Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
06 July 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SAKA-DOSA SILAM KERANA KEJAHILAN



Hampir 2 minggu saya tidak menceritakan pengalaman-pengalaman perubatan saya. Bukan takde yang datang berubat atau menjemput untuk berubat malah ramai sangat-sangat sampaikan kadang-kadang tu terpaksa ditolak kerana keletihan. Kebanyakan masalah hampir semuanya berpunca dari SAKA keturunan kita.

SAKA! SAKA! SAKA!
Saya jadi terfikir-fikir kenapalah ini bagaikan masalah utama orang melayu??? Macam-macam jenis SAKA yang saya jumpa ada saka bomoh/perubatan, saka bidan, saka hutan, saka harta, saka dusun dan macam-macam lagilah. Tak abis-abis orang-orang dulu ni dan kita generasi sekarang ni yang jadi mangsa kejahilan orang dulu-dulu.

Saka-saka ni jugaklah yang bagitau jenis saka ni terbahagi kepada 2.

1. SAKA PERJANJIAN
Keterangannya :
Saka yang diwarisi dari orang-orang dahulu bagi kepentingan dan keperluan tertentu dimasa itu. Ada yang mengatakan saka jenis ni hanya untuk 3, 7, 11 keturunan atau sebagainya menurut perjanjian yang telah dimeterai antara orang terbabit dengan syaitan jin tersebut tapi yang terjadi selepas generasi yang terakhir mengikut perjanjian ini pun syaitan saka masih nak berterusan menyambung janji.

Antara tujuan asal perjanjian saka ini adalah :
1. Saka Bomoh/Perubatan
Bagi tujuan perubatan kerana ketika itu tiada hospital atau klinik

2. Saka Bidan
Bagi tujuan urusan perbidanan

3. Saka Hutan
Bagi tujuan perburuan supaya mudah mendapat binatang buruan dan tak diganggu semasa berburu dan ditakuti binatang buas dan berbisa seperti harimau dan ular

4. Saka Harta
Untuk menjaga ladang, kebun, tanaman dan lain-lain harta dari dicuri orang atau dirosakkan binatang seperti babi hutan, gajah, monyet dan sebagainya

5. Saka Dusun
Untuk membantu melaksanakan kerja-kerja dusun, ladang dan kebun yang berat-berat sampai boleh pikul balak 7 pemeluk dan sebagainya.

Diatas adalah antara saka yang popular dan tujuan memiliki saka jenis PERJANJIAN ni.

2. SAKA ILMU/TUNTUTAN
Keterangannya:
Saka jenis ni pulak pada awalnya bukanlah menjadi saka keturunan tapi memang dah jadi dasar syaitan untuk menyesatkan dan menyusahkan anak ADAM hingga kiamat. Saka jenis ni sampai sekarang masih banyak lagi dan menjadi tunjang utama masalah yang dihadapi oleh ramai pesakit yang saya pernah rawat.

Asalnya orang kita baik datuk, nenek, mak, ayah atau kita sendiri yang pergi menuntut ntah apa-apa ilmu sehingga diresapi atau didampingi makhluk syaitan jin ni yang apabila matinya sipemilik syaitan jin ni berpindah pulak pada adik-beradik atau anakcucu. Dan ada juga dengan sengaja mengajarkan ilmu tu pada ahli keluarga bagi tujuan menjaga diri, kebal, kecantikan dan sebagainya.

Saka jenis ni akan berpindah kepada sesiapa yang disukai dalam keluarga terbabit tanpa tuan punya diri sedari. Akibatnya tuan diri tadi jadi panas baran, benci pada suami/isteri, berlaku curang pada suami dan macam-macam perkara maksiat lagi yang berlaku.

Macam tulah jugak bagi isteri-isteri yang nak tundukkan suami pergi jumpa bomoh diajarkan amalan yang ntah apa-apa sampai suami jadi bodoh dan tunduk. Yang suami pun sama jugak sibuk nak kawin lagi sampai jumpa bomoh nak tundukkan isteri untuk izinkan dan ada pulak yang nak jadi hensem jer belajar ilmu pemanis, pengasih sebab nak didampingi wanita-wanita muda dan cantik seksi bergetah.

Kita boleh fikirkan sendiri boleh ke jadi macam yang kita nak kalau setakat baca jampi serapah dan buat amalan-amalan yang disuruh bomoh-bomoh tu kalau tak disertakan dengan syaitan yang menjadi pelaksananya???

Sudah-sudah la tu! marilah kita sama-sama bertaubat dan bersolat serta beribadah sungguh-sungguh kerana maut boleh menjemput bila-bila masa dan kita takan tau bila masanya. Kiamat pun dah makin hampir memandangkan tanda-tanda yang dinyatakan Rasullullah dan banyak yang terbukti.

Kalau boleh saya lebih suka tiada lagi pesakit ini kerana jika takde lagi pesakit datang pada saya, maka bermaknanya tiadalah lagi manusia yang irihati, hasad dengki, yang melakukan perkara-perkara kurafat sehingga menuntut ilmu yang kurafat dari bomoh-bomoh sihir, tiadalah lagi orang-orang yang berjumpa bomoh-bomoh kurafat bagi tujuan menakluk lelaki/perempuan, tiadalah lagi orang berjumpa bomoh untuk tujuan membalas dendam dan sebagainya.

Dan yang bagusnya tiadalah lagi bomoh-bomoh ni mempergunakan kita untuk mendapatkan duit malah tiadalah lagi wujudnya pusat-pusat perubatan alternatif yang meletakkan PENGERAS yang buat orang jadi KERAS bila mendengar harganya. Dan saya teramat-amatlah suka kalau orang tak datang berubat dengan saya jika mereka balik kepada Al-Quran dan berserah diri serta bertawakal kepada Allah untuk mendapat kesembuhan bukan bergantung kepada Pusat-pusat Perubatan/Rawatan Alternatif walaupun bergelar Pusat Rawatan Alternatif Islam.

Kerana saya bimbang apabila diushakan dan diubati dan sembuh sakitnya kita pulak yang dikatakan HEBAT! Malah dicanangkan pada sedara-mara dan kawan-kawan kononnya berubat kat Darul Azzikri dan macam-macam darul tu bagus la berubat sekali dua terus sembuh terus baik. Tak pasal-pasal saya pulak yang menjerumuskan orang pada mensyirikkan Allah. Sedangkan tanpa izin Allah saya tak boleh ubatkan orang bahkan yang menyembuhkan tu hanya Allah. Ingatlah "LAHAULAWALA QUWATA ILLAA BILLAA HIL ALIYIL AZIM-TIADA DAYA UPAYA AKU MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH"

Yakinlah dan berserah dirilah pada Allah! Janganlah percaya pada saya atau perawat-perawat yang lain kerana bukan kami yang menyembuhkan tapi ALLAH YANG MAHA PENYEMBUH! Peganglah iktikad ini.

Wallahu A'lam...

Oleh :


Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR