Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
27 January 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon CABARAN DAN UJIAN




Salah seorang jemaah DA pernah diajak kerumah rakan kepada rakan sekerjanya yang dikatakan ada gangguan. Mulanya jemaah ni ajak saya tapi saya dapat rasa sesuatu dan rasa berat pulak nak pergi jadi saya sarankan jemaah ni pergi dulu untuk tengok-tengokkan. Pada hari dijanjikan jemaah DA ni kerumah tersebut. Sampai disana tiada apapun yang dapat dirasakan. Selepas berbual dengan penghuni rumah terbabit, jemaah DA ni mintak izin untuk pulang. Sampai saja diparkir kenderaan, penghuni rumah tersebut yang berasal dari Malaysia Timur, menghubungi rakan jemaah DA yang datang bersama tadi memberitahu salah seorang penghuni rumah kerasukan.

Jadi jemaah DA tadi naik semula kerumah tersebut untuk membantu. Setelah berhempas-pulas berusaha untuk memulihkan orang yang kerasukan tadi namun tak berjaya malah orang yang kerasukan tadi seakan mencabar ilmu jemaah DA ni. Dah takde jalan lain akhirnya jemaah DA tadi menarik jalan zikir dengan isyarat tangan lalu menepuk ubun-ubun orang yang kerasaukan tadi. Terus beliau terbaring kekejangan tak boleh bergerak walaupun sudah mula sedarkan diri. Tadinya lagaknya agak garang dan seperti mencabar-cabar. Dah kena penangan zikir tu baru tau sampai terbaring kaku kekejangan.

Jemaah DA ni pun menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan. Terpaksa jugalah saya ke rumah tersebut walaupun berat hati. Sebaik sampai dikawasan rumah tersebut, belum lagi naik kerumahnya ditingkat sembilan tapi orang yang kerasukan tu dah merungut-rungut mengatakan saya dah sampai dan ada dibawah. Beliau juga berkata “abislah sapa suruh orang ni datang, abis la”.

Sampai saja tanpa buang masa saya terus memegang ubun-ubunnya sambil membacakan beberapa potong ayat. Sewaktu rawatan tu si pesakit yang kerasukan tadi menjerit-jerit, sekali-sekala mencarut-carut memarahi saya dan mintak jangan baca ayat-ayat Quran tu. Bila saya tak layan dan teruskan bacaan, dia menjegilkan matanya kepada saya dan menunjukkan perasaan marah, benci dan meluat kepada saya.

Rasa tercabar juga saya dibuatnya, lalu saya bacakan sebahagian dari doa Nuur kemudian suruh dia pandang wajah saya semula tapi sebaik dia cuba memandang matanya jadi terbeliak dan mata hitam naik keatas dan hilang serta terpejam matanya. Beberapa kali juga saya suruh dia pandang saya tapi terjadi macam tu jugak seolah-olah tak mampu lansung dia nak menatap wajah saya. Tadi bukan main belagak siap jegil mata, dah kena penangan doa Nuur hilang mata hitam dibuatnya.

Saya teruskan membaca ayat-ayat tertentu sambil memegang ubun-ubun sipesakit, Alhamdulillah! Sipesakit yang tadinya kerasukan dan tubuh badan kekejangan terus pulih. Beliau terus bangun masuk kebilik pakai kain pelikat (tadinya hanya berseluar pendek) dan terus duduk sambil menghisap rokok seolah-olah takde apa-apa yang berlaku padanya. Cuma matanya tetap memandang kepada saya seolah-olah dia menyimpan suatu rahsia dihati. InsyaAllah! Hanya Allah, saya dan dia saja yang tahu rahsia sebenar yang tersimpan dihatinya.

"mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui" (Al-Baqarah : 102)


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :


Darul Azzikri PostHeaderIcon BUSUNG ANGIN




Pernah ada seorang lelaki yang membawa ayahnya untuk mendapatkan rawatan. Datangnya dalam keadaan yang agak terdesak. Setelah bercerita mengenai penyakit ayah dan ibunya, fahamlah saya serba-sedikit apa yang berlaku. Tapi waktu itu ibunya tak datang bersama kerana tak boleh bangun lansung hanya terlantar dikatil.

Menurut anaknya, perut si ayah seringkali naik membuncit seperti keadaan orang yang terkena busung. Naik membuncit keras tidak tentu masa dan kerap pula. Sambil membacakan 1 potong ayat dari surah Saba’ saya letakkan tapak tangan ke perut si pesakit tadi. Sebaik habis 3x bacaan terasa perut sipesakit naik membuncit dengan serta-merta dan terasa ada benda seperti bola bergerak-gerak menolak-nolak tapak tangan saya.

Sebaik terasa begitu, saya pun meletakkan ibu jari tangan ke langit-langit sambil membacakan sepotong ayat sebanyak 3x ulang kemudian meletakkan ibu jari tadi ditengah-tengah pusat pesakit. Rasanya MasyaAllah! Panas seperti besi yang sedang diletakkan dalam api. Agak terperanjat jugak la saya dibuatnya dek kerana rasa panas tersebut dan secara sponton saya mengankat ibu jari dari pusat pesakit.

Selepas hilang rasa panas tu dari ibu jari, saya memulakan rawatan ke atas pesakit dan menarik keluar benda yang bergerak-gerak didalm perut si pesakit tadi (tak perlulah diceritakan panjang lebar). Selesai rawatan, saya bekalkan air zaffaron yang telah didoa dan wiridkan pada setiap malam ibadah yang kami buat seminggu 2x. Saya juga telah bersetuju kerumahnya untuk rawatan susulan serta menziarah dan merawat ibunya yang terlantar dirumah.

Pada hari yang dijanjikan saya dan beberapa perawat Darul Azzikri kerumah si pesakit. Kami memulakan rawatan susulan kepada si ayah dan merawat ibunya yang hanya terlantar dikatil tanpa boleh bergerak. Sebelum balik saya juga berpesan kepada si anak supaya beringat dan jangan panik kerana dalam tempoh 3 hari, penyakit akan menjadi agak teruk dari biasa sebelum benar-benar sembuh, itu tandanya rawatan dah berhasil, selang 2 hari kemudian si anak menghubungi dan memberitahu ayahnya dimasukkan ke wad akibat muntah-muntah dan keluar seperti serbuk kehitaman.

Saya dan Pak Lang (perawat DA) menziarahi si pesakit dihospital dan membekalkan minyak yang saya buat sendiri untuk pesakit kerana diberitahu si pesakit juga mengalami gangguan angin dalam perut atau gastrik. Sebenarnya saya sendiri pun sebelum ni penghidap gastrik kritikal. Setiap bulan perlu 4 botol ubat cecair putih gastrik kalau tak asal makan saja muntah tak kira masa dan tempat. Alhamdulillah lepas gunakan minyak tu saya lansung takde masalah gastrik lagi.

Alhamdulillah, selang beberapa hari si anak menghubungi dan beritahu ayahnya dah keluar wad dah boleh makan walau beberapa sudu dan tak muntah lagi, masalah gastriknya pun dah berkurangan. Ibunya sebelum ni hanya terlantar dikatil diberitakan sudah sihat malah sudah boleh memandu kereta semula. Begitulah hebatnya Kuasa Allah, begitulah hebatnya Kebesaran Allah, begitulah hebatnya Ilmu Allah.

SubhanalLah! AlhamdulilLah! AllahHu Akbar!

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

Darul Azzikri PostHeaderIcon DILEMA SEORANG PERAWAT





Sebenarnya agak sukar juga menjadi perawat ni. Maklumlah keluarga, ahli jemaah, sahabat-hadai, rakan-taulan dan orang ramai memerlukan bantuan dan khidmat kita tak kira masa dan ketika. Adakala sampai tak cukup rehat dan tidur dibuatnya. Ada ketikanya bila terjadi kes bertindih kelam-kabut juga dibuatnya mana satu yang nak didahulukan.

Seringkali juga ahli keluarga merungut bila kita tak dapat penuhi permintaan mereka untuk mendapatkan rawatan. Malah kita dikatakan lebih utamakan orang lain atau pesakit yang datang dari keluarga sendiri yang ingin mendapatkan rawatan. Ada pula ketikanya bila kita dah beri kesanggupan atau berjanji dengan pesakit, sampai tarikh dan ketikanya kita pula terpaksa merawat ahli keluarga atau pesakit lain yang lebih memerlukan atau dalam keadaan kecemasan, pesakit yang dah buat temujanji pula merasa kecewa kerana tak dapat dirawat.

Walaupun si pesakit faham dan memaafkan selepas diterangkan keadaan yang terjadi tapi percayalah sebagai perawat, saya sendiri sukar untuk memaafkan diri sendiri atas kegagalan memenuhi temujanji tersebut. Sehingga saat ini pun saya masih tak dapat hilangkan kekecewaan dan rasa serba salah atas kegagalan memenuhi beberapa temujanji. Nak diharapkan pada perawat lain dari kalangan ahli jemaah pula, masing-masing kata tak berani nak buat rawatan tanpa kehadiran atau bimbingan saya. Dan kadang-kadang si pesakit sendiri yang nak saya sendiri yang rawat katanya lebih yakin kalau saya yang rawat atau dengan kehadiran saya.

Kadang-kadang tu sampai nak balas sms atau nak jawab call pun tak berani kerana tak pasti boleh atau tak bagi jawapan untuk tetapkan temujanji rawatan. Allah sajalah yang tau akan perasaan gudah-gulana, kekecewaan dan kekesalan dihati ini. Apakan daya kita hanya mampu merancang namun Allah jualah sebaik-sebaik perancang dan yang menentukannya.

Apapun saya mohon jutaan ampun maaf pada semua pesakit yang belum berkesempatan mendapatkan rawatan walaupun telah membuat temujanji. Namun percayalah, saya sendiri pun masih belum dapat melupakan dan memaafkan diri atas kegagalan memenuhi permintaan untuk mendapatkan rawatan.

“Ya Allah Ya TuhanKu yang Aku Cintai! Kepada Mu hamba berserah diri atas segala ketentuan Qada’ dan Qadar Mu. Ampunilah hamba Mu yang lemah dan tiada daya upaya ini, melainkan dengan izin Mu jua Ya Allah”.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

21 January 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon KENAPA PERLU TUNDUK PADA SYAITAN




Dalam tempoh 2 minggu ni adalah masa yang padat bagi saya. Terlalu banyak permintaan untuk rawatan yang perlu dipenuhi tapi malangnya ada permintaan yang terpaksa saya tangguhkan dulu kerana ada kes yang terlalu berat untuk diselesaikan. Jadi saya mohon ampun maaf pada pesakit-pesakit yang di Perak, Sg. Buloh, N.Sembilan dan Johor kerana terpaksa menangguhkan dulu rancangan untuk ketempat saudara-saudari. InsyaAllah, minggu depan saya akan cuba penuhinya.

Saya terpaksa menguruskan kes berat yang dikatakan kerana rasa agak terkilan dan marah bila diberitahu pesakit tu dibawa berjumpa dengan bomoh dan kemudiannya bomoh tu didalam rawatannya bertanya kepada ‘benda’ yang merasuk tubuh pesakit apa syaratnya untuk meninggalkan atau membatalkan gangguan sihir yang menimpa pesakit. ‘Benda’ tu mintak darah ayam jantan hitam kalau tak salah saya, dan kemudiannya dipenuhi oleh orang yang membawa pesakit tu berubat dengan bomoh tersebut.

Apa yang terjadi ialah, ayam tu disembelih dan diserahkan kepada pesakit yang dirasuk dan kemudiannya pesakit yang kerasukan tadi menghirup darah ayam tersebut terus dari leher ayam yang disembelih. Persoalannya, jika kita menurut kehendak atau permintaan syarat syaitan tu bermakna kita dah bersekongkol dengannya malah menjadikan syaitan tu bertambahkan kuat dan pastinya syaitan tersebut gembira sangat kerana berjaya memperdaya dan memperbodohkan si bomoh dan pesakit tersebut serta orang-orang yang memenuhi syaratnya. Buktinya si pesakit masih tak sembuh pun walaupun syaratnya dah dipenuhi.

Janganlah kita tunduk pada permintaan syaitan sihir ni kerana mereka bijak memperdayakan dan yang pentingnya hayati firman Allah ni:

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu! (Yaasiin : 60)

Firman Allah lagi:
“padahal tidak ada Yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata” (Al-Israa’ : 64)

Allah berfirman lagi:
“maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke Dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan Yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Al-Baqarah : 209)

Beringatlah kita dan berwaspadalah dalam mendapatkan rawatan bomoh. Banyak lagi pusat rawatan islam yang berasaskan Quran jadi mengapa kita pilih jalan yang menggelincirkan kita kepada hal-hal khurafat dan syirik.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :


12 January 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon MEROYAN




Baru-baru ni ada sepasang suami isteri menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan. Mulanya pelik jugak la mana dia dapat no. h/phone saya, bila ditanya katanya dia dapat dari kawan yang pernah datang berubat dengan saya. Menurut kawannya tu selepas berubat dengan saya keadaannya beransur baik dan sembuh sebab tu dia sarankan berjumpa dengan saya. Disini saya nak TEGASKAN yang menyembuh bukan saya hanya Allah yang Maha Penyembuh.

Kena ingat!!! Bukan semua yang saya rawat tu boleh sembuh sepenuhnya ada jugak yang tak sembuh. Saya tak nak sembunyikan perkara yang benar. Memang betul ada jugak yang tak sembuh selepas saya rawat tu kerana Allah tak izinkan. Yang sembuh pulak selepas saya rawat pun kerana izin dari Allah. Maka terbuktilah Allah saja Yang Maha Penyembuh. Yang mana sembuh tu kerana mereka sendiri yang ingin sembuh dan berusaha mengamalkan amal-amal yang telah saya ajarkan.

Kalau diri sendiri tak nak usaha hanya bergantung kepada perawat saja pun Allah tak makbulkan jugak. Yang PENTING sekali PERGANTUNGAN kepada perawat boleh menggelincirkan kita kepada SYIRIK. Pergantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

Bukan apa sebagai peringatan untuk diri saya sendiri supaya tak rasa kembang dan sentiasa ingat siapa diri ini sebenarnya. Takpelah, berbalik pada cerita pasangan suami isteri ni, suaminya menceritakan perihal isterinya yang selalu termenung saje semasa dalam pantang bersalin hinggalah sekarang lebih kurang setahun selepas habis pantang. Kadang-kandang isterinya mengadu sakit-sakit badan dan sering pulak mengabaikan suami dan anaknya yang masih kecil.

Bila ditanya si isteri hanya berdiam diri saje. Kata si suami ni lagi dah dua tiga tempat dia pergi berubat tapi masih macam tu jugak. Kalau menurut ilmu yang saya belajar, meroyan ni terbahagi kepada 2 kategori. Pertama, disebabkan tekanan perasaan dan gangguan emosi pesakit semasa dalam pantang. Mungkin disebabkan oleh sikap suami sendiri atau masalah rumahtangga jugak masalah kewangan, keluarga dan sebagainya. Kedua, yang disebabkan oleh gangguan jin.

Apapun puncanya InsyaAllah boleh dirawat dengan izin Allah. Sebenarnya memang betul macam kata doktor, pencegahan tu lebih baik dari rawatan. Nak mencegah masalah apapun didunia ni senang je ingat Allah. Allah Maha Memelihara maka ingatlah Allah dan “hanya dengan Mengingati Allah jiwa akan tenang”. Pahatlah Allah dalam hati, pasti Allah akan memelihara kita dan menenangkan jiwa kita. Nak Allah memelihara kita kenalah kita pelihara solat dan zikir barulah Allah pelihara kita.

Janganlah pulak buat benda-benda kurafat seperti sanggul paku kat rambut, letak gunting bawah bantal dan sebagainya yang kononnya boleh menghalang dari jin dan syaitan. Ternyata salahnya tu. Takde Nas dan Hadis yang menerangkan camtu.

Alhamdulillah! Selepas dirawat baru-baru ni suaminya menghubungi saya dan memaklumkan keadaan isterinya beransur baik walaupun belum sepenuhnya tapi nampak jugak la perubahan si isteri. Isterinya dah kurang termenung dan tak lagi mengadu sakit-sakit badan. Saya sarankan padanya untuk teruskan amalan wirid yang telah diberikan.

Satu lagi yang nak saya ingatkan disini, kesembuhan tu beransur-ansur bukan serta-merta jadi kenalah bersabar.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...


Oleh :



HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR