Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
28 October 2015

Darul Azzikri PostHeaderIcon BAHANA DADAH DAN KESEMBUHAN



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW. 

Kisah ini saya kongsikan agar menjadi iktibar kepada ibubapa untuk memantau pergerakan anak-anak dan semoga menjadi pedoman bagi pelajar-pelajar IPT diluar sana yang mudah sangat terpengaruh dengan rakan-rakan apatah lagi dalam berseronok bersama rakan-rakan, sering mencuba sesuatu yang tidak baik semata-mata untuk memenuhi permintaan dan ajakan rakan-rakan.

Pada awal tahun  ini, kami didatangi seorang ibu yang membawa anak lelaki sulongnya yang berumur sekitar awal 20an untuk mendapatkan rawatan pemulihan ketagihan dadah. Anak lelakinya adalah seorang pelajar IPT di Melaka. Menurut cerita si ibu, satu malam rakan anaknya menghubungi si ibu melalui telefon dan meminta si ibu untuk mengambil anaknya balik ke rumah. Rakan tadi menceritakan yang anaknya sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri atau mungkin pingsan disebuah taman. Menurut rakan anaknya lagi, dia jadi begitu akibat dari “overdose” dadah yang diambil ketika menyertai “Private Party” atau PP. Si ibu menceritakan kepada saya, sejak dari itu anaknya berubah seperti “zombie”. Dia sering meracau seperti orang gila dan pernah juga mencekik adik tanpa sebab. Si ibu tadi menyerahkan anaknya kepada kami untuk dirawat selama tiga minggu.   

Pada minggu pertama rawatan, si pesakit tadi sangat-sangat sukar untuk berkomunikasi. Dia seolah-olah tidak boleh bercakap dan berfikir. Nak mengucapkan satu perkataan pun ambil masa 20 ke 30 minit. Bila diberi minum, dia hanya memegang cawan yg diberi selama 30minit. Bila saya Tanya kepadanya, “awak nak buat apa dengan cawan tu?” dengan tergagap-gagap dan mengambil masa hampir 20minit untuk mengeluarkan perkataan, dia kata, “tak tau nak letak mana cawan ni”. Walhal meja dihadapannya kosong dan banyak tempat boleh diletak. Pada ketika yang lain, dia memegang kain pelikat dibahagian kemaluannya dan bergerak ke kiri ke kanan tanpa henti. Melihat keadaannya itu saya bertanya, “awak kenapa macam tu?” jawabnya, “saya nak kecing tapi tak tau”. Lalu saya suruh dia ke tandas untuk kencing didalam mangkuk tandas.

Selama seminggu pertama dia bersama kami, dia tidak pernah tidur siang dan malam. Hampir setiap malam pula dia akan ambil baju-baju bersih didalam almari dan rendam semua baju. Bila ditanya kenapa buat macam tu, jawapan yang diberi “tidak tahu”. Ada juga beberapa perkara pelik yang dia buat yang tak dapat saya ceritakan disini. Apa yang saya lihat otaknya seolah jem atau tidak berfungsi. Setelah melalui proses rawatan, pada minggu kedua dia mula tunjukkan perubahan yang sangat ketara. Pada minggu ketiga rawatan dia sudah mula boleh bercakap dengan agak lancar dan tidak lagi gagap. Bahkan dia sudah mula mengenali ibubapa dan adik-beradiknya yang dia seolah tidak kenal ketika pertama kali dihantar ke tempat kami.

Alhamdulillah kini dia pulih sepenuhnya dan mula sambung belajar kembali di IPT dan dalam masa yang sama mempunyai perniagaan yang agak berjaya. Bahkan dia juga sudah menyertai jemaah kami dan dia antara ahli jemaah yang sangat aktif dengan pengajian, aktiviti dan menjadi seorang yang sangat membanggakan saya. Malah dia juga sudah tidak lagi merokok. Dia sering menasihatkan pesakit-pesakit yang dirawat ditempat kami. Dia menceritakan pengalamannya kepada pesakit-pesakit yang baru agar dapat dijadikan iktibar. Setelah sembuh, dia mengaku pada saya, dia jadi macam tu kerana ambik beberapa jenis dadah dan ada ketikanya dia mengambil beberapa jenis dadah secara serentak. Dia ambik pil extasy, five, syabu(ice) dan ganja. Inilah kisah betapa BAHAYANYA DADAH. Yang boleh merosakkan dan menggagalkan otak dari berfungsi.


Mudah-mudahan, apa yang berlaku kepada beliau dapat dijadikan sebagai iktibar kepada para ibubapa agar sentiasa memantau anak-anak yang belajar di IPT lebih-lebih lagi yang duduk diluar kampus dan kepada semua remaja-remaja agar tidak terlibat dengan ketagihan dadah yang sangat merbahaya dan memudaratkan. 


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
23 October 2015

Darul Azzikri PostHeaderIcon MOHON MAAF DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW. 


Setelah sekian lama tak menulis blog, rasanya lebih kurang 3 tahun membuatkan saya seperti tidak tahu lagi bagaimana untuk menulis blog. Fikiran jadi buntu dan jari-jemari menjadi kaku. Jadi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Kalau dulu, setiap pengalaman harian akan segera saya nukilkan pada penulisan kerana bimbang ia hilang akibat lupa. Tapi kini terlalu banyak pengalaman yang dilalui selama beberapa tahun ini hilang begitu saja akibat terlupa dan tidak sempat dinukilkan dalam bentuk tulisan agar dapat dikongsikan bersama di blog ini.

Ramai juga yang mengirim email dan mesej di facebook bertanya mengenai artikel diblog yang dah lama tak dikemaskini. Sebenarnya selama saya tidak mengemaskini artikel diblog, saya berkelana ke Indonesia ditanah jawa dan berakhir di Sumatera Barat untuk menambah ilmu kerana merasakan ilmu rawatan islam yang saya ada terlalu cetek dan sedikit. Bahkan saya juga pada ketika itu berusaha mendalami ilmu tasawwuf. Ditanah jawa saya berkelana menziarahi makam-makam para Wali Songo dan akhirnya ke Payakumbuh, Sumatera Barat menziarahi guru-guru dan surau Baitul Ibadah yang pernah al-marhum datuk saya kunjungi untuk menuntut ilmu. Selama itu juga saya mendalami ilmu rawatan ketagihan dadah.

Bermula dari penghujung tahun 2011 kalau tak salah saya, hinggalah sekarang saya sering ke surau Guru saya di Payakumbuh, Sumatera Barat. Apatah lagi setelah saya diberi kepercayaan oleh Guru sebagai salah seorang penerusnya bagi menyebarkan luaskan ilmu yang diajarkan kepada saya. Boleh kata setiap 3 atau 4 bulan sekali saya akan berangkat ke Payakumbuh, Sumtera Barat mengunjungi Guru dan mendalami ilmu rawatan islam dan tasawwuf. Ada juga yang pernah menjadi “Orang Besar” Negara kita yang menjemput Guru saya ke Putrajaya untuk berubat beberapa tahun dulu. Atas kesibukan menuntut ilmu itulah yang membuatkan saya semakin tidak ada masa untuk mengemaskini blog.

Pada awal tahun 2014 pula, Bonda saya yang tercinta telah berpulang keRahmatullah. Setelah kepergian Bonda, hampir 3 bulan juga saya berkurung diri tidak bercampur dengan orang luar mahu pun jemaah Darul Azzikri dan adik-beradik saya. Fikiran saya jadi buntu tak tahu apa yang nak dibuat dan fikir. Rasa seolah ruh saya juga turut pergi mengikut al-marhumah Bonda. Selama itu, saya lansung tidak boleh melakukan rawatan. Dalam waktu itu pernah juga saya buat rawatan kepada orang-orang tertentu saja, tapi ternyata seperti dah hilang bisa. Apa yang saya “tengok” pun dah tak tepat lagi ketika itu. Itulah yang  membuatkan hati menjadi tawar untuk meneruskan menjadi perawat. Ketika itu dipusat rawatan, kami hanya melakukan rawatan pemulihan dadah. Itu pun rawatannya saya serahkan kepada salah seorang bekas pesakit ketagihan dadah yang dah pulih sepenuhnya yang sudah menjadi murid serta perawat sepenuh masa. Manakala rawatan lain-lain selain rawatan dadah, saya serahkan sepenuhnya kepada abang ipar saya yang turut menganggotai jemaah Darul Azzikri tiga tahun lalu yang saya bawa juga ke Payakumbuh untuk mempelajari ilmu rawatan islam dan tasawwuf bersama-sama saya sehingga akhirnya baru-baru ini beliau dianugerahi dengan gelaran Tengku Tuah oleh Guru.

Kerana itu juga saya sering mengunjungi Guru di Payakumbuh untuk mengubati diri sendiri yang menjadi “kosong” tiba-tiba sebaik kematian Bonda. Mungkin akibat perasaan kasih kepada Bonda yang sangat menebal menbuatkan saya jadi begitu. Andainya kalian tahu betapa hebat, tinggi, mulia dan makbulnya taraf seorang ibu, pastinya kalian juga akan jadi seperti saya apabila kehilangan Rahmat Allah yang sebesar-besarnya. Rahmat yang menentukan untung nasib kita didunia dan diakhirat. Rahmat itu adalah IBU. InsyaAllah jika berkelapangan akan saya kongsikan kisah RAHMAT Allah yang bergelar IBU ini diblog ini yang mana sering saya kongsikan kepada pesakit-pesakit rawatan dadah yang datang untuk mendapatkan rawatan.


Inilah apa yang berlaku kepada saya dan kenapa blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Saya susun sepuluh jari mohon ampun maaf kepada orang-orang yang sering menanti kemaskini artikel blog dan yang email serta mesej ke facebook saya. Terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Alhamdulillah.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
Tengku Ridhuan Al-Azzikri
16 October 2015

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 3)




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.



Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Assalamualaikum w.b.t, sy selaku seorang abang sulong kepada adik sy ingin menceritakan tentang masalah ketagihan dadah sejenis syabu(ice) yang dialami oleh adik sy selama 3 tahun. adik sy merupakan seorang pelajar di sebuah intitusi swasta di sekitar ampang.pada suatu hari sy telah menerima panggilan telefon daripada adik sy,apabila sy mengangkat panggilan telefon tersebut sy dapati adik sy dalam keadaan resah menyuruh sy datang dengan segera berjumpa denganya.mula2 sy tidak mengesyaki apa2 yang berlaku.setelah berjumpa denganya sy terkejut melihat keadaanya yang sangat kurus dan pucat..perubahan fizikalnya amat ketara berbanding sebelum ini,dan perubahan dari segi perangainya pun amat ketara kerana dia suka mengelamun,tengok cermin(halusinasi) dan mengalami tekanan emosi yang sangat teruk.kerana kesian melihat keadaanya sy tidak sampai hati dan terus membawanya pindah ke rumah sy di puchong.selepas berbincang dengan keluarga,sy telah berikhtiar untuk mencari pusat rawatan yang sesuai denganya dan sy telah mencari maklumat mengenai tempat rawatan tersebut di internet. sy berasa sangat bersyukur kerana telah menjumpai blog rawatan islam darul alzikri yang mengamalkan kaedah rawatan islam dengan menggunakan kaedah zikir,minum air kelapa dan herba.setelah itu,hati sy terdetik untuk menghantar adik sy kesitu.selepas membuat panggilan,sy diterangkan mengenai prosedur rawatan oleh en hamzah.apabila menerima penerangan yang jelas sy terus bersetuju untuk menghantar adik sy kesitu kerana kos rawatanya tidak terlalu mahal,dan berpatutan.adik sy menjalankan rawatan disana selama seminggu sahaja kerana kami mempunyai masalah kewangan pada masa itu.tetapi alhamdulillah,selepas cukup saja rawatan selama seminggu di darul alzikri adik sy telah menunjukkan perubahan yang sangat positif dari segi perangai,keagamaan,emosi dan fizikalnya..sebelum tu,dia seorang yang sangat murung dan suka membuat halnya sendiri..perubahan tersebut telah merapatkan hubungan kami sekeluarga kerana sekarang dia lebih menghargai keluarga,menjaga kesihatan diri dan akhir kata perubahanya amat memuaskan hati kami sekeluarga.alhamdulillah,sy berterima kasih kepada perawat disana kerana menjaga adik sy dengan baik.

Ditulis oleh : 
Mohd Syaifuddin Hp 012-275 2093 (Abang)
Mohd Suhaimi Hp 014-636 5387 (Bekas Pesakit)


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir


 

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR