Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
23 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon RAHSIA DAN FADHILAT 7 AYAT QURAN




AlhamdulilLah! AlhamdulilLah! AlhamdulilLah! Ucapan syukur yang semampunya saya panjatkan ke Hadhrat Allah SWT yang telah membukakan hati saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang diajarkan oleh Guru saya kepada saudara-saudari semua. Harapannya semoga diamalkan dan dapat pula memberi manfaat dengan izin Allah SWT jua. Bukanlah banyak ilmu didada saya melainkan hanya satu titik dari huruf “Ba” sahaja.

7 ayat ini digunakan bagi menangkis dan melindungi diri dari sihir, guna-guna dan seumpamanya malah boleh juga digunakan bagi menyembuhkan orang yang terkena ilmu tersebut. Juga untuk mengelak dari terkena pukau. Syaratnya tiadalah lain melainkan meyakini akan setiap ayat yang dibaca malah meyakini keseluruhan Quran itu sendiri termasuk dalam Rukun Iman. Dan tiadalah ia dapat memberi manfaat melainkan perlu dijadikan amalan harian bukannya bila perlu atau selepas terjadi sesuatu perkara barulah kita membacanya.

Quran itu bukanlah dibaca hanya ketika perlu saja bahkan patut dibaca setiap masa. Diambil ikhtibar dan pengajarannya sebagai panduan hidup didunia dan diamalkan pula dalam kehidupan harian. Malangnya kita hari ini hanya teringatkan serta membacakan ayat-ayat dan surah-surah Quran ketika perlu atau sewaktu ditimpa musibah sahaja begitulah juga halnya dengan zikir, solat dan doa. Ada pula diantara kita apabila berhasil hajat selepas mengamalkan zikir, solat dan doa maka terus ditinggalkan amalan hinggalah datangnya waktu perlu atau ditimpa musibah.

Inilah kebenaran yang terjadi. Sampai begitu sekali kita melayan Allah dan Quran hanya ketika PERLU. Sebelum saya merepek lebih jauh lagi, disini saya kongsikan fadhilat 7 Ayat Quran.

Ayat Pertama
Surah At-Taubah ayat 51 :
Katakanlah: "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal"

Ayat Kedua
Surah Yunus ayat 107 :
“dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu Yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannya melainkan DIA; dan jika DIA menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

Ayat Ketiga
Surah Hud ayat 6 :
“dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata”

Ayat Keempat
Surah Hud ayat 56 :
"kerana Sesungguhnya Aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah Yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan Yang lurus”

Ayat Kelima
Surah Al-‘Ankabut ayat 60 :
“dan (ingatlah) berapa banyak binatang Yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah Yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”

Ayat Keenam
Surah Faathir ayat 2 :
“apa jua jenis rahmat Yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun Yang dapat menahannya; dan apa jua Yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun Yang dapat melepaskannya sesudah itu. dan (ingatlah) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Ayat Ketujuh
Surah Az-Zumar ayat 38 :
dan Demi sesungguhnya! jika Engkau bertanya kepada mereka itu: "Siapakah Yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah: "Kalau demikian, Bagaimana fikiran kamu tentang Yang kamu sembah Yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku Dengan sesuatu bahaya, Dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, Dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang Yang mahu berserah diri"

Semoga dapat dijadikan sebagai panduan dan amalan seharian dan ketika keadaan memerlukan. Yang terutamanya dengan menjaga solat 5 waktu. Tiadalah ia memberi manfaat melainkan dengan izin Allah SWT jua, maka hendaklah kita kukuhkan serta bulatkan iktikad kepada Allah SWT semata-mata dengan menyakini kekuasaan Allah SWT dan kebenaran firmanNya iaitu mukjizat Quran itu sendiri dan berserah diri dengan sebenar-benarnya kepada Hadhrat Allah SWT Yang Maha Agung. Adalah TERLEBIH BAIK jika kita berpegang dan mengamalkan keseluruhan Quran itu daripada mengambil sebahagian darinya saja.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

22 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SUKAR DAPAT ANAK, AKHIRNYA DIKURNIAKAN ALLAH




Semalam seseorang yang pernah mendapatkan rawatan saya pada pertengahan tahun lepas berkenan gangguan sihir datang menemui saya membawa berita gembira. Adiknya yang sebelum ini sukar dapat anak selepas berkahwin kini telah pun mempunyai zuriat. Dikhabarkan kepada saya yang adik iparnya baru saja selamat melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang sekarang ini.

Pertengahan tahun lepas, saya telah dijemput ke utara tanahair untuk melakukan rawatan gangguan sihir. Dalam masa yang sama pasangan suami isteri ini juga mengadu hal mengenai susah mendapatkan zuriat. Selepas selesai memberi rawatan sihir, saya teruskan pula dengan rawatan kepada pasangan suami isteri ni. Saya mulakan dengan melakukan “scan” pada suami, ternyata tiada apa-apa masalah kemudian beralih kepada si isteri pula.

Dalam “pandangan” saya kelihatannya rahim si isteri ni jauh sangat ke atas, apabila ditanya suami isteri ni pun menceritakan pada saya dalam usaha mereka untuk mendapatkan anak, banyak tempat mereka dah pergi untuk berurut. Ada bidan urut yang kata terlalu tinggi ada pula yang kata terlalu rendah.

Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar kurniakan anak kepada mereka melalui amalan yang Guru ajarkan kepada saya selebihnya atas izin Allah jua. Saya juga membetulkan kedudukan rahim si isteri dengan cara “makrifat” tanpa menyentuh tubuh badannya secara lansung. Setelah selesai rawatan saya juga sarankan kepada pasangan suami isteri ini supaya mencari bidan kampung yang benar-benar mahir bukan sekadar boleh saja. Alhamdulillah! Berita semalam amat mengembirakan saya kerana hajat pasangan ini untuk memiliki anak telah dimakbulkan Allah.

Jadikanlah firman Allah ini sebagai pedoman :

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya” (Ali-Imran : 14)

“dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar” (Al-Anfaal : 28)

“Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan” (At-Tahriim : 6)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

10 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SELINGKAR SEJARAH BERMULA KISAH




Ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri dan bagaimana bermulanya pengibatan saya didalam bidang rawatan islam ini. Malah kerana peristiwa yang saya alami ini juga telah menyuntik semangat untuk membantu orang yang memerlukan tanpa menetapkan apa-apa harga atau bayaran pengeras, mahar atau fidyah.

Semua ni bermula pada 2005 dimana saya telah terpisah dengan orang yang amat-amat saya sanyangi. Saya kehilangan bukan seorang tapi 2 orang sekali dalam masa yang sama iaitu isteri dan anak, bukan pula kerana kematian tapi telah dipisahkan dari saya. Tak perlulah saya ceritakan secara terperinci nanti seolah membuka pekung didada pula. Akibat dari itu saya seperti kehilangan akal. Macam-macam usaha yang saya lakukan untuk mendapatkan mereka kembali. Pergi cari bomoh, dukun dan pawang sana-sini. Tak kira melayu, orang asli dan siam semua saya redah asalkan dapat membantu selesaikan masalah saya.

Akibatnya prestasi kerja saya terganggu. Saya yang ketika itu bekerja sebagai Pengurus Cawangan Malaysia dengan sebuah syarikat international yang pejabat regional berpengkalan di Singapura manakala ibupejabat asianya di Bangkok dan syarikat induknya di US dengan gaji yang agak tinggi akhirnya dibuang kerja. Segala usaha untuk mendapatkan kembali isteri dan anak tak pernah berhasil walaupun telah hampir seluruh pelusuk negara saya jelajah bagi mengunjungi segala bomoh, pawang dan dukun.

Akhirnya setelah wang simpanan hampir habis dibelanjakan untuk bomoh, pawang dan dukun namun tidak berhasil saya mula membeli buku-buku ilmu mistik dari iklan-iklan akhbar Mingguan Perdana, Bacaria dan seumpamanya. Saya mula mengamalkan ilmu-ilmu melalui buku-buku yang saya beli hingga pada satu hari saya mula boleh melihat dan berbicara dengan jin ifrit (baca kisahnya pada tajuk BERTEMU IFRIT-Bah 1 – Akhir). Sebelum mengamalkan ilmu dari buku-buku yang saya beli, melalui iklan di akhbar BACARIA saya buat ikhtiar terakhir dengan mengunjungi BOMOH MONA (bukan Mona Fendy ye) yang mengaku keturununan wali songo (sembilan) yang pusat rawatannya beralamat di sebuah kondo mewah di Segambut tapi yang mana 1 dari 9 wali tu tak pula dinyatakan.

Waktu tu duit yang ada dalam simpanan saya hanyalah RM20 lebih saja. Dari rumah saya menaiki bas ke stesen Puduraya dan dari situ saya berjalan kaki hingga ke Segambut. Dalam fikiran macam-macam yang saya fikirkan hingga tak terasa penatnya berjalan begitu jauh. Dengan duit sebanyak itu saya pasrah dan bermohon pada Allah agar usaha terakhir saya ni berhasil dan bomoh keturunan wali 9 dapat membantu saya tanpa meminta sebarang bayaran lagipun pada iklannya di akhbar BACARIA telah tertulis bayaran seikhlas hati. Sebaik sampai ada 2 orang lagi sedang menunggu giliran. Bila sampai giliran saya, agak kecewa jugak kerana yang merawat bukan Bomoh Mona tu tapi suaminya. Takpelah, lalu saya menceritakan semua masalah saya dan tanpa segan-silu saya menerangkan perihal bagaimana saya berjalan kaki dari Puduraya ke tempatnya kerana tiada duit yang mencukupi.

Dalam tak sedar saya menanggis sambil merayu dia membantu menyelesaikan masalah saya. Saya katakan padanya saya hanya ada RM20 saja RM10 untuk bagi padanya manakala RM10 lagi untuk belanja saya. Malangnya dia kata boleh membantu saya dengan pengeras sebanyak RM400 padahal dah saya ceritakan sehingga menangis saya takde duit yang ada hanya RM20. Dia suruh saya balik cari duit atau pinjam pada sesiapa bawakan duit tersebut padanya barulah dia akan bantu. Sedih dan kecewanya saya Allah saja yang tau. Dalam iklan akhbar kata seikhlas hati sekarang mintak sampai RM400 pulak.

Dengan rasa penuh kecewa saya letakkan RM10 depannya terus saya berlalu keluar dari bilik rawatannya itu. Rentetan dari itulah saya mula bekerja mengumpul duit untuk berubat dan belajar ilmu perubatan islam di Indonesia. Selama 2 tahun saya menghilangkan diri dari keluarga tanpa dapat dihubungi. Sejak itu jugalah saya memasang azam dihati jika mampu memiliki ilmu perubatan saya akan membantu orang yang memerlukan tanpa sebarang bayaran pengeras, mahar atau fidyah. Saya dah alami dan tak akan biarkan orang lain alami apa yang pernah saya alami. Namun perlulah di ingat, kesembuhan adalah hak Allah kami di Darul Azzikri hanya berusaha untuk membantu saja.

Alhamdulillah! Apabila saya telah sembuh barulah sedar dan insaf atas apa yang berlaku pada saya akibat dari kesalahan diri sendiri dan kerana Allah lebih sayangkan saya maka diberi pengajaran dan peringatan sebegitu untuk membawa saya ke pangkal jalan, Jalan ZikrulLah, Jalan Allah. Dan Allah jua telah kurniakan 2 orang isteri yang amat baik dalam hidup saya sekarang. Allah ambil 1 dari saya bila bertaubat dan benar-benar kembali ke jalanNYA, Allah kurniakan berlipat-ganda dengan anugerahkan 2 orang isteri yang saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain. Kadang-kadang rasa diri saya pulak yang terabai akibat keduanya asik nak menjaga antara satu sama lain.

“Ya Allah yang aku cintai, aku bersujud kepada MU berserah diri dan bersyukur atas nikmat limpahan kurnia MU yang sebesar-besarnya bagi ku. Ya Allah yang aku cintai, aku bersujud, bersaksi dan bersumpah TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU YANG MAHA AGUNG MAHA SUCI MAHA TINGGI MAHA BESAR MAHA BENAR DAN MAHA ESA. HANYA ENGKAULAH SELAYAK-LAYAK TUHAN YANG PATUT DISEMBAH dan aku bersujud menyembah MU dan berserah diri pada MU” Amin…


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Darul Azzikri PostHeaderIcon PENGERAS, MAHAR DAN FIDYAH




Masih ramai yang menghantar email bertanyakan tentang soal bayaran pengeras, mahar ataupun fidyah bagi khidmat rawatan yang kami berikan. Tidak kurang juga yang bertanyakan soalan berkenaan jenis-jenis penyakit yang boleh kami rawat. Walaupun dah banyak kali diterangkan berkenaan bayaran khidmat ini tapi masih ramai lagi yang tak faham dengan falsafah perubatan kami. Jadi kali ini biarlah saya jelaskan dengan terperinci untuk kefahaman semua. Seperti mana firman Allah didalam Quran seperti dibawah ini :

“dan sesiapa Yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah Dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya” (Al-Maa’idah : 32)

“dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya” (Al-Hasyr : 9)
Justify Full
Sabda Hadhrat Junjungan Nabi SAW :

“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain (H.R. Bukhari)

Sebenarnya masih banyak lagi firman-firman Allah seperti diatas kalau nak disenaraikan tapi yang lebih baiknya kalau sendiri buka Quran baca dan fahamkan isi serta maksudnya bukan sekadar terjemahannya saja. Berlandaskan firman-firman Allah seperti inilah kami memberikan khidmat rawatan tanpa sebarang bayaran “Pengeras” yang buat orang “Keras” bila mendengar jumlahnya, “Mahar” yang terlalu “Mahal” harganya Fidyah yang membuat orang “Susah”. Kita fikirlah sendiri si pesakit dan keluarganya dah tentulah banyak berabis duit untuk mendapatkan rawatan maka tergamakkah kita menyusahkan mereka lagi? Bagaimana kalau perkara ini terjadi pada diri kita sendiri, keluarga dan handai-taulan?

Yang lebih penting dan terutama untuk semua perawat-perawat fikirkan adalah, SIAPA YANG MENYEMBUHKAN? AYAT SIAPA YANG KITA PAKAI? Terus-terang saya katakan kami menggunakan ayat-ayat dari surah-surah Quran dan yang menyembuhkan adalah Allah SWT Yang Maha Penyembuh, kami hanyalah berusaha jadi bagaimana kami nak meletakkan sebarang harga atau bayaran? Kami tak berani untuk memberi JAMINAN KESEMBUHAN melainkan Allah jualah yang mengIZINkan dan menghendakinya. Atas timbangan atau ukuran apakah yang kami nak guna bagi menetapkan sebarang harga atau bayaran? Jika atas tenaga dan usha bukankah firman Allah diatas tu dah cukup jelas menerangkannya? Jika terpaksa kerumah pesakit dan keluar belanja petrol, tol, parking, makan/minum, dan sebagainya tidakkah boleh kita anggap itu sebagai sedekah atau jariah membantu sesama manusia? Jika tiada kemampuan untuk ke tempat pesakit kerana masalah kewangan bukahkah kita boleh menolaknya dengan baik bukan meletakkan harga yang membebankan pesakit.

Firman Allah SWT :

“dan berimanlah kamu Dengan apa Yang Aku turunkan (Al-Quran) Yang mengesahkan benarnya Kitab Yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang Yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan Yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa” (Al-Baqarah : 41)

Jika harga diletakkan atas barang keperluan perubatan maka letaklah harga yang sewajarnya bukan mengambil keuntungan berlipat ganda. Sebab itulah saya lebih suka minta sipesakit sendiri yang menyediakan barang keperluan rawatan agar tidak meletakkan harga. Kalau terpaksa pun saya yang menyediakannya saya anggap sebagai sedekah jariah saja. Kami pernah banyak kali dijemput sehingga ke utara dan selatan tanahair, namun kami sesama jemaah Darul Azzikri berpakat berkongsi duit bagi perbelanjaan perjalanan seperti petrol, tol dan sebagainya malah ada dikalangan jermaah yang berebut-rebut nak keluarkan duit hingga saya sendiri takde peluang nak keluar duit. Sehingga kini tanpa meletakkan sebarang bayaran, ramai dari pesakit yang pernah dirawat tak pernah pula tak menghulurkan hadiah kepada kami atas usha dan khidmat yang kami berikan.

Mereka sendiri pun ada akal fikiran tau penat-lelah dan susah-payah kita sebagai perawat. Mereka pasti akan bagi tanpa ditetapkan sebarang bayaran pun seperti pepatah melayu “orang berbudi kita berbahasa”. Selalunya duit hadiah pemberian pesakit tu saya bawa semua ahli jemaah yang terlibat pergi makan sama-sama. Kami hanya akan meletakkan harga pada khidmat tertentu seperti urut dan bekam serta pada produk-produk kami yang berkaitan duniawi. Saya memang nak ubah semula konsep perubatan islam yang berteraskan tolong-menolong dan bantu-membantu sesama manusia bukan nak mencari keuntungan atau sebagai mata pencarian atau pendapatan. Ini semua kerana sebelum belajar ilmu perubatan islam ni saya sendiri berpengalaman mengalami nasib dikedudukan sebagai pesakit. InsyaAllah akan saya ceritakan pada artikel yang lain.

Berkenaan soalan khidmat rawatan yang kami berikan pula tidaklah khusus tapi mengikut kemampuan kami saja. InsyaAllah! Apa saja penyakit yang dirasakan mampu untuk diusha atau ikhtiarkan akan kami terima jika tidak kami akan jelaskan kepada pesakit yang bertanya dan nasihatkan agar mencari perawat yang lain.

Apapun saya menyusun jari memohon ampun maaf kepada semua perawat-perawat lain yang membaca artikel ini sekiranya mereka tersinggung dengan artikel saya ini. Saya tidak tujukan kepada mana-mana perawat hanya sekadar penjelasan kepada pengunjung blog yang sering sangat bertanyakan berkenaan bayaran pengeras, mahar dan fidyah atas rawatan yang kami berikan.

Firman Allah :

Katakanlah: "Apa jua Yang Aku harap kamu berikan kepadaKu sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan Yang menjadi upahku Yang sebenar hanyalah dari Allah, dan ia sentiasa memerhati serta menyaksikan tiap-tiap sesuatu" (Saba’ : 47)


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

09 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon TAWAJJUH

Tawajjuh
Sekadar meluah apa yang terpendam. Dah lama sangat simpan terpaksa jugalah diluahkan...





WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

04 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SEKOLAH BERPENUNGGU



Awal minggu ini saya diberitahu oeh salah seorang ahli jemaah DA mengatakan kami dijemput untuk melakukan “pembersihan” disebuah sekolah di Kuala Lumpur. Diceritakan kepada saya bahawa guru, murid dan kakitangan sekolah sering diganggu. Malah mereka mendakwa sering melihat kelibat-kelibat menakutkan ditandas guru dan kawasan sekolah. Diceritakan lagi bahawa ramai di antara murid-murid yang teah bertukar ke sekolah lain kerana tak tahan dengan gangguan yang mereka hadapi hinggakan mengganggu tumpuan mereka kepada pelajaran kerana sering mengambil cuti sakit akibat terkena gangguan.

Ada juga dikalangan guru-guru dan kakitangan sekolah yang terpaksa berubat kesana-sini bila terkena gangguan. Saya juga diberitahu bahawa sebelum ini pihak sekolah pernah menjemput seorang ustaz untuk melakukan “pembersihan” terhadap gangguan sekolah tersebut, malangnya ustaz terbabit meletakkan harga RM1,200 untuk melakukan tugas tersebut dengan mengambil kira belanja minyak kenderaan, tol, makan minum dan sebagainya. Terperanjat juga saya mendengarnya. Sekarang ni bayaran perkhidmatan bomoh dan rawatan islam dah macam doktor pakar. Oleh kerana pihak sekolah tidak mempunyai peruntukan untuk itu terpaksalah mereka tangguhkan dulu bagi mengumpul dana jumlah yang diminta.

Kebetulan seorang daripada guru sekolah terbabit mengenali salah seorang jemaah DA yang juga seorang guru sekolah, lalu meminta agar dibantu dalam menyelesaikan masalah gangguan yang dihadapi disekolahnya kerana diminta oleh Guru Besar sekolah terbabit agar diselesaikan segera. Agak terperanjat juga guru tersebut bila diberitahu oleh jemaah DA ni yang kami beri perkhidmatan tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Macam tak percaya pulak dia bila diberitahu begitu. Sebenarnya kami memberi perkhidmatan bukanlah PERCUMA tetapi adalah mengikut seperti apa yang difirmankan Allah SWT didalam Quran :

“Wahai kaumku! tiadalah Aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran Yang Aku sampaikan) itu. upahku hanyalah dari Allah Yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal” (Huud : 51)

"Turutlah orang-orang Yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk" (Yaasiin : 21)

“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya, dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya” (Al-Zalzalah : 7 – 8)

“Adapun orang Yang memberikan apa Yang ada padanya ke jalan kebaikan dan, serta ia mengakui Dengan yakin akan perkara Yang baik, maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan” (Al-Lail : 5 - 7)

Pada hari yang telah dijanjikan, kami pun ke sekolah terbabit selepas jam 12mlm. Kami kesana waktu sedemikian bukan atas sebab-sebab tertentu Cuma terlalu banyak undangan rawatan kadang-kadang 1 malam sampai 3 4 kes kena pulak secara tiba-tiba da kes kecemasan yang perlu rawatan segera. Kadang-kadang ahli keluarga saya sendiri pun sering menghubungi untuk medapatkan rawatan lebih-lebih lagi Bonda saya yang tercinta. Memang saya akan utamakan Bonda dan keluarga dulu kerana itu lebih afdhal.

Sebaik sampai disekolah kami ditunjukkan tempat-tempat yang sering terjadi gangguan dan kelibat-kelibat misteri sering dilihat. Kami juga dibawa ketempat yang paling “keras” disekolah tersebut. Di situ terdapat pondok rehat pelajar dan disitulah kami memulakan tugas. Sebaik mengambil tempat dan memulakan bacaan aya-ayat Quran tertentu, secara tiba-tiba terdengar pintu bilik darjah ditingkat 3 kalau tak salah saya seolah dihempas atau ditendang kuat oleh seseorang. Kami tak memperdulikannya malah meneruskan bacaan. Bunyi tadi diganti pula dengan bunyi seolah-oleh seseorang menumbuk atau menghentak meja bertalu-talu. Bunyi memang jelas kedengaran dan agak kuat tapi kami tetap meneruskan apa yang sedang kami lakukan.

Saya meninggalkan seorang perawat DA ditempat tersebut untuk meneruskan “pembersihan” manakala yang lainnya seramai lebih kurang 6 orang mengikut saya ke lokasi lain pula. 2 orang perawat DA saya arahkan untuk melakukan pembersihan dikawasan Kantin. Salah seorang darinya mendapat tanda seperti sengatan lebah dan bengkak di ibu jari tangan dan seorang lagi mendengar suara orang ketawa. Kami menuju ke tandas guru yang dikatakan guru-guru sering melihat kelibat-kelibat misteri walaupun di siang hari persekolahan. Disitu saya memulakan “pembersihan” dan serta-merta bau wangi memenuhi ruang dalam tandas tersebut. Selesai semuanya kami berjanji untuk datang semula bagi tujuan memasang pagar agar makhluk halus tak lagi menggangu dikawasan sekolah berkenaan.

Pada hari berikutnya saya diberitahu oleh guru tersebut yang kawasan banggunan sekolah berhampiran pondok tempat kami melakukan “pembersihan” itu diselubungi bau wangi seolah haruman daun pandan bercampur minyak attar. Hampir semua guru dan murid mencium bau ini. Pada hari yang dijanjikan saya dan 3 orang lagi perawat DA ke sekolah terbabit untuk memasang “pagar”. Sebaik masuk kedalam kawasan sekolah saya nampak kelibat lembaga hitam menanti dan hilang dengan tiba-tiba manakala perawat yang lain merasakan bulu roma mereka meremang dengan serta-merta. Semasa proses memasang pagar tu takde perkara pelik yang berlaku melainkan bunyi ketukan 2 atau 3 kali disatu tempat berhampiran kantin sekolah.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selesai dengan baik. Malah selesai menanam “pagar” serta-merta tiada lagi perasaan aneh, seperti diperhatikan orang dan meremang bulu tengkuk. Sebelum balik saya sempat menemubual Pengawal Keselamatan sekolah terbabit yang setiap hari bertugas dari jam 7pm ke 7am. Menurut beliau, semasa membuat rondaan pernah mendegar bunyi alat muzik dimainkan pada jam 2am dan pernah melihat kelihat misteri berwajah tengorak dan berekor. Benar tidaknya saya tak dapat pastikan.

Firman Allah :

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu memerangi pasukan (musuh dan syaitan) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah (zikir) Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Al-Anfaal : 45)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

02 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon MASALAH KELAKIAN – SENDIRI CARI PENYAKIT




Tak lama dulu iaitu pertengahan tahun lepas ada seorang lelaki pertengahan umur datang menemui saya untuk mendapat rawatan. Pada mulanya dia agak malu-malu untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Dengan wajah yang agak sedih dan malu-malu dia menceritakan masalahnya kepada saya. Lelaki ni mendakwa disihir oleh isterinya menyebabkan dia mengalami masalah lemah tenaga batin malah menyebabkan “kelakiannya” hampir tidak mampu untuk berfungsi. Cerita lelaki ni lagi dia pernah menangkap isterinya bersama lelaki lain keluar dari sebuah hotel di PJ. Setelah disoalsiasat, akhirnya isterinya mengaku menjalin hubungan sulit dengan lelaki terbabit hingga terlanjur dihotel tersebut.

Yang mengagumkan saya, lelaki ni memaafkan ketelanjuran isterinya dan menerima kembali isterinya demi masa depan 2 orang anak-anak mereka yang masih kecil. Tak ramai lelaki yang sebegini dalam dunia ni. Katanya mungkin kerana hubungan sulitnya dengan lelaki lain membuatkan si siteri menyihirnya hingga “kelakiannya” tak mampu untuk berfungsi. Namun kata lelaki ni setelah dicekup, isterinya berjanji memutuskan hubungan dengan lelaki terbabit setelah suami memaaf dan menerimanya kembali. Lelaki ni tetap merasakan isterinya masih ada hubungan sulit dengan lelaki terbabit dan telah menyihirnya hingga jadi begitu.

Saya hanya mendengar saja cerita lelaki ni dan bagi peluang dia meluahkan segala masalahnya kerana dari riak wajahnya memang nampak sangat dia sedang bersedih dan seolah memendam rasa dan dendam pada isterinya. Selesai dia meluahkan ceritanya saya pun mintak izin untuk memulakan rawatan. Saya mula bertafakur dan duduk dalam zikir khafi sehinggalah terasa zikirulLah menjalar satu badan dan bergema semakin kuat dari dalam. Kemudian didalam tafakur itu jugalah saya merenung tetap kepada lelaki dihadapan saya ni bagi memahami masalahnya. Apa yang saya dapati sebenarnya lelaki ni yang sememangnya mempunyai masalah “kelakian”, oleh kerana itulah isterinya cari makan diluar. Tapi memang isterinya dah memutuskan hubungan dengan lelaki kekasih gelapnya tu, itu memang telah saya pastikan.

Setelah selesai bertafakur, saya terus-terang kepada lelaki ni bahawa dia tak lansung disihir. Isterinya tak pernah mengenakan sihir padanya hingga menyebabkan dia mengalami masalah “kelakian”. Saya berterus-terang memberitahu dia berkenaan masalah kelakiannya itu memang sejak awal perkahwinan malah pada malam pertama perkahwinannya pun memang dia dah bermasalah. Saya juga katakan padanya bahawa masalahnya itu berpunca daripada sikapnya sendiri yang sejak dari zaman remaja lagi sudah mula melakukan onani (melancap). Merah padam juga muka lelaki tu bila dengar kata-kata saya. Dia mengakui perbuatannya itu malah katanya selepas berkahwin pun dia masih melakukan perbuatan itu kerana rasa tak puas kalau tak buat mungkin dah jadi kebiasaan.

Itulah, sendiri yang buat penyakit salahkan orang lain pulak. Si isteri pula bila tak puas tak nak terus terang dengan suami agar suami berubat supaya pulih tapi cari allternatif lain pulak nak dapat kepuasan. Kena pulak si lelaki kekasih gelap tu “power” berganda-ganda dari suami dan dapat memberi kepuasan, terus campak halal haram dosa pahala asalkan dapat memuaskan nafsu. MasyaAllah! Apalah dah jadi dengan melayu yang berketurunan islam sekarang ni. Perbuatan buruk onani ni memang boleh menyebabkan kerosakan pada alat kelakian kerana tangan kita ni kasar kena pula disental dikocok dan digenggam dengan kasar rosaklah tisu-tisu dan urat sarafnya.

Saya sarankan lelaki ni datang semula pada tarikh yang saya berikan untuk mendapatkan rawatan pemulihan kelakiannya tu. Sampai hari yang dijanjikan, saya merawat lelaki ni dengan kaedah PEMANASAN DENGAN BALUTAN PANAS dan urutan MINYAK PASAK JANTAN yang saya buat sendiri yang antara bahan-bahannya lintah, belut, hempedu kambing dan beberapa bahan lagi dan diwiridkan dengan Asma’ Ul Husna tertentu serta beberapa ayat lagi. Minyak tu disapukan pada alat kelakian dan diurut menggunakan Pam Vakum penis selepas melakukan kaedah pemanasan dengan balutan panas. Setelah diajar dan dibekalkan dengan minyak tersebut saya sarankan padanya untuk melakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Saya juga bekalkan ramuan JANTAN PERKASA kepada lelaki ni untuk diminum setiap pagi dengan 1 nafas selama seminggu. Semua ini dapat memulihkannya dan mengubati masalah praejakulasi yang dihadapinya.

Ada juga amalan ilmu Tangkur Buaya tapi yang ini saya tak perturunkan kepada sesiapa pun kerana bimbang dengan kesannya yang akan membuat perempuan terseksa jika terjadi perceraian. Si perempuan akan sering membeza-bezakan kemapuan kelakian suami (jika berkahwin semula) dengan bekas suami. AlhamdulilLah, sebulan selepas itu dia menghubungi saya untuk memberitahu perkembangan dirinya yang semakin pulih dan sembuh dengan melakukan setiap yang saya ajarkan padanya. Malah dia meminta izin dari saya untuk terus mengamalkannya.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Darul Azzikri PostHeaderIcon MASALAH REZEKI



Masa mula-mula saya terlibat dalam perubatan dulu iaitu selepas balik dari belajar ilmu perubatan di Indonesia, saya pernah didatangi sepasang suami isteri selepas mendapat tahu mengenai saya dari rakannya yang pernah mendapatkan rawatan dari saya. Biasalah orang kita ni kalau berubat 1 tempat tu dan berhasil habis diceritakan kepada sedara-mara, jiran dan kawan. Si suami tak banyak cakap agak pendiam orangnya jadi si isterilah yang jadi jurubahasanya.

Si isteri ni mengadulah hal suaminya yang dah setahun lebih diberhentikan kerja atas faktor umur yang mencecah tahap pencen. Selepas diberhentikan kerja dengan duit pampasan yang diterima si suami memulakan perniagaan sendiri. Malangnya setiap kali bertemu dengan pelanggan pasti takde yang lekat. Buat temujanji sana-sini sampai masa ada saja halagannya. Dah hampir setahun berniaga hanya dapat 2 3 projek yang kecil-kecil saja sampai tak lepas belanja dapur.

Selesai si isteri bercerita, saya pun jelaskan pada mereka berdua rezeki ni urusan Allah. Kadangkala kerana dosa dan kelalaian kita yang membuatkan Allah tak melipahkan Rahmatnya kepada kita. Saya katakan boleh cuba membantu tapi Allah jualah yang menentukan dan saya sarankan kepada pasangan suami isteri ni agar memperbanyakkan Solat Taubat dan Dhuha. Dalam masa yang saya saya ajarkan beberapa ayat-ayat Quran yang saya sendiri amalkan sebagai Wirid Kerezekian. Saya juga bersetuju untuk buatkan minyak pelarisan dengan syarat beriktikad kepada Allah saja, minyak tu hanya sebagai asbab saja atas alasan usaha. Minyak Pelarisan ini 100% dibuat dengan membacakan ayat-ayat Quran dan wirid-wirid Asma’ Ul Husna tertentu.

Sebulan kemudiannya saya terima sms dari si isteri tadi mengatakan usaha dan perniagaan suaminya sudah mula membuahkan hasil, berjalan lancar tidak seperti sebelum ini malahan sudah banyak menerima tempahan dari pelanggan. Dikatakan juga kepada saya bahawa sekarang ini setiap kali bertemujanji dengan pelanggan pasti membuahkan hasil. AlhamdulilLah! Semua tu urusan Allah dan Allah-lah yang merahmati dan melimpahkan rezeki kepadanya bukan kerana saya.

Beginilah orang melayu kita, asal ada je masalah perniagaan cari bomoh dan dukun untuk mendapatkan pelarisan sedangkan ayat-ayat Quran bagi tujuan pelarisan banyak yang boleh diamalkan namun kita lebih suka cari jalan mudah dengan mendapatkan minyak pelarisan daripada berusha mengamalkan ayat-ayat Quran sebagai wirid harian bertujuan meminta kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Firman Allah didalam Al-Quran yang bermaksud :

“dan (ingatlah) berapa banyak binatang Yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah Yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Al Ankabut : 60)

“Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Al Ankabut : 62)

“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya” (Adz Dzariyaat : 56 – 58)

Sabda Hadhrat Junjungan Nabi SAW :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

01 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SUSAH MATI KERANA AMALAN SYIRIK



Semalam saya dijemput ke suatu tempat di Keramat untuk membuat rawatan. Walaupun agak keletihan setelah memandu lebih kurang 3 jam dari luar Kuala Lumpur untuk pulang kerumah dan tak sempat nak merehatkan badan, namun tetap juga saya gagahi untuk memenuhi permintaan anak pesakit.

Benarlah! Allah Maha Mengetahui lagi Maha Hebat, kerana sepanjang hari saya tak berkesempatan untuk makan dalam perjalanan pulang, sampai di rumah pula terpaksa penuhi permintaan merawat pesakit tapi sebaik sampai dirumah pesakit anaknya menghidangkan murtabak yang enak rasanya. Terisi jugalah perut saya.

Setelah mejamah hidangan yang disediakan saya pun bertanya kepada anak si pesakit berkenaan masalah emaknya yang terlantar dipenjuru rumah. Si anak perempuan kepada pesakit yang saya panggil Kak D ni pun menceritakan serba ringkas tentang emaknya. Menurut Kak D ni, dah banyak tempat dibawakan emaknya untuk mendapatkan rawatan tetapi keadaannya masih sama kalau berubah pun Cuma sekejap saja. Pernah Kak D bawa emaknya berubat hingga ke Kelantan bertemu dengan seorang yang bergelar “Ustaz”, tapi malangnya, dia dimalukan depan orang ramai yang datang mendapatkan rawatan.

Kata ustaz tu “emak awak ni syirik!”, dalam nada agak tinggi. “Nak saya ubatkan mintak anak lelakinya datang”, kata ustaz tu. Kak D ni bagitaulah yang adik-beradik lelakinya tak memperdulikan keadaan emaknya sebab tulah dia yang bawa. Akhirnya Kak D pulang ke KL dengan hampa. Kebanyakan tempat berubat yang Kak D pergi termasuk beberapa “DARUL” yang terkenal mengatakan maknya semasa muda mengamalkan ilmu syirik sebab tu keadaannya macam tu, susah nak mati walaupun dah terlantar tak boleh bergerak bernafas pun dibantu dengan oksigen.

Setelah mendegar semua cerita tu, saya pun minta izin untuk berwuduk bagi memulakan rawatan. Saya duduk disisi kiri pesakit kerana sejak sampai kerumahnya, saya perhatikan si pesakit ni kepalanya sentiasa menghadap ke sisi kirinya dan sesekali kelihatan mulutnya kumat-kamit seolah-olah sedang memandang dan bercakap dengan seseorang walaupun suaranya tak kedengaran.

Sebaik mengambil posisi, saya memulakan bacaan pembukaan dan beberapa ayat dari Surah Saba’ dan Surah Yasin sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun si pesakit sepertimana firman Allah didalam Al-Quran yang bemaksud :

"tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah Yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan Yang lurus” (Huud : 56)

Saya mulakan zikir khafi sehingga terasa bergema seluruh badan, kemudian saya merenung kepada si pesakit tadi memang jelas kelihatan pendamping disisinya. Patutlah si pesakit ni asik menoleh ke kiri je dan mulutnya terkumat-kamit seperti bercakap dengan seseorang rupanya dengan pendamping amalannya tu. Kemudian saya makrifat zikir mengalir hingga ke tapak tangan kiri lalu saya hadapkan tapak tangan kiri saya ke mata si pesakit. Memang jelas kelihatan pada saya sendiri kalimah Allah tertera di tapak tangan dan memancarkan nur yang kuat. Saya halakan kepada si pesakit serta-merta wajah si pesakit berubah menjadi pucat dan dia segera menoleh kearah lain seolah-olah tak boleh menentang nur yang terpancar dari tapak tangan saya. Sekali-sekala dia cuba menoleh kearah pendampingnya tapi tetap tak berjaya menentang pancaran nur kalimah Allah tadi hingga menyebabkan mata hitamnya naik keatas dan hampir hilang.

Dalam masa yang sama Nur kalimah Allah tadi memancar kepada si pendamping hingga menyebabkan ia lari meninggalkan temannya si pesakit yang terlantar tu. Waktu tu jelas kelihatan airmata menitis dari mata si pesakit seolahnya tak rela berpisah dengan teman pendampingnya. Saya teruskan zikir, tak sampai 10minit si pesakit tiba-tiba memejamkan matanya dan tertidur lena. Setelah selesai rawatan saya bertanya kepada Kak D hal emaknya. Menurutnya sejak jatuh sakit hampir setahun yang lalu maknya tak pernah tidur dan kerenahnya pula sangat menyakitkan hati.

Kata Kak D lagi pernah juga dia merasa teringin untuk memeluk emaknya tapi tak mampu dilakukan bila teringat kata-kata perawat-perawat dan bomoh-bomoh yang pernah merawat dan mendakwa itu bukan maknya tapi belaannya hingga membuatkan Kak D berkata dalam hati “Itu bukan mak aku macamana nak peluk”. Saya katakana pada Kak D bahawa itu memang maknya bukan syaitan yang menguasai tubuh badan maknya tu. Peluklah jangan takut. Saya bacakan pada Kak D firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

“dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (ajal yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan” (Al-A’raaf : 34)

Saya jelaskan padanya bahawa jika telah sampai ajal kita tak ada suatu makhluk pun yang boleh menghalang dan boleh mengawalkannya kerana semuanya telah ditentukan Allah. Maknya belum mati kerana belum sampai lagi ajalnya bukan susah mati kerana syaitan pendamping yang menguasai jasad tadi. Menangis juga Kak D menyesali kesilapannya mempercayai kata-kata bomoh-bomoh terbabit sedangkan Allah telah pun menjelaskan hal ini dalam Quran. Dan sedih juga saya bila dapat tau seorang yang bergelar ustaz memalukan dan menghina si pesakit dan Kak D dengan mengherdiknya mengatakan emaknya melakukan syirik.

Pada saya itu urusannya dengan Allah sedangkan tujuannya datang untuk mendapatkan rawatan bagi menyelesaikan masalah dihadapi emaknya. Apalah salahnya ustaz tu merawatnya saja dan jika tak mampu mengakulah saja, minta maaf dan suruh dia cari perawat lain, kan senang tapi janganlah sampai memalu dan mengaibkan orang pula. Bagaimana pula dengan Hablum minannass (hubungan dengan manusia) yang Hadrhat Junjungan Nabi kita ajarkan, manalah dicampakkan agaknya.

Sabda Hadhrat Junjungan Nabi SAW :
"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR