Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
24 October 2014

Darul Azzikri PostHeaderIcon LAGI KISAH KESEMBUHAN DARI KETAGIHAN DADAH



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Masih segar Di ingatan –  13 Ogos 2014
Assalamualaikumwarahmatullah... Suka saya sebagai seorang kakak ingin berkongsi bersama semua lebih-lebih lagi mereka yang turut mengalami masalah yang sama dengan keluarga saya, agar menjadi panduan sekiranya mahu mencuba atau mencari penyelesaian terhadap masalah dan penyakit,  ke arah kehidupan yang lebih baik dunia dan akhirat. Selagi kita bernafas tiada ada erti putus asa dalam kehidupan.   Alhamdulillah dengan izin Allah melalui Ustaz Ridzuan dari Pusat Darul Azzikri  adik saya berubah 360% .

Sebagai anak sulung daripada 5 adik beradik, walaupun perempuan mak dan ayah serta adik-adik banyak bergantung harap dan percaya pada saya . Tanggal                   13 Ogos 2014 adik lelaki  bongsu saya datang sehelai sepinggang , seluar pun sehingga lutut, semuanya ditinggalkan di Perlis kampung kami, telefon pun pinjam untuk telefon saya supaya menjemputnya di Putrajaya Sentral. Waktu itu, keadaannya sangat teruk, berhalusinasi (terdengar suara macam2) , bercakap sorang-sorang dan dengan mata yang buntang  lebih seminggu tidak tidur malam (kesan syabu ais yang diambil dan air ketum). Sangat teruk.

Sebagai seorang  kakak saya sangat sedih, dalam hati hanya  tuhan yang tahu. Walau bagaimanapun depan adik saya bersikap biasa, masak, beri dia makan dan suruh dia berehat malah bawa dia ke Darul Syifak bila dia mengadu macam-macam ikut dia , dia takut, tak boleh tengok syiling  dan sebagainya . Masuk hari kedua bersama saya, adik beritahu  dia nak berubah  tapi dia dah teruk sangat, semua benda yang dia ambil, dia tak bawa bersama (daun ketum, air ketum, syabu) satu satu pengakuan keluar dari mulutnya. Alhamdulillah, saya terima pengakuannya, dan dia minta saya tolong dia bawalah ke mana sekalipun, jam 3 petang dia bertambah teruk, demam dan ketagihan yang amat sangat badannya sakit semua, mengantuk tetapi tak boleh tidur, malam itu memang dasyat, saya cekal hati melihat keadaaan dia yang amat teruk, tidak dapat saya gambarkan di sini..hanya yang alami sahaja yang tahu. Saya tepuk (pok-pok) dia bagai bayi degan harapan dapat juga dia tidur atau kurangkan sakit dia, picit, pijak , gosok, sapu minyak, apa sahaja yang terlintas di fikiran. Dia cakap dia dah nak mati , memang dia seperti mayat hidup pun ( Muka cengkung, rambut panjang dan kurus). Adik minta saya bawa dia ke hospital. Apa yang saya sangat kasihan, biarpun dalam keadaan begitu adik tidak langsung marah-marah  dan tidak aggresif pada kami, Alhamdulillah.

Saya serba salah, sekiranya ke hospital adakah ubatnya., saya tak nak doktor ikat dan biarje dia, saya risau takde ubat, macam-macam difikiran orang yang cetek ilmu seperti saya, apa pun saya tekad biarlah dia bersama saya. Dalam masa yang sama saya ‘search internet’ dengan satu tangan pada adik satu jari terketar-ketar untuk cari di manakah saya boleh berubat adik kesayangan saya ini.. Alhamdulillah di sinilah saya terbaca mengenai Darul Azzikri, apa lagi terletak di Hulu Langat tidaklah jauh sangat dengan Putrajaya. Saya telefon ke nombor yang tertera 017-3391709 dan di jawab oleh Encik Hamzah. Mendengar percakapan dia sahaja saya menjadi yakin untuk menghantar adik ke sini.

Berjumpa ustaz Ridzuan , Darul Azzikri,  adik dengan rela hati bersetuju untuk berubat disitu, seminggu sahaja keadaan dia banyak berubah, walau bagaimanapun menurut Ustaz adik masih teruk  kerana jangka masa yang lama pengambilan dadah tersebut apalagi dengan kuantiti yang banyak. Bayangkan dari umur 13 tahun dan kini umurnya 25 tahun.
Oleh itu perubatan ubatan air kayu ramuan ustaz bersama zikir-zikir  dan amalan  agar menguatkan hati dalaman pesakit, diteruskan hingga 14 hari. Selepas itu adik sendiri telefon saya agar benarkan dia untuk terus di  Darul Azzikri bersama ustaz (dipanggil Apak) untuk belajar mengenali diri semula dan mendalami agama di samping menguatkan hati. Sehingga hari ini 14 Oktober 2014, adik masih di Darul Azzikri membantu merubat kawan senasib. Pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu buat kali pertama dalam belasan tahun, kami sekeluarga dapat beraya di Perlis dengan suasana yang sangat gembira lebih-lebih lagi ibu saya yang berbelas tahun berendam air mata dengan doa yang tidak putus-putus siang dan malam agar adik berubah. Dalam masa dua bulan adik benar-benar menunjukkan perubahan yang menakjubkan, adik bukan sahaja bebas dadah malah adik juga telah berhenti merokok yang selama ini bersambung puting dan dah “hadsome” (pandangan mata seorang kakak.. hee), apa pun semuanya dengan keiklasan hati beliau juga dan bimbingan ustaz.

Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih  tidak terhingga kepada Ustaz Ridzuan yang bersungguh-sungguh tidak pernah jemu dan sanggup bersusah payah merawat adik dan juga semua sahabat di Darul Azzikri .  Alhamdulillah moga adik akan terus berjaya didunia dan akhirat dengan bimbingan ustaz. Kepada semua sekiranya ingin berubat hubungilah Darul Azzikri.


Ayong Putrajaya
(0132087028)



WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

 

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR