Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
29 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon PERSOALAN TENTANG JIN





JIN, bila seseorang menyebut tetang jin selalunya yang kita fikir jin itu adalah satu jenis makhluk halus atau ghaib yang jahat yang tergolong dalam golongan syaitan dan iblis. Jin juga sering digambarkan sebagai makhluk yang hodoh serta suka menggangu, menculik dan merasok malah menyesatkan manusia. Kita sering mendengar hadis melayu yang berbunyi “SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK JIN”.

Kita juga sering mendengar hujah-hujah dan ceramah-ceramah tentang manusia yang berkawan dengan jin hukumnya adalah syirik dan haram kerana jin boleh memesongkan akidah dan menyesatkan. Hukum ini berpandukan firman Allah didalam Al-Quran:

“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Al-Jin : 6)

Ada beberapa pertikaian dan persoalan yang cuba saya bangkitkan berdasarkan hadis melayu diatas serta hukum yang diletakkan berkenaan dengan jin. Tujuannya tiadalah lain sekadar mencari jawapan yang pasti bagi dijadikan iktikad atau panduan kita sebagai hamba Allah dalam persoalan dan permasaalah jin ini. Ini kerana ada segolongan yang berpendapat demikian dan ada juga segolongan yang berpendapat sebaliknya.

Jadi marilah kita sama-sama cuba untuk mengupas permasalahan jin ini sesuai dengan Al-Quran dan Hadis yang menjadi pegangan dan panduan umat islam seluruh dunia. Saya juga amat-amat mengharapkan pandangan dan pendapat anda semua mengenai isu yang dibangkitkan ini.

PERSOALAN 1

SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ITU SEBAIK-BAIK JIN
Seperti yang kita ketahui sejahat-jahat manusia adalah manusia yang engkar kepada perintah Allah, manusia yang melakukan pelbagai dosa dan maksiat seperti judi, arak, zina, bunuh, fitnah, umpat dan segala macam dosa lagi yang tidak dapat disenaraikan disini. Dan yang paling jahat menurut hukum islam adalah kufur kepada Allah atau kafir.

Bagaimana pula dengan firman Allah dibawah ini?

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!” (Al-Jinn : 1)

“Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami” (Al-Jinn : 2)

“Dan Bahawa Sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), Kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa Yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya Yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan” (Al-Jinn : 13)

“Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar” (Al-Jinn : 14)

Allah berfirman lagi:

“dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya” (Al-Baqarah : 25)

Didalam Surah Al-Jinn ayat 1, 2, 13 dan 14 diatas, Allah menerangkan tentang segolongan jin islam yang beriman setelah mendegar Al-Quran. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 25 pula, Allah menerangkan bahawa orang-orang yang beriman itu beroleh syurga.

Sekiranya kita berpegang kepada hadis melayu tersebut, bermakna jin islam yang beriman itu tarafnya adalah sama dengan manusia yang paling jahat yang mana bakal menjadi ahli neraka.

1. Adakah Allah itu tidak adil sifatnya sehinggakan hambanya (jin) yang beriman pun ditempatkan dineraka?

2. Bukankah Allah sudah menjanjikan bahawa setiap amal perbuatan akan dibalas dengan setimpal?

Firman Allah lagi:

"Sesiapa Yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan Dengan kejahatan Yang sebanding dengannya; dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di Dalam syurga itu Dengan tidak dihitung” (Al-Mu’min : 40)

Rasanya ini sudah cukup menjelaskan yang hadis melayu itu tidak boleh dijadikan pengangan.

PERSOALAN 2

BERKAWAN DENGAN JIN
Ini adalah persoalan yang sering diperkatakan oeh rata-rata umat islam melayu. Ada sebilangan yang meletakkan hukum berkawan dengan jin ini haram atau syirik ada pula yang mengatakan sebaliknya mengikut kefahaman dan ilmu masing-masing. Dalil yang biasa digunakan ialah berdasarkan firman Allah dibawah ini:

“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Al-Jin : 6)

Dalam ayat diatas, Allah menerangkan ada beberapa golongan manusia yang berkawan dengan beberapa golongan jin dan meminta golongan jin ini menjaga dirinya dan meminta pertolongan untuk perkara-perkara jahat seperti sihir yang menyusah dan menyakitkan.

Ini amat jelas bersalahan kerana hanya kepada Allah kita meminta pertolongan dan perlindungan seperti firmannya:

"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)" (Ali’Imran : 173)

Bagaimana jika sekadar berkawan dan tidak meminta jin ini menjaga diri atau meminta pertolongan? Bagaimana pula halnya dengan firman Allah dibawah ini:

“dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)” (Al-Ma’idah : 2)

Fikirkanlah pula hadis Rasullullah S.A.W ini:

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya:”Para sahabat bertanya:”Anda juga ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.” (Muslim)

Kalau menurut hadis ini, setiap manusia itu mempunyai kawan pendamping dari jin tiada yang terkecuali jadi apa pula hukumnya? Dan perhatikan juga hadis dibawah ini:

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.” (Muslim)

Jika kita sebagai islam dilarang berkawan dengan jin mengapa pulakah Nabi S.A.W membenarkan kita memberi izin kepada jin ini untuk tinggal bersama selama 3 hari? Bukankah 1 jam malah 1minit pun jin ini sudah boleh menyesatkan kita seperti hujahan mereka-mereka yang selalu mengguna ayat 6 surah Al-Jinn? Adakah Nabi tersalah? Bukankah Nabi S.A.W itu maksum sifatnya?

PERSOALAN 3

JIN ADALAH SYAITAN
Ini juga persoalan yang sering diperkatakan dan telah menjadi kepercayaan dan faham sebilangan umat islam hari ini bahawa semua jin itu adalah syaitan. Sedangkan didalam surah Al-Jinn, Allah telah menerangkan bahawa ada golongan jin islam yang beriman dan ada pula yang sebaliknya. Mari kita perhatikan firman Allah dibawah ini:

“dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu” (Al-An’am : 112)

Ayat diatas telah menjelaskan bahawa syaitan itu dari golongan jin dan manusia, bukan hanya golongan jin sahaja.
Tidakkah salah pula berkawan dengan orang yang menyembah berhala (patung tokong seperti cina dan india)? Tidakkah salah berkawan dengan orang melayu islam yang mengajak kedisko, kelab-kelab malam, berjudi, melanggan pelacur, minum arak dan sebagainya seperti mana dewasa ini? Bukankaah orang-orang seperti ini yang menurut firman Allah diatas adalah SYAITAN MANUSIA? Kenapakah kita lebih takutkan dan mempertikaikan berkawan dengan jin dan tidak pernah mempertikaikan berkawan dengan syaitan manusia ini?

Firman Allah diatas disokong pula oleh hadis Nabi S.A.W dibawah ini:

Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!". (Abu Zar r.a)

PERSOALAN 4

JIN DAN SYAITAN TIDAK BOLEH DIBUNUH
Ramai yang mendakwa jin dan syaitan itu tidak boleh dibunuh dan ramai pula yang mengatakan mereka boleh dibunuh. Jadi sama-samalah kita renungkan hadis Nabi S.A.W dibawah ini.

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.” (Muslim)

Melalui hadis diatas Nabi S.AW menyuruh kita membunuh jin itu kerana ia adalah dari golongan syaitan yang berpura-pura sebagai islam? Dan syaitan yang berpura-pura sebagai jin islam ini pula boleh dibunuh malah disarankan oleh Nabi S.A.W supaya kita membunuhnya? Bukankah itu maksudnya? Ada segolongan yang mendakwa syaitan jin itu tidak boleh dibunuh kerana itu bukan sunnah Nabi Muhammad S.A.W ianya sunnah Nabi Sulaiman A.S.

Saya mengajak anda semua untuk mengaji Al-Quran dan Hadis secara keseluruhannya dan bukan hanya mengambil sebahagiannya sahaja menurut kehendak kita sebelum meletakkan sesuatu hukum itu. Seperti mana yang telah didakwa oleh ramai orang-orang yang bergelar ustaz dan ulama. (sila rujuk laman web ini mengenai syaitan dan jin tidak boleh dibunuh http://emjayjb.multiply.com/journal/item/93)

PERSOALAN 5

JIN TIDAK BOLEH DILIHAT
Ada sesetengah ilmuan berpendapat jin itu tidak boleh dilihat, tetapi berdasarkan hadis Nabi S.A.W dibawah jin itu boleh dilihat, boleh datang kepada kita dan boleh pula di izinkan untuk tinggal bersama.
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.” (Muslim)
Wallahu a’lam.

Jika ada yang tersalah mohon diperbetulkan. Sesungguhnya manusia itu tidak lari dari kesilapan. Dan yang baik itu datangnya dari Allah dan yang salah itu datangnya dari saya yang tidak mengetahui malah bersifat lemah pula.

InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan sambung lagi.

Wassalam.

Oleh :

25 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon ENTITI SEBAGAI BUKTI

Baru-baru ni ada satu keluarga berubat dengan saya, masalahnya hampir setiap orang dalam rumah mengalami lebam2 kat tubuh badan. Bila di scan dapat tau puncanya dari salah seorang ahli keluarga mereka jugak tapi ahli keluarga tiri la asal dari daerah Minang, Indonesia. Orang ni memang ada “bela” dan tujuannya hantar belaannya pada setiap ahli keluarga untuk mempengaruhi ahli keluarganya.

Masa saya ubatkan keluarga yang pertama esoknya dapat berita orang yang punya belaan ni menjerit-jerit tengah malam tak boleh tidur kepanasan dan bengkak-bengkak seluruh badan macam naik bisul. Dia pergi jumpa doktor, disuruh balik berubat cara kampung sebab takde sakit. Bila jumpa bomoh kat kampung tu pula dikatakan dia ada bela hantu tapi sembuh jugak la orang tu ubatkan.

Selesai rumah pertama, kami ubatkan rumah ahli keluarga yang kedua pulak. Tetap terjadi perkara yang sama jugak. Malam saya buat perubatan tu orang yang bela tu terima nasib yang sama lagi. Tengah malam meraung kepanasan dan badan bengkak-bengkak. Dapat maklumat dari ahli keluarganya disana, dia hubungi gurunya atau bomoh panelnya di Indonesia untuk ubatkan melalui telefon dan memang sembuh.

3 4 hari lepas tu kami ubatkan rumah ahli keluarga yang ketiga pulak. Tetap terjadi hal yang sama pada orang yang bela tu. Tiap rumah ahli keluarga ni pun sama jugak hadapi masalah yang sama je. Seminggu lepas tu saya dapat berita tentang orang yang bela tu balik Indonesia, jadi beberapa ahli keluarganya dan pihak kami berpakat untuk “bersih”kan rumah yang dia tinggal. Dari cerita2 yang kami dengar khabarnya salah seorang sepupu keluarga ni terserempak dengan lembaga menyerupai orang yang bela tu sedang berbuai kat pokok depan rumahnya. Sebab itulah kami dijemput untuk “bersih”kan rumah tu. Ada jugak dari ahli keluarga yang tak percaya dengan benda-benda macam ni ikut sama.

Kami sampai rumah tu dalam jam 3pagi, sebaik sampai memang dah nampak kelibat2 yang mencurigakan tapi buat relak je la. Bila ahli keluarga tu dah masuk rumah kami pun mulakan kerja kat luar rumah bawah pokok yang dikatakan ternampak kelibat orang yang bela tu sedang berbuai. Saya arahkan sorang dari perawat kami duduk bawah pokok tu untuk memujuk “benda” tu datang dan tunjukkan diri pada kelurga yang hadir. Adalah dalam 5minit perawat kami ni duduk dah mula nampak cahaya warna hijau kat atas kepala dia.

Kemudia tak lama lepas tu cahaya hijau tu naik sedikit keatas dan menghilang terus muncul cahaya putih kebiruan dalam pekat malam tu. Memang ramai yang hadir nampak jelas cahaya tu turun naik mundar-mandir dan sesekali menyorok belakang daun. Akhirnya perawat kami tu berjaya menangkap cahaya tu dan mengepungnya dengan zikir hingga dah tak boleh lari mana2 lagi terus dibawa masuk kerumah.

Dalam rumah cahaya yang sebenarnya jin belaan tu mula bercakap tapi saya tak bagi layan. Benda2 camni mane boleh dilayan kang kita di gorengnya dah masak sangat2 dah dari pengalaman2 yang lalu. Sebaik je perawat2 kami mulakan bacaan surah2 Quran dan kuatkan zikir khafi, benda tu menggelupur dan terus KO. Serentak itu jugak beberapa ahli keluarga yang tak percaya dengan benda2 camni nampak sendiri depan mata tiga lagi cahaya warna yang sama berlegar-legar dekat tingkap dapur rumah dan lari kedalam bilik air hingga semua dalam rumah tu dengar bunyi benda jatuh dalam kolah air dan bunyi air terpercik dengan kuat dan jelas.

Tengok muka kawan tu (ahli keluarga yg tak percaya) pucat lesi jugak la terkejut kot tak pernah tengok tak pernah dengar dan tak pernah lihat sendiri kali jadi depan mata sendiri dah tak boleh nak kata apa la. Beberapa perawat kami menuju ke bilik air untuk mengkap dan menghapuskan “benda” tu memang ternyata air kolah berkocak sendiri. Selesai kat bilik air, rumah bahagian atas pulak bunyi tapak kaki berlari mundar-mandir macam orang ketakutan nak lari dan cari jalan keluar. Tapi “benda” tu tak lepas keluar dapat gak dibinasakan.

Alhamdulillah, ilmu Allah memang hebat dan takde tandigannya. Semua kejadian dapat kami rakam dengan perakam video sebagai bukti. Kami jemputlah sapa2 yang nak buat kajian dan meneliti kesahihan bukti dalam rakaman tu boleh email kepada kami untuk dapatkan salinan. Tapi keutamaan pada pekerja2 produksi atau stesen tv ler sebab alatan mereka moden dan canggih untuk memastikan kesasihan rakaman tu.

Oleh :

Darul Azzikri PostHeaderIcon PELALAU

Ada sorang wanita ni usia dalam lingkungan 40an. Salah seorang ahli jemaah yang bawak wanita ni jumpa saya. Masalahnya bila datang uzur (datang bulan) hampir 6 bulan tak henti-henti dan lagi pernah bertunang tapi putus, tiap kali kawan dengan lelaki pasti tak kekal lama ada jer masalahnya.

Masa saya ubatkan wanita ni pernah beberapa orang murid yang ikut berubat wanita ni nampak kepala yang pelik berlegar-legar depan pintu rumah. Wanita ni pun pernah bercerita sebelum berubat dengan saya waktu tidur rasa macam ada “benda” tidur sebelah dia dan dia boleh dengar dengan jelas bunyi nafas “benda” yang tidur sebelah dia tu.

Dah macam2 tempat dia pergi berubat baik 2 3 bulan jadi balik. Sampai pernah ke hutan di Pahang jumpa tok batin orang asli untuk berubat tapi macam tu jugak. Bila dia datang berubat, saya scan dapat tau wanita ni kena Pelalau orang asli siap dengar suara orang asli “bersandoi” masa ubatkan dia. Dia kena pelalau ni lebih kurang 20 tahun jugak lah.

Malam kami buat perubatan tu, kami bacakan ayat2 Manzil kat rumah dia supaya “benda” yang mengganggu rumah tu bertempiaran lari keluar. Dalam seminggu berubat, dia dengar suara orang mengaji dengan jelas tiap malam kat rumahnya. “Benda2” yang selalu mengganggu dia tidur pun dah takde lagi macam tu jugak benda2 yang selalu muncul waktu malam dalam rumah tu dah takde muncul2 lagi dan tak nampak2 lagi sejak berubat tu.

Alhamdulillah, sekarang ni pun wanita tu dalam proses berkawan dengan seorang pemuda yang juga ahli jemaah kami. Kalau ada jodoh dan di izinkan Allah, InsyaAllah makan kendurilah kami di Darul Azzikri ni.

Memang dah terbukti kuasa dan ilmu Allah ni tak boleh dipertikaikan lagi. Memang tak boleh ditandingi oleh mana-mana kuasa sihir.

Oleh :

23 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SIBUK MENYIHIR ORANG?

Baru2 ni ada la conference d tempat kerje aku.Aku ni berkerja d sebuah public listed company (famous company ni dr utara sampai selatan) Ownernye seorang warganegara malaysia yg berbangsa cina -x de la hensem sgt tp duitnyer..tu yg boleh jd hensem tu..Aku pulak berkerja dgn company ni dah dkt 10 tahun - ada la kenaikan pangkat utk aku ni,duduk level tersepit d tengah2 atas skali tak bwh skali pun tak..tapi ok la penat mcm mana pun aku bersyukur sbb aku cr rezeki yg halal..kalau nak yg haram tu bersepah..Bila conference ni bermula diorang pun mainkan big screen projektor & menunjukkan kejayaan2 company ni yg hanya dlm masa lebih kurang 30 tahun.Ramai yg bekerje d sini berbangga dgn kejayaan company ni dgn atas nama sebuah company malaysia..Namun tidak pada aku...malah timbul rasa cemburu,& sedih.Korang bayangkan lah tempat asalnye lombong tinggal skrg dah jd empayer..

Pasal ape nak sedih2 pulak?
Sebab company nye yg dr malaysia tapi ownernye bukan melayu,malah exco2nye @kepala2nye juga 98% bukan melayu!..walau aku br 10 tahun d sini memang aku nampak kejaayaan2 diorang amat pantas..x ramai org kita yg berjaya mcm tu atas nama melayu.Malah kalau tgk d tempat aku ni punya la ramai org kita yg memegang penyapu sampah..allaamaakkk..wallaweii..appaa dah jadi?? PM negara ni org kite..tapi tukang sapu pun org kite gak ke?? alahaii..

Tapi?
Lihat lah bangsa kita langsung x sedar2 malah dok sibuk menyihir pulak sesama sendiri mcm dah jadi hobi lak..meniaga x jd p antar santau..ngorat x dpt antar pelalau & mcm2 lagi..ish3 Dunia makin maju tapi mentaliti masih d tahap lama.Malah sejak akhir2 ni aku tgk sihir menyihir ni dah menjadi2..,maklum lah aku ni kan dah jd ghost buster,mcm ahli nujum pun ye jugak,org menjemput kesana kemari sampai kadang tu dah mcm x sanggup lg..tp x pe tu semua ujian je..so mcm2 la aku dah nampak skrg ni..Gentayangan!mak lampir,pontianak,hantu buatan sendiri,Pusing p pusing mai jin jugak,name je lain2 mcm korang gak ade nama glamor..dia pun nak glamor gak..

Kesimpulan nye - rentikanlah kerje2 mcm ni..jgn la jd hantu..jd lah manusia yg mulia..banyak lg kerje yg berpaedah tuk d buat..Majukanlah diri,keluarga & bangsa..tapi kalau korang d sihir dan menyebabkan kerje harian korang jd x tentu arah korang datang je la cari kami..kami tlg usaha settlekan demi kejayaan korang..pas tu korang doakan lah kami pulak..Amin...

Oleh :

22 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon ISTERI LARI RUMAH

Tak tau la nak cakap apa dengan sikap orang kita ni, bila dah jadi hal baru ingat Allah kalau tak buat selamber jer macam Allah tu tak wujud macam hidup tak akan mati dan macam dunia tak akan kiamat. Nilah sikap kita sebagai manusia yang lemah dan mudah lupa serta lalai.

Ada sorang lelaki ni umor pertengahan 20an datang jumpa saya untuk buat supaya isteri dia balik rumah selepas hampir sebulan isterinya lari dari rumah. Apalah punya hal ni, malas betul la nak campur hal rumahtangga orang ni. Kang tak tolong dia kata apa pula tapi kalau isteri lari dari rumah tu mesti ler bersebab. Saya pun macam biasalah scan budak ni dulu sebelum isterinya, yelah nak tau apa cerita sebenarnya kang tak pasal-pasal saya yang digorengnya sampai hangit.

Dah dapat tau apa masalah sebenarnya rumahtangga budak ni, saya soal dia dan ceritakan apa yang saya nampak. Dia mengaku dan berjanji untuk berubah malah katanya dia dah mula solat dan baca Yasin untuk tenangkan diri dan buat solat hajat mintak isterinya balik tapi takde hasil. Dia juga pernah berjumpa dengan sorang bomoh dari Indonesia yang dipanggil wak. Bomoh tu kata dalam seminggu isterinya akan balik kalau tak balik gak dia suruh lupakan jer sebab kalau dah isteri macam tu tak guna dibuat isteri. Ni apa punya syarat la bomoh ni pakai! Fenin aku dibuatnya. Kejap kata akan balik dalam masa seminggu kejap kata tak balik ceraikan jer. Fenin! Fenin!...

Sebelum tu ada gak dia jumpa dengan bomoh lain tapi masih tak berhasil jugak bila dapat alamat saya tu yang tergesa-gesa datang, telefon jangan cakap la bertalu-talu setengah jam sekali telefon semata-mata nak pastikan tarikh dan masa appoinment dia dengan saya. Tu la manusia masa belum dapat bila dah dapat senyap terus.

Saya cakap kat budak ni InsyaAllah akan ikhtiarkan tapi dengan syarat, kalau isterinya balik dalam masa seminggu ni jangan dipukul tapi bawak solat berjemaah. Tinggalkan semua tabiat lama yang suka bawak isteri bersosial kat disko dan lepak kedai dengan kawan2. Dia punyalah berjanji dan bersumpah sampai tak larat nak dengar. Saya cakap jangan berjanji dengan saya tapi berjanji pada diri sendiri dan Allah, kalau jadi lagi lepas ni saya tak akan tolong lagi walau merayu macamana pun walau letak duit banyak mana pun. Matlamat kami kat Darul Azzikri ni buat perubatan bukan kerana duit tapi kerana Allah dan nak tolong orang je. Kami belum pernah lagi letakkan harga atau bayaran tak kira orang datang atau kena ke tempat orang. Jauh macamana pun tetap pergi.

Pendekkan cerita, lepas saya buatkan dalam tempoh tiga hari isterinya telefon kata nak jumpa. Budak ni cepat2 telefon saya tanya macamana nak buat. Saya suruh dia datang bawak rokok sebelum jumpa isterinya. Saya buatkan kat rokok tu supaya dia hembuskan asap pada isteri sekiranya isterinya taknak ikut balik bila jumpa nanti. Budak ni pergi jumpa isterinya dan buat macam yang saya cakap. Katanya mula-mula tu isterinya taknak balik cuma nak tuntut cerai jumpa pun kat depan pejabat agama. Bila budak ni pasang rokok hembus asap kat isterinya terus isterinya kata nak ikut dia balik rumah. Tulah Allah punya kuasa.

Ingatkan dah selesai bila budak tu bagi tau isterinya dah balik rumah. Lepas sebulan budak ni telefon saya lagi mintak tolong buatkan lagi supaya isterinya balik. Laaa... lari lagi? Saya dapat tau bila isterinya dah balik budak ni dah tak solat tak baca Yasin lagi malah jadi macam dulu balik tapi yang paling menyakitkan hati saya bila dapat tau dia pukul isterinya lebih teruk lagi diseterikanya isteri dia. Saya dah bagi syarat aritu kalau jadi lagi hal lagi dan salah dari dia sendiri saya tak akan bantu lagi. Dengarnya isterinya sampai sekarang tak balik. Lantak dialah sendiri cari pasal sendiri langgar janji dengan diri dan dengan Allah.

Oleh:

Darul Azzikri PostHeaderIcon ILMU PENGASIH : USTAZAH

Macam2 perangai manusia tak kira siapa pun dia. Ada seorang wanita datang jumpa saya dan ceritakan masaah ayahnya yang dilamun cinta. Ikut cerita orang kampung ayahnya sering bertemu dengan seorang ustazah sekolah rendah. Dan yang paling hebatnya ustazah ni pernah beberapa kali datang kerumah dan berjumpa dengan maknya dan menceritakan hal hubungannya dengan mak wanita ni. Ustazah ni janda anak satu umor lebih kurang 26 tahun dan ayahnya pula dah berumur dalam 60an.

Sejak ustazah ni datang kerumah maknya tu, maknya sering sakit2 sampai masuk wad. Doktor buat pemeriksaan kata maknya kena barah usus kena la buat pembedahan tapi lepas tu tak sembuh2 jugak dan akhirnya doktor tu pun tak pasti penyakit maknya.

Sebab dah pelik sangat dengan sikap ayahnya dan keadaan maknya, wanita ni datang jumpa saya untuk dapatkan bantuan. Lepas saya scan dapatlah tau apa yang sebenarnya berlaku. Ayah wanita ni dah kena guna-guna atau ilmu pengasih orang asli. Maknya pun dah kena sihir buatan bomoh orang asli ni jugak.

Bila scan maknya, memang dah takde harapan lagi jadi saya mintak wanita ni sekeluarga bersedia la untuk terima kenyataan yang bakal dihadapi. Wanita ni paham maksud saya. Ajal ni bukan pekerjaan saya Allah dah tentukan bagi maknya takde apa yang boleh saya bantu lagi. Saya berjanji pada wanita ni untuk memulihkan ayahnya.

Pada hari yang dijanjikan saya kerumah wanita itu di Pahang bersama beberapa perawat pelatih dari Darul Azzikri. Kami mulakan perubatan lebih kurang jam 10.00mlm. Masa mulakan rawatan tu keluarlah “benda” yang ditanam kat laman rumah ayah wanita ni. Dan yang paling bestnya malam tu semua dengar bunyi gendang orang asli atas bumbung rumah. Tapi kami tak peduli pun dan teruskan je perubatan.

Seminggu lepas buat perubatan kat rumah ayah wanita tu, dia datang lagi jumpa saya. Dia bagitau maknya dah meninggal dunia macam yang saya cakap dulu. Ayahnya dah berubah dan sentiasa ingatkan arwah maknya. Ustazah tu pulak dah pindah ke kampung lain dan dengar cerita orang kampung bomoh orang asli yang terkenal kat kampung tu mati mengejut.

Semua tu kuasa Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan menentukan segalanya. Memang kuasa Allah Maha Hebat, tiada ilmu yang dapat menandingi ilmu Allah.

Oleh :

Darul Azzikri PostHeaderIcon BERTARUNG DENGAN IFRIT

Ini bukan cerita rekaan, terpulanglah nak percaya atau tak tapi kami ada lebih dari 15 orang yang menyaksikan kejadian ini dan menjadi saksi kebenarannya. Saya memang akan memberi ujian kepada setiap anak murid yang belajar ilmu perubatan dari saya. Kami ke Janda Baik untuk menguji ilmu beberapa anak murid saya yang bakal jadi perawat perubatan alternatif ni. Kalau tak diuji macamana nak tau taraf dan kelayakan mereka dan macamana nak pastikan mereka boleh merawat pesakit ke tak.

Tujuan saya buat ujian duduk tengah hutan seorang diri waktu tengah malam bukan untuk bertapa tapi sekadar nak uji iktikad hati je. Masa saya menuntut di Garut, Indonesia dulu pun Guru buat yang sama. Saya disuruh duduk dalam kawasan kubur lama dalam kawasan belukar. Kata Guru, duduk saja nak main game hphone ke nak main sms ke apa ke dia tak peduli yang penting jangan lari balik kalau tak dia akan halau saya balik Malaysia. Tujuannya satu, betulkan iktikad. Kata Guru kalau betul kamu takutkan Allah dan tak selainnya mengapa takut duduk dikuburan seorang diri dalam gelap? Bukankah kamu bilang takutkan Allah dan DIA sentiasa ada sama kamu? Apa gunanya ilmu zikrullah yang diajarkan? (Terima kasih Bapak kerna mengijazahkan ilmu zikrullah ni pada saya).

Pada hari yang dijanjikan, kami sampai kelokasi yang telah ditetapkan iaitu hutan kecil Janda Baik lebih kurang jam 10.00 mlm. Masa dalam perjalanan tu lagi macam2 yang dah dapat rasa dan alami antaranya ular yang agak pelik tapi cantik warna kulitnya melintang ditengah jalan dalam perjalanan ke hutan tu. Sampai dilokasi, semua dalam kereta pertama kata nampak ular tu melintang ditengah jalan nak menyeberang ke semak tepi jalan. Semua orang dalam kereta kedua juga alami perkara yang sama dan kereta saya yang terakhir dan semua dalam kereta saya pun alami yang sama jugak.

Persoalannya dah 3 buah kereta takkanlah ular yang sepanjang 1 depa tu tak sampai2 jugak keseberang jalan sedangkan lebar jalan tu Cuma lebih kurang 2 depa je. Dan satu lagi dah 3 buah kereta yang lalu atas ular tu takkan la tak mati kena gilis tayar kereta sebab bila dalam perjalanan balik tak nampak pun bangkai ular tu.

Murid saya ni namanya Afiq umor baru 20 tahun pelajar ipt di Perak. Dialah yang diuji malam tu. Saya suruh dia ketengah belukar duduk kat situ dan panggil makhluk yang ada kat dalam belukar tu. Tempat tu memang saya dah survey dulu dan pastikan memang ada “benda” mengikut cerita penduduk setempat. Mulanya takut jugak Afiq ni tapi bila saya kata kalau tak nak buat saya tak akan mengaku dia sebagai murid dan tak akan terima dia lagi barulah dia sanggup teruskan.

Adalah dalam 1 jam dia duduk kat tengah2 belukar tu sorang2 dan panggil “benda” yang ada kat situ. Bila dia dah dapat rasa “benda” tu datang pada dia dan “dikunci”, cepat2 dia keluar dari belukar tu dan kembali pada kami yang menunggu di kereta ditepi belukar tu. Kami menuju kerumah salah seorang murid saya di Janda Baik tu. Sampai dirumah tu saya suruh Afiq tadi benarkan benda yang diambik dari belukar tu menumpang kebadannya untuk berkomunikasi.

Tapi hampir 1 jam “benda” tu tak boleh jugak merasok Afiq, masuk separuh badan keluar balik. Kami cuba pula kat murid yang lain, sama juga tak boleh merasok juga. Cuba lagi pada sorang lagi murid tak berjaya juga. Setiap kali “benda” tu cuba masuk untuk merasok badan, Cuma berjaya separuh badan saja lepas tu pasti akan tersedar semula (orang kena rasok dlm keadaan tak sedar). Akhirnya saya sendiri yang ambik “benda” tu masukkan pada Afiq, sebelum tu saya dah ajarkan pada semua murid yang hadir malam tu macamana caranya untuk keluarkan benda yang merasok badan (saje nak tengok sapa yang boleh pulihkan saya waktu kena rasok tu).

Bila “benda” tu dah merasok barulah kami dapat berbicara dengan “benda” tu dan dia mengaku sebagai Ifrit. Ifrit ni mula buat tawar-menawar dengan kami, katanya dia akan bagi harta karun berupa emas dan wang tunai jika ada antara kami yang nak ambik dan bela dia. Nak mampus ke bela setan! Mana saya setuju walaupun masa tu ifrit ni dah tunjukkan bayangan selonggok emas depan kami tapi bayang je la. Ifrit ni bangsa setan yang pandai menipu kena hati-hati jangan sampai terpedaya.

Bila kami tolak permintaan dia, dia mula nak mengamok dan kata nak tarik nyawa Afiq ni bawak balik ke alam dia jadi budak suruhan dia. Kami pun mula la berperang dengan ifrit ni. Macam2 cara dibuat dan macam2 ayat dibaca tapi tak bagi kesan lansung. Semua usha tak jalan, budak2 semua dah buntu. Akhirnya saya guna ilmu rohaniah zikir yang Guru ajarkan. Dengan ilmu ini saya berhubung dengan rohaniah Afiq dan suruh kuatkan zikir jahar secara batin dan zikir khafi serentak. Tak sampai 5 minit ifrit tu meraung-raung dan kata “aku nak mati dah, nak mati dah”.

Afiq teruskan zikir jahar dan khafi secara batin tu serentak dan akhirnya tewas jugak ifrit tu. Melalui batin dan pengalaman, memang saya pasti itu ifrit. Nak percaya atau tak terpulang tapi kalau nak uji kami dengan ifrit untuk tau kebenarannya silakanlah. Apa yang kami buat sebenarnya adalah untuk membentuk iktikad pada Allah, takut hanya pada Allah tidak pada selain Allah dan bukan setakat pandai cakap je takut pada Allah, tapi kami buktikan dengan cara ini. Yang keduanya, kami nak membuktikan ilmu zikrullah ini adalah sehebat-hebat ilmu didunia.

Kalimah “La ilaa ha ilallah” dan “Allah, Allah” adalah kalimah yang maha hebat dan Maha Pelindung yang dah pun kami buktikan melalui cara ini. Dan yang terakhirnya, kami telah membuktikan ilmu zikrullah ini adalah senjata yang maha hebat dan penyembuh segala penyakit. Malah dengan cara ini juga kami telah membuktikan bahawa ALLAH ITU BENAR, ILMU ALLAH ITU BENAR, ISLAM ITU BENAR, QURAN ITU BENAR, ZIKRULLAH (ASMA’ UL HUSNA) ITU BENAR, ALAM GHAIB ITU BENAR.

Selepas peristiwa itu jugaklah ilmu Afiq ni dah semakin mantap dan mula merawat pesakit dimerata tempat.

Oleh :

Darul Azzikri PostHeaderIcon SAKA MENCARUT


Ada seorang pesakit bawak mak dia yang berumor hampir 76 tahun jumpa saya. Anak dia agak pelik dan risau tengok keadaan mak dia. Setiap hari berjalan pusing2 dalam rumah anggarannya lebih dari 5km sehari, tak boleh duduk diam atau tidur melainkan berjalan mundar-mandir je dalam rumah. Suka mencarut dan pernah beberapa kali menerkam dan menggigit anaknya yang sedang memandu kereta sesama nak bawak jumpa saya.

Bila di scan, memang sah saka la punya agkara tapi Alhamdulillah lepas dimandikan dan ditarik saka tu makcik ni terus ok, boleh duduk diam dan tak mencarut-carut lagi. Saya ingatkan masalah makcik ni dah selesai la. Rupanya sebulan lepas tu anaknya telefon saya bagitau makcik ni berperangai pelik lagi. Jadi anaknya mintak saya datang kerumah untuk ubatkan makcik ni. Dia takut nak bawak anaknya datang sebeb takut kena terkam dan kena gigit lagi macam dulu.

Pada hari yang dijanjikan, lepas zohor saya dan dua lagi perawat dari Darul Azzikri bertolak kerumah makcik tu. Sampai kat rumah makcik tu, anaknya bagitau makcik ni marah-marah, maki-hamun dan mencarut-carut bila dapat tau kami nak kerumahnya. Macam biasalah saya scan dulu untuk tau apa masalah makcik ni. Bila dah scan tu taulah saya puncanya bukan dari saka lagi tapi benda yang ada kat rumahnya dikampung. Sakanya memang dah dibuang dan memang dah takde, ini diakui oleh anaknya sendiri lepas berubat sebulan lalu.

Kata anaknya, lepas berubat dengan saya Alhamdulillah maknya dah ok. Lepas tu adiknya ambik si emak bawak balik kampung dan lepas pada itulah maknya buat hal semula. Masa scan makcik ni memang kami dapat tau kat rumahnya dikampung tu ada benda yang disimpan sejak turun-temurun, kira benda pusaka la tu. Lepas berbincang dengan anak makcik ni kami bersetuju ke rumahnya dikampung untuk melakukan pembersihan. Nanti saya akan ceritakan apa yang berlaku masa pembersihan tu selepas balik dari sana pada 30/05/2010 nanti.

Oleh :

20 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon DIRASUK HANTU?

Ini satu cerita dan pengalaman yang sangat2lah menyayat hati saya, Putra, Yasser dan Kak Sue. Pengalaman yang betul2 tak boleh nak lupakan. Pengalaman menghadapi orang yang kena rasuk oleh hantu sendiri atau yang sebenarnya SENDIRI JADI HANTU. Peristiwa ni jadi kat utara tanahair.

Masa tu saya dah hampir 2 hari tak cukup tidur, orang tak henti2 datang berubat siang malam pagi petang ada jer yang datang, macam2 masalah orang yang datang. Badan betul2 dah letih giler, bila orang semua dah balik waktu tu dah dekat masuk waktu subuh. Lepas solat subuh baru jer nak panjat katil hphone berdering2 keluar no hphone salah seorang kenalan saya. Nak jawab badan dah letih sangat2 mata pun dah macam tak boleh nak bukak, tak jawab kang takut hal penting lak. Sebenarnya hampir sepanjang malam kenalan saya ni telefon bagitau keadaan maknya yang kena sampok dan mintak saya datang kerumahnya di utara tanahair untuk berubat tapi oleh kerana pesakit ramai sangat yang datang dan memandangkan agak jauh gak la nak ke utara tu saya suruh dia cari je bomoh atau dukun kat kawasan sana dulu.

Nak tak nak dengan berat hati saya jawab jugak la panggilan tu. Bila saya bagi salam je dia terus cakap dengan nada suara yang agak sedih bagitau keadaan maknya yang dah agak tenat. Saya suruh dia tenang dan ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Dia bagitau dah 4 orang ustaz datang mengubatkan mak dia tapi tak berjaya dan tak berkurangan lansung. Kebetulan kawan ni kenal gak dengan murid saya dikawasan utara dan murid saya pun dah ada kat sana sepanjang malam cuba ubatkan mak dia ni tapi tak berjaya gak.

Dia terus-menerus merayu-rayu kat saya mintak gak datang ke rumahnya di utara tu sampaikan sanggup suruh orang jemput saya kalau saya tak boleh datang sendiri. Oleh kerana kesian sangat dengar rayuan kawan ni saya terpaksa la setuju pergi pagi tu jugak. Tak dapek la nak rehat/tido. Lobam la bijik mato. Saya pun bangun dari katil telefon 3 orang murid merangkap pembantu saya ajak kerumah kawan tadi diutara. Kesian betol rupanya salah sorang dari murid saya ni pun baru jer balik keja syif malam dan baru jer panjat katil. Apo nak buek ann orang nak belajar mengubat dengan rela hatinya dia sanggup gak ikut padahal baru balik keja dan tak tido lagi malam nanti keja lg. Ni yang buat saya sayang kat dia ni. Dapat 10 murid cam dia seronok betol.

Bila diorang sampai (Putra, Yasser & K.Sue), kami pun terus jer bertolak. Saya pesan pada K.Sue yang jadi pemandu kami waktu tu bawak keta meter jangan kurang dari 180km/sejam maklumlah mak kawan saya tu sedang tenat dengar pulak dia kata satu badan dah pucat lesi terbaring jer kena berkejar kesana cepat-cepat sampaikan kami keluar rumah tak sempat sarapan lansung tak makan atau minum dan saya pesan tak boleh berhenti selagi tak sampai kerumah kawan saya ni melainkan berhenti isi minyak.

Punya la taat K.Sue ni betul2 dia bawak macam kat litar F1, laju bukan main ambik koner pun tak tekan brek atau drop gear siap cilok sana sini potong belah kiri lagi, takut gak saya, ingatkan boleh la tido dalam perjalanan tapi seriau dibuatnya. Tabik betul la dengan K.Sue ni kl ke ipoh 1 jam beb. Sampai kat rumah kawan ni dalam jam 3 petang bertolak dari kl jam 12tghari. Tak berlengah lagi saya terus je masuk rumah kawan tu nak tengok keadaan mak dia la, nampak la mak dia tengah baring atas katil dalam bilik. Kawan ni pun ceritakan la dari mula sampai akhir apa yang jadi. 4 orang bomoh bertaraf ustaz dah datang ubatkan tapi tak sembuh gak. Ish... ni kes parah ni.

Borak lebih kurang saudara-mara kawan ni dari Johor dan KL pun sampai nak melawat sisakit ni. Saya pun mulalah masuk bilik nak ubatkan sisakit ni setelah dapat izin dari suaminya, mak kawan saya ni. Kawan saya, murid saya yang 3 orang ikut dari KL dan yang ada kat situ pun ikut saya masuk bilik untuk bantu ubatkan sisakit ni. Bila saya mulakan, scan punya scan tak nampak apa2 pun yang menggaggu. Renung punya renung pun camtu gak. Akhirnya dalam 5 minit taulah saya sakit makcik ni.

Saya pun cakaplah dengan “benda” yang merasuk makcik ni, “aku dah nampak kau, jangan nak sembunyi lagi. Nak ikut cara aku ke cara kau”. Abis je saya cakap camtu “benda yang merasuk makcik ni main bahasa isyarat dengan saya tunjukkan tanda tak takut, tak nak keluar dan nak lawan. Aku diam jer dan teruskan zikir khafi dan zikir nafas, cucuk hati makcik ni pakai zikir saya. Terus makcik ni bersuara setelah hampir 45minit main main bahasa isyarat dengan saya. Perkataan yang keluar dari mulut makcik ni telah membuktikan cucukan zikir saya dah betul2 tepat kena kat hati dia dan membuktikan apa sebenarnya sakit dia.

Saya pun gelak terkekeh-kekeh sambil gelengkan kepala. Murid2 saya yang ada kat situ termasuk anak2 makcik ni pelik semacam bila tengok saya gelak cam nak rak. Puas gelak saya terus keluar bilik tanpa cakap apa2 untuk jumpa suami sisakit ni. Semua yang ada dalam bilik tercengang2 jer tengok saya keluar bilik sambil ketawa tak pedulikan sisakit. Sebaik jer saya keluar bilik, makcik ni terus bangun dan meronta2 macam orang kena rasok sambil tonjol2 kepala beberapa orang yang ada dalam bilik tu sambil menjerit2.

Saya buat tak peduli jer macam takde apa2 berlaku. Saya ajak suami sisakit kebahagian atas rumah dan terus tanya, “maaf nak tanya, abang ada masalah apa dengan akak ni?” Suami sisakit ni terus tersenyum dan cakap “hemmm... dah Pak Uda tanya saya ceritakanlah masalah sebenarnya macam ni......”. Masalah rumahtangga dan cemburu la macam yang saya nampak masa scan tadi. Suami sisakit ni pun cakap “4 orang bomoh taraf ustaz pun tak boleh pecahkan masalah ni macam mana Pak Uda bole tau?”

Saya cakap tu ilmu dan kuasa Allah saya tak tau apa2 pun kalau Allah tak izinkan. Lepas berpakat dengan suami sisakit supaya rahsiakan perkara ni dari anak2 dan saudara-mara yang hadir yelah orang datang dari jauh tu ada yang dari Johor ada yang dari Kl, saya nasihatkan jugaklah supaya bagi perhatian pada isterinya sisakit tu, jangan abaikan dan pandai2lah ambik hati isteri baru la tenang rumahtangga. Dia akui kesilapan dia dan berjanji akan perbaiki sikapnya.

Untuk elakkan orang yang hadir rasa curiga saya buatkan jugak la air untuk mandi kononnya untuk keluarkan “benda” yang merasok sisakit tu padahalnya sisakit tu pura-pura kena rasok dan merasok diri sendiri. Diri sendiri yang jadi hantu, jin dan syaitannya. Sakit jiwa dibuatnya dah la tak tido lebih 36jam, tak makan tak minum nak kejarkan datang ke utara tu sebab dengar cerita kawan saya yang mak dia nak tenat cam mayat jer. Hemmm... nasib badan la. Ni kali pertama saya terkena sejak mengubat orang. Sambil tu kat bawah dengar la suara sisakit memekik-mekik, menjerit-jerit betul2 macam orang kena rasok dan suara anak murid saya yang 4 orang tu baca ayat2 yang saya ajarkan siap ada yang azan lagi.

Lepas suami sisakit bawak isteri dia mandi air yang saya bacakan beberapa Ayat Quran untuk kerukunan rumahtangga, dia nampak ok dah dan tenang serta-merta. Saya pun mintak izin untuk balik KL, dengan badan penatnya lapar giler lagi ni murid saya yang sorang lagi ni nak keja lak malam nanti, kena la tergesa-gesa balik KL. Dalam perjalanan balik saya ceritakan pada murid-murid saya apa sebenarnya yang terjadi. Bengang betul diorang mana taknya siap kena tonjol kepala lagi. Itulah pengalaman untuk dorang dalam proses belajar perubatan alternatif islam ni termasuklah saya sendiri pertama kali dapat pengalaman macam ni. Tapi sekarang dorang dah mantooppp.... dah tak boleh nak ditipu, matahati dah tajam. Nak cuba diorang silakanlah.

Oleh :

18 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SUSUK - ILMU TUJUH LAKI

Adalah sorang murid saya bagitau masalah jiran dia, perempuan berumor dalam 40 tak boleh dengar azan. Bila dengar je azan mesti menjerit-jerit panas, suka duduk luar rumah mula dari maghrib sampai tengah malam, dah lima kali kawin tak kekal. Perempuan ni nak berubat jadi dia tanyalah pada anak murid saya ni. Kebetulan la pulak! Tanya pulak kat anak murid saya jadi dia bawak la perempuan ni datang jumpa saya untuk berubat.

Hari dia datang nak berubat tu, masuk je rumah saya terus menjerit-jerit panas. Menggelupur semacam je sampai tak boleh duduk diam macam nak lari keluar rumah. Saya buat tak tau jer dulu tapi dah siap pasang pagar biar dia tak boleh lari keluar. Kemudia saya pujuk dia suruh duduk dulu dan mula scan dia. Scan punya scan dia dengan selamba je cakap “takyah la ye rentikan je la”. Wah! belagak gak benda yang ada kat dia ni, tadi menjerit-jerit, mengelupur ni siap sound saya camtu lak!.

Saya diam je dan teruskan scan diri dia ni, akhirnya dapat tau dia ni sebenarnya pakai susuk yang dikenali ILMU TUJUH LAKI. Ilmu ni syaratnya kena kawin dengan tujuh lelaki, lepas tu baru ilmu susuk dia akan menjadi sebati dan kekal sampai bila-bila. Jin yang ada kat susuk tu berupa perempuan tua yang semasa hayatnya berkawin 7 kali, suami terakhirnya seorang imam tapi ditundukkan oleh jin susuk ni sampai jadi bodoh hinggakan perempuan ni bawak balik jantan lain kat rumah “main” depan mata pun dia diamkan je.

Tapi kena ingat dan paham bukanlah perempuan tu yang dah lama mati berpuluh-puuh tahun dulu tu jadi hantu atau penunggu susuk ni, tapi jin yang menyerupai perempuan tu kerana perempuan nilah yang pertama sekali bersahabat dengan jin dan buat perjanjian ilmu susuk tujuh laki ni. Kiranya dialah pengasas ilmu ni.

Saya pun mulalah interview perempuan ni, tanya pasal ilmu yang dia amal dan pakai. Mulanya tak mengaku tapi bila saya tekan bertubi-tubi akhirnya dia mengaku. Saya pun suruh anak murid yang ada masa tu mulakan perubatan, saya cuma guide je apa yang perlu dibuat. Masa beberapa anak murid saya mulakan perubatan, keluarkan semua benda yang dia makan dan amalkan, muntah2 perempuan tu. Habis keluar semua benda kotor yang dia makan syarat dari ambik susuk tu. Dah habis semua keluar, barulah saya keluarkan susuk tu. Memang keluar tapi dah agak hancur jadi serpih sebab dah lama sgt dia pakai sejak dari anak dara umor 18 lagi.

Susuk tu dia pakai kat muka 3, kemaluan 1. Ish!... apalah nak jadi perempuan ni tak sedar ke umor dah 40 nak nampak muda nak jadi anak dara sampai kat kemaluan pun dipasang susuk. Dah selesai semua saya pesan suruh solat taubat, solat fardu jangan tinggal. Dia pun ada gak cerita pada saya tiap kali kawin, mak mertua mesti tak suka dengan dia sampai kata semua bekas mak mertua dia cakap nampak muka dia macam perempuan tua, macam hantu sampai naik takut dan suruh anak dia ceraikan perempuan ni dek takut tengok muka dia. Yang sianak pulak nampak wajah bini dia ni cantik sangat cam anak dara muda.

Ni part tak best... Dah la susah-payah kita mengubat dia dari tak boleh dengar azan sampai menjerit-jerit kepanasan dan menggelupur, dah elok sihat kita pulak nak di edjasnya. Saya bagitau la saya ni dah beristeri, dua pulak tu. Dia sudah tak puas hati la pulak. Seminggu lepas tu saya dapat alamat atau petanda yang dia cuba kenakan saya dengan khidmat bomoh. Nak guna-gunakan saya a kononnya. Takpe silakan! Selagi zikirullah mengalir dalam tubuh badan ni takde yang dapat mempengaruhi. Allah tu Maha Pelindung dan Maha Berkuasa, kau pakailah ilmu setan aku tak heran. Saya buat apa yang patut, siap solat hajat 3 malam berturut-turut. Akhirnya dapat berita dari anak murid saya yang bawak perempuan ni datang berubat kata perempuan ni masuk wad doktor suspek ada batu kat dalam hati. Batu dalam hati? Lantak kau la, orang dah tolong kau pulak nak naya orang nak kenakan orang, rasakan la balasan Allah.

Oleh:

Darul Azzikri PostHeaderIcon BERTEMU IFRIT - Bah. Akhir

Saya berhenti seketika zikir jahar tu dan tanya jin ifrit Mina ni kenapa dia menipu saya dan nak sangat-sangat perdaya saya. Apa yang ada pada saya sampai dia beria-ia menggoda dan menipu saya. Dia kata “Ayah” dia bermusuh dengan orang-orang macam saya yang jadi “AHLI BAI’AH”. Paham la saya sekarang. Saya pun teruskan zikir jahar tak pedulikan jin ifrit Mina ni menjerit-jerit dan merayu-rayu suruh saya berhenti zikir jahar dan berjanji nak bagi saya harta kekayaan, emas dan macam-macam lagi. Memang nampak jelas depan mata bayangan selonggok ketulan emas tapi saya tau tu semua tipu muslihat je macam dia tipu saya kata dah pergi Mekah jumpa Guru saya dan peluk islam.

Saya teruskan zikir jahar sampai tak nampak lagi bayangan jin ifrit Mina ni depan mata dan tak dengar lagi suara dia menjerit-jerit sakit dan merayu-rayu. Lepas tu saya bagun untuk dirikan solat taubat, solat yang betul2 kusyuk yang dah lama saya tak dapat rasa kusyuk macam tu, solat dalam zikir. Sejak tu adalah lebih kurang 3 bulan jugak la saya tak boleh tengok api jadi fobia. Alhamdulillah sejak tu saya amalkan balik zikir jahar dan zikir khafi yang Guru ajarkan pada saya. Sejak tu jugak la mata dan hati jugak matahati saya jadi terang bersinar balik macam2 yang saya dapat, Allahu Akbar!. Saya kumpul duit, enam bulan lepas tu saya ke Indonesia untuk menambah lagi ilmu. Saya berguru dengan Abah di Banten (perubatan), Bapak Haji di Bandung (agama, perubatan & silat), Kiyai Salleh di Garut (agama, perubatan & silat) dan Bapak Alek di Bandara Bandung (Perubatan) Indonesia. Tak lupa jugak pada Bapak Guru pertama saya di Paya Kumbuh, Mukim Sikambing, Medan yang mengajarkan ilmu zikrullah ni.

Selama beberapa tahun di Indonesia (masih lagi berulang-alik) barulah saya balik ke Malaysia dan tubuhkan Darul Azzikri ni. Tujuan saya nak berperang dengan bangsa-bangsa jin kafir ni terutama dengan bangsa ifrit yang pernah menipu, memperdaya dan cuba menyesatkan saya dulu. Itulah tujuan saya tubuhkan Darul Azzikri yang ilmunya berasaskan ZIKRULLAH yang dah terbukti berkuasa membinasakan syaitan dan jin kafir laknatullah.





Saya membantu orang dalam perubatan ni tidak meletakkan sebarang bayaran, harga atau pengeras. Saya juga tidak menerima sedekah kerana hukum Allah meletakkan saya tidak layak untuk menerima sedekah sebab saya bukan fakir. Saya hanya menerima hadiah. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat perubatan, kalau rasa mampu nak bagi hadiah bagi tapi kalau tak mampu jangan paksa diri kerana malu.

Kami di Darul Azzikri ni tidak berilmu, saya ulangi TIDAK BERILMU! Ilmu saya dari Guru, Guru yang punya ilmu, ilmu Guru pulak dari Gurunya dan bila ditanya lagi, ilmu itu dari Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Rasullullah S.A.W yang mengajar dan menyerbarkan agama Allah dan Quran dan akhirnya ilmu tu dari Allah S.W.T Yang Maha Berilmu dan Allah jugaklah yang Maha Meyembuh. Kalau dah macam tu seperti yang Guru ajarkan kepada saya dan saya ajarkan kepada ahli jemaah Darul Azzikri, macamana nak letak harga, bayaran atau pengeras? yang mengeraskan orang bila dengar nak berubat kena 300 600 1000 atau sekian banyak. Macamna la tak dipanggil “PENGERAS”! keras beb orang dengar nak berubat kena banyak ni banyak tu.

Oleh:

Darul Azzikri PostHeaderIcon BERTEMU IFRIT - Bah. 1

Ini kisah mula-mula saya berkenalan dengan alam ghaib dan jin. Nak percaya ke tak? Terpulanglah! Saya tak kesah lansung sebab bagi saya perkara ni adalah satu pengalaman besar yang pernah saya alami. Cukuplah Allah jadi saksi, kalau nak suruh bersumpah jungjung Quran depan Kaabah pun saya sanggup, takde hal punya sebab perkara ni benar-benar terjadi bukan rekaan semata-mata. Kalau ada yang nak mengata dan menuduh apa-apa pun tak kesah, no hal punyalah!

Puncanya, adaah masalah peribadi yang buatkan saya jadi suka duduk sorang setiap masa dan dalam gelap. Nak dijadikan cerita, pasal masalah peribadi nilah buat saya pelajari macam2 ilmu. Satu hari saya terlihat iklan kat dalam akhar Mingguan Perdana, adalah sorang pengamal perubatan tu agak terkenal jugak la, jual sejenis alat pembandul yang berkuasa mendetek makhluk ghaib.

Saya pun belajarlah guna alat ni ikut buku manualnya. Mula2 tu ok la, lama2 bila dah terlalu asyik dengan benda ni sampai tak boleh nak tinggal. Benda ni jugak la yang bagi idea kat saya cara nak berhubung dengan jin, syaratnya pasang lilin. Saya pun ikut jelah seperti yang diberitahu benda ni (sebenarnya jin yang bertenggek kat benda pembandul ni). Bila saya buat macam yang disarankan benda pembandul ni mulalah dapat berhubung dengan jin yang mengaku islam, namanya Aminapcha. Saya panggil dia Mina je.

Saya dah jadi macam orang bercinta dengan jin nama Mina ni sampai lupa diri, lupa siang malam, lupa makan minum. Mak saya pun naik risau tengok keadaan saya ni. Bila dah lama berhubungan, jin ni mula la cerita pasal nak kawin dengan saya. Saya pun yang dah terpengaruh main sanggup je tapi dengan syarat dia nak bawak saya jumpa dengan “Ayah” dia dulu. Saya setuju jer. Bila saya dah setuju tu jin ni mulalah ajarkan cara macamana nak berjumpa dengan “Ayah” dia tu.

Dalam jam 2.00 pagi dia suruh saya nyalakan lilin, renung api lilin tu sampai nampak susuk tubuh macam manusia separuh badan dalam lilin tu. Sebelum tu dia ajarkan saya ayat dalam bahasa jin yang saya tak paham maksudnya, ada jugak bunyi macam bahasa indonesia sikit2. Dia suruh saya baca ayat tu pada segelas air lepas tu minum. Kemudian dia suruh baca ayat yang sama sambil mengadap cermin pandang pada wajah sendiri dalam cermin tu. Baca ayat yang dibagi sampai nampak lingkaran warna putih/kelabu pada bayang saya dalam cermin tu.

Dah selesai baru tenung pada api lilin sampai nampak susuk tubuh manusia separuh badan dalam api lilin tu. Saya pun ikut la macam yang disuruh. Bila sampai part renung api lilin tu, memang nampak susuk yang dia bagi tau tu, jelas sangat nampak. Bila dah nampak saya pun cakap la pada susuk tubuh dalam api lilin tu “aku dah nampak kau, kalau betul yang aku nampak ni kau, tunduk 3 kali”. Api lilin tu pun tunduk 3 kali, memang pelik la dan tak logik api lilin boleh ikut cakap kita, suruh tunduk 3 kali dia ikut tunduk.

Lepas tu dia suruh saya pandang pada pintu masuk bilik saya tu. Bila pandang je ke pintu bilik tu saya nampak bentuk api yang kaku tidak ada cahaya dan tidak ada asap seperti lukisan atau gambar saja dan bentuknya seperti tanda dahi (nandek) orang hindu perempuan selalu pakai. Api tu menyelinap masuk dari luar pintu (yang sedikit saja terbuka) arah sebelah kiri saya. Mata saya seolah-olah terpaku pada api itu, suasana tiba-tiba jadi sangat sunyi sepi sampai tiada apa pun boleh didengari apan yang saya dengar ketika itu hanyalah bunyi degupan jantung saya yang begitu kuat dan jelas sekali. Tak pernah saya dengar bunyi degupan jantung sendiri sejelas itu.



Kemudian dari arah kiri (dari pintu masuk bilik tadi) api itu naik keatas dan turun kearah sebelah kanan saya dan terus hilang. Kiri(bawah) ke Tengah(atas) dan Kanan(bawah) kalau diperhatikan balik seperti keadaan atau cara orang sedang mengangguk atau menyembah. Lepas api yang kaku tadi hilang saya terus memasang lampu bilik. Jin yang bernama Aminapchaa tu suruh saya pandang ke satu arah dengan pandangan hanyut (pandang sampai kita rasa nak terlena). Tapi saya rasa pandangan saya seperti kabur dan berasap macam dalam kabus. Saya tanya dengan jin Mina tu, dia bagitau itu adalah pandangan “Ayah” dia.

Kepala pula rasa pening gila macam berpusing-pusing dunia ni. Tiap kali saya pandang arah yang disuruh dan hampir hanyut tiap kali tu juga saya tersedar seperti dikejutkan orang. Beberapa kali jadi macam tu, tiap kali nak hanyut macam nak terlena saya akan tersedar seperti dikejutkan orang. Saya rasa tak sedap hati terus tanya pada jin Mina tu, dia merayu-rayu saya suruh pandang arah yang ditunjuk sampai terlena sebab nak bawak saya jumpa dengan “Ayah” dia untuk mintak restu berkawin.

Tiba-tiba dia seperti ketakutan dan bagitau saya yang dia nampak ada Jin Islam menjaga saya. Dia jadi marah, saya pulak dengan tiba-tiba terasa nak berzikir Jahar seperti yang pernah diajarkan Guru kepada saya satu masa dulu dan zikir yang dah terlalu lama saya tinggalkan dek kerana leka dengan dunia. Bila saya cakap pada jin Mina ni saya nak zikir Jahar, dia merayu-rayu tak bagi, dia takut dan kata dia akan mati kalau saya buat zikir jahar. Saya tanya la kenapa pulak mati kan ke Mina jin islam? Akhirnya dia mengaku dia jin dari golongan Ifrit dan “Ayah” dia tu sebenarnya IBLIS laknatullah. Berderau darah saya dibuatnya.

Saya katankan padanya supaya peluk islam sekarang atau saya bakar dengan zikir jahar. Dia merayu jangan buat zikir jahar dan berjanji masuk islam dan tanya saya bagaimana caranya. Saya suruh dia ke Mekah sekarang jugak (ifrit kan hebat boleh pindahkan istana Balqis sekelip mata je mustahil la tak boleh ke Mekah dalam sekelip mata). Dia berjanji pergi sekarang ke Mekah jumpa Guru saya dan peluk islam.

Dalam 10 ke 15minit lepas tu dia datang balik bagitau saya dia dah jumpa Guru saya di Mekah dan dah peluk islam. Saya cakap la, kalau macam tu boleh la ikut saya buat zikir jahar. Saya pun mula ayat Rabitah dan tarik zikir, mula buat zikir jahar. Jin Ifrit yang saya panggil Mina ni pun menjerit-jerit suruh saya berhenti buat zikir jahar kerana dia kata dia akan mati. Nampak sangat la dia menipu saya kata dah pergi Mekah jumpa Guru saya dan peluk islam. Memang dasar Ifrit anak Iblis ni menipu, mujurlah Allah gerakkan juga hati saya untuk buat zikir jahar.

Bersambung...

Oleh:

13 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon PERSOALAN CINTA ATAU TAKUT KEPADA ALLAH







Sebenarnya masih banyak lagi ayat-ayat Quran yang menerangkan perihal CINTA dan TAKUT kepada Allah ini sebagai panduan dan peringatan bagi kita sebagai hamba makhluk ciptaannya.

Tetapi yang ingin saya timbulkan adalah PERSOALAN ANTARA CINTA DAN TAKUT.

Apakah kita perlu cinta atau takut atau keduanya sekali? Cubalah tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri yang mengaku CINTA kepada Allah serta TAKUT kepada Allah yang mana satu lebih penting?

Disini saya cuba mengupas persoalan ini demi pengetahuan kita dan bagi menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah. Yang pertama sekali kita perlu tahu definisi antara CINTA dan TAKUT, dari perbezaan inilah kita akan tahu kepentigan yang perlu ada diri hati kita kepada Allah S.W.T.

Keterangan dan contoh CINTA:
Tak perlu kita fikir atau pergi terlalu jauh kerana diri sendiri adalah sebaik-baik contoh untuk mengetahui hal ini. Sebagai contohnya antara kita dengan pasangan kita iaitu suami, isteri atau kekasih. Sebelum kita pergi lebih jauh didalam sesuatu perhubungan itu, kita mestilah melalui proses mengenal atau perkenalan dahulu. Apabila sudah saling mengenal dan rapat dan maka lahirlah bibit-bit cinta.

Dan bibit-bibit cinta itu kita semai serta bajai dengan perhubungan yang baik sehingga bertukar menjadi cinta sejati hingga membawa ke alam perkahwianan. Masa kita sedang asyik bercinta kita sanggup lakukan apa sahaja demi orang yang kita cinta. Kita sanggup bersusah-payah, kita sanggup buat itu dan ini bagi membuktikan cinta kita malah kita sanggup mati demi orang yang kita cintai.

Waktu sedang bercinta biarlah apa yang orang lain kata tentang pasangan kita namun kita tetap membelanya kerana dimata hanya nampak yang baik dan elok sahaja. Biarlah orang hina kita kerana cinta pada pasangan namun kita tetap teruskan tak peduli apa yang akan terjadi. Kalau dibantah cinta kita pada pasangan saggup kita lari mengikutnya, sanggup kita buang ibu bapa, sanggup kita hidup dalam keadaan susah-payah malah sanggup kita mati atau bunuh diri jika terjadi apa-apa pada pasangan atau cuba dipisahkan dari pasangan yang kita cintai.

Itulah CINTA namanya, perlukan pengorbanan walau terkorban.

Keterangan dan contoh TAKUT:
Sebagai contohnya sewaktu kita kecil dahulu, kerana takut kepada ibu dan bapa kita sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh walau tidak suka walaupun kita lebih suka bermain bersama-sama rakan sebaya kerana khuatir akan dimarahi dan dirotan jika kita engkar atau melawan. Namun didalam hati atau dibelakang ibu bapa kita pasti akan marah-marah kepada ibu bapa malah kekadang sampai menyumpah-nyumpah kerana disuruh buat kerja atau dilarang pergi bermain.

Begitu jugalah halnya semasa di alam persekolahan, kita akan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberi guru kerana takut dimarahi atau didenda oleh guru sekiranya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Kadang-kadang kita tidak akan peduli samada betul atau salah jawapan yang kita buat didalam kerja sekolah tersebut asalkan ianya siap dan kita tidak dimarahi atau didenda guru. Ada juga murid apabila didepan guru hanya tunduk sahaja apabila dimarahi guru kerana takut tetapi didalam hati menyumpah-nyumpah guru tadi sehinggakan ada yang sanggup membalas dendam dengan menggores kereta guru tadi bagi melepaskan kemarahan.

Ramai juga di antara kita yang sanggup menipu kerana takut kepada ibu bapa, guru atau seseorang. Ada juga orang yang sanggup melakukan apa sahaja kerana takut kepada seseorang atau sesuatu tetapi didalam hati tidak RELA dan REDHA melakukan sesuatu kerana perasaan takut.

Itulah TAKUT namanya, sanggup melakukan apa sahaja dan menyumpah-nyumpah didalam hati kerana terpaksa melakukan sesuatu kerana takut.

Allah bagi peringatan kepada kita didalam Al-Quran agar kita takut berbuat dosa dan maksiat dan kita berbuat segala yang diperintah-NYA sehinggalah lahirnya rasa CINTA kepada Allah.

Renung-renungkanlah firman Allah ini:



Firman-firman Allah diatas sudah cukup jelas ditujukan kepad orang yang beriman iaitu yang beribadah dan beramal soleh. TAKUT juga adalah salahsatu bentuk SYIRIK kepada Allah. Sebabnya kita solat kerana takut azab kubur dan seksa neraka. Kita solat dan tiggalkan maksiat kerana takutkan murka Allah, nanti Allah tarik rezeki yang diberi kepada kita. Kita solat, beribadah dan meninggalkan maksiat kerana mahukan syurga. Bukan solat kerana cintakan Allah. Dalam secara tidak sedar kita telah mempersekutukan Allah didalam solat dan ibadah itu sendiri.

Renungkanlah pula doa Iftitah ini yang sering kita baca dalam solat:



“Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam”


Berbalik kita kepada persoalan CINTA ATAU TAKUT KEPADA ALLAH, dari keterangan, definasi, contoh serta firman-firman dalam Al-Quran yang telah diberikan tadi maka renung-renungkanlah adakah kita perlu CINTA ATAU TAKUT KEPADA ALLAH? Sebuah persoalan yang hanya “DIRI” kita sendiri yang boleh memberikan jawapannya.

Wallahhu A’lam...

Oleh :
09 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon PERSOALAN RUKUN IMAN


Sebagai orang yang beragama islam, kita tahu rukun iman itu terbahagi kepada 6 perkara iaitu

1. PERCAYA KEPADA ALLAH
2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT
3. PERCAYA KEPADA AL-QURAN DAN KITAB-KITAB
4. PERCAYA KEPADA RASUL DAN NABI
5. PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT
6. PERCAYA KEPADA QADA’ DAN QADAR

Ini adalah perkara asas keimanan dan pastinya semua umat islam tahu tentang rukun iman ini. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah bagaimana untuk kiya PERCAYA kepada enam rukun iman ini yang kesemuanya bersifat ghaib termasuklah Al-Quran sendiri. Kenapa saya katakan Al-Quran juga bersifat ghaib sedangkan ianya adalah nyata dalam bentuk kitab? Saya katakan A-Quran juga bersifat ghaib berdasarkan cara Quran itu didatangkan, diturunkan kepada Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Rasullullah S.A.W. Bukankah Quran itu diturunkan oleh kepada Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S yang juga bersifat ghaib? Sebab itulah kesemua rukun iman itu terdiri dari perkara yang ghaib.

Dan bagaimana pula bagi kita untuk mempercayai kepada sesuatu yang ghaib? Cukupkah sekadar percaya dengan sesungguh-sungguhnya dan benar-benar percaya dan yakin tanpa ingin mengetahui buktinya? Disinilah puncanya kebanyakan orang melayu islam kita selalunya tidak benar-benar faham serta berpegang teguh kepada rukun iman ini hingga menyebabkan kita tidak kisah meninggalkan solat dan lain-lain yang disuruh Allah serta lebih suka melakukan perkara-perkara yang ditegah.

Tetapi sekiranya kita diberitahu atau mendengar cerita-cerita tentang sesuatu tempat itu ‘keras’, berpenunggu atau berhantu selalunya kita dengan mudah akan merasa takut dan gerun tanpa memikirkan perkara itu adalah hal ghaib yang tidak nampak oleh mata kasar serta tidak dapat diakui kebenarannya namun masih juga kita merasa takut dan gerun kepada hantu. kenapa tidak kita gunakan konsep yang sama untuk meyakini rukun iman yang bersifat ghaib ini? Bukankah pekara pokoknya masih sama dan masih bersifat ghaib?

Bukankah kita juga telah diberitahu, mendegar dan membaca tentang balasan syurga dan neraka? Kenapa kita tidak merasa takut, gentar dan gerun bila menggalkan solat dan melakukan maksiat? Kenapa kita boleh merasa takut, gentar dan gerun dengan hanya mendengar cerita hantu walaupun tidak pernah melihat hantu itu sendiri? Mengapa kita tidak mahu berpegang kepada konsep yang sama?

Bila kita berjalan seorang diri diwaktu malam ditempat yang sunyi, selalunya fikiran kita akan teringatkan cerita-cerita seram dan hantu sehinggakan apabila terlihat sesuatu yang pelik dan bergoyang ketika itu kita hanya terfikir itu adalah hantu walhalnya apabila disiang hari yang kita lihat itu sebenarnya pohon pisang atau lain tumbuhan. Mengapa tidak kita gunakan konsep yang sama ini untuk berpegang kepad rukun iman sehinggakan apabila kita terniat untuk melakukan sesuatu yang dilarang Allah kita merasa takut kerana yakin dan percaya Allah sedang melihat kita walaupun ianya bersifat ghaib sama seperti hantu tadi?

Kita boleh merasa takut apabila berjalan seorang diwaktu malam gelap kerana takutkan hantu tetapi tidak merasa takut kepada Allah yang sentiasa melihat kita dan apa yang kita lakukan setiap detik dan waktu bermula dari penciptaan roh sampailah kita dihimpunkan dipadang masyar untuk dihisab baik buruk amalan yang kita kerjakan. Adakah kita lebih berIMAN kepada HANTU dan bukannya ALLAH?


Perkara pokok inilah yang WAJIB kita PERBETULKAN supaya kita peroleh keimanan yang sebenar sehingga tiada apa yang kita takut, gentar dan gerun selain ALLAH atau kita boleh tergelincir jatuh kepada SYIRIK. Seperti firman Allah didalam Quran:



Wallahhu A’lam...

Darul Azzikri PostHeaderIcon BAGAIMANA MENGENAL ALLAH?

BAGAIMANA MENGENAL ALLAH?
Kupasan Tauhid 3 Serangkai

Bagaimana untuk kita mengenal Allah Yang Maha Pencipta yang telah menciptakan kita dan seluruh alam ini? Mengenal Allah adalah sesuatu yang amat penting yang terangkum didalam ilmu Tauhid. Kita sering di ingatkan atau diajar untuk mengenal Allah adalah melalui Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ Wa Sifat (sila rujuk artikel Tauhid Tiga Serangkai). Ilmu tauhid pula adalah ilmu asas yang pertama didalam islam. Tanpa ilmu tauhid tidak mungkin kita boleh memahami dan berpegang teguh kepada Rukun Iman yang enam.

Rukun iman yang pertama adalah PERCAYA KEPADA ALLAH, tetapi bagaimana untuk kita yakin dan percaya wujudnya Allah? Melalui apa kita dapat membuktikan Allah itu benar-benar wujud dan DIA-lah yang menciptakan kita dan seluruh alam semesta ini? Rukun iman yang pertama ini amatlah berkait rapat dengan Rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Tidak boleh dipisahkan lansung kerana ia adalah asas keislaman kita.

Apabila seseorang itu telah melafazkan kalimah syahadah ini, maka dikira atau diterima sebagai islam. Sedar atau tidak, tahu atau tidak kalimah syahadah ini adalah kalimah SUMPAH atau AKUJANJI kita. Kepada siapa kita bersumpah dan kepada siapa kita melafazkan aku janji ini? Pernahkah kita bertanya atau mempersoalkannya pada diri kita sendiri? Mungkin anda akan bertanya mengapa perlu ditanya kepada siapa kita bersumpah atau kepada siapa kita beraku janji? Bukankah syahadah itu lafaz kalimah kepada Allah?

Pokoknya ialah kita wajib tahu MENGAPA dan KENAPA kita bersumpah. Kalimah syahadah ini adalah IKRAR, SUMPAH atau AKUJANJI kita kepada “DIRI” sendiri yang mengatakan Allah itu WUJUD, ADA, atau BENAR dan kitalah juga yang mengaku dengan melafazkan IKRAR, SUMPAH atau AKU JANJI Muhammad itu Pesuruh/Rasul Allah.

Kupasannya:

Maknanya :
“Aku naik saksi/jadi saksi/bersaksi/menyaksikan/sebagai saksi/bersumpah/berikrar Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku naik saksi/jadi saksi/bersaksi/menyaksikan/sebagai saksi/bersumpah/berikrar Muhammad itu Rasul/Pesuruh/Pemyampai Allah.”

Walau berbagai tafsiran dibuat tetapi maknanya tetap sama dan kita yang melafaz, kita yang berikrar, kita yang bersumpah dan kita yang berakujanji, Persoalannya ialah, makna lafaz ikrar, sumpah dan akujanji kita itu. Apakah ertinya kita bersumpah, berjanji dan berikrar tetapi mengetahui, tidak memahami dan tidak pula menyaksikannya? Allah itu bersifat ghaib maka bagaimana kita bersumpah dan mengaku kepada sesuatu yang ghaib yang tidak dapat dilihat? Benarkah Allah tidak dapat dilihat? Bagaiman untuk kita melihat Allah supaya lafaz ikrar,sumpah atau akujanji kita tidak jadi palsu dan kita tidak jatuh munafik?

Sebagai contoh sekiranya kita dipanggil sebagai saksi dalam mahkamah dan di hadapan hakim, kita diminta memberi kesaksian (keterangan) tentang sesuatu fakta kes. Maka kita membuat pengakuan melihat kejadian kes dan kerana itulah kita dipanggil menjadi saksi. Iaitu kita memberikan keterangan berdasarkan apa yang kita lihat dan yakin kebenarannya. Sekiranya kita memberi pengakuan sedangkan kita tidak berada ditempat kejadian kes, maka kita adalah seorang saksi yang pendusta dan penyaksian kita adalah bohong. Malahan sepatutnya kita tidak dipanggil kerana tidak terlibat lansung dengan kejadian kes.

Samalah juga halnya tentang adab dan syarat perkahwinan perlu ada saksi yang melihat ijabkabul dijalankan barulah nikah itu dikira sah sama juga dengan halnya apabila kita ingin menangkap orang berbuat maksiat perlu ada 4 orang saksi yang melihat kejadian maksiat berkenaan barulah boleh ditangkap pesalahnya.

Begitu juga halnya dengan syahadah ini, apabila kita melafazkan tanpa melihat maknanya kita telah melakukan sumpah PALSU! Makanya jadilah kita orang yang munafik. Yang melafaz ikrar, sumpah dan akujanji tanpa melihat bukti, maka sahkah lafaz kita tadi? Cubalah kita fikirkan kenapa semua Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Allah itu sanggup bersusah payah dan sanggup pula mati kerana menyebarkan agama Allah ini? Adakah mereka sanggup melakukan semuanya tanpa meihat bukti terebih dahulu? Bagaimana mereka mengetahui dilantik sebagai Nabi atau Rasul Allah tanpa melihat Allah? Fikirkan pula kenapa Sahabat-Sahabat sanggup bersusah-payah dan bermati-matian berjuangan bersama Muhammad Rasullullah S.A.W? Adakah mereka bodoh dan mengikut membuta tuli tanpa menyaksikan demi keyakinan mereka? Demi membenarkan usha-usha dan perjuangan mereka?

Cukupkah kita mengenal Allah dengan Asma’Ul Husna atau dengan Sifat 20 sahaja?

Contohnya:
Sekiranya saya menceritakan kepada anda tentang almarhum bapa saya. Namanya Mohd Yusof.
Kenal Pada Nama:
Usop Rimau
Usop Jonggang
Usop Kengkang
(Berdasarkan pada panggilan orang pada sifat fizikal)

Kenal Pada Sifat:
Rambut tipis beralun
Misai jarang
Panas baran
Bersuara kuat (ketiaka bercakap)
Suka tolong orang

Dapatkah anda membayangkan keadaan almarhum bapa saya? Atau benarkah apa anda bayangkan itu adalah bapa saya? Bagaimana anda boleh yakin itulah bapa saya? Bagaimana kita boleh yakin atau pasti tentang sesuatu itu tanpa bukti atau melihat sendiri?

Contoh lain:
Jika anda menemui seseorang dan dia mengaku mempunyai wang sebanyak RM1juta percayakah kita pada orang itu tanpa melihatnya terlebih dahulu?

Jadinya bagi kita sebagai umat islam perlulah mengetahui makna syahadah itu mencari bukti syahadah itu kerana kita yang melafazkannya untuk diri kita sendiri. Jangan menipu diri sendiri dengan melafazkan sesuatu sumpah atau ikrar tanpa mengetahui kebenarannya sehingga jatuh munafik. Carilah ilmu dan jalan sehingga kita benar-benar yakin pada kalimah syahadah yang kita lafazkan sebagai tanda menjadi islam. Inilah asas pertama kita sebagai islam. Perkara pertama didalam Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam.

Jadilah islam yang benar-benar islam dan bukan islam munafik. Jadilah islam yang bersaksi dan menjadi saksi bukannya islam pak turut yang tidak tahu dan tidak mengerti.

InsyaAllah, apabila kita betul-betul sudah mengenal Allah pasti kita tidak akan melakukan perkara yang ditegah-NYA dan meninggalkan perkara yang dilarang-Nya.

Wallahhu A’lam...
08 May 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon BELI DUNIA DENGAN AKHIRAT BAWA PADAH





Bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila seseorang mengaku dirinya sebagai Melayu dan beragama islam yang taat mendirikan solat lima waktu seperti dituntut agama. Itu akuannya, namun dalam masa yang sama, dia juga adalah seorang yang suke menyakitkan hati orang lain, pengamal rasuah, suka mengumpat dan kuat menipu orang dengan janji-janji yang menimbulkan harapan tinggi kepada yang mendengar.

Begitu juga ada yang zahirnya kelihatan amat taat pada perintah agama tetapi pada masa yang sama menjadi pemandu kereta yang kurang berdisiplin, tidak sabar dan tidak berakhlak murni ketika dijalan raya. Tidak kurang juga bagi perempuan yang bertudung dan berpakaian sopan tetapi masih suka bermegah-megah dengan kecantikan diri dengan contengan solekan yang tebal. Ada juga yang bertudung separuh kepala (selendang) yang menutup sebahagian rambut sebagai syarat dan fesyen semata-mata. Tidak kurang pulang yang bertudung tetapi berpakaian ketat, seksi dan menjolok mata.

Ciri-ciri yang digambarkan ini adalah antara contoh yang mudah dilihat dalam masyarakat melayu islam ketika ini.

Media perdana dalam hal agama pula, baik media cetak mahupun elektronik bak talam dua muka. Mereka gigih megemukakan halaman dan program-program agama tetapi pada masa yang sama lebih banyak menghasil serta menghidangkan rancangan dimana ada adegannya bertentangan dengan nilai dan tuntutan islam sebenar lantaran turut menaja dan menyemarakkan rasa seronok dan khayalan yang melalaikan terutama pada anak-anak muda.

Contohnya, tanyalah anak-anak kita dari yang berumur 3-4 tahun hinggalah yang dewasa siapa yang tidak tahu lagu-lagu cinta yang mengasyikkan yang dimainkan oeh stesen-stesen tv dan radio, pasti semuanya tahu malah kita bangga apabila anak kecil kita pandai menyanyikan lagu-lagu ini. Dan tanyakan pula berapa ramai anak-anak kita yang berumur 3-4 hinggalah yang dewasa dan ‘tua’, siapa yang hafal surah Yassin, ayat Kursi dan Al-Quran keseluruhannya?

Kekhayalan dalam bidang hiburan ini hari demi hari menjadikan ramai anggota masyarakat terutama muda-mudi terpengaruh dan hilang pedoman lalu tenggelam dalam kehidupan kurang sihat yang mengenepikan nilai-nilai murni islam selain terjebak ke alam munafik dan fasik. Jesteru, walau macamana hebatnya program agama dengan tokoh-tokoh agama tersohor dipaparkan, ciri hiburan jugalah yang lebih berpengaruh membawa seseorang itu gilakan dunia, lantas lama kelamaan apa yang haram menjadi halal dan yang halal menjadi haram.

Ajaran Al-Quran da hadith ditolak malah lebih malang dibuang lansung. Allah S.W.T dan Rasul-Nya S.A.W tidak lagi dihati apatah lagi ditaati manakala orang tua atau ibubapa yang beriman dianggap sebagai kolot dan penghalang kepada keseronokan hidup baru jika mereka menentang. Orang tua dicemuh dan dianggap kain buruk yang tidak berguna dalam kehidupan.

Ramai anggota masyarakat kini tidak lagi berminat untuk berkiblat kepada yang dituntut oleh islam tetapi pada kehidupan liar yang menyeronokkan lagi mengkhayalkan, hasil gagasan musuh-musuh islam sejagat.

Ramai anak muda kini hidup bergelumang dosa hanya kerana mahu hidup bebas seperti amalan masyarakat yang kurang percaya pada agama seperti di Barat. Bagi mereka apa yang dibuat oleh Barat semuanya betul. Sememangnya ada baik tetapi yang menjadi ikutan ramai ialah yang buruk-buruk belaka seperti seks bebas, dadah dan seumpamanya, malah ramai anak-anak muda kita tanpa segansilu merakamkan aksi lucah mereka dan memaparkannya di internet seperti mana yang dilakukan Barat.

Berpegangan tangan umpamanya, antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dikalangan muda-mudi malah yang masih dibangku sekolah lagi adalah satu hal biasa ketika ini. Sebenarnya pada islam perbuatan ini adalah HARAM tetapi ia tidak dipedullikan lansung. Pada hakikatnya ia adalah satu perbuatan yang lebih keji dan buruk daripada memegang anjing atau babi. Pegang babi atau anjing yang najis itu hanya perlu dibersihkan menerusi kaedah samak atau sertu sahaja, dengan itu ia selesai dan si pemegangnya kembali menjadi bersih seperti sediakala.

Sebaliknya apabila berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, apatah lagi jika berpeluk-pelukan ketika berjalan malah bercumbuan memadu kasih asmara dengan yang bukan mahramnya, maka jadilah ia perbuatan haram dan berdosa. Dosanya tercatat kerana perbuatan itu melanggar perintah Allah S.W.T.

Gejala sosial kini nampaknya semakin menjadi-jadi dikalangan anak-anak muda disebabkan cara hidup moden yang tidak memberatkan kepada soal-soal agama. Tidak kurang pula yang terjerumus ke kancah maksiat seperti dadah, zina dan membuang anak, jenayah yang menyalahi undang-undang agama dan dunia.

Dimanakah hendak diletakkan harapan bangsa seandainya gejala ini tidak disekat dari sekarang? Apakah tidak moleknya jika ada pihak-pihak tertentu terutama empunya media cetak dan elektronik kita mengurangkan program hiburan yang kebanjirannya menjana kehidupan yang berpaksikan pada hedonisme iaitu kehidupan yang menganggap bahawa nikmat NAFSU itulah nikmat yang paling agung daripada segala-galanya.

Jelas ini sama sekali bertentangan dengan idaman setiap yang beriman kepada Allah bahawa nikmat yang paling agung ialah ketika dapat menemui Allah S.W.T sendiri dan mendapat tempat di syurga di akhirat kelak.

Sememangnyalah kita wajar balik kepada Al-Quran kerana dalam hal yang sebegini Allah S.W.T telah pun memberi peringatan dengan berfirmannya:



HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)

Blog Archive

Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR