Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
16 July 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon HILANG KETIKA MEMANCING – JIN DIFITNAH




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Baru-baru ini pengurus Baitul Ibadah Pusat Rawatan kami menerima panggilan telefon mengenai misteri kehilangan salah seorang adiknya ketika memancing di Hulu Kenyir, Terengganu bersempadan Gua Musang, Kelantan. Si pemanggil tadi meminta kami untuk melakukan scan bagi mengetahui keadaan sebenar adiknya yang hilang itu. Dia juga memberitahu telah banyak juga mendapatkan khidmat dari “orang pandai” tempatan bahkan penduduk kampung juga telah beberapa kali melakukan solat hajat tapi masih belum berjaya menemui adiknya itu. Ada dikalangan “orang pandai” tadi mendakwa adiknya itu telah disorok makhluk halus.

Setelah salah seorang perawat DA melakukan scan dan merujuk kepada saya mengenai apa yang telah dilihatnya. Menurut perawat DA ni, dia melihat mangsa tersebut terbaring berdekatan dengan sebatang pokok besar dan untuk sampai ketempat itu perlu melalui 2 buah bukit. Perawat DA ini juga memberitahu saya orang hilang tersebut berada jauh dari kawasan sungai. Setelah mendengar penerangan dari perawat DA ni, saya minta dia hubungi semula abang kepada mangsa tadi dan menceritakan apa yang telah dia lihat. Saya juga memberi persetujuan untuk ke lokasi kejadian bagi membantu mencari mangsa tersebut.

Pada hari dijanjikan kami bertolak ke Gua Musang selepas melakukan solat hajat memohon pertolongan Allah. Sesampainya di Gua Musang, kami disambut oleh abang dan ayah mangsa. Kami juga terpaksa meninggalkan kereta disebuah stesen minyak berhampiran dan dibawa ke lokasi kejadian menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Dari Gua Musang ke Hulu Kenyir mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dari Hulu Kenyir pula kami meredah jalan balak hampir 2 jam untuk ke lokasi mangsa hilang tersebut.

Kami terasa seolah-olah sedang menyertai Camel Trophy Advanture pula bila melalui jalan balak yang berlumpur dan bergaung dikiri kanan jalan. Pada 1 lokasi kenderaan pacuan 4 roda kami terpaksa ditarik oleh lori balak yang sedang melalui jalan tersebut kerana tersangkut pada jalan berlumpur. Sebenarnya sebaik memasuki jalan balak tadi, hati saya secara tiba-tiba menjadi sayu, sedih dan hiba. Dalam hati kuat mengatakan mangsa yang hilang ini sebenarnya telah meninggal dunia.

Pada jam lebih kurang 3.30pm kami sampai di lokasi mangsa hilang tersebut iaitu berhampiran dengan sungai yang agak cetek manakala dibahagian utaranya terdapat bungkahan batu besar air terjun lokasi dimana selipar dan joran pancing mangsa ditemui. Sebelum memulakan pencarian, kami diberikan taklimat oleh abang mangsa bagaimana kejadian hilang ini berlaku. Kami diberitahu bahawa mangsa keluar memancing bersama 3 lagi rakannya pada hari kejadian.

Menurut abang mangsa lagi, ada beberapa versi cerita “orang pandai” yang telah melakukan telekan. Antaranya, ada yang mendakwa si mangsa jatuh kedalam sungai ketika cuba menyelamatkan anak jin yang sedang lemas. Ada yang mendakwa si mangsa disorokkan oleh bunian bergelar Wali 7 dan ada pula yang mendakwa kononnya mangsa diambil oleh “orang alim” yang bukan dari kalangan jin atau manusia bagi menurunkan ilmu kepada si mangsa. Kononnya lagi mangsa akan kembali ke alam manusia setelah tamat belajar ilmu selepas genap 30 hari.

Pada hari kami sampai dilokasi kejadian, mangsa dikatakan telah hilang selama 16 hari. Kami juga diberitahu oleh abang mangsa bahawa mereka telah melaporkan kepada polis dan sepasukan polis, bomba dan penyelamat telah melakukan pencarian tetapi gagal ditemui. Selesai mendegar taklimat abang mangsa tadi, saya terus meredah sungai untuk ketempat yang saya fikirkan sesuai bagi memulakan upacara mencari. Setelah memilih tempat yang sesuai tanpa berlengah saya bentangkan kain pelikat yang dibawa, ambil wuduk dan melakukan solat hajat bersama 3 orang lagi jemaah DA bagi memohon bantuan Allah SWT.

Selesai solat hajat, saya arahkan Afiq (perawat kanan DA) untuk melakukan scan. Setelah 2 kali tetapi gagal mengesan, saya pula yang mengambil alih. Saya bertafakkur mematikan diri didalam zikir hingga bergema seluruh tubuh badan, ketika lena didalam zikir inilah saya terdengar bisikan menyuruh saya melakukan ritual ini semula pada jam 6.30pm. Sampai pada waktunya, sekali lagi saya bertafakkur mematikan diri didalam zikir. Terdengar bisikan menyuruh saya berhubung dengan”nya” melalui radar ghaib (menggunakan pembandul dari paku dan tali).

Suara bisikan tadi memperkenalkan dirinya sebagai jin islam bernama Ghof yang menghuni tempat itu. Semasa berhubungan dengan Ghof ini, kejadian disaksikan sendiri oleh 3orang perawat DA, abang dan ayah mangsa serta pemandu kenderaan pacuan 4 roda yang membawa kami. Melalui Ghof inilah kami diberitahu bahawa mangsa sebenarnya telah mati teraniaya oleh rakan-rakan pancingnya. Ghof juga telah menunjukkan lokasi dimana mayat mangsa telah disorok. Ghof menyuruh kami segera ke tempat mayat disembunyikan. Menurut Ghof lagi kami mesti sampai di tempat itu sebelum maghrib dan melarang saya berhubung dengannya selepas maghrib kerana dikhuatiri diganggu oleh jin jahat pula.

Alhamdulillah! Kami sempat sampai ditempat yang telah ditunjukkan oleh Ghof tadi sebelum maghrib dan setelah memerhati beberapa kawasan kami amat yakin dengan lokasi tersebut kerana ada langau yang berterbangan dan sekali-sekala tercium bau seperti bangkai kering. Lokasi itu juga sama seperti apa yang telah dilihat oleh Afiq semasa melakukan scan ketika di Baitul Ibadah Pusat Rawatan tempoh hari.

Saya mengarahkan salah seorang perawat DA yang baru menyertai kami untuk meninjau didalam belukar berhampiran. Malangnya kerana keadaan sudah gelap maka tidak dapatlah tinjauan menyeluruh dilakukan. Setelah berbincang lebih kurang, abang mangsa mengajak kami pulang dan akan meminta bantuan orang kampung untuk melakukan pencarian dilokasi itu ke esokannya. Hati saya terlalu berat untuk meninggalkan tempat tersebut selagi belum mendapat bukti atau menemui mayat mangsa, begitu juga dengan Afiq yang merasa berat hati untuk meninggalkan tempat tersebut.

Akhirnya kami terpaksa akur untuk bergerak pulang. Sebaik menaiki kenderaan 4x4, pemandu mengajak kami ke tempat awal tadi dimana lokasi saya melakukan ritual berhubung dengan Ghof untuk menunaikan solat maghrib. Sebaik kenderaan bergerak saya terdengar bisikan menyuruh saya membaca Ihdinas Siratol Mustaqin (tunjukilah kami jalan yang lurus) berulang kali. Saya menyuruh jemaah DA yang bertiga itu untuk membaca ayat tersebut bersama saya. Sesampai dilokasi, kami menunaikan solat maghrib berjemaah.

Memang benarlah Allah SWT itu Penunjuk Jalan Yang Lurus kerana sebaik selesai solat, kami terlihat ada cahaya didalam hutan berhampiran dengan tempat yang ditunjukkan oleh Ghof tadi. Rupa-rupa salah seorang rakan pancing mangsa dan 2 orang kawannya yang keluar dari tempat itu. Keadaannya amat mencurigakan dan apabila ditanya oleh abang mangsa apa yang dibuat ditempat itu, jawapan yang diberikan amat meragukan.

Selepas itu kami bertolak balik ke Gua Musang dan menuju kerumah keluarga mangsa bagi menerangkan keadaan si mangsa. Rupanya ketika dirumah keluarga mangsa ini, kami diminta pula melakukan rawatan kepada beberapa orang malahan ada juga kenalan keluarga mangsa yang menjemput kami kerumahnya untuk mendapatkan rawatan. Terpaksa kami menolaknya dengan baik. Selesai semuanya, kami bertolak pula ke Laloh jalan menuju Kuala Krai kerana diminta merawat orang yang terkena gangguan saka. Keesokannya kami bertolak balik ke Kajang dalam keadaan yang benar-benar keletihan dan tidak cukup tidur hampir 48 jam.

2 hari selepas kembali dari Gua Musang, abang mangsa menghubungi pengurus pusat rawatan DA memberitahu bahawa salah seorang rakan pancing mangsa mengakui mangsa sebenarnya telah terbunuh semasa mereka berempat melakukan bom ikan dan mayat mangsa telah disorok. Apa yang nak saya tekankan disini adalah mengenai FITNAH yang telah dilemparkan kepada jin, bunian dan makhluk halus yang dikatakan telah menyembunyi mangsa oleh beberapa “orang pandai” tu.

Senang betul kita menuduh makhluk halus yang melakukan angkara sedangkan kejadian sebenarnya bukan begitu. Walaupun pun mereka itu golongan makhluk halus namun hukum fitnah tetap juga jatuh dengan memberikan tuduhan sebegitu terhadap mereka. Entahlah! Apa nak jadi dengan masyarakat kita ni yang tak habis-habis menyalahkan makhluk halus dan sihir tanpa usul periksa.

Firman Allah SWT :
“dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) Yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa Yang mereka lakukan” (QS Al-An’aam : 132)

Firman Allah SWT lagi :
“dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - Yang berbuat baik dan Yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) Yang sesuai Dengan apa Yang mereka telah kerjakan, dan (Ketetapan Yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun)” (QS Al-Ahqaf : 19)


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR