Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
10 July 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon Tujuan Hidup Aku, Dia,Kita,Mereka &Semua.

Apakah tujuan hidup anta? Semata-mata untuk untuk hidup bahagia ke anak cucu sampai mati ke???, untuk masuk syurga ke??? atau Semata-mata mencari keredhaan Allah???

Tujuan hidup ini kalau setakat untuk hidup kita untuk bahagia ke anak cucu maka sia-sialah hidup kita ini kerana tujuan anta sungguh singkat dan tidak memikirkan perjalanan kita di Alam seterusnya. Kalau bahagia di dunia ini, seperti mana yang anta ketahui bahawa sesuatu yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini. Kedua, ramai yang mengatakan kalau tiada duit camner nak bahagia dan kalau tak berduit maka kita akan susah lebih-lebih lagi orang yang duduk di kawasan bandar. Cubalah anta sedarkan diri anta bahawa bekalan untuk seseorang itu selepas dia meninggal adalah ilmu yang dimanfaatkan, amalan kita di dunia, sedekah jariah, dan doa anak-anak yang soleh.Maka kalau selepas kita meninggal, jika anak kita tidak kita ajar dengan hidup islam maka musnahlah kita untuk di hari pembalasan nanti. Bukanlah ana nak mengajar anta yang kita tida boleh mencari rezeki tetapi cukuplah sekadar untuk kita hidup dan carilah rezeki Tetapi janganlah leka dengan harta di dunia ini dan kebahagiaan yang sementara ini.

Sebenarnya tujuan hidup bukanlah untuk mendapatkan syurga. Bukan ana menyeru anta melakukan kemaksiatan kerana ana menghalang anta untuk mencari syurga. Ini kerana syurga itu adalah suatu tempat yang sungguh penuh dengan nikmat. Padahal manusia macam kita ini sebenarnya tidak layak untuk ke syurga kerana amalan yang kita lakukan sepanjang usia kita pun tak mampu membayar nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, ini kan pula kita nak masuk syurga yang penuh dengan nikmat.

Ana nak memperbetulkan tujuan dan niat kita. Hidup kita hanyalah kerana Allah. Dalam apa yang Islam ajar kita buat kerana Allah. Anta tidak nampak lagi??? Ana bagi contoh mudah sahaja iaitu dalam solat. Lafaz niat ketika solat "Sahaja aku solat subuh dua rakaat kerana Allah taala" doa iftitah "sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan sekalian Alam" dalam Surah Al-Fatihah ayat 6, "Tunjukkan kami ke jalan yang lurus(6)" So, ana rasa Islam pun mengajar kita dan tunjukkan kita dengan jelas bahawa yang tujuan hidup kita bukan untuk bahagia ke anak cucu, untuk mencari syurga atau tujuan yang lain TETAPI hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

Disini bukan ana nak menegur anta cuma mahu mengingatkan dan menerangkan kepada anta bahawa ada diantara kita tujuan hidup mereka adalah tidak tepat. Ana bukanlah seorang yang hebat kerana kita sedia maklum bahawa iman manusia biasa ada naik ada yang turun maka sama-samalah kita beringat-ingat untuk mencari keredhaan Allah. Ingatlah Tujuan Ana, Anta, Kita, Mereka dan Semua Orang adalah sama sahaja untuk mencari keredhaan Allah, kerana dengan redhaNyalah kita dapat bahagia ke anak cucu, dengan redhaNya lah kita dapat masuk kesyurga, dengan redhaNya lah kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Amin...
06 July 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SAKA-DOSA SILAM KERANA KEJAHILAN



Hampir 2 minggu saya tidak menceritakan pengalaman-pengalaman perubatan saya. Bukan takde yang datang berubat atau menjemput untuk berubat malah ramai sangat-sangat sampaikan kadang-kadang tu terpaksa ditolak kerana keletihan. Kebanyakan masalah hampir semuanya berpunca dari SAKA keturunan kita.

SAKA! SAKA! SAKA!
Saya jadi terfikir-fikir kenapalah ini bagaikan masalah utama orang melayu??? Macam-macam jenis SAKA yang saya jumpa ada saka bomoh/perubatan, saka bidan, saka hutan, saka harta, saka dusun dan macam-macam lagilah. Tak abis-abis orang-orang dulu ni dan kita generasi sekarang ni yang jadi mangsa kejahilan orang dulu-dulu.

Saka-saka ni jugaklah yang bagitau jenis saka ni terbahagi kepada 2.

1. SAKA PERJANJIAN
Keterangannya :
Saka yang diwarisi dari orang-orang dahulu bagi kepentingan dan keperluan tertentu dimasa itu. Ada yang mengatakan saka jenis ni hanya untuk 3, 7, 11 keturunan atau sebagainya menurut perjanjian yang telah dimeterai antara orang terbabit dengan syaitan jin tersebut tapi yang terjadi selepas generasi yang terakhir mengikut perjanjian ini pun syaitan saka masih nak berterusan menyambung janji.

Antara tujuan asal perjanjian saka ini adalah :
1. Saka Bomoh/Perubatan
Bagi tujuan perubatan kerana ketika itu tiada hospital atau klinik

2. Saka Bidan
Bagi tujuan urusan perbidanan

3. Saka Hutan
Bagi tujuan perburuan supaya mudah mendapat binatang buruan dan tak diganggu semasa berburu dan ditakuti binatang buas dan berbisa seperti harimau dan ular

4. Saka Harta
Untuk menjaga ladang, kebun, tanaman dan lain-lain harta dari dicuri orang atau dirosakkan binatang seperti babi hutan, gajah, monyet dan sebagainya

5. Saka Dusun
Untuk membantu melaksanakan kerja-kerja dusun, ladang dan kebun yang berat-berat sampai boleh pikul balak 7 pemeluk dan sebagainya.

Diatas adalah antara saka yang popular dan tujuan memiliki saka jenis PERJANJIAN ni.

2. SAKA ILMU/TUNTUTAN
Keterangannya:
Saka jenis ni pulak pada awalnya bukanlah menjadi saka keturunan tapi memang dah jadi dasar syaitan untuk menyesatkan dan menyusahkan anak ADAM hingga kiamat. Saka jenis ni sampai sekarang masih banyak lagi dan menjadi tunjang utama masalah yang dihadapi oleh ramai pesakit yang saya pernah rawat.

Asalnya orang kita baik datuk, nenek, mak, ayah atau kita sendiri yang pergi menuntut ntah apa-apa ilmu sehingga diresapi atau didampingi makhluk syaitan jin ni yang apabila matinya sipemilik syaitan jin ni berpindah pulak pada adik-beradik atau anakcucu. Dan ada juga dengan sengaja mengajarkan ilmu tu pada ahli keluarga bagi tujuan menjaga diri, kebal, kecantikan dan sebagainya.

Saka jenis ni akan berpindah kepada sesiapa yang disukai dalam keluarga terbabit tanpa tuan punya diri sedari. Akibatnya tuan diri tadi jadi panas baran, benci pada suami/isteri, berlaku curang pada suami dan macam-macam perkara maksiat lagi yang berlaku.

Macam tulah jugak bagi isteri-isteri yang nak tundukkan suami pergi jumpa bomoh diajarkan amalan yang ntah apa-apa sampai suami jadi bodoh dan tunduk. Yang suami pun sama jugak sibuk nak kawin lagi sampai jumpa bomoh nak tundukkan isteri untuk izinkan dan ada pulak yang nak jadi hensem jer belajar ilmu pemanis, pengasih sebab nak didampingi wanita-wanita muda dan cantik seksi bergetah.

Kita boleh fikirkan sendiri boleh ke jadi macam yang kita nak kalau setakat baca jampi serapah dan buat amalan-amalan yang disuruh bomoh-bomoh tu kalau tak disertakan dengan syaitan yang menjadi pelaksananya???

Sudah-sudah la tu! marilah kita sama-sama bertaubat dan bersolat serta beribadah sungguh-sungguh kerana maut boleh menjemput bila-bila masa dan kita takan tau bila masanya. Kiamat pun dah makin hampir memandangkan tanda-tanda yang dinyatakan Rasullullah dan banyak yang terbukti.

Kalau boleh saya lebih suka tiada lagi pesakit ini kerana jika takde lagi pesakit datang pada saya, maka bermaknanya tiadalah lagi manusia yang irihati, hasad dengki, yang melakukan perkara-perkara kurafat sehingga menuntut ilmu yang kurafat dari bomoh-bomoh sihir, tiadalah lagi orang-orang yang berjumpa bomoh-bomoh kurafat bagi tujuan menakluk lelaki/perempuan, tiadalah lagi orang berjumpa bomoh untuk tujuan membalas dendam dan sebagainya.

Dan yang bagusnya tiadalah lagi bomoh-bomoh ni mempergunakan kita untuk mendapatkan duit malah tiadalah lagi wujudnya pusat-pusat perubatan alternatif yang meletakkan PENGERAS yang buat orang jadi KERAS bila mendengar harganya. Dan saya teramat-amatlah suka kalau orang tak datang berubat dengan saya jika mereka balik kepada Al-Quran dan berserah diri serta bertawakal kepada Allah untuk mendapat kesembuhan bukan bergantung kepada Pusat-pusat Perubatan/Rawatan Alternatif walaupun bergelar Pusat Rawatan Alternatif Islam.

Kerana saya bimbang apabila diushakan dan diubati dan sembuh sakitnya kita pulak yang dikatakan HEBAT! Malah dicanangkan pada sedara-mara dan kawan-kawan kononnya berubat kat Darul Azzikri dan macam-macam darul tu bagus la berubat sekali dua terus sembuh terus baik. Tak pasal-pasal saya pulak yang menjerumuskan orang pada mensyirikkan Allah. Sedangkan tanpa izin Allah saya tak boleh ubatkan orang bahkan yang menyembuhkan tu hanya Allah. Ingatlah "LAHAULAWALA QUWATA ILLAA BILLAA HIL ALIYIL AZIM-TIADA DAYA UPAYA AKU MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH"

Yakinlah dan berserah dirilah pada Allah! Janganlah percaya pada saya atau perawat-perawat yang lain kerana bukan kami yang menyembuhkan tapi ALLAH YANG MAHA PENYEMBUH! Peganglah iktikad ini.

Wallahu A'lam...

Oleh :


02 July 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon MANZIL



Surat Dari Maulana Muhammad Talha Anak Maulana Muhammad Zakaria (RAH) Mengenai “MANZIL”

Ayat-ayat Al-Quran terdapat dibawah ini terkenal didalam keluarga kami sebagai “Al-Manzil”. Alim ulama dalam keturunan kami telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat “Manzil”.

Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasullullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal.

Rasullullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan alimulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.

Amalan membaca “Manzil” ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) teah disebut dalam kitab-kitab “Al-Qaulul Jamil” dan “Behisti Zewar”.

Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa, “Tiga tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Disamping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain”.

Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisti Zewar” “Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir didalam rumah, percikkan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah”.

Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripa Al-Quran yang telah ditanda ditempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara berasing. Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat “Manzil” sebagai sebuah buku kecil.

Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.

Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi,
(23 Syaaban, 1399)

Nota: Dipetik dari Manzil Resam Uthmani. InsyaAllah akan datang saya akan senaraikan ayat-ayat "Manzil" ini dan kegunaan serta cara amalannya untuk amalan semua.

Oleh :


HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR