Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
03 November 2016

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 10)




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.


Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Assalamualaikum w.b.t. Disini saya ingin berkongsi pengalaman dan testimony setelah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Darul Azzikri di Hulu Langat, Selangor.
Syukur Alhamdulillah dengan rahmat dan limpah kurniaNYA kini suami saya telahpun bebas dari pengaruh dadah.

Saya merupakan seorang isteri dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Masalah penyalahgunaan dadah ini terjadi kepada suami saya. Kami berasal dari Sarawak. Setelah sekian lama menghadapi masalah rumahtangga, saya tekad untuk mencari penyelesaian bagi permasalahan ini. Saya sering merujuk kepada blog-blog bagi mendapatkan rawatan perubatan islam bagi menyelesaikan masalah rumahtangga saya hadapi. Pada mulanya saya hanya memikirkan masalah ini merupakan masalah yang biasa dialami oleh setiap yang berumahtangga tanpa memikirkan ia ada berkaitan dengan permasalahan dadah. Saya dan suami sering bergaduh hanya kerana perkara kecil, perasaan cemburu buta yang melampau terhadap saya serta sering membuat tuduhan yang tidak berasas kepada saya. Di samping itu, kekangan kewangan semakin ketara kerana saya sendiri tidak mengetahui di mana suami saya menghabiskan wang nya tiap-tiap bulan. Akhirnya saya akur kerana suami saya sebenarnya telah terjebak dengan penyalahgunaan dadah setelah meneliti semua sifat-sifat yang ditunjukkan oleh suami saya.

Suatu hari, saya telah mencari pusat rawatan bagi permasalahan dadah.  Beberapa pusat rawatan dadah telah saya hubungi sehinggalah Allah memberi petunjuk di bulan Ramadhan Tahun 2016 dan saya terjumpa blog mengenai Pusat Rawatan Darul Azzikri. Tanpa membuang masa saya pun menghubungi Tn. Hamzah dan beliau telah memberi penerangan dan cuba membantu saya. Saya sering memohon doa agar Allah membukakan hati suami saya untuk berubah. Akhirnya, suami saya dengan rela hati bersetuju untuk mendapatkan rawatan kerana beliau mahu berubah dan bebas dari dadah. Tanpa membuang masa saya terus mendapatkan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan mendapatkan rawatan di Hulu Langat. Pada mulanya saya memikirkan semuanya berjalan lancar setelah suami saya bersetuju untuk mendapatkan rawatan, tetapi pada tarikh untuk menghantar beliau di Pusat Rawatan Darul Azzikri, suami saya menyatakan beliau tidak mahu meneruskan niatnya.  Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada masa itu kerana segala perancangan seperti tiket kapal terbang, hotel dan lain-lainnya telah saya uruskan. Berkat doa dari Ibu beliau dan ketabahan saya sendiri menghadapi kerenah suami saya, akhirnya Allah telah membuka hati suami saya untuk meneruskan niatnya.

Syukur Alhamdulillah, pada mulanya suami saya dijangka akan menghabiskan rawatan selama 2 minggu, tapi selepas lima hari menjalani rawatan di Pusat Rawatan Darul Azzikri suami saya telah pulih. Saya amat terkejut kerana beliau telah pulih dalam masa 5 hari sahaja. Saya dimaklumkan oleh suami saya yang beliau telah menjalani rawatan dengan meminum air herba dan diberi pengisian kerohanian dengan tidak meninggalkan solat fardhu, zikir-zikir yang perlu diamalkan dan doa-doa yang diajar oleh Ustaz dan para perawat di pusat tersebut. Saya amat bersyukur kerana pada hari terakhir suami saya di pusat rawatan tersebut, cara percakapan suami saya telah banyak berubah. Beliau seperti seorang yang baru dilahirkan semula. Banyak perubahan positif yang ditunjukkan oleh suami saya seperti suami saya sudah tidak lagi panas baran, tidak meninggalkan solat fardhu, tidak keluar malam, menjadi seorang yang penyayang, sering berkunjung ke masjid serta hubungan bersama keluarga yang semakin erat. Alhamdulillah, boleh saya simpulkan suami saya telah berubah 360 peratus sejak mendapatkan rawatan di pusat rawatan islam Darul Azzikri. Saya juga amat bersyukur kerana keberkatan di Bulan Ramadhan, suami saya telah pulih. Suami saya masih berhubungan melalui telefon dengan perawat-perawat di pusat rawatan Azzikri dan pada bulan September yang lalu, suami telah mengajak saya dan anak-anak melawat di Pusat Rawatan Darul Azzikri yang baru di kawasan Sungai Lui, Selangor. Alhamdulillah, hubungan suami saya bersama para perawat di Pusat Darul Azzikri masih terjalin. Alhamdulillah semua ini adalah kehendak Allah s.w.t dan dengan bantuan daripada semua perawat di Darul Azzikri terutamanya APAK, En Ally, Shafiq, Pak Lah, Shahril, Din dan perawat-perawat yang lain serta pelajar yang sama membuat rawatan pada masa tersebut.

Sekiranya ada orang diluar sana yang menghadapi masalah seperti saya, saya menyeru agar mendapatkan rawatan di sini. Insyaallah, dengan keizinanNYA, rawatan tersebut dapat mengubah kehidupan yang lebih baik. Amin.. Terima kasih yang tidak terhingga dengan semua yang terlibat semasa merawat suami saya terutamanya En. Ally dan tidak lupa juga kepada APAK dan perawat-perawat yang lain yang banyak memberi bimbingan agama kepada suami saya. Semoga Allah membalas jasa kalian semua. Amin.

Hp:
011-2999446
012-8858083

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
01 September 2016

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 9)



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.


Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualikum w.b.t. Catatan ini adalah pengalaman saya dalam mendidik  dan membesarkan anak-anak. Sebagai bapa sungguh tinggi harapan agar mempunyai anak yang soleh & solehah bagaimanapun dalam menjalani kehidupan ini berbagai ujian Allah beri sebagai tanda kasih sayang NYA kepada hamba-hamba NYA. Telah menjadi fitrah dan sunatullah kehidupan hamba mesti menerima ujian hidup bagi memastikan kita mendapat dan mencapai redho ALLAH.

Saya mempunyai 7 orang cahaya mata, 5 lelaki dan 2 perempuan. Alhamdulillah anak-anak saya adalah dari jenis yang mendengar cakap dan tidak ada yang menunjukkan sifat-sifat anak yang terbiar. Bagaimanapun anak yang ke4 saya iaitu Asyraf Najwan (ACAP) mempunyai sedikit kehendak yang berbeza dari adik-beradik yang lain. Selepas tamat Tahun 6 beliau dengan sendiri meminta untuk tidak menyambung tingkatan 1 di sekolah akademi harian tetapi beliau meminta untuk pergi mengaji sahaja. Saya sungguh gembira sekurang-kurangnya ada seorang ahli keluarga saya yang akan menjurus kepada pendidikan agama.

Pada cuti akhir tahun sekolah saya telah mendaftar ACAP ke sebuah Pusat Tahfiz di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Saya sentiasa memantau perkembangan beliau, saya dapati selepas 2 minggu dimasukkan ke pusat tahfiz berkenaan saya dapati beliau telah hafal surah yassin saya sangat gembira. Bagaimana pun setelah 4 bulan di pusat tahfiz berkenaan beliau telah melarikan diri dan pulang ke rumah. Apabila saya tanyakan kepada ACAP apa yang berlaku beliau berkata tidak mahu meneruskan pengajian di pusat tahfiz kerana dirotan oleh pengetua. Saya mengambil keputusan untuk membawa ACAP ke pusat tahfiz semula dan bertanyakan Pengetua kenapa ACAP dirotan, saya telah dimaklumkan ACAP sering termenung dan tidak mahu menyiapkan tugasan yang diberi, akhirnya saya keluarkan ACAP atas permintaannya dan mendaftarkan ACAP di sebuah sekolah agama yang berasrama di Tampin, N.S.

Bagaimanapun ACAP hanya bertahan selama seminggu di sekolah berkenaan, ACAP sekali lagi melarikan diri pada petang saya menghantar beliau ke sekolah agama itu selepas cuti Tahun Baru Cina. ACAP merlarikan diri selama 2 hari dan akhirnya pulang ke rumah selepas saya membuat laporan dibalai polis tentang kehilangannya.
Bermula dari hari tu, saya telah mendaftar ACAP ke sekolah akademi harian berdekatan rumah saya, setelah bersekolah di sekolah berkenaan ACAP mula bergaul dengan kawan-kawan yang bermasalah dan selalu ponteng sekolah dan mula merokok. Pada masa ACAP di Tingkatan 3, ACAP pernah ponteng selama 3 bulan bagaimanapun keputusan PMR ACAP masih baik walaupun selalu ponteng.

Apabila di Tingkatan 4,  ACAP telah terlibat dengan kes curi motor dan pernah dilokap dan diletakan dalam status kes JUVANA. Acap diletakkan dalam perhatian JKM selama 2 tahun. Saya ingatkan selepas tempoh perhatian ACAP akan berubah rupanya ACAP seterusnya bertambah hanyut apabila terlibat dengan najis dadah sehingga satu ketika abang sulungnya menemui syabu di rumah saya dan beliau tidak mengaku dadah tersebut kepunyaannya. ACAP telah mula sering  tidak balik ke rumah dan perubahan fizikal ACAP semakin ketara menyusut dan sering termenung dan diam, komunikasi kami sekeluarga dengan ACAP semakin kurang.

Kemuncaknya adalah apabila polis telah menyerbu rumah saya untuk menangkap ACAP, dengan kuasa ALLAH Acap telah dapat menghidu kehadiran polis berkenaan dan beliau terus melarikan diri dari rumah. Saya cuba menghubungi ACAP bagaimanapun gagal. Saya akhirnya meminta abang ACAP  yang ke3 menghubungi beliau dan meminta ACAP pergi ke rumah emak saya di Kajang. Sebelumya saya telah menghubungi adik saya dan meminta beliau menghantar ACAP ke Pusat Darul Az-Zikri.

Sebenarnya pada sebelum kejadian serbuan polis tersebut isteri saya telah menghubungi pentadbir Pusat Darul Az-Zikri dan berjanji untuk menghantar ACAP ke pusat berkenaan. Seterusnya saya menghubungi adik saya, sekiranya ACAP datang ke rumah emak saya tolong hantar  ACAP ke Darul Az-Zikri.

Alhamdulillah setelah di hantar ke Darul Az-Zikri saya selalu memantau perkembangan ACAP dengan mendapatkan perkhabarannya melalui pentadbir Pusat Darul Az-Zikri. Saya difahamkan bahawa ACAP telah berubah sebanyak 360 darjah. Sehingga kini saya dapati ACAP telah banyak berubah terutama dalam hal solat, ACAP selalu solat di awal waktu, apabila mendengar azan ACAP akan bergegas ke masjid atau surau. Saya sekeluarga termasuk emak saya dan emak mertua saya sangat terharu dengan perkembangan ACAP.

Sehingga kini ACAP masih mahu tinggal di Pusat Darul Az-Zikri walaupun beliau telah bebas sepenuhnya dari najis dadah. Saya dan isteri sangat setuju dengan cadangan ACAP sendiri. Pada masa ini nama panggilan ACAP telah ditukar oleh gurunya di pusat berkenaan kepada NAJWAN. Saya dan keluarga mula menggil ACAP dengan nama NAJWAN juga.

Akhir sekali saya sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan berterima kasih kepada Pusat Darul Az-Zikri kerana dengan bantuan petugas di pusat berkenaan ACAP telah berubah, terutama sekali setinggi terima kasih kepada Uztaz Tengku Ridzuan Az-Zikri sebagai guru yang membimbing NAJWAN sehingga menjadi seorang taat kepada agama.

Ayah (013-3420204)


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
02 August 2016

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 8)



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.


Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan segala rahmat dan hidayahnya, adik saya diberi kesedaran dan sembuh dari ketagihan dadah. Pengalaman ini ditulis sebagai perkongsian bersama.

Kisah ini terjadi kepada adik bongsu lelaki saya yang bernama Iman (bukan nama sebenar) berusia 21 tahun dan masih mencari hala tuju hidup. Suatu hari  Allah telah memberi  ujian besar  kepada ibu ,ayah dan kami sekeluarga dengan pengakuan adik yang paling manja bahawa dia telah mengambil dadah jenis SYABU. Ketagihan dadah ini telah bermula semenjak dari sekolah menengah ketika dia berumur 16 tahun. Kami sekeluarga tidak terfikir dan terhidu yang adik seorang penagih kerana dia pandai menyembunyikan keadaan sehinggalah kami menemui dadah tersebut di dalam bilik tidurnya. Semenjak dari kejadian tersebut, kami mula memantau dan memerhatikan gerak-geri kelakuannya. Dia kerap keluar pada waktu malam dan seringkali tidak pulang ke rumah. Mukanya kelihatan agak cengkung dan emosi yang tidak terkawal. Puas kami menasihatinya namun tiada perubahan.

Sebagai kakak sulong, saya mula mencari beberapa alternatif bagi menyembuhkan ketagihannya. Beberapa pusat rawatan dadah telah saya hubungi sehinggalah Allah menggerakkan hati kami untuk membawa adik saya di pusat rawatan dadah secara Islam di Darul Azzikri, Hulu Langat dengan kerelaan adik saya sendiri yang mahu berubah dan mahu bebas dari dadah. Alhamdulillah selama 14 hari berada di bawah bimbingan perawat-perawat Darul Azzikri dengan melalui rawatan minuman herba dan diberikan bimbingan kerohanian melalui doa dan zikir serta solat untuk pertahanan diri, kini adik saya sudah bebas daripada ketagihan dadah. Banyak perubahan positif yang ditunjukkan dalam dirinya seperti tidak lagi bersifat panas baran, rajin mengerjakan  solat, tidak keluar malam serta hubungan bersama keluarga yang semakin mesra. Beliau juga sering mengunjungi rakan-rakan di pusat rawatan Azzikri jika ada kelapangan.

Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang berada di Darul Azzikri terutamanya kepada Ustaz (digelar Apak), saudara Zakwan, Hamzah, Sobri dan lain-lain dalam merawat adik saya dan sahabat-sahabat di Darul Azzikri. Saya yakin bahawa setiap kejadian yang berlaku kepadanya mempunyai hikmah disebaliknya. Akhir kata, kepada semua individu yang menghadapai masalah yang sama dan memerlukan bantuan, saya syorkan supaya segera berurusan dengan Pusat Rawatan Azzikri bagi mendapatkan rawatan dan pemulihan.

Ikhlas daripada,
Seorang Kakak

Kuala Lumpur

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
12 March 2016

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 7)



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.


Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 

Nama ankku Zeck. Tahun ini umurnya 24 tahun. Dia mula terjebak mengambil heroin sejak umurnya 18 tahun. Pada mulanya kami sekeluarga langsung tidak tahu penglibatn zeck dgn heroin.. kerana dia pndai berlakon dan mnyembunyikan perkara ini.. Kisah bermula apabila zeck dihantar belajar di salah sebuah kolej swasta di ibu negara. Asalnya zeck hanyalah seorang perokok tegar. Di kolej dia byk terpengaruh dengan rakan2 yang mengajaknya untuk cuba berjinak-jinak mencuba dadah jenis heroin. Selama bertahun tahun zeck merahsiakan dari pengetahuan kami dan keluarga. Akhirnya rahsia zeck terbongkar apabila pihak kolej meminta kami hdir kerana zeck telah dikenakan tindakan disiplin. Hasil pemeriksaan mengejut di asrama mereka menemui pelbagai peralatan yg biasa digunakan oleh penagih dadah.. aku sungguh terkejut, sedih dan kecewa dgn apa yg dilakukan oleh ank kami ini.. Oleh kerana dia digantung drp hdir kuliah selama 2 minggu maka kami bawa zeck balik ke rumah.. tapi zeck bukan jenis yg boleh duduk di rmh..setiap hari ada saja alasan beliau untuk keluar rumah.. walau pelbagai cara aku lakukan namun zeck tetap dapat meloloskan diri utk keluar rmh..waktu itu ketagihannya semakin kuat dan kami buntu untuk menolongnya...akhirnya satu hari zeck telah ditangkap dan ditahan di balai polis.. dia dibicarakan atas kesalahan memiliki heroin dan menggunakannya utk merosakkan dirinya..hancur luluh hati aku sebagai ibu bila mndengar berita ini. Kami hadir di mahkamah dan dan terpaksa membuat rayuan serta membayar denda.. 

Kemudian kami melakukan pelbagai cara untuk merawat zeck dan menghantarnya ke satu tempat rawatan tapi nmpaknya dia tetap tidak dapat berhenti untuk mengambil heroin sehinggalah beliau ditangkap sekali lagi semasa bekerja. Akhirnya zeck telah dibuang kerja oleh majikannya walaupun dia sangat sayang akan pekerjaannya pada masa itu. Zeck sungguh menyesal. 

Sehinggalah pada suatu hari dia sendiri dengan rela hati menyuruh kami mencari tempat yang betul2 sesuai untuk merawatnya. Aku berusaha menalipon ke serata tempat sehinggalah kami menjumpai laman web Pusat Rawatan Darul Azzikri dan membuat temujanji rawatan. Pada mulanya zeck sendiri tidak begitu yakin akan dirinya, tapi demi untuk perubahan diri dan tidak mahu mengecewakan keluarga, terutama aku ibunya..maka dia bersetuju untuk mendapatkan rawatan di sini. 

Sepanjang rawatan, dia diberikan minuman air kelapa dan air herba secara konsisten. Pada malam pertama zeck diberi minum campuran pelbagai herba dan pagi esoknya dia muntah beberapa kali sehingga badannya tidak bermaya.. kaedah ini diulang beberapa kali sehingga seluruh urat saraf dan tubuhnya bebas daripada najis dadah. Di samping itu pelbagai doa dan zikir untuk pertahanan diri diajarkan terutamanya pengisian rohani, dalam bentuk solat hajat, solat sunat, doa2, zikir2 dan hafazan ayat2 suci al-Quran. 

Alhamdulilah setelah 2 minggu menerima rawatan zeck berjaya pulih sepenuhnya. Di samping berkat doa yang tak putus2 drp kami ibu bapanya, dan sokongan ahli keluarga yg lain, aku sebagai ibu amat bersyukur kepada Allah swt kerana mempertemukan kami dengan pusat rawatan Darul Azzikri ini. Apa yang paling aku terkejut melihat perubahan fizikal zeck yang dulunya kurus kering seperti mayat hidup tetapi dlm masa 2 bulan berat badannya bertambah dengan mendadak dan kulitnya kembali putih dan segar bugar. Anakku zeck seperti bayi yang baru dilahirkan semula. 

Di sini zeck telah menemui dirinya yang sebenar sebagai hamba Allah.. setelah sekian lama menjadi penagih tegar. Beliau juga sekarang sudah berkhidmat sebagai salah seorang perawat di Darul Azzikri untuk membantu sahabat2 yang senasib dengannya. Beliau sedia untuk membantu sahabat di luar sana atau ibu bapa yang ingin menyembuhkan anak mereka dengan kaedah rawatan Darul Azzikri ini.  Semuanya dengn kehendak dan izin Allah swt. 

Ikhlas drp bondamu..

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
21 February 2016

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 6)



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.


Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Assalamualaikum,
Coretan hasil pengalaman kami untuk pengongsian bersama.......
Setiap ibubapa mengharapkan yang terbaik untuk anak2 mereka.Begitu juga kami memberi kasih sayang dan pelajaran... agama dan akademik yang terbaik untuk anak2 kami.Alhamdulillah syukur anak2 kami cemerlang dibangku sekolah dan mendapat tempat di sekolah Asrama penuh dan MRSM.

Along menyambung pelajaran dibidang pergigian di Mesir selepas SPM.Kami bersyukur kerana itu adalah cita2 Along sejak kecil .Namun Along gagal  di tahun ketiga....Along berasa amat2 kecewa namun disembunyikan dari kami sekeluarga.Waktu itu kami hairan mengapa Along jarang menalipon atau berwasap.Akhirnya Along balik ke Malaysia dan kami kami redha kerana Along dah berusaha .Cuma dah takde rezeki...nak buat macam mana....Setelah sebulan berada dirumah Along mendaftar di satu institusi swasta.Kami mengharapkan Along dapat menjadi pelajar yang berjaya.Malangnya  Along gagal menghadiri kelas dan susah untuk dihubungi.Pihak universiti mengatakan Along selalu ponteng dan tidak menghantar assignment .Kami berasa terkejut dan amat kecewa tetapi masih tidak mengsyaki apa2.Cuma keadaan Along bertambah kurus,muram dan kurang bergaul dengan keluarga.Kami cuba menasihati dan menghantar berubat ke perubatan Islam.Namun tiada sesuatu yang abnormal menurut ustaz.

Berkat doa dan solat hajat Ibu bapa...ibu Along telah terjumpa satu botol mineral bercabang yang berisi air hitam  sewaktu megemas bilik Along.Kami berasa amat2 cemas dan benar2 kecewa. Maka terjawablah teka- teki  mengapa Along dah berubah dari segi mental dan fizikal....Tindakan segera harus diambil...

Kami  cuba bertenang dan bersemuka dengan Along secara baik.Along mengaku yang dia menghisap ganja setelah gagal dulu...dan keadaan bertambah parah setelah bergaul dengan kawan2 di kolej di Malaysia.Kami beristifar panjang dan cuba untuk mencari jalan  terbaik untuk Along.

Kami cuba mencari tempat2 rawatan berpandukan google...Setelah menghubungi beberapa tempat rawatan.Akhirnya kami memutuskan untuk menghantar Along ke Darul Azzikri...Hulu Langat. Alhamdulillah..setelah berbincang dengan ustaz Hamzah ..Along akan dihantar ke Darul Azzikri.Mula nya untuk sehari tetapi setelah berbincang.Kami memutuskan untuk menghantar selama seminggu...kami hanya memikirkan supaya Along sembuh dari masalah ketagihan ini.Takperlah... dengan pelajaran yang tertangguh yang penting Along mesti dipulihkan dari masalah yang amat2 berat ini.Kami merasakan masa depan Along adalah segala-galanya...Along mesti dipulihkan segera....Kami menghentikan pengajian Along di kolej swasta dengan segera...

Sewaktu sampai di Darul Azzikri kami disambut olih saudara Zakwan dengan penjelasan dan harapan yang amat2 berguna. Alhamdulillah dengan rawatan herba dan zikir2,solat yang diterapkan ....Along semakin sembuh.Kami dimaklumkan selepas minum air herba dan air kelapa...pesakit akan muntah2...Bersama2 akan keluar segala kotoran yang berada didalam tubuh pesakit.

Setelah seminggu kami mengambil Along dan kami dapati keadaan nya telah jauh berubah..Along semakin ceria, berselera semasa makan dan mesra bersama2 keluarga, adik2 dan tidak menyendiri lagi. Along sendiri berjanji tidak akan mengulangi masalah lalu .Sim kad telepon lama telah kami buang dengan persetujuan Along.Dengan harapan kawan2(bermasalah) tak dapat menghubungi  dan  berjumpa dengan Along .Alhamdulillah Along dah rajin kesurau untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah agama. Alhamdulillah...syukur.. kami dah mendapat anak kami semula.

Ujian air kencing pun menunjukkan yang Along telah pulih dan kini Along dah diterima belajar di sebuah Universiti Awam. Along semakin ceria dan bersemangat untuk belajar bagi  menebus segala kesilapan yang lalu.Walaubagaimana  pun kami masih memberi sokongan/memantau Along. Along akan tinggal bersama2 kami dan tidak diasrama.Insyaallah kami akan menghantar Along ke Darul Azzikri untuk menguatkan lagi kekuatan mental dan kerohanian...

Jutaan terima kasih kepada semua yang berada di Darul Azzikri kerana memberi harapan kepada anak kami dan semua yang dah terjebak.Terutama kepada Saudara Zakwan,Ustaz Ridwan,Hamzah dan lain-lain.
Dugaan Allah swt...itu lah yang harus diterima dan mempunyai banyak hikmah yang tersendiri.
Alhamdulillah kami dah mendapat anak kami semula.....

Dari
Ayah Yang Bersyukur.
Shah Alam Selangor.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR