Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
27 December 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon REDHA DAN JANJI ALLAH





Firman Allah :

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. untuk mereka sahajalah kebahagiaan Yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah Yang demikian itulah kejayaan Yang besar. (Yunus : 62 – 64)

Baru-baru ini salah seorang dari ahlli jemaah telah menceritakan pengalaman yang terjadi kepadanya hasil dari mengamalkan ZikrulLah. Apabila sedang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menemui isteri dan anak-anak, saya teringatkan ceritanya hingga membuatkan saya amat rasa terharu dan menitiskan airmata bila menghalusi ceritanya dan telah membuktikan JANJI ALLAH pada sekelian hambanya yang lemah, tak berdaya namun redha dengan sebenar-benar redha dengan segala ketentuannya samada yang berupa ujian mahupun musibah.

Seperti yang telah diberitahu kepada saya, ahli jemaah kami ni akan mengikuti rombongan keluarga ke Pangkor. Malangnya tiba hari yang ditetapkan saudara kami ni ditimpa ujian/musibah. Sebaik turun dari rumah dia terlihat kaca cermin bertaburan ditepi keretanya, dalam hatinya berkata “Tak perasan pulak ada kaca kat tepi kereta ni, Alhamdulillah tak terpijak kaca masa balik kerja malam tadi”. Katanya dia lansung tak menyangka itu serpihan cermin keretanya yang dipecahkan pencuri.

Sebaik terpandangkan cermin keretanya barulah dia sedar bahawa cermin yang bertaburan tu adalah cermin keretanya yang dipecah orang untuk mengambil beg yang tertinggal dalam kereta kerana disangka pencuri ada barangan berharga. Bila diperiksa hanya beg dan cover radio player saja yang dicuri. Dengan zikrulLah didalam hatinya, dia merasa tenang menghadapi situasi tu dan menerimanya dengan redha.

Menurutnya lagi, setelah mengikat perut dan mengawal perbelanjaan untuk menyimpan duit bagi tujuan perbelanjaan rombongan ke Pangkor tu, akhirnya duit yang disimpan sekadar cukup-cukup untuk tujuan ke Pangkor terpaksa digunakan untuk membaiki kereta oleh kerana ujian/musibah yang menimpa. Setelah dicongak-congak, selepas membaiki kereta duit yang ada hanya cukup untuk perjalanan pergi balik serta makan mereka sekeluarga jadi tak dapatlah nak berbelanja sangat atau membeli buah tangan atau makan yang enak.

Tapi menurut saudara kami ni dia benar-benar redha dengan apa yang berlaku walaupun telah mengikat perut dan mengawal perbelanjaan untuk menyimpan duit. Belum pun sempat saya bertanya apa maksudnya dengan mengatakan redha atas ujian/musibah yang menimpanya, dia dah menjelaskan terlebih dulu. Menurutnya, dengan zikir hati yang sentiasa berjalan tu dia tak merasa apa-apa pun atas kejadian yang menimpa. Takde rasa kecewa, takde rasa kesal, takde rasa marah, takde rasa risau, takde rasa risau atau bimbang dengan duit yang lari dari bajet, pendeknya takde satu rasa pun melainkan rasa zikrulLah yang berjalan dalam hati. MasyaAllah!!! Hebat betul penangan zikruLah ni dan benarlah firman Allah :

"orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan ZikrulLah". ketahuilah Dengan "ZikrulLah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar Ra’d : 28)

Firman Allah lagi :

“tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah; dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (At Taghaabun : 11)

Cuma isteri saudara kami ni agak kecewa sedikit atas apa yang berlaku namun dapat ditenang olehnya. Selepas mengatur rancangan, dia segera menghubungi seorang ahli keluarganya untuk segera menyelesaikan membaiki kereta kerana masa yang dijanjikan untuk bertolak ke Pangkor dah hampir sangat.

Ahli keluarganya membawa saudara kami ni ke bengkel kawannya untuk dibaiki dan kerana redhanya saudara kami tadi, rupanya ahli keluarganya yang membayar kos membaiki cermin kereta tu. Alhamdulillah! Hebatnya Allah membalas orang-orang yang sabar dan redha. Jadinya duit simpanan saudara kami ni tak terusik dan mencukupi untuk perbelanjaan ke Pangkor seperti yang dirancang.

Malah yang lebih hebatnya, ahli keluarga tu jugak telah memberi sejumlah duit sebagai tambahan duit belanja kepada saudara kami tadi. SUBHANALLAH!!! SUBHANALLAH!!! SUBHANALLAH!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!, Allah memang Maha Hebat Rahmatnya keatas orang-orang yang mengingatiNYA dan kepada orang-orang yang sabar seperti firman Allah :

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar” (Al Baqarah : 155)

Firman Allah lagi :

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka Dengan sebaik-baik balasan bagi apa Yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya Dengan tidak terhitung” (An Nuur : 37 - 38)

Itulah yang terjadi kepada saudara kami salah seorang dari ahli jemaah yang benar-benar redha pada ujian/musibah yang Allah timpakan keatasnya dan akhirnya balasan Allah kepadanya amatlah berlipat-ganda. Sepatutnya kerugian diatas ujian/musibah yang ditimpakan tetapi kerana zikrulLah dan redhanya maka Allah beri balasan yang sebaliknya.

Malangnya ada diantara kita yang mengaku redha pada ujian/musibah yang Allah beri tapi sebenarnya hanya sekadar dibibir tidak dihati malahan sebenarnya terpaksa redha kerana sendiri tahu tak boleh buat apa-apa.

Yang lebih teruknya ada diantara kita yang tak pernah tinggal solat fardhu tambah pula dengan berbagai solat sunat, berzikir dan berdoa tetapi apabila ditimpakan ujian/musibah dengan mudah menyalahkan Allah.

Antara contoh ucapan-ucapan kita samada dimulut atau dalam hati apabila Allah timpakan ujian/musibah kepada kita :-

“Aku solat tak pernah tinggal, doa dan zikir tapi kenapalah Allah takdirkan perkaranya ni jadi pada aku, apalagi yang aku tak buat? Apa lagi salah aku ni?”

“Takpelah, aku redhakan sajalah nak buat macamana benda dah jadi”

“Nak buat macamana lagi terpaksalah terima je ketentuan Allah ni”

“Allah yang Berkuasa nak buat macamana lagi terima je la”


Dan macam-macam lagi ayat-ayat yang berbunyi sedemikian. Percayalah semua contoh-contoh ayat diatas menujukkan sebenarnya kita bukan redha tapi pasrah. Mulai sekarang marilah kita sama-sama ambil ikhtibar dari kejadian sebenar ni dan marilah kita sama-sama berusaha untuk ikhlaskan hati dan redha dengan sebenar-benar redha iaitu tiada rasa melainkan gembira atas tiap sesuatu ujian/musibah yang ditimpakan Allah keatas diri kita. Untuk itu perbanyakkanlah ZIKRULLAH dihati dalam apa keadaan sekali pun.

Firman Allah :

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Al Ahzab : 21)

Renung-renungkanlah :

“ia mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan ia mengetahui Segala Yang kamu rahsiakan serta Yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa mengetahui Segala (isi hati) Yang terkandung di Dalam dada” (At Taghaabun : 4)



WalLahHu Ta’alaa A’lam...


Oleh :



Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR