Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
01 September 2016

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 9)



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.


Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualikum w.b.t. Catatan ini adalah pengalaman saya dalam mendidik  dan membesarkan anak-anak. Sebagai bapa sungguh tinggi harapan agar mempunyai anak yang soleh & solehah bagaimanapun dalam menjalani kehidupan ini berbagai ujian Allah beri sebagai tanda kasih sayang NYA kepada hamba-hamba NYA. Telah menjadi fitrah dan sunatullah kehidupan hamba mesti menerima ujian hidup bagi memastikan kita mendapat dan mencapai redho ALLAH.

Saya mempunyai 7 orang cahaya mata, 5 lelaki dan 2 perempuan. Alhamdulillah anak-anak saya adalah dari jenis yang mendengar cakap dan tidak ada yang menunjukkan sifat-sifat anak yang terbiar. Bagaimanapun anak yang ke4 saya iaitu Asyraf Najwan (ACAP) mempunyai sedikit kehendak yang berbeza dari adik-beradik yang lain. Selepas tamat Tahun 6 beliau dengan sendiri meminta untuk tidak menyambung tingkatan 1 di sekolah akademi harian tetapi beliau meminta untuk pergi mengaji sahaja. Saya sungguh gembira sekurang-kurangnya ada seorang ahli keluarga saya yang akan menjurus kepada pendidikan agama.

Pada cuti akhir tahun sekolah saya telah mendaftar ACAP ke sebuah Pusat Tahfiz di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Saya sentiasa memantau perkembangan beliau, saya dapati selepas 2 minggu dimasukkan ke pusat tahfiz berkenaan saya dapati beliau telah hafal surah yassin saya sangat gembira. Bagaimana pun setelah 4 bulan di pusat tahfiz berkenaan beliau telah melarikan diri dan pulang ke rumah. Apabila saya tanyakan kepada ACAP apa yang berlaku beliau berkata tidak mahu meneruskan pengajian di pusat tahfiz kerana dirotan oleh pengetua. Saya mengambil keputusan untuk membawa ACAP ke pusat tahfiz semula dan bertanyakan Pengetua kenapa ACAP dirotan, saya telah dimaklumkan ACAP sering termenung dan tidak mahu menyiapkan tugasan yang diberi, akhirnya saya keluarkan ACAP atas permintaannya dan mendaftarkan ACAP di sebuah sekolah agama yang berasrama di Tampin, N.S.

Bagaimanapun ACAP hanya bertahan selama seminggu di sekolah berkenaan, ACAP sekali lagi melarikan diri pada petang saya menghantar beliau ke sekolah agama itu selepas cuti Tahun Baru Cina. ACAP merlarikan diri selama 2 hari dan akhirnya pulang ke rumah selepas saya membuat laporan dibalai polis tentang kehilangannya.
Bermula dari hari tu, saya telah mendaftar ACAP ke sekolah akademi harian berdekatan rumah saya, setelah bersekolah di sekolah berkenaan ACAP mula bergaul dengan kawan-kawan yang bermasalah dan selalu ponteng sekolah dan mula merokok. Pada masa ACAP di Tingkatan 3, ACAP pernah ponteng selama 3 bulan bagaimanapun keputusan PMR ACAP masih baik walaupun selalu ponteng.

Apabila di Tingkatan 4,  ACAP telah terlibat dengan kes curi motor dan pernah dilokap dan diletakan dalam status kes JUVANA. Acap diletakkan dalam perhatian JKM selama 2 tahun. Saya ingatkan selepas tempoh perhatian ACAP akan berubah rupanya ACAP seterusnya bertambah hanyut apabila terlibat dengan najis dadah sehingga satu ketika abang sulungnya menemui syabu di rumah saya dan beliau tidak mengaku dadah tersebut kepunyaannya. ACAP telah mula sering  tidak balik ke rumah dan perubahan fizikal ACAP semakin ketara menyusut dan sering termenung dan diam, komunikasi kami sekeluarga dengan ACAP semakin kurang.

Kemuncaknya adalah apabila polis telah menyerbu rumah saya untuk menangkap ACAP, dengan kuasa ALLAH Acap telah dapat menghidu kehadiran polis berkenaan dan beliau terus melarikan diri dari rumah. Saya cuba menghubungi ACAP bagaimanapun gagal. Saya akhirnya meminta abang ACAP  yang ke3 menghubungi beliau dan meminta ACAP pergi ke rumah emak saya di Kajang. Sebelumya saya telah menghubungi adik saya dan meminta beliau menghantar ACAP ke Pusat Darul Az-Zikri.

Sebenarnya pada sebelum kejadian serbuan polis tersebut isteri saya telah menghubungi pentadbir Pusat Darul Az-Zikri dan berjanji untuk menghantar ACAP ke pusat berkenaan. Seterusnya saya menghubungi adik saya, sekiranya ACAP datang ke rumah emak saya tolong hantar  ACAP ke Darul Az-Zikri.

Alhamdulillah setelah di hantar ke Darul Az-Zikri saya selalu memantau perkembangan ACAP dengan mendapatkan perkhabarannya melalui pentadbir Pusat Darul Az-Zikri. Saya difahamkan bahawa ACAP telah berubah sebanyak 360 darjah. Sehingga kini saya dapati ACAP telah banyak berubah terutama dalam hal solat, ACAP selalu solat di awal waktu, apabila mendengar azan ACAP akan bergegas ke masjid atau surau. Saya sekeluarga termasuk emak saya dan emak mertua saya sangat terharu dengan perkembangan ACAP.

Sehingga kini ACAP masih mahu tinggal di Pusat Darul Az-Zikri walaupun beliau telah bebas sepenuhnya dari najis dadah. Saya dan isteri sangat setuju dengan cadangan ACAP sendiri. Pada masa ini nama panggilan ACAP telah ditukar oleh gurunya di pusat berkenaan kepada NAJWAN. Saya dan keluarga mula menggil ACAP dengan nama NAJWAN juga.

Akhir sekali saya sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan berterima kasih kepada Pusat Darul Az-Zikri kerana dengan bantuan petugas di pusat berkenaan ACAP telah berubah, terutama sekali setinggi terima kasih kepada Uztaz Tengku Ridzuan Az-Zikri sebagai guru yang membimbing NAJWAN sehingga menjadi seorang taat kepada agama.

Ayah (013-3420204)


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR