Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
13 April 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SIAPA KHADAM?




Saya sering diajukan dengan soalan berkenaan KHADAM AYAT, KHADAM BARIS, KHADAM ISI, KHADAM BARANG, KHADAM PENJAGA, KHADAM SILAT, KHADAM PENDAMPING, KHADAM PERUBATAN dan seumpamanya. Dan sudah semestinya yang dikatakan khadam itu adalah JIN. Ramai diantara ahli jemaah DA sendiri, ahli keluarga, sahabat-handai dan kenalan yang bertanyakan soalan-soalan berkenaan khadam ini.

Persoalannya sebenarnya ialah, SIAPA YANG DIKATAKAN KHADAM ITU? Tanyalah siapa pun pasti mereka akan memberikan jawapan yang sama iaitu khadam adalah jin. Bila ditanya lagi pasti mereka menjawab kita boleh mengamalkan sesuatu ayat untuk mendapatkan khadam ayat tersebut. Malah pernah ada yang menerangkan kepada saya bahawa setiap baris ayat quran tu pun mempunyai khadam dan kalau kita tahu caranya pasti kita boleh memiliki khadam baris tersebut.

Dan yang lebih menggelikan hati saya sehingga tersenyum mendengarnya apabila ada yang berkata setiap sesuatu itu ada khadam yang menjaganya jadi kalau nak ambil atau buat sesuatu harus minta izin dulu dari khadam penjaganya. Penjelasan saya mudah saja, jika kita mengupah pembantu rumah, orang gaji atau amah untuk menjaga rumah perlukah kita minta izin untuk masuk rumah sendiri? Jika diupah untuk memasak perlukah kita minta izin untuk makan? Jika diupah untuk menjaga anak perlukah minta izin untuk kita memegang anak sendiri?

Sebenarnya Jin, Manusia dan Malaikat adalah khadam kepada Allah. Sepertimana dalil-dalil didalam Quran yang menerangkannya :

“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka (mengabdi diri) menyembah dan beribadat kepadaKu” (Adz Dzariyaat: 56)

“dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk Yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka (Malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadanya)” (An Nahl: 49)

Dan sebenarnya dalam Quran terlalu banyak firman dan dalil yang menjelaskan bahawa semua makhluk adalah khadam (hamba) kepada Allah. Firman dan dalil dibawah ini pula sudah cukup menjelaskan siapa sebenarnya TUAN kepada sekelian KHADAM yang dikatakan ini :

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan” (Al Fatihah: 2, 4, 5)

“Tuhan Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu” (Al Buruj: 9)

Dan banyak lagi dalil dalam Quran yang boleh disenaraikan.

Hebatnya kita ni sampai menafikan kekuasaan Allah! Malah kita pula yang cuba mengambil alih tempat Allah. Kita syirik dalam terang, nyata dan samada secara sedar ataupun tidak. Betapa durhakanya kita kepada Allah Yang Maha Kuasa dengan merampas kedudukan Allah! Saya berani katakan dengan tegas dan lantang bahawa sesiapa yang mengaku mempunyai khadam seperti yang diatas atau yang akan dan sedang mempelajari ilmu khadam maka dia telah TERKELUAR dari islam (MURTAD), KUFUR serta SYIRIK kepada Allah. Bertaubatlah dengan segera!!!

Ingatlah! Setiap makhluk itu khadam (hamba) kepada Allah, maka jadilah hamba yang sebenar-benar hamba kepada TUANnya dan jadilah makhluk sebenar-benar makhluk kepada TUHANnya (Allah). Tinggalkanlah amalan minta izin kepada penjaga-penjaga sesuatu benda tu. Mintalah izin hanya pada Allah SWT saja.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR