Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
25 May 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon ZIKRULLAH VS RAWATAN BOMOH BUDHA






Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah ini berdasarkan pengalaman saya ketika adik bongsu saya sendiri yang telah lama menderita terkena ilmu sihir siam diserang lagi setelah hampir setahun pulih. Ketika itu saya belum lagi belajar ilmu perubatan islam dan memang tak tahu apa-apa. Mujurlah adik dan beberapa ahli keluarga termasuk saya dah hampir 3 tahun menerima ijazah zikirulLah, dapat jugalah adik bertahan ditambah pula dengan bantuan dari kami adik-beradik yang ketika itu sering solat berjemaah sekeluarga.

Dalam masa yang sama kami berusaha juga mendapatkan rawatan dari macam-macam pusat rawatan islam, bomoh dan dukun, malangnya gangguan yang menimpa adik masih tak berkurangan lansung. Kebetulan ketika adik kerasukan, datanglah saudara terdekat menziarah tapi tak sempat pula saya berbual dengannya kerana sibuk membantu merawat adik.

Dua hari selepas itu saudara tadi menghubungi emak saya memberitahu yang dia dah panggil seorang bomoh cina kerumah untuk cuba merawati adik dan minta kami kerumahnya segera. Bila emak mengajak saya kerumah saudara tersebut dan memberitahu tujuannya, maka saya bantah dan tidak bersetuju. Adik yang ketika itu dalam keadaan sedar pun tidak bersetuju juga namun menurut mak, dia sendiri pun kurang bersetuju tapi terpaksa kerana saudara tadi berniat baik dan sudah bersusah-payah nak membantu takut pula berkecil hati.

Saya dan adik akur jugalah tapi sebelum pergi saya berpesan kepada adik supaya “pasang” zikir siap-siap dan mantapkan zikir dihati hingga menjalar diseluruh urat sendi-selerang tubuh badan. Sampai dirumah saudara kami tadi, bomoh cina budha tersebut dah sedia menanti. Tanpa berlenggah beliau mahu memulakan rawatannya. Adik saya yang kelihatan berat hati untuk menerima rawatan bomoh budha tersebut terus memandang pada saya. Saya suruh adik terima rawatan dari bomoh budha tersebut sambil berbisik padanya agar matikan diri dalam zikir yang telah siap dipasang awal-awal tadi diteruskan tanpa henti semasa rawatan tersebut.

Saya lihat adik yang dah pun duduk depan bomoh budha tersebut mula nak mematikan diri dalam zikirnya. Bomoh budha tu pula mula mengalungkan leher adik dengan rantai yang dipakainya yang dipenuhi dengan loket bergambar budha serta patung-patung kecil budha. Sebaik mengalungkan leher adik dengan rantai budhanya tu, bomoh tersebut mula membaca jampi-jampi dalam bahasa cina yang tidak kami fahami maksudnya.

Hampir setengah jam kemudian, bomoh budha tersebut duduk diam sambil matanya terpejam. Lebih kurang 10 minit selepas itu dia membuka matanya dan memberitahu bahawa yang kononnya adik hantu budak kecil mengikut adik dan setelah dipujuknya, hantu budak kecil itu bersetuju untuk pergi meninggalkan adik. Selesai bercerita, dia ambil rantai yang dikalungkan dileher adik tadi lalu dipakainya semula pada lehernya. Serta-merta dia menjerit dan dengan pantas menanggalkan rantai tersebut dari lehernya dan memberitahu bahawa dia merasakan rantai tersebut terlalu panas seolah-olah baru dikeluarkan dari api. Saya dan adik hanya berpandangan antara satu sama lain.

Setelah hampir 1 jam kami semua yang ada dirumah saudara tersebut berbual-bual berkenaan penyakit adik dan rawatan bomoh budha tersebut sambil minum dan menjamah hidangan, barulah bomoh tersebut ambil semula rantainya dan dikalungkan pada lehernya. Kata bomoh budha tersebut belum pernah lagi dia mengalami kejadian seperti itu selama dia merawat orang yang berbilang bangsa. Dalam hati saya memang mengagumi ilmu zikirulLah ini. Rupanya Allah SWT nak menunjukkan bukti kebenaran kekuasaan Allah, kebenaran islam sekaligus kehebatan ilmu zikirulLah amalan kami dengan asbab niat saudara kami yang nak membantu tadi dengan mendapatkan khidmat bomoh budha itu.

Memang terbukti dan telah dibuktikan sejak dari zaman Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW, Nabi Musa AS, Nabi Sulaiman AS dan sekelian nabi-nabi terdahulu lagi, namun kita yang membutakan mata dan hati untuk melihat serta mengakui kesemua bukti-bukti keWujudan Allah SWT, keBesaran-NYA, keKuasaan-NYA, keBenaran-NYA. Hindarilah bomoh-bomoh syirik dan khurafat. Banyak lagi pusat-pusat rawatan islam dan individu-individu yang menawarkan rawatan islam menggunakan ilmu zikirulLah dan Quran.

Saya berkeyakinan tinggi kepada semua perawat-perawat dari mana-mana pusat rawatan islam yang menggunakan ayat-ayat Quran, jadi datangilah mereka untuk mendapatkan rawatan. Marilah sama-sama kita tinggalkan bomoh-bomoh syirik dan khurafat, insyaAllah! Pasti dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini Allah akan menyembuhan kita. Jadikanlah pengalaman sebenar saya dari kisah ini sebagai bukti kehebatan zikrulLah dan ayat-ayat Quran serta perawat-perawat yang beramal dengannya.

PERINGATAN! :
Firman-firman Allah didalam Quran bukanlah seperti lampin pakai buang.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir


16 May 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon HADIAH DIATAS KEYAKINAN & BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH





Dengan Rahmat dan Rahim Allah SWT, Rabb yang Maha Suci dari segala sesuatu, yang Maha Besar meliputi segala yang nyata dan ghaib, yang Maha Pemberi Rezeki kepada sekelian makhluk serta yang Maha Penyayang dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang dengannya sampailah Rahmat kepada kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda.

Sebagai sebuah hadis qudsi Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW bersabda ertinya:
“Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingati-KU” (Riwayat Muslim)

Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini adalah berdasarkan dari pengalaman saya sendiri. Saya mempunyai sebuah kereta Proton Iswara tahun 1993. Walaupun agak uzur tapi Alhamdulillah tak banyak memberi masalah dan yang pentingnya tak perlu menanggung beban bayaran ansuran kerana saya beli secara tunai RM4000. Maka terlepaslah dari bebanan hutang dan riba.

Namun sebagai manusia yang mempunyai nafsu dan kehendak, teringin jugalah untuk memiliki kereta yang baru, lebih baik dan selesa. Setiap kali memandu kereta keluar kemana-mana, apabila terlihat kereta-kereta dijalanan yang menarik minat saya, nafsu mulalah membuak-buak apalagi syaitan pula mudahlah nak masuk jarum menghasut sehinggakan memberi idea-idea yang akan merosakkan hati ini. Maklum sahajalah tugas saya sebagai perawat yang tak pernah meletakkan sebarang harga, tidak pula mengharapkan pemberian dari pesakit yang mendapatkan rawatan, itulah iktikad yang selama ini saya pegang.

Bila bisikan syaitan mula kedengaran seolah berkata “engkau boleh dapat kereta-kereta macam tu. Asalkan kau letak harga atas rawatan kau tu. Apa nak dikisahkan? Tengok je kat internet semua yang memberikan rawatan islam macam kau semua letak harga tinggi-tinggi, mahal-mahal malah mereka tu ada yang bergelar ustaz, haji, dan ada pula yang dah berbelas tahun belajar di Mekah. Hinggakan ada diantara mereka yang duduk di rumah besar dan berkereta mewah hasil dari rawatan islam yang mereka buat, kau! apa yang ada? kau yang bodoh! Tak nak letak harga”.

Setiap kali terlihat kereta idaman hati dan bila bisikan-bisikan tu mula nak meracun, saya lawan dengan berkata, “Janganlah risau! Kalau Allah nak bagi aku takde siapa yang boleh halang. Aku pastilah kalau aku nak Allah akan kurniakan juga pada aku satu hari nanti”. Dan saya tetapkan iktikad kata-kata ini dihati.

Kebetulan pula dalam masa yang sama tarikh untuk saya berangkat ke Indonesia bagi meyambung pelajaran dengan Guru dah tiba duit pula lansung takde. Lebih menyedihkan lagi, Guru dan beberapa rakan telah pun berangkat ke Indonesia sedangkan saya terpaksa tangguhkan kerana tiada duit. Namun saya serahkan semua kepada Allah SWT yang Maha Kaya, lebih-lebih lagi saya sering mengamalkan firman Allah dibawah ini sebagai wirid harian jadi saya YAKIN Allah SWT pasti memberikan rezeki-NYA kepada saya.

Firmah Allah :
“dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya Dengan tidak terhitung” (An-Nuur : 38)

Alhamdulillah! Dengan Rahmat Allah yang Maha Kaya, tanpa disangka-sangka saya mendapat khabar berita yang amat mengembirakan hati. Dengan beriktikad dan bersungguh-sunguh yakin kepada Allah dan mungkin juga dengan mengamalkan ayat Quran diatas sebagai wirid harian 100x setiap lepas solat maka Allah kurniakan kepada saya duit yang lebih dari mencukupi untuk tambang pergi-balik dan belanja ke Indonesia. Yang lebih mengembirakan lagi, Allah SWT telah memakbulkan hasrat saya untuk memiliki kereta yang dalam ketegori mewah juga, besar dan selesa tanpa perlu menanggung bebanan ansuran bulanan.

Firman Allah :
“dan janganlah kamu BERPUTUS ASA dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir" (Yusof : 87)

Sabda Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW :
“Berfiman Allah: aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban)

Sebenarnya apa yang ingin saya tekankan disini adalah iktikad keyakinan kepada Allah SWT seterusnya kebenaran agama islam. Bersungguh-sungguhlah dalam beriktikad dan beribadah kepada Allah SWT sehingga terbukti pada diri kita yang akhirnya dengan bukti yang dapat kita buktikan dan alami sendiri maka tiadalah lagi pergantungan kepada yang selain Allah SWT dan tiada pula keraguan dalam beribadah malah dapat menambah serta meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT yang Maha Agung, Maha Segala-galanya.


Dari cerita dan pengalaman ini, saya bermohon dan merayu sangat-sangat kepada semua yang berhajat, bermasalah kewangan dan yang mengalami penderitaan penyakit disihir, saka, masalah rumahtangga atau apa saja, marilah kita mengabdi diri serta berserah diri kepada Allah SWT dengan bertawakkal bersungguh-sungguh. Kukuhkan iktikad dan keyakinan kepada Allah SWT sepertimana firman Allah SWT dalam surah Yusof tersebut dan dalam hadis Nabi SAW, nescaya Allah SWT akan merahmati dan memberikan kurnia-NYA kepada kita, YAKINlah! YAKINlah! YAKINlah! InsyaAllah!

PERINGATAN! :
Firman-firman Allah didalam Quran bukanlah seperti lampin pakai buang.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

04 May 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon AMALAN PENDINDING DIRI, KELUARGA & RUMAH


AlhamdulilLah! Dengan izin Allah Yang Maha Mulia, Maha Suci, Maha Hebat lagi terbukti Maha Agung, dengan Rahmat, Rahim dan limpahan Faidz-NYA dapatlah saya menyampaikan amalan pendinding ini diatas permintaan yang banyak saya terima dari email-email yang dikirimkan.

Berikut adalah ayat :

(klik untuk besarkan)

Cara amalannya :
1. Hendaklah diamalkan sebanyak 11X setiap lepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3X selama 7 hari berturut-turut.

2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7X setiap penjuru.

Nota : Ada juga yang menuliskan ayat kedua ayat ini pada 4 keratan kertas lalu ditanam pada empat penjuru rumah.

PERINGATAN! :
Iktikad kita perlulah diperbetulkan dengan meyakini bahawa hanya Allah SWT sahajalah yang berupaya memberikan perlindugan. Tujuan ayat dibaca dan diamalkan dengan berharap kepada Allah SWT dengan membacakan FirmanNYA dan meyakini sebulat hati bahawa Firman Allah adalah Maha Benar.

Hendaklah ayat ini dijadikan amalan harian dan diterapkan dalam kehidupan harian bukan bagi tujuan tertentu atau atas kehendak kita sahaja.

AWAS! :
Firman-firman Allah didalam Quran bukanlah seperti lampin pakai buang.

Asbabbun Nuzul ayat 8-9 surah Yaasiin :
“Ikrimah RA. Menjelaskan bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu Jahal yang berkata “Jika bertemu Muhammad, aku akan membunuhnya.” Saat Junjungan Hadhrat Baginda RasullulLah SAW berada didekatnya, orang-orang memberitahu Abu Jahal. Akan tetapi Abu Jahal tidak dapat melihat Junjungan Hadhrat Baginda RasullulLah SAW.
(HR. Ibnu Jarir. Lihat Qurthubi : 8/5640).

Menurut dari sekelian Guru-guru saya, amalan Yaasiin ayat 8-9 ini dengan kehendak, kebesaran dan keizinan dari Allah SWT dapat melindugkan diri dan rumah dari gangguan sihir, musuh dan perompak.

Saya sendiri telah mengamalkannya dan mendapatkan bukti kebenaran Firman Allah didalam surah Yaasiin ayat 8-9 ini hingga terpelihara diri dari bala bencana dan selamat sampai kerumah. Kejadian ini bersaksikan hampir lebih dari 200 orang ketika itu. Apapun terserah kepada anda samada untuk mempercayai atau tidak. Terserah juga kepada anda untuk mengamalkannya atau tidak.

Banyak lagi ayat-ayat dari Quran yang merupakan Firman dari Allah SWT yang telah saya amalkan dan mendapat bukti kebenarannya melalui kejadian yang berlaku kepada diri saya sendiri. Malah dengan pembuktian dari Allah SWT ini juga menambahkan keyakinan dan keimanan saya kepada Allah SWT Yang Maha Agung.

Agak menyedihkan juga apabila ramai dari umat islam sendiri yang mengatakan ayat-ayat Quran yang merupakan firman-firman Allah SWT ini sebenarnya hanyalah sebagai peringatan dan panduan sahaja dan tidak pula mempunyai apa-apa keberkesanan. Malahan ada yang mendakwa ayat-ayat Quran tidak boleh memerangi atau menghalau syaitan dan jin yang mengganggu manusia seperti mana yang digunakan oleh perawat-perawat dari Rawatan Islam. Penjelasan saya, fahamilah firman Allah SWT ini :

Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, (Yaasiin : 2)

InsyaAllah dijika mendapat limpahan Faidz, Rahmat dan keizinan Allah SWT, akan saya berikan pula huraian serta hujah dalil akli KEBENARAN QURAN bagi kefahaman kita dan semoga dapat dijadikan sebagai senjata hujahan bila berdepan dengan orang yang bukan beragama islam yang sekeras-kerasnya mendakwa Quran itu rekaan Muhammad semata-mata.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR