Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
27 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SOLAT KUSYUK



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Oleh :


19 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SIHIR BATANG KELADI


Baru-baru ini saya dijemput ke Perak untuk mengubati seorang pesakit. Sampai dirumah pesakit tersebut rupanya ada 2 orang lagi pesakit yang telah menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Setelah selesai merawat pesakit pertama dan kedua, pesakit yang ketiga merupakan seorang lelaki berumur lingkungan 50an menceritakan masalah yang dihadapinya dan menjemput kami kerumahnya bagi tujuan perubatan. Walaupun waktu itu hampir jam 2pagi kami penuhi jugak permintaannya agar tidak menghampakan sipesakit.

Sampai dirumah pesakit dalam 45minit jaraknya dari rumah pesakit pertama tadi. Sebaik kami masuk kerumah dan memulakan perubatan, kedengaran ayam berkokok tanpa henti-henti. Setelah selesai membuat pagar rumah, saya serahkan urusan seterusnya kepada Syeikh Majnu iaitu salah seorang perawat Darul Azzikri yang dah agak lama mempelajari ilmu perubatan ni dari saya.

Saya pula keluar dari rumah meninjau-ninjau sekitar rumah sambil membacakan ayat-ayat MANZIL untuk membinasakan sihir-sihir yang ada dirumah itu. Sebaik selesai tiada lagi kedengaran bunyi kokokan ayam dan saya pun terus masuk kerumah pesakit tadi.

Saya memulakan scan pesakit tadi bagi mengetahui punca masalah yang berlaku pada sipesakit, bila dah dapat tau puncanya saya bertanyakan pada pesakit tadi dan dia mengakui selepas bercerai dengan isteri barulah dia mengalami masalah gatal-gatal badan sehingga tak boleh tidur malam dibuatnya dan yang paling teruk dia mengalami mati pucuk.

Apa yang saya nampak, bekas isterinya telah menggunakan sihir batang keladi untuk membalas dendam kerana diceraikan hingga sipesakit mengalami mati pucuk. Dalam scan tu saya nampak batang keladi dibungkus dalam kain kuning sehingga kering dan kecut, sebatang lilin dan gambar pesakit didalam almari pakaian bekas isteri pesakit tadi. Asal ilmu SIHIR BATANG KELADI ni dari Siam.

Saya sarankan kepada sipesakit untuk datang ke Darul Azzikri bagi mendapatkan rawatan lanjut kerana masalah ini agak rumit. InsyaAllah akan saya ceritakan nanti bagaimana saya merawat pesakit sihir batang keladi ini apabila dia datang ke Darul Azzikri nanti.

Oleh :


Darul Azzikri PostHeaderIcon KERANA MULUT BADAN BINASA

Baru-baru ini saya dijemput ke Perak untuk mengubati seorang pesakit. Sampai dirumah pesakit tersebut rupanya ada 2 orang lagi pesakit yang telah menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Sebaik sampai dan duduk sebentar bagi merehatkan badan, maklumlah perjalanan dari KL ke Perak ambil masa dalam 3jam la jugak maunya tak penat badan. Ditambah pula malam sebelumnya mengubat orang sampai kepagi. Jam 12tengahari baru dapat tidur petangnya jam 3ptg dah bertolak ke Perak pula, letih la jawapnya.

Secara tiba-tiba meluru seorang perempuan dari dapur menuju keruang tamu dan terus rebah sambil menangis-nangis. Tuan rumah meluru kearah kami dan meminta saya tengokkan sepupunya yang tiba-tiba jadi begitu. Saya diberitahu yang sepupunya itu rasa takut hingga menangis apabila mengetahui kami telah sampai. Belum apa-apa setan yang menggangu perempuan ni dah takut!? Memang dasar setan takut dengan ZIKRULLAH yang kami bawa 24 jam dan dah sebati dalam diri.

Saya pun menghampiri perempuan tadi yang ada bersama pakciknya dan mulakan scan. Dari apa yang saya nampak semuanya berpunca dari ayahnya yang bersikap panas baran, selalu betul dan nak menang serta tak boleh terima nasihat atau pandangan orang lain.

Bila saya ceritakan pada pakcik perempuan ini apa yang saya nampak, pakcik ni mengiakan dan menceritakan sikap abang iparnya bapa perempuan ini yang bermusuhan dengan semua ahli keluarga sehinggakan disihir kerana sakit hati pada sikap sibapa tadi. Tapi kena pula pada istri dan anak-anak hingga kakak kepada perempuan ini meninggal dunia dalam keadaan yang amat menyedihkan setelah puas berubat kesana-sini tetapi tidak juga sembuh.

Setelah saya ubatkan, perempuan tadi berhenti menangis dan bila ditanya dia seperti orang kebinggungan tak paham dan tak tau apa yang berlaku. Setelah selesai saya pesan pada pakcik ni untuk bawa anak saudaranya itu kerumah Darul Azzikri bagi rawatan lanjut. Maklumlah datang nak ubat orang lain tapi orang lain pula yang kena serang dulu.

InsyaAllah akan saya ceritakan nanti apa yang berlaku apabila pakcik dan perempuan ini datang berubat di Darul Azzikri.

Oleh :

09 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon Saya nak hafal Quran TAPI tak mahu baca Quran!!! siri pertama

Assalamualaikum
Di sini saya mahu memberi sedikit renungan kepada diri saya terutamanya dan juga kepada pembaca. Perkara ini sedikit sebanyak terkena kepada saya dan kepada pembaca.
kepada yang tak terasa Alhamdulillah la die ni bagus orang nye

Tajuk ini sebenarnye terlalu umum bagi saya.
dalam siri pertama saya ini saya nak kupas apa yang saya maksudkan hafal Quran tapi tak mahu mengaji Al Quran.
Kupasan pertama ialah ramai muslim yang mahu menjadi "hafiz @ hafizah". betulkan??
tapi bagaimana nak jadi hafiz tanpa usaha, tanpa membacanya, tanpa faham isi kandungan, tanpa mempelajari sedikit sebanyak bahasa arab. Inilah yang saya maksudkan nak hafal Al-Quran tapi tak mahu mengaji Al-Quran.

Salah satu lagi faktor kenapa kita ni susah nak hafal Al-Quran ialah sebagaimana yang kita ketahui AlQuran ini bukanlah cerita yang direka-reka oleh manusia. Ini adalah Kalam Allah, Kata2 Allah, iaitu suruhan Allah kepada kita. Dalam konteks ini kenapa Allah, Tuhan yang Mencipta kita tetapi kenapa Allah tidak memudahkan kita untuk mencapai hasrat murni kita dengan mudah.
Ini kerana kita buat tak serupa bikin. Kenapa saya cakap kita buat tak serupa bikin.
okey cuba kita buka tafsir Al-Quran dan lihat surah Al Ma'un ayat (1-7)
surah Al Ma'un
1 Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama
2 Itulah orang yang menindas anak yatim
3 dan tidak menggalakkan untuk memberi makan orang miskin
4 Maka kecelakaanlah bagi orang2 yang solat.
5 (iaitu) orang2 yang lalai dari solatnya
6 Orang2 yang berbuat (riak)
7 dan enggan (menolong dengan) barang yang berguna.

Pada saya pembaca2 komfem boleh ikut semuanya tetapi pada saya agak sukar sekali mencari orang yang tak riak.
(riak ialah perbautan bukan untuk mencari keredhaan Allah tetapi untuk perhatian orang2 disekitar kita.)

Anda tidak percaya???
contoh mudah saya boleh beri ialah iklan febreze. iklan yang menceritakan pekerja nak bawak boss dengan keretanya tetapi keretanya berbau. mereka guna febreze untuk hilangkan bau.
Lihat dan dengar apa mereka katakan. Mereka hanya mahukan nama pada boss mereka bukan kerana mencari keredhaan Allah (S.W.T) dan bukan keran untuk menjaga kebersihan yang dituntut oleh ajaran Islam. Disini bukan saya suruh pembaca boikot dan salahkan febreze. Tetapi kalau bukan cara hidup masyarakat kita sudah tentu iklan ini tidak terlintas oleh febreze betul kan?

Lihatlah pembaca kalau ayat itu yang kebanyakan kita menghafalnya pun kita tak mampu mengikut apayang diperintah oleh Allah inikan pula satu AlQuran. Ini sebagai renungan bukan sebagai halangan kita untuk tidak menghafal AlQuran!!! Apa yang saya mahu sampaikan dalam siri pertama saya ialah hafal Quran mestilah kita tahu maksudnya dan jadikan renungan ayat Quran yang kita hafal dengan sebaiknya.

Sampai disini siri pertama saya. InsyaAllah akan muncul siri2 seterusnya
06 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir
Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya
****************************************
SURAT DARI SETAN UNTUK MU
Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ‘Bismillah’ sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu..

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya.

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani.

Kita nonton film ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mempersenda dan mempermain kan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan ‘TERIMAKASIH’ kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu..

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan :
Jika kau benar2 menyayangiku (iblis), kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.
Sumber : Email Tazkirah

Kredit kepada Lenny Aziz

Artikel ini dipetik dari laman : http://islam.sukeri.com/2009/08/26/surat-daru-iblis/

Oleh :


Darul Azzikri PostHeaderIcon SEJARAH SIHIR



Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi S.A.W.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR?
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah:
"Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul S.A.W., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit-penyakit".

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut.

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah S.W.T.

Imam As-Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali memegang amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN
Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan sipenghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah"

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum - penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur

Wallahu a'lam...

Oleh :


04 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SAKA


SAKA adalah jin yang berada pada tubuh manusia yang diwarisi turun temurun yang telah sebati di dalam tubuh manusia tersebut. Ia berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak.

Jin tersebut diwarisi apabila nenek moyang mereka telah meninggal dunia. Saka terdiri daripada jin-jin seperti hantu raya, pelesit, bajang, hantu tinggi dan pelbagai lagi.

Terdapat 2 kategori SAKA :
1. SAKA turun-temurun dari zaman nenek-moyang yang mana melebihi 3 generasi.

2. Belaan yang diperolehi oleh datuk atau nenek kita yang melalui tuntutan ilmu dan amalan yang mana memang tidak diterima dari ayah-ibu atau datuk-nenek mereka. Ia diperolehi mereka sendiri.

Kebiasaannya SAKA BELAAN ini diperolehi untuk diri sendiri tetapi apabila susah hendak mati maka saka ini harus disambut atau diterima oleh ahli keluarga sebagai penyambung. Saka/Belaan jenis ini juga akan mencari sendiri penyambungnya dari kalangan ahli keluarga sipembela yang mati tadi walaupun dikatakan telah dibuang oleh sipembela sebelum mati atau dibuang oleh orang yang pandai semasa sipembela susah mati.

Begitulah peranan syaitan yang kerjanya untuk menyesatkan anak cucu ADAM.

Firman Allah :
“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu Dengan keadaan Yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang Yang tidak beriman” (Al-Araaf : 27)

Siapakah Yang Menjadi Sasaran?
Sasaran saka terdiri daripada keturunan pembawa saka dan orang-orang yang dipilih oleh jin itu sendiri.

Tanda-Tanda Orang Yang Mempunyai Saka

Gejala Ketika Tidur
1. Susah tidur malam.

2. Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

3. Mimpi buruk dan menakutkan.

4. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, ular,serigala, tikus dan sebagainya.

5. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

6. Mimpi terjatuh dari tempat tinggi.

7. Berdiri dan berjalan ketika tidur.

8. Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

9. Bermimpi berada di kawasan kotor dan kawasan perkuburan.

10. Mimpi melihat makhluk halus.

11. Mimpi melihat salib atau gereja.

12. Mimpi bertemu paderi.

13. Mimpi melihat budak kecil.

Gejala Ketika Jaga
1. Sering lalai daripada mengingati Allah S.W.T

2. Hilang ingatan (gila).

3. Lesu dan malas.

4. Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.

5. Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.

6. Lenguh sendi-sendi.

7. Melihat sesuatu yang pelik.

8. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).

9. Terasa seolah-olah memijak telur atau batu di bahagian tapak kaki.

10. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.

11. Jiwa lemah.

12. Selalu mengantuk.

13. Mudah marah dan panas baran.

Kesan Dan Akibat
1. Sukar mendapat zuriat.

2. Banyak berlaku perkara ganjil di dalam hidup seseorang.

3. Banyak mengidap pelbagai penyakit.

4. Tidak suka bermasyarakat.

5. Mudah sensitif dan mudah terasa.

6. Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain (bisikan jin dan syaitan).
7. Selalu menangis ketika kecil dan berperangai buruk apabila dewasa.

8. Kehidupan menjadi tegang dan suram.

Wallahu a'lam...

Oleh :


Darul Azzikri PostHeaderIcon SANTAU



Santau terbahagi kepada 2 jenis:
1. Santau yang diperbuat daripada bahan biasa dan diberi secara langsung kepada mangsa seperti di letak ke dalam makanan dan minuman. Ia tidak berkait dengan pemujaan jin dan syaitan. Ini agak mudah diubati.

2. Santau yang disertai dengan pemujaan jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali sebagai ‘santau angin’. Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang mempunyai sayap. Jin tersebut mampu terbang di udara, biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Tanda-Tanda Terkena Santau
1. Batuk berterusan, batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti habuk-habuk kaca.

2. Keluar darah yang berpanjangan bagi wanita kadangkala 1 bulan atau lebih.

3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat, kadangkala sakit akan menjadi lebih kritikal ketika hampir waktu solat jumaat.

4. Sakit dan sesak nafas terutamanya pada waktu maghrib.

5. Lenguh seluruh anggota badan.

6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

8. Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusukannya.

11. Mimpi binatang menakutkan seperti ular.

12. Mimpi bertemu ketua agama-agama lain dan mimpi pergi ke tempat ibadah mereka.

Kesan-Kesan Santau
1. Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.

2. Hilang daya ingatan.

3. Kulit merekah dan keluar air bisa dan nanah.

4. Berubah sifat seperti sifat sabar menjadi panas baran.

5. Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.

6. Gugur bulu-bulu pada badan.

7. Kelopak mata menjadi hitam akibat dari tidur yang sering terganggu.

8. Kanser dan ketumbuhan.

9. Keguguran bayi.

Wallahu a'lam.

Oleh :

03 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon PENCARIAN DAN PERTEMUAN

Darul Azzikri PostHeaderIcon ZUQ CINTA

Darul Azzikri PostHeaderIcon RINDU MEMBARA

Darul Azzikri PostHeaderIcon BUKAN DAN TIDAK

02 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon BIARLAH MEREKA

01 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon KESAN GIGITAN MENJADI BUKTI




Seperti yang pernah saya janjikan dalam artikel sebelum ini, akan saya ceritakan pengalaman membersihkan rumah di Penang atas jemputan tuan rumah sendiri.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan tiada apa lagi yang mengganggu keluarga tersebut. Sebelum ini isteri kepada orang yang menjemput saya sering diganggu ketika sedang memasak seperti ada orang dibelakang sedang memerhatikannya. Tidak kurang juga kelibat-kelibat yang kelihatan didalam rumah itu yang bentuknya hitam berbulu seperti diceritakan oleh isterinya.

Oleh kerana hujan lebat semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang, kami yang bertolak lebih kurang jam 5ptg sampai di Penang lebih kurang jam 12mlm. Sebaik sampai kami memulakan acara kerana tanpa disangka ada pula jemputan ke Padang Serai, Kedah. Orang dah jemput kena la pergi walaupun keletihan.

Mula-mula sampai rumah tu memang saya tak rasa apa-apa atau kehadiran makhluk ghaib dirumah tu tapi sedang asyik mendengar cerita tentang keadaan rumah tu dari tuan rumah dan isterinya tiba-tiba bulu roma sebelah kiri meremang, tengkok sampai kepala rasa bahang seperti duduk dekat unggun api. Memang inilah tanda-tanda kehadiran makhluk yang menggangu rumah ni.

Saya pun mulakan scan dan memang dah dapat rasa kehadiran makhluk tu didepan saya. Tak bertangguh saya mulakan zikir nafas dan zikir khafi untuk mengepung makhluk tu. Makhluk tu cuba melawan dan meronta nak larikan diri mungkin sebab dah tak tahan dengan kepanasan zikir saya kot. Saya tahan makhluk tu dengan tangan sambil alirkan zikir keseluruh badan dan tumpukan pada tangan.

Makhluk tu semakin meronta-ronta nak lepaskan diri hinggakan dia menggigit tapak tangan saya yang berfungsi sebagai pagar zikir. Memang jelas pada saksi-saksi yang ada dalam rumah tu lebih kurang 7 orang semuanya nampak daging tapak tangan saya tiba-tiba naik dan berkumpul. Sekeliling kawasan tapak tangan tu jelas membentuk gigitan mulut. Memang saya terasa ada gigi taring yang cuba dibenamkan kedalam daging tapak tangan saya maka saya kuatkan zikir khafi dan alirkan ke tapak tangan.

Sebaik perawat2 yang lain selesai tugas mendetek bilik2 yang terdapat dalam rumah tu, mereka datang kepada saya dan sama-sama memusnahkan makhluk yang mengigit tapak tangan saya tadi. Saya arahkan mereka untuk menguatkan zikir khafi dan alirkan ketangan bagi membakar makhluk tersebut.

Alhamdulillah tak sampai 5minit makhluk tu pun musnah sama sekali. Yang nyatanya sebagai bukti memang jelas kelihatan ditapak tangan saya terdapat kesan bintik 2 batang gigi taring yang sebesar jarum dan kemerahan. Esoknya tapak tangan saya jadi bengkak mengening tapi tak sakit dan tak mengganggu lansung cuma sekali-sekala terasa gatal pada kesan taring tu. Malangnya kali ini kami tak bawak video cam untuk merakamkan kejadian ini. Kesan gigitan tu masih ada sehingga artikel ini ditulis.Memang dah terbukti nak cakap ape lagi. Dan memang dah terbukti jugak ilmu zikirullah ni takde tandingannya.

Oleh :



Darul Azzikri PostHeaderIcon AKTIVITI : KEM IBADAH

Kami pernah mengadakan KEM IBADAH untuk ahli jemaah DARUL AZZIKRI di Jeram, Selangor.

Tujuan kem ibadah ini diakan adalah bagi mengeratkan hubungan antara sesama ahli jemaah seluruh Malaysia. Juga bagi membentuk akhlak hasil dari solat yang sempurna. Antara lainnya kami mengadakan program Muhasabah Diri, Soal-Jawab, Solat Berjemaah dan Zikir Jahar/Khafi, Latihan Silat Dan Tempur, Ujian Ketahanan Badan dan pelbagai lagi.

Kami juga aktif dalam menjalankan MALAM IBADAH YASIN iaitu program membaca Yasin dari rumah ke rumah setiap ahli jemaah pada setiap malam jumaat.

Berikut adalah photo-photo kenangan semasa menjalankan program KEM IBADAH dan MALAM IBADAH.


(KEM IBADAH di Jeram, Selangor)




(MALAM IBADAH dirumah salah seorang ahli jemaah)


Oleh :

Darul Azzikri PostHeaderIcon PERTUBUHAN GERAK SILAT AZZIKRI





Selain dari Rawatan Alternatif Islam, kami juga turut mengajarkan silat. Pertubuhan Gerak Silat Azzikri Malaysia masih dalam proses pendaftaran pertubuhan. Bagaimanapun kami telah mula mengajarkan gerak silat asas kepada ahli-ahli jemaah kami serta penduduk setempat.


(Gambar semasa persembahan di UITM, Sri Iskandar, Perak)







(Gambar sesi latihan tempur di Jeram, Selangor)




Ini adalah antara aktiviti riadah yang dijalankan oleh Darul Azzikri. Kami dalam rangka perancangan untuk mengadakan seminar-seminar silat dan rawatan alternatif islam. Nantikan program-program yang sedang dirangka dan dijadualkan. Penyertaan akan dibuka kepada sesiapa yang berminat.

Kami juga dalam rangka untuk membuka gelanggang silat. Tujuannya adalah untuk memberikan aktiviti berfaedah kepada remaja-remaja masa kini bagi membendung masalah dan gejala sosial dewasa ini lantaran kurangnya aktiviti-aktiviti riadah untuk remaja-remaja kita.

InsyaAllah, jika mendapat izin dan redha Allah, kami juga akan mengadakan KEM IBADAH untuk membentuk remaja-remaja yang cintakan solat. Tujuan kami bakal mengadakan KEM IBADAH ini adalah untuk membentuk akhlak remaja hasil dari solat.

Firman Allah :
“bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan” (Al-Ankabut : 45)

Oleh :

Darul Azzikri PostHeaderIcon SILAT GERAK TAPAK KARMA

PERSEMBAHAN SILAT TARI

Video persembahan silat tari penggantin.

Silat: Gerak Tapak Karma
Pesilat : Iskandar Zulkhideer




Ini adalah salah satu silat yang terdapat dalam Pertubuhan Gerak Silat Azzikri. Silat ini tidak diajarkan kerana ia adalah silat asal-usul. Dan setiap ahli tertinggi dalam Pertubuhan Gerak Silat Azzikri mempunyai silat asal-usul mereka sendiri yang mana setiap satunya berlainan dari yang lain.

Pengisian Silat Gerak Asal-Usul ini hanya diperturunkan kepada ahli-ahli yang terpilih sahaja sekiranya layak.

Darul Azzikri PostHeaderIcon SILAT GERAK HARIMAU PANGLIMA

PERSEMBAHAN SILAT TARI

Video persembahan silat tari penggantin.

Silat: Gerak Helang Medan
Pesilat : Iskandar Zulkarnain




Ini adalah gerak silat yang paling banyak mendapat sambutan. Dari segi gerak tempur yang amat susah untuk dibaca lawan. Pukulan-pukulan keras ketempat-tempat tertentu pada badan dapat melumpuhkan terus gerak langkah lawan.

Darul Azzikri PostHeaderIcon SILAT GERAK HELANG MEDAN

PERSEMBAHAN SILAT TARI

Video persembahan silat tari penggantin.

Silat: Gerak Helang Medan
Pesilat : Iskandar Zulkhideer




Ini adalah salah satu silat asas Pertubuhan Gerak Silat Azzikri. Silat ini juga merupakan antara silat yang paling banyak mendapat sambutan untuk persembahan silat tari kerana geraknya yang lebut gemalai betul-betul seperti sang helang sedang terbang dan menerkam musuh.

Dari segi pukulan pula walau nampak lembut gemalai tetapi setiap pukulan amat keras.

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR