ilmu ghaib tapi kenapa kita tak cari PemilikNYA Yang Maha Ghaib (Ya Batin)?

Kita Sibuk mencari ilmu Alam Ghaib tapi kenapa kita tak cari PemilikNYA Yang Maha Pencipta (Ya Khaliq ), Maha Nyata (Ya Zahir) dan Maha Mengetahui (Ya Alim)?

Kita Sibuk mencari ilmu pengasih tapi kenapa kita tak cari PemilikNYA Yang Maha Pengasih (Ya Rahim) dan Maha Pecinta (Ya Wadud)?

Kita sibuk cari ilmu mempertahankan diri, ilmu saka dan akuan untuk melindungi diri tapi kenapa kita tak cari PemilikNYA Yang Maha Melindungi (Ya Waliy), Maha Memelihara (Ya Wakil) dan Maha Sejahtera (Ya Salam)?

Kita sibuk mecari ilmu tilik (tenung nasib) tapi kenapa kita tak cari PemilikNYA Yang Maha Melihat (Ya Bashir) dan Maha Mengawasi (Ya Raqib)?

Kita sibuk mencari ilmu perubatan (dukun, bomoh, pawang) tapi kenapa kita tak cari PemilikNYA Yang Maha Memakbul Hajat (Ya Samad), Maha Penyembuh (Ya Muid) dan Maya Memperkenankan (Ya Mujib)

Kita sibuk mencari ilmu pelaris, kekayaan dan kejayaan tapi kenapa kita tak cari PemilikNYA Yang Maha Pemberi Rezeki (Ya Razzaq), Maha Pemurah (Ya Rahman) dan Maha Kaya (Ya Ghani)

Kita sibuk mencari segala ilmu keduniaan dan urusan dunia tapi kenapa kita tak cari PemilikNYA Yang Maha Segala-galanya (Ya Allah)?

Tanyalah soalan-soalan ini pada diri kita dan tanyakanlah soalan-soalan ini pada ibubapa, isteri, anak, saudara, sahabat, kenalan dan semua penduduk dunia, kemudian marilah kita cari jawapannya kenapa? Kenapa? Kenapa? Kita suka cari sesuatu yang dimilik oleh Yang Maha Agung (YA ALLAH) dan tak nak pula mencari PEMILIK SEGALA-GALANYA itu. Kita berusaha sedaya-upaya memilik sesuatu yang menjadi milik ALLAH tapi tak nak lansung menjadi milik ALLAH.

Malah apabila dah memilikinya kita lupa pula bahawa kita, dunia dan segala isinya adalah milik ALLAH hinggakan kita menjadi riak, takabur, sombong, bangga diri dan sebagainya. Lihatlah betapa BODOHnya kita menyangkakan itu milik kita sedangkan diri kita sendiri pun milik ALLAH.

“Wahai Diri, sedarlah kamu siapa kamu dan kepunyaan siapa kamu dan segalanya ini. Wahai Diri, sedarlah kamu sebelum terlewat. Wahai Diri, sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan didalam KUBUR, MASYAR dan NERAKA kelak.”

“Wahai Yang Maha Agung dan Maha Memiliki, sedarkanlah Si Diri yang sepatutnya MENGABDI DIRI kepada MU, Amin.”


WalLahHu Ta’alaa A’lam...


Oleh :


Darul Azzikri PostHeaderIcon REDHA DAN JANJI ALLAH





Firman Allah :

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. untuk mereka sahajalah kebahagiaan Yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah Yang demikian itulah kejayaan Yang besar. (Yunus : 62 – 64)

Baru-baru ini salah seorang dari ahlli jemaah telah menceritakan pengalaman yang terjadi kepadanya hasil dari mengamalkan ZikrulLah. Apabila sedang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menemui isteri dan anak-anak, saya teringatkan ceritanya hingga membuatkan saya amat rasa terharu dan menitiskan airmata bila menghalusi ceritanya dan telah membuktikan JANJI ALLAH pada sekelian hambanya yang lemah, tak berdaya namun redha dengan sebenar-benar redha dengan segala ketentuannya samada yang berupa ujian mahupun musibah.

Seperti yang telah diberitahu kepada saya, ahli jemaah kami ni akan mengikuti rombongan keluarga ke Pangkor. Malangnya tiba hari yang ditetapkan saudara kami ni ditimpa ujian/musibah. Sebaik turun dari rumah dia terlihat kaca cermin bertaburan ditepi keretanya, dalam hatinya berkata “Tak perasan pulak ada kaca kat tepi kereta ni, Alhamdulillah tak terpijak kaca masa balik kerja malam tadi”. Katanya dia lansung tak menyangka itu serpihan cermin keretanya yang dipecahkan pencuri.

Sebaik terpandangkan cermin keretanya barulah dia sedar bahawa cermin yang bertaburan tu adalah cermin keretanya yang dipecah orang untuk mengambil beg yang tertinggal dalam kereta kerana disangka pencuri ada barangan berharga. Bila diperiksa hanya beg dan cover radio player saja yang dicuri. Dengan zikrulLah didalam hatinya, dia merasa tenang menghadapi situasi tu dan menerimanya dengan redha.

Menurutnya lagi, setelah mengikat perut dan mengawal perbelanjaan untuk menyimpan duit bagi tujuan perbelanjaan rombongan ke Pangkor tu, akhirnya duit yang disimpan sekadar cukup-cukup untuk tujuan ke Pangkor terpaksa digunakan untuk membaiki kereta oleh kerana ujian/musibah yang menimpa. Setelah dicongak-congak, selepas membaiki kereta duit yang ada hanya cukup untuk perjalanan pergi balik serta makan mereka sekeluarga jadi tak dapatlah nak berbelanja sangat atau membeli buah tangan atau makan yang enak.

Tapi menurut saudara kami ni dia benar-benar redha dengan apa yang berlaku walaupun telah mengikat perut dan mengawal perbelanjaan untuk menyimpan duit. Belum pun sempat saya bertanya apa maksudnya dengan mengatakan redha atas ujian/musibah yang menimpanya, dia dah menjelaskan terlebih dulu. Menurutnya, dengan zikir hati yang sentiasa berjalan tu dia tak merasa apa-apa pun atas kejadian yang menimpa. Takde rasa kecewa, takde rasa kesal, takde rasa marah, takde rasa risau, takde rasa risau atau bimbang dengan duit yang lari dari bajet, pendeknya takde satu rasa pun melainkan rasa zikrulLah yang berjalan dalam hati. MasyaAllah!!! Hebat betul penangan zikruLah ni dan benarlah firman Allah :

"orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan ZikrulLah". ketahuilah Dengan "ZikrulLah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar Ra’d : 28)

Firman Allah lagi :

“tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah; dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (At Taghaabun : 11)

Cuma isteri saudara kami ni agak kecewa sedikit atas apa yang berlaku namun dapat ditenang olehnya. Selepas mengatur rancangan, dia segera menghubungi seorang ahli keluarganya untuk segera menyelesaikan membaiki kereta kerana masa yang dijanjikan untuk bertolak ke Pangkor dah hampir sangat.

Ahli keluarganya membawa saudara kami ni ke bengkel kawannya untuk dibaiki dan kerana redhanya saudara kami tadi, rupanya ahli keluarganya yang membayar kos membaiki cermin kereta tu. Alhamdulillah! Hebatnya Allah membalas orang-orang yang sabar dan redha. Jadinya duit simpanan saudara kami ni tak terusik dan mencukupi untuk perbelanjaan ke Pangkor seperti yang dirancang.

Malah yang lebih hebatnya, ahli keluarga tu jugak telah memberi sejumlah duit sebagai tambahan duit belanja kepada saudara kami tadi. SUBHANALLAH!!! SUBHANALLAH!!! SUBHANALLAH!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!, Allah memang Maha Hebat Rahmatnya keatas orang-orang yang mengingatiNYA dan kepada orang-orang yang sabar seperti firman Allah :

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar” (Al Baqarah : 155)

Firman Allah lagi :

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka Dengan sebaik-baik balasan bagi apa Yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya Dengan tidak terhitung” (An Nuur : 37 - 38)

Itulah yang terjadi kepada saudara kami salah seorang dari ahli jemaah yang benar-benar redha pada ujian/musibah yang Allah timpakan keatasnya dan akhirnya balasan Allah kepadanya amatlah berlipat-ganda. Sepatutnya kerugian diatas ujian/musibah yang ditimpakan tetapi kerana zikrulLah dan redhanya maka Allah beri balasan yang sebaliknya.

Malangnya ada diantara kita yang mengaku redha pada ujian/musibah yang Allah beri tapi sebenarnya hanya sekadar dibibir tidak dihati malahan sebenarnya terpaksa redha kerana sendiri tahu tak boleh buat apa-apa.

Yang lebih teruknya ada diantara kita yang tak pernah tinggal solat fardhu tambah pula dengan berbagai solat sunat, berzikir dan berdoa tetapi apabila ditimpakan ujian/musibah dengan mudah menyalahkan Allah.

Antara contoh ucapan-ucapan kita samada dimulut atau dalam hati apabila Allah timpakan ujian/musibah kepada kita :-

“Aku solat tak pernah tinggal, doa dan zikir tapi kenapalah Allah takdirkan perkaranya ni jadi pada aku, apalagi yang aku tak buat? Apa lagi salah aku ni?”

“Takpelah, aku redhakan sajalah nak buat macamana benda dah jadi”

“Nak buat macamana lagi terpaksalah terima je ketentuan Allah ni”

“Allah yang Berkuasa nak buat macamana lagi terima je la”


Dan macam-macam lagi ayat-ayat yang berbunyi sedemikian. Percayalah semua contoh-contoh ayat diatas menujukkan sebenarnya kita bukan redha tapi pasrah. Mulai sekarang marilah kita sama-sama ambil ikhtibar dari kejadian sebenar ni dan marilah kita sama-sama berusaha untuk ikhlaskan hati dan redha dengan sebenar-benar redha iaitu tiada rasa melainkan gembira atas tiap sesuatu ujian/musibah yang ditimpakan Allah keatas diri kita. Untuk itu perbanyakkanlah ZIKRULLAH dihati dalam apa keadaan sekali pun.

Firman Allah :

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Al Ahzab : 21)

Renung-renungkanlah :

“ia mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan ia mengetahui Segala Yang kamu rahsiakan serta Yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa mengetahui Segala (isi hati) Yang terkandung di Dalam dada” (At Taghaabun : 4)



WalLahHu Ta’alaa A’lam...


Oleh :



14 December 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SIAPA SEBENARNYA SYAITAN?




Bila kita sebut saja syaitan pasti dalam kepala kita mengatakan dari golongan makhluk ghaib. Bila disebut saja jin pasti dalam kepala kita mengatakan itu adalah syaitan. Kenapa ini terjadi? Benarkah syaitan itu hanya dari golongan makhluk ghaib seperti jin? Yang pastinya kita semua tahu yang syaitan ini adalah musuh manusia yang nyata sepertimana firman Allah :

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!" (Yasin : 60)

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu” (Al-Baqarah : 168)

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata” (Al-Baqarah : 208)


Didalam Quran juga Allah telah menerangkan dengan jelas siapa yang dikatakan golongan syaitan itu sepertimana didalam firman-NYA :

“Katakanlah: "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia" (An-Naas : 1-6)

Firman Allah lagi :

“dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu” (Al-An’am : 112)

Sebenarnya banyak lagi firman-firman Allah didalam Quran yang menerangkan tentang golongan syaitan ini. Maka rasanya tidak adil bagi kita sebagai manusia ini menjatuhkan hukum dengan mengatakan hanya golongan jin saja adalah syaitan.

Penjelasan Allah didalam firman-NYA tentangan golongan jin islam yang beriman :

“dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (Wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada Yang lain): "Diamlah kamu Dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran” (Al-Ahqaf : 29)

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami. Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak” (Al-Jin : 1 – 3)

“Dan Bahawa Sesungguhnya ada di antara kita golongan Yang baik keadaannya, dan ada di antara kita Yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara Yang berlainan” (Al-Jin : 11)

“Dan Bahawa Sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), Kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa Yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya Yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan. Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar, (Al-Jin : 13 - 14)

Marilah kita sama-sama muhasabah diri dari golongan manakah kita. Seperti mana firman Allah :

“dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai” (Al-A’raaf : 179)

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Al-Maaidah : 90 - 91)

Dan berhentilah dari perbuatan sihir menyihir dan yang sewaktu dengannya seperti mana penjelasan Allah didalam firman-NYA :

dan Demi Sesungguhnya mereka telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (Al-Baqarah :102)

Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah yang kita CINTAI kerana syaitan juga takutkan Allah seperti firman Allah :

“Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana Aku dapat melihat apa Yang kamu tidak dapat melihatnya; Sesungguhnya Aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya” (Al-Anfal : 48)

Peringatan untuk kita renungkan bersama seperti firman Allah ini :

“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, Yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan Yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu Dengan hari (kiamat) ini? mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri Kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) Sesungguhnya mereka adalah orang-orang Yang mengingkari (Apa Yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu)” (Al-An’am : 130)

Semoga kita mengambil kesempatan selama hidup didunia ini untuk mengabdi diri kepada Allah dalam segala urusan dan sentiasa memperbaiki diri dan amalan serta berusaha tidak meninggalkan solat yang wajib dan memperbanyak solat sunat terutama solat taubat dan sentiasa berzikir mengingati Allah agar kita terhindar dari menjadi golongan syaitan yang sesat dan rugi.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...


Oleh :

Darul Azzikri PostHeaderIcon SIHIR TUJU JARUM




Tiga minggu lepas saya terima panggilan telefon dari saudara saya. Dalam nada sedih beliau beritahu anaknya sedang sakit teruk hinggakan terlantar tak boleh bangun malah bila disentuh dia menjerit-jerit kesakitan. Oleh kerana kereta saya digunakan isteri tak dapatlah saya kerumahnya untuk membantu tetapi saya sarankan agar dibawa ke hospital dulu.

Tiga hari berikutnya saudara saya tadi datang bersama anaknya untuk mendapatkan rawatan. Saudara saya ni menceritakan keadaan semasa anaknya ditimpa musibah ni dia berseorangan dirumah, secara tiba-tiba badan jadi kejang dan tak boleh bergerak tapi sebelum tu sempat juga telefon maknya untuk mintak tolong. Oleh kerana pintu gril rumahnya berkunci terpaksalah dipecahkan pintu gril rumah tu. Apabila disentuh badannya untuk dipapah kehospital beliau menjerit-jerit kesakitan. Setiap inci badannya terasa sangat sakit bila disentuh.

Setelah doktor menjalankan pemeriksaan diberitahu tiada sakit apa-apa cuma hati saja didapati agak bengkak tapi sedikit dan tekanan darah agak tinggi sedikit. Semasa beliau datang untuk mendapatkan rawatan keadaannya sentiasa saja tidur walhal dah sepanjang hari beliau tidur saje.

Kata isteri dan ibunya sejak keluar dari hospital memang macam tulah keadaannya sentiasa mengantuk dan tidur saje. Saya juga diberitahu semasa si sakit sedang berbual dengan ayahnya dengan tiba-tiba beliau rebah pengsan dan serta-merta mukanya pucat.

Bila saya mulakan rawatan, dalam scan yang dibuat kelihatannya si sakit ni terkena SIHIR TUJU JARUM. Saya lihat seluruh tubuh badannya dipenuhi jarum dan sebab tulah sebaik disentuh saja beliau menjerit kesakitan. Sepanjang proses rawatan tu si pesakit tadi hanya terbaring tidur saje. Bila saya kuatkan zikir didalam hati dan tujukan pada si sakit tanpa menyentuhnya, beliau secara tiba-tiba terjerit didalam tidur dan badannya seperti orang terkena kejutan elektrik.

Semasa scan jugalah saya dapat tahu sebenarnya beliau ni dicemburui orang oleh kerana kedudukan, pangkatnya dan popularitinya dalam sebuah organisasi NGO. Oleh kerana sakit hati dan tak boleh disaingi maka sihir tuju digunakan bagi melemah dan membinasakannya. Sekiranya tak diubati insyaAllah boleh menyebabkan lumpuh dan membawa maut.

Dalam tiga hari berturut-turut si pesakit mendapatkan rawatan, Alhamdulillah! Beliau sembuh. Takde lagi rasa sakit seluruh badan dan takde lagi mengantuk sepanjang hari. Ilmu Allah memang hebat. Allah memang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu. Tiada yang Maha Hebat selain Allah. Pakailah jin setan sekuat mana pun tak akan dapat menandingi ilmu Allah yang Maha Benar dan Maha Berkuasa.

Tapi kita pun harus ingat jugak bahawa tiap sesuatu yang ditimpakan atas kita walaupun perbuatan sihir khianat orang adalah merupakan PERINGATAN! Dari Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada kita. Mungkin sebelum ini kita leka, lalai dan alpa kepada Allah, sibuk dengan urusan dunia hingga mengabaikan tanggungjawab kepada Allah menyebabkan Allah menimpakan musibah kepada kita sebagai peringatan dari-NYA untuk kita kembali kepada suruhan Allah.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri pada setiap waktu yang terluang agar kita dapat memperbaiki diri dan mendapat pula Rahmat keberkatan hidup didunia dan akhirat.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...


Oleh :

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR