Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
10 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SIHIR PEMISAH & SIHIR SIMPULAN


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Banyak juga masalah rumahtangga dalam masyarat Malaysia ini. Masalah rumahtangga ini masih menduduki carta no. 1 dan permasalahan tertinggi dalam kes-kes yang saya rawat. Ada yang berpunca dari diri pasangan suami isteri itu sendiri tanpa ada unsur-unsur sihir, ada diantaranya berpunca dari keluarga atau yang tidak mendapat restu ibubapa dan ada juga yang memang berpunca dari sihir.

Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Katakanlah; Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya" (QS Al-Falaq: 1-5)

“Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah...” (QS Al-Baqarah: 102)


Disini saya senaraikan dan cuba memberikan sedikit penerangan serba ringkas berkaitannya, insyaAllah. Antara sihir-sihir rumahtangga ialah :

1. SIHIR PEMISAH (TAFRIQ)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri dengan menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada salah seorang dari pasangan dan mungkin kepada kedua-duanya.

Sihir ini juga digunakan untuk menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya hingga menimbulkan perpecahan diantara anak dengan ibu/bapanya, rakan kongsi perniagaan, sabahat, majikan dan pekerja serta yang seumpamanya.

2. KAWALAN KASIH SAYANG (RIBTU MAWADDAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir menggunakan kaedah-kaedah simpulan seperti didalam surah Al-Falaq ayat 4-5 diatas. Ada diantaranya yang tidak boleh melihat pasangannya sewaktu bertemu atau rasa rimas, kepanasan, tidak selesa dan tidak tenteram ketika berada dekat dengan pasangannya atau merasa benci, miang pada badan dan sakit-sakit ketika melakukan seks tetapi merasa kasih, sayang dan rindu bila berjauhan atau tidak melihat pasangan.

Ada juga diantara yang terkena sihir ini, isterinya terkena gangguan yang dikenali sebagai Gangguan Asyik. Gangguan asyik ialah timbulnya perasaan asyik, cinta dan seronok jin kepada isteri tersebut. Kesannya jin tersebut akan menghalang dari terjadinya hubungan seks antara suami-isteri dengan cara mengikat atau mengawal si isteri yang lama-kelamaan akibat dari sekian lama tidak dapat menjalin hubungan seks maka suami menceraikan isterinya.

Ada juga kes-kes dimana si isteri mengalami pendarahan haid terlalu lama hingga menghalang terjadinya hubungan seks hingga menyebabkan suami hilang sabar dan menceraikan isteri.

3. SIMPULAN CINTA (RIBTU MAHAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dibuat oleh salah seorang pasang kepada pasangannya. Ada isteri yang mengenakan sihir ini kepada suaminya dan sebaliknya. Isteri menggenakan sihir jenis ini agar suami rasa tidak suka dan tiada nafsu kepada madunya atau perempuan lain.

Ada juga suami yang sering berpergian (outstation) dalam masa yang lama atas urusan kerja atau perniagaan mengenakan sihir ini kepada isteri kerana bimbang si isteri akan berlaku curang semasa ketiadaannya.

Bagi jangka masa panjang, sihir ini amatlah merbahaya dari segi kesihatan tubuh badan kerana ia boleh menyebabkan orang yang terkena sihir jenis ini kekal menjadi lemah, lesu dan sebagainya hingga tidak mampu lagi membuat hubungan kelamin, maka sebenarnya sihir ini juga merugikan pasangannya sendiri.

4. SIMPULAN ALAT KELAMIN (RIBTU QUDHAIB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dikena pada alat kelamin suami seolah-olah mati pucuk hingga tidak mampu melakukan hubungan seks. Pada masa-masa lain alat kelamin suami ini berfungsi dan menegang seperti biasa. Sihir jenis ini hanya aktif sewaktu mahu melakukan hubungan seks sahaja.

5. SIMPULAN BELAKANG (RIBTU ZAHRI)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk menimbulkan rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian belakang badan terutama bahagian pinggang. Didapati kesakitan tersebut terjadi apabila pasangan suami isteri mahu melakukan hubungan seks.

6. SIMPULAN RAHIM (RIBTU RAHIM)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menutup pintu faraj isteri sehingga menghalang melakukan hubungan seks. Pernah juga ada kes-kes dimana alat kelamin isteri seakan-akan hilang. Ini biasanya berlaku kepada pasangan yang mahu menikmati malam pertama.

7. SIMPULAN PERANAKAN (RIBTU ANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang boleh menyebabkan isteri menjadi mandul dan merasa sakit dibahagian peranakan. Ada juga diantara wanita yang terkena sihir ini mengalami datang haid yang tidak teratur atau kerap dan agak lama dari yang sepatutnya.

8. SIMPULAN MANDUL (RIBATH THANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah antara salah satu sihir pemisah. Sihir ini menggunakan jin bagi menghalang keluarnya sperma atau menghalang sperma dari memasuki rahim. Antara tujuan perkahwinan adalah mendapatkan zuriat, jika perahwinan yang sudah agak lama tetapi tidak melahirkan zuriat sebagai ikatan suami isteri maka akan timbullah pelbagai masalah yang memporak-perandakan sehingga berlakunya penceraian, dan tercapailah dan terlunaslah dendam orang yang menggunakan sihir ini kepada orang yang dituju.

9. SIMPULAN FIKIRAN (RIBTU FIKRAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menyebabkan si pesakit hilang tumpuan fikiran, banyak berkhayal. Ada juga banyak kes dimana si pesakit seolah-olah mendengar bisikan yang mengatakan pasangannya telah berlaku curang hingga menyebabkan terjadinya pertengkaran akibat tuduhan tadi hingga berlakunya penceraian.

Terdapat juga kes dimana pesakit mendengar bisikan-bisikan menghasut yang menyuruhnya membunuh pasangan yang telah melakukan perbuatan curang. Si pesakit akan menghadapi kemurungan dan gangguan jiwa hingga berbagai-bagai masalah akan timbul apabila terkena sihir jenis ini.

Inilah serba sedikit dan secara ringkas yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan dan petunjuk kepada kita didalam mengharungi kehidupan didunia ini yang penuh dengan pancaroba dan ujian.

Sekiranya terdapatlah tanda-tanda seperti yang diceritakan serba ringkas diatas, maka berusahalah mengubatinya. Datangilah mana-mana pusat rawatan islam yang diyakini yang banyak terdapat sekarang ini. InsyaAllah! Saya berkeyakinan tinggi bahawa semua perawat dari pusat rawatan islam diseluruh Malaysia ini memang berkebolehan, ikhlas dan ingin membantu orang-orang yang mengalami masalah berkaitan sihir bukan bertujuan komersil.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
09 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SUKARNYA MENJADI PERAWAT

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kami perawat-perawat DA ingin memberikan penjelasan walaupun sebelum ini pernah juga saya jelas didalam artikel terdahulu malah secara lisan bila dikunjungi orang-ramai yang ingin mendapatkan rawatan. Apa yang ingin kami jelaskan disini ialah, kami hanya berusaha memberi bantuan atau rawatan sekadar kemampuan dari setitis ilmu yang kami miliki. Tidak pernah kami memberikan jaminan melainkan berkata dengan ucapan INSYA’ALLAH.

Sesungguhnya kami dari DA dan semua perawat-perawat pusat rawatan islam yang lain hanyalah berusaha tetapi Allah SWT jualah yang Maha Meyembuh dan Maha Memakbul segala hajat. Penjelasan ini kami buat berdasarkan pengalaman-pengalaman yang kami alami. Ada yang datang kepada kami caranya seolah-olah terlalu memaksa. Mungkin mereka beranggapan sebaik saja dirawat semua penyakit akan terus sembuh atau menjadi tanpa perlu tunggu atau bersabar walhal sakitnya dah berbulan atau bertahun.

Ada juga kes-kes dimana rawatan telah pun menunjukkan kesan kesembuhan atau orang yang menghilangkan diri telah dapat dihubungi namun kebanyakannya seolah tidak bersyukur tetapi lebih mendesak agar disegerakan kesembuhan atau pulangnya orang yang lari. Saya percaya hal-hal sebegini juga dialami oleh ramai perawat-perawat dari pusat rawatan islam yang lain. Saya bermohon agar kita semua faham bahawa perawat juga seperti doktor hanya berusaha Allah jualah yang menentukan segalanya.

Kebiasaannya, walaupun telah diterangkan dengan panjang lebar kaedah yang digunakan atau rawatan yang diberikan memerlukan masa untuk kesembuhan atau mendatangkan hasil namun sebaik pulang dari rawatan, pesakit atau keluarga tetap juga menghubungi bertalu-talu bertanyakan berkenaan hasil rawatan yang telah diberi.

Kami juga biasa mendengar rungutan pesakit atau keluarganya yang menceritakan berkenaan rawatan yang tak menunjukkan sebarang hasil ketika mendapatkan rawatan dari pusat rawatan lain setelah berhasil dengan rawatan kami. Kami tidak mahu dipuji dan kami juga tidak mahu mendengar umpatan keatas pusat rawatan lain. Sekali lagi saya mewakili semua perawat rawatan islam seluruh Malaysia menegaskan, kami para perawat hanya berusaha membantu dengan cara dan kaedah masing-masing namun Allah SWT jualah yang menentukan segalanya.

Pernah ada kes terpencil dimana kami dikunjungi oleh seorang wanita dari luar negara yang bermasalah dengan teman lelakinya yang tidak mahu bertanggungjawab dan ingin lari dari perkahwinan. Apabila telah berjaya dengan kaedah rawatan kami, telah datang dan meminta izin untuk mendapatkan gambar saya bagi tujuan sembahyang lebih tepat lagi ingin memuja/menyembah gambar saya didalam upacara sembahyangnya atas rasa kesyukuran katanya. Nak pitam saya ketika itu mendengar kenyataannya, menggigil tubuh badan dibuatnya. Kebetulan ketika itu ada sekelurga dari Negeri Sembilan mahu mendapatkan rawatan telah mendengar perbualan kami, malu teramat saya dibuatnya sampaikan cakap english pun jadi hura-hara tunggang-terbalik dibuatnya.

Kami perawat DA, menyusun 10 jari memohon ampunan dan maaf sekiranya ada yang terasa dengan kenyataan ini namun inilah yang patut kami lakukan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” (QS Ali Imraan: 5)

“Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia” (QS Al-Kahf: 44)


“Bahkan Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong” (QS Ali Imraan: 150)

“Dan Dia-lah (Allah) yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia-lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya. (QS Al-An'aam: 18)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
07 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon LAGI MASALAH ISTERI LARI


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Baru-baru ini kami dikunjungi seorang lelaki yang mengadukan masalah rumahtangganya hinggakan isterinya lari dari rumah. Yang lebih menyedihkan lagi apabila si isteri telah meninggalkan telefon bimbitnya sebelum melarikan diri agar tidak dapat dihubungi oleh suaminya. Lebih malang lagi bila isterinya itu bukan orang Malaysia, tiada sesiapa yang boleh dirujuk untuk mencari si isteri.

Menurut lelaki ini juga, isterinya baru memeluk agama islam tetapi kerana kesalahan dirinya sendiri maka isterinya tidak langsung memahami hukum-hakam dan tanggungjawab seorang isteri muslim terhadap suami. Beginilah yang terjadi apabila memeluk islam sekadar untuk berkahwin dan lebih malang lagi apabila orang yang bertanggungjawab memberikan didikan agama atau dorongan untuk mendalami agama islam yang baru dianuti pula tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya.

Sememangnya Allah SWT itu Maha Bijaksana dengan menimpakan musibah kepada rumahtangga tadi telah menyebabkan si suami insaf dan tersedar akan kesilapannya dalam mendidik isteri lebih-lebih lagi saudara baru. Allah telah menerangkan semuanya kepada kita didalam Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya)” (QS An-Naml: 52)

“(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya" (Aali Imraan: 182)

Alhamdulillah! Selepas kami ikhtiarkan dengan kaedah-kaedah kami, 3 hari selepas itu beliau telah dapat berhubung dengan isterinya dengan izin dan kurniaan rahmat Allah SWT. Allah SWT telah menambahkan lagi kurniaan rahmatnya kepada lelaki tersebut apabila si isteri tadi bersetuju pula untuk berjumpa dengannya bagi membincangkan masalah rumahtangga mereka.

Seperti pesanan saya pada awal pertemuan kami, jika kaedah rawatan yang kami lakukan dimakbulkan Allah SWT yang Maha Berkuasa, maka pelbagai cara Allah SWT akan pertemukan mereka dan jika itu terjadi segera berjumpa saya untuk kaedah selanjutnya sebelum pergi berjumpa dengan si isteri. MasyaAllah! Ternyata Allah SWT itu Maha Hebat! Sekali lagi Allah SWT mengurniakan rahmatnya kepada lelaki tadi apabila isterinya yang pada mulanya bersetuju untuk bertemu bertujuan minta cerai akhirnya ikut suaminya pulang kerumah pula.

Kemudian lelaki tadi menghubungi saya semula untuk kaedah selanjutnya agar si isteri lembut hatinya untuk kekal dalam rumahtangga dan menjadi isteri yang lebih baik dan solehah. Kami perawat DA ini hanyalah mampu berusaha namun Allah SWT sahajalah yang dapat memakbulkan tiap-tiap hajat itu. Dan yang pentingnya haruslah di ingat akan kenyataan Allah SWT dibawah ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (QS Az-Zumar: 49)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
05 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon RAJA SEGALA PENDINDING




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Sepertimana yang telah diajarkan oleh Guru kepada saya, ingin saya kongsikan ilmu RAJA SEGALA PENDINDING NO. 1 diseluruh dunia dan memang telah terbukti keampuhannya. Mudah-mudahan selepas ini kita tidak lagi mencari pendinding-pendinding yang bersulam dengan kesyirikan. Rasa membuak-buak dihati untuk berkongsi ilmu pendinding ini lahir apabila saya dijemput ke Melaka untuk memberi rawatan kepada pesakit yang terkena sihir busung pada ahad lalu.

Keluarga pesakit memberitahu saya, bomoh yang sebelum ini menggunakan kaedah “menurun” untuk mengubati pesakit, tak pastilah pula saya apa yang sebenarnya yang “turun”. Diceritakan lagi kepada saya bahawa bomoh tersebut juga telah “memagar” rumah pesakit dengan “bantuan” khadam yang bergelar “Puteri Zubaidah” (kalau tak salah saya) yang didakwa dari Gunung Ledang. Yang agak pelik dan persoalan yang sering bermain di benak saya ialah kenapa yang dikatakan khadam itu selalunya berpangkat Raja, Puteri, Panglima, Datuk dan macam-macam gelaran lagi? Agak pelik juga bila yang berpangkat nak pula jadi khadam suruhan.

Berbalik kita kepada ilmu Raja Segala Pendinding yang menduduki tahta No. 1 didunia, inilah ayat dan kaifiatnya untuk amalan kita bersama, insyaAllah.

Ayatnya :
Terjemahannya :
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk”.

Ada juga yang menafsirkannya :
“Aku mohon perlindungan Allah dari syaitan yang kena rejam/kutuk/laknat/sumpah”

Kaifiatnya :
1. Diamalkan setiap lepas solat fardhu 5 waktu.
2. Diamalkan sebanyak 1000X sehari semalam (200X setiap selepas solat fardhu) atau lebih.
3. Setiap kali dibaca hendaklah kita memohon kepada Allah SWT didalam hati agar diberikan perlindungan dari syaitan dalam diri, syaitan diri dan segala bentuk syaitan yang Allah ciptakan dan ketahui wujudnya termasuk iblis.
4. Menanam keyakinan didalam hati/diri bahawa Allah SWT telah pun melindungi kita.

Saya terangkan konsep Raja Segala Pendinding ini agar kita lebih memahaminya. Sebagai contohnya : Untuk melindungi rumah kita dari pencuri maka kita memasang sistem keselamatan (alarm) tercanggih yang terdapat dipasaran sehinggakan jika burung hingga diatas bumbung rumah pun penggera akan berbunyi dan jika kucing atau anjing terlanggar pagar rumah pun penggera akan berbunyi. Ada juga yang tidak cukup dengan sistem penggera, dipasang pula dengan cctv dan yang berduit pula ditambah lagi dengan mengupah pengawal keselamatan yang mengawal siang dan malam.

Setelah kita berusaha dengan semua sistem keselamatan yang diterangkan diatas, akhirnya kita dapati masih lagi berlaku kecurian didalam rumah kita. Setelah diselidiki rupa-rupanya orang yang didalam rumah yang mencuri. Mungkin juga anggota keluarga, pembantu rumah atau sesiapa saja yang berada didalam rumah tersebut. Maka cukupkah kawalan keselamatan kita? Sudah selamatkah kita dari kecurian setelah memasang sistem keselamatan disekeliling rumah?

Sebab itulah kata Guru saya, beramal dengan ta’awwudz (Raja Segala Pendinding) ini sebenarnya memohon perlindungan Allah SWT dari diri kita sendiri menjadi syaitan pembinasa diri (dari segala sifat mazmumah), memohon perlindungan dari syaitan diri yakni Qarin, memohon perlindungan dari syaitan sekeliling yang terdiri dari (mungkin) ahli keluarga, anak-anak, sahabat-handai, rakan-taulan yang sentiasa mengajak kepada perkara mungkar (golongan manusia), memohon perlindungan dari syaitan sihir dan ghaib (golongan jin) dan memohon perlindungan dari Iblis laknaktulLah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu” (QS Al-An’am : 112)

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi” (QS Al-Mujaadila: 19)

Maka dengan amalan ini terdindinglah kita dari segala-galanya dari dalaman dan luaran, insyaAllah. Jika amalan ini diamalkan oleh setiap dari kita dengan bersungguh-sungguh dengan menyerahkan diri dan mengharap kepada perlindungan Allah SWT yang Maha Memberi Perlindungan (Al Waliyy), nescaya tidak akan berlaku apa-apa kepada kita. Jika berlaku sesuatu kemudharat kepada kita sekalipun, nescaya kita tidak akan merasakannya kerana telah berserah diri yakni redha kepada segala ketentuan Allah terhadap kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka” (QS An-Nahl: 99)

Sebenarnya masih banyak lagi yang boleh dikupas dan diterangkan, namun cukuplah sekadar ini saja dahulu. Terserahlah kepada kita semua untuk beramal dan membuktikan keampuhan ta’awwudz ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam” (QS An-Nahl: 98)

Hadis Junjungan Nabi SAW bermaksud :
"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya, dan dari hembusannya (yang menyebabkan kerusakan akhlaq)" (Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni, Hakim dan dishahkan olehnya serta oleh Ibnu Hibban dan Dzahabi).

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR