Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
02 January 2018

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 18)


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Bissmillahirahmanirahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga perkongsian ini member pengajaran, dorongan dan juga cahaya penyuluh jalan buat semua yang memerlukan.

Anak sulung merupakan tunggak harapan untuk semua ibu bapa. Dia lah yang diletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan untuk menjadi contoh terbaik dan pelindung buat adikadik. Entah di mana silapnya, anak harapan ini tersasar di jalan gelap. Kedua ibu bapa terduduk dalam penafian dan kekecewaan. Itulah yang terjadi kepada kedua ibu bapa saya saat abang saya mula mengenali dadah.


Abang saya mula terjebak dengan najis dadah ini di usia awal remaja. Mula berjinak – jinak dengan ganja, pil dan sebagainya. Puas ibu ayah mencuba pelbagai cara, yang penuh hemah, yang kasar, sehinggakan di hantar ke sekolah pondok dan juga dibawa ke perubatan Islam, ibu ayah yang tidak putus merintih di tikar sejadah. Tapi dia sudah jauh tersasar dan semakin agresif. Dari dibuang sekolah, bertukar sekolah, dibuang institut pengajian, diberhentikan kerja, kereta yang hampir ditarik, keganasan, putus tunang dan banyak lagi.


Keadaan ini berterusan selama lebih 10 tahun akan tetapi sekitar tahun 2011 – 2015, keadaan semakin runcing apabila abang saya mula terjebak dengan syabu. Abang saya mula menjadi semakin agresif di rumah. Pantang tercetusnya pergaduhan, pasti saja parang atau pisau dikeluarkan. Kalau makian, kata-kata kesat itu bagai sudah menjadi kebiasaan buat kami adik-beradik dan ibu. Pada mulanya, ayah yang bekerja jauh di Pantai Timur
tanah air tidak menyedari akan hal ini kerana kami sekeluarga merahsiakan dari pengetahuannya untuk memastikan kesihatan dan perjalanan ayah tidak terganggu. Tetapi apabila abang mula menunjukkan tanda-tanda yang semakin jelas, ayah mula menyedarinya dan tertekan. Ayah pernah dideskripsi oleh doktor perubatan dengan ubat anti-kemurungan dan diberi sijil cuti sakit sehingga hampir dua minggu dek kerana kemurungannya. Abang tidak takutkan sesiapa kecuali ayah. Jadi abang hanya berkelakuan baik ketika ayah berada di rumah. Kami sentiasa hidup dalam ketakutan tanpa ayah.


Abang pernah menghunuskan parang ke muka saya dan juga menghentak kepala saya didinding berkali-kali hanya atas sebab-sebab kecil. Begitu juga adik-adik yang lain. Abang selalu saja meminta duit kepada ibu dan kadang-kadang daripada kami. Abang mula meminjam dari ahli keluarga yang lain dengan jumlah yang besar. Ayah ibu menahan malu membayar tiap satu dari hutang-hutang abang. Pernah sekali, adik saya ke kedai runcit di
kawasan kejiranan rumah untuk membeli barang dan beberapa ketika kemudian balik dengan tangisan dan kemarahan kerana malu dimarah oleh pemilik kedai runcit dek kerana hutang abang. Kewangan kami sangat meruncing ketika ini hinggakan di suatu tahap, ibu tidak mempunyai wang untuk pulang ke rumah dari pejabat, ibu tersekat di stesen LRT sehingga dibantu oleh rakan sekerjanya. Kalau makan minum, memang tiada yang namanya mewah. Cukup sekadar tidak kebuluran sehingga lah ayah tamat perkhidmatan diawal tahun 2015 dan dapat mengeluarkan wang simpanan, barulah keluarga kami sedikit lega dari kesempitan namun abang masih begitu dan semakin teruk.

Ayah kemudian mendaftarkan abang di sebuah institut pengajian awam untuk mengambil sijil kemahiran, tetapi abang tidak ke kelas dan mula meminjam wang dari rakan sekelasnya juga. Abang hampir dibuang dari institut itu sejak dari semester pertama lagi tetapi Allah yang Maha Membantu melembutkan hati tenaga pengajar dan mereka masih memberikan abang peluang.


Semakin saya membesar dan mengenali dunia, semakin saya mengerti bahawa abang saya sebenarnya di bawah pengaruh dadah. Saya mula mengetengahkan hal ini kepada keluarga. Pada mulanya, ibu dan ayah hidup dalam penafian. Mereka memilih untuk tidak percaya walhal saya tahu dalam hati mereka terutamanya ibu saya yang mengandung dan melahirkan abang sedar dan tahu akan kebenaran ini. Tapi ibu bapa mana yang mahu mengakui dan mengiyakan, ya anak aku seorang penagih tegar. Akan tetapi, saya dan ibu giat mencari bantuan untuk abang. Ayah dan adik-adik lelaki juga mula pergi mecari informasi sehingga bertemu wakil AADK, polis dan sebagainya. Saat dalam proses pencarian ini, kami menemukan testimoni-testimoni dari Az-Zikry akan tetapi pencarian cuma berhenti hingga situ kerana tiada kesanggupan dan penafian tegar ibu dan ayah.


Insiden pada tahun 2015, akhirnya membuka hati dan mata ibu ayah. Ketika itu kami sekeluarga sedang bercuti. Kami menunggu kepulangan abang dari institutnya, kerana keretapi kami akan berlepas lewat malam itu. Abang pulang dengan mata yang tersengkang dan resah. Nah. Saat melihatnya saja saya sudah tahu. Di dalam keretapi, abang mula resah. Dia berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak dengan tidak berpakaian. Perjalanan
mengambil lebih kurang 9 jam, tapi abang tidak tidur. Dalam tengahari pada hari yang sama, ketika dalam van menuju ke hotel, abang mula berkelakuan pelik dengan percakapan yang tidak jelas, sistem motor badannya yang seakan orang terkena sawan, menghentak hentak kepala dan mata mula kelihatan putih. Percutian yang sepatutnya menggembirakan menjadi mimpi ngeri buat kami semua. Dua orang adik saya yang tidak mengikuti percutian, pergi ke rumah sewa nya dan menemui “dapur” syabu atau alatan untuk menghisap dadah itu. 
Sejurus dari itu, setibanya di rumah, ayah terus bersuara dan tercetuslah peperangan entah buat kali yang keberapa. Akhirnya setelah dipujuk oleh saya dan adik, abang akhirnya mengaku kesilapannya. Saya masih ingat, saya dan adik peluk abang dan saya katakan kepada abang “Selagi abang tak mengaku silap, tak ada sesiapa yang boleh tolong”. Abang menangis.

Beberapa minggu selepas itu, ibu menghubungi Az-Zikry dan abang dihantar ke sana. Perjalanan abang di Az-Zikry tidak boleh diganggu termasuk ahli keluarga kerana ketika itu abang tidak dapat dihubungi. Abang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Az-Zikry. Perubatan Az-Zikry menggunakan kaedah alternatif berlandaskan Islam sepenuhnya. Solat dijaga, dengan zikir berpanjangan dan juga air akar ubatan yang diberikan kepada pesakit. Menurut cerita abang, sejurus meminum air dari akar istimewa itu, abang memuntahkan segala isi perut selama berjam. Mereka sentiasa solat berjemaah, qiyamullail dan
sebagainya.


Kepulangan abang dinanti dengan debaran. Apakah mungkin berulang lagi? Apa abang sudah benar-benar sembuh dari ketagihannya? Allah yang maha Mengasihi akhirnya menamatkan keresahan kami apabila abang pulang dengan semangat baru. Abang ke masjid lima waktu sehari, puasanya terpelihara. Dia kembali menjadi abang yang penyayang. Abang tidak lagi menggunakan nombor lama agar dia tidak dapat dihubungi masa silamnya. Abang mula bergaul dengan kejiranan dan ahli masjid. Abang meneruskan pengajiannya dan Alhamdulillah bakal menamatkan zaman bujangnya pada awal tahun depan (2018). Ayah dan ibu semakin tenang dan kami sekeluarga Alhamdulillah dalam keadaan yang baik sekarang.


Perkongsian saya lebih banyak menjurus kepada bagaimana keadaan kami sekeluarga dan usaha-usaha yang ibu ayah saya lakukan sebelum menemukan Az-Zikry untuk menunjukkan betapa penyalahgunaan dadah bukan sahaja merosakkan penagih tetapi juga jiwa-jiwa disekelilingnya dan bagaimana kasih saying ibu ayah dan adik beradik yang tidak putus untuk membantu. Tetapi ketagihan dadah bukan lah hanya boleh diubati dengan khidmat kaunseling sahaja, ia perlu lebih dari itu. Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga tenaga kerja Az-Zikry yang menjadi perantaraan antara Allah dan kami sekeluarga untuk keluar dari kebuntuan ini. Semoga abang terus jauh dari kegelapan yang lalu dan semoga Allah luruskan jalan dan masa depan abang.


*nota: kepada yang inginkan pengesahan mengenai cerita dlm testimoni ini boleh hubungi pihak Darul Azzikri untuk dapatkan alamat email penulis testimoni ini. Ini atas permintaan keluarga pesakit ini supaya no tel dan email diletakkan disini.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqi

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR