Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
05 October 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon RAJA SEGALA PENDINDING




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Sepertimana yang telah diajarkan oleh Guru kepada saya, ingin saya kongsikan ilmu RAJA SEGALA PENDINDING NO. 1 diseluruh dunia dan memang telah terbukti keampuhannya. Mudah-mudahan selepas ini kita tidak lagi mencari pendinding-pendinding yang bersulam dengan kesyirikan. Rasa membuak-buak dihati untuk berkongsi ilmu pendinding ini lahir apabila saya dijemput ke Melaka untuk memberi rawatan kepada pesakit yang terkena sihir busung pada ahad lalu.

Keluarga pesakit memberitahu saya, bomoh yang sebelum ini menggunakan kaedah “menurun” untuk mengubati pesakit, tak pastilah pula saya apa yang sebenarnya yang “turun”. Diceritakan lagi kepada saya bahawa bomoh tersebut juga telah “memagar” rumah pesakit dengan “bantuan” khadam yang bergelar “Puteri Zubaidah” (kalau tak salah saya) yang didakwa dari Gunung Ledang. Yang agak pelik dan persoalan yang sering bermain di benak saya ialah kenapa yang dikatakan khadam itu selalunya berpangkat Raja, Puteri, Panglima, Datuk dan macam-macam gelaran lagi? Agak pelik juga bila yang berpangkat nak pula jadi khadam suruhan.

Berbalik kita kepada ilmu Raja Segala Pendinding yang menduduki tahta No. 1 didunia, inilah ayat dan kaifiatnya untuk amalan kita bersama, insyaAllah.

Ayatnya :
Terjemahannya :
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk”.

Ada juga yang menafsirkannya :
“Aku mohon perlindungan Allah dari syaitan yang kena rejam/kutuk/laknat/sumpah”

Kaifiatnya :
1. Diamalkan setiap lepas solat fardhu 5 waktu.
2. Diamalkan sebanyak 1000X sehari semalam (200X setiap selepas solat fardhu) atau lebih.
3. Setiap kali dibaca hendaklah kita memohon kepada Allah SWT didalam hati agar diberikan perlindungan dari syaitan dalam diri, syaitan diri dan segala bentuk syaitan yang Allah ciptakan dan ketahui wujudnya termasuk iblis.
4. Menanam keyakinan didalam hati/diri bahawa Allah SWT telah pun melindungi kita.

Saya terangkan konsep Raja Segala Pendinding ini agar kita lebih memahaminya. Sebagai contohnya : Untuk melindungi rumah kita dari pencuri maka kita memasang sistem keselamatan (alarm) tercanggih yang terdapat dipasaran sehinggakan jika burung hingga diatas bumbung rumah pun penggera akan berbunyi dan jika kucing atau anjing terlanggar pagar rumah pun penggera akan berbunyi. Ada juga yang tidak cukup dengan sistem penggera, dipasang pula dengan cctv dan yang berduit pula ditambah lagi dengan mengupah pengawal keselamatan yang mengawal siang dan malam.

Setelah kita berusaha dengan semua sistem keselamatan yang diterangkan diatas, akhirnya kita dapati masih lagi berlaku kecurian didalam rumah kita. Setelah diselidiki rupa-rupanya orang yang didalam rumah yang mencuri. Mungkin juga anggota keluarga, pembantu rumah atau sesiapa saja yang berada didalam rumah tersebut. Maka cukupkah kawalan keselamatan kita? Sudah selamatkah kita dari kecurian setelah memasang sistem keselamatan disekeliling rumah?

Sebab itulah kata Guru saya, beramal dengan ta’awwudz (Raja Segala Pendinding) ini sebenarnya memohon perlindungan Allah SWT dari diri kita sendiri menjadi syaitan pembinasa diri (dari segala sifat mazmumah), memohon perlindungan dari syaitan diri yakni Qarin, memohon perlindungan dari syaitan sekeliling yang terdiri dari (mungkin) ahli keluarga, anak-anak, sahabat-handai, rakan-taulan yang sentiasa mengajak kepada perkara mungkar (golongan manusia), memohon perlindungan dari syaitan sihir dan ghaib (golongan jin) dan memohon perlindungan dari Iblis laknaktulLah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu” (QS Al-An’am : 112)

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi” (QS Al-Mujaadila: 19)

Maka dengan amalan ini terdindinglah kita dari segala-galanya dari dalaman dan luaran, insyaAllah. Jika amalan ini diamalkan oleh setiap dari kita dengan bersungguh-sungguh dengan menyerahkan diri dan mengharap kepada perlindungan Allah SWT yang Maha Memberi Perlindungan (Al Waliyy), nescaya tidak akan berlaku apa-apa kepada kita. Jika berlaku sesuatu kemudharat kepada kita sekalipun, nescaya kita tidak akan merasakannya kerana telah berserah diri yakni redha kepada segala ketentuan Allah terhadap kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka” (QS An-Nahl: 99)

Sebenarnya masih banyak lagi yang boleh dikupas dan diterangkan, namun cukuplah sekadar ini saja dahulu. Terserahlah kepada kita semua untuk beramal dan membuktikan keampuhan ta’awwudz ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam” (QS An-Nahl: 98)

Hadis Junjungan Nabi SAW bermaksud :
"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya, dan dari hembusannya (yang menyebabkan kerusakan akhlaq)" (Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni, Hakim dan dishahkan olehnya serta oleh Ibnu Hibban dan Dzahabi).

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR