Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

AHLAN WA SAHLAN!

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

TRANSLATOR


web page counter

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader
08 November 2015

Darul Azzikri PostHeaderIcon GEJALA SYABU (ICE) BUKAN SIHIR ATAU GANGGUAN JIN


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Selama ini terlalu ramai ibu bapa atau ahli keluarga yang menghubungi kami untuk menanyakan mengenai rawatan ketagihan dadah yang turut mengatakan anak atau suami mereka terkena sihir atau gangguan jin. Ini berdasarkan kepada keadaan pesakit ketagihan dadah yang sering berperangai pelik seperti:


·         bercakap sendiri
·         mendegar bisikan-bisikan
·         marah tidak bersebab
·         emosi tidak menentu
·         cemburu yang keterlaluan atau melampau
·         ketakutan dan kemurungan
·         suka bersangka buruk terhadap orang sekeliling
·         bercakap tidak tentu butir
·         mengaku melihat jin, makhluk halus atau lembaga
·         mengaku melihat UFO atau alien
·         merasa seperti di ekori atau diperhati sesuatu
·         tidak boleh tidur siang dan malam selama beberapa hari
·         tidur hinga beberapa hari tidak bangun
·         dan seumpamanya.


Berdasarkan gejala-gejala seperti senarai diatas inilah membuatkan hampir 80% ibubapa, keluarga atau pasangan mendakwa si pesakit dadah tadi terkena sihir, gangguan jin atau masalah tersalah tuntut ilmu. Bahkan ada diantara mereka yang mendakwa kerana sihir, gangguan jin atau tersalah menuntut ilmu itulah yang menyebabkan si penderita mengambil dadah untuk menghilangkan stress.

Ingin saya jelaskan disini, semua gejala-gejala diatas berlaku adalah berakibat dari pengambilan dadah syabu (ice) dan pil kuda. Ini berlaku apabila si penagih menjadi tidak boleh tidur selama beberapa hari akibat pengambilan dadah jenis yang disebutkan. Oleh kerana tidak boleh tidur dan otak tidak dapat cukup rehat akan mengakibatkan terjadinya “halusinasi. Dan bagi penagih dadah syabu (ice) perempuan pula, selepas mengambil syabu (ice) mereka akan jadi teransang dari segi seks. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya seks bebas.

Saya berharap kepada yang mempunyai anak, ahli keluarga atau pasangan yang mempunyai gejala-gejala seperti diatas tidak sewenangnya meletakkan kesalahan atau tuduhan kepada sihir, gangguan jin atau salah tuntut ilmu, sebaliknya segeralah dibawa samada ke pusat pemulihan dadah agensi kerajaan atau mana-mana pusat rawatan dadah swasta yang diyakini.

Pernah berlaku, ada keluarga yang menghubungi kami mengatakan anaknya terkena sihir akibat dengki khianat orang kerana pada awalnya si anak seorang usahawan catering yang berjaya, namun mengalami kelajatuhan selepas anaknya tidak boleh tidur malam, hilang selera makan, sering dengar bisikan dan apabila boleh tidur hingga berhari-hari tidurnya. Kata keluarga tersebut, dah banyak tempat dibawa berubat dengan bomoh dan ustaz tapi si pesakit tidak juga sembuh. Dari gejala yang disebutkan terus saya menangkap masalah sebenar si pesakit lalu saya minta bawa berjumpa saya. Setelah dibawa berjumpa, dengan melihat keadaan fizikal pesakit pada cara bercakap, tingkahlaku, gerak tangan, sinar mata, ternyata sebenarnya dia penagih syabu (ice).

Gejala-gejala yang saya senaraikan diatas bukanlah saya ambil dari pembacaan mengenai simptom atau gejala dadah dari mana-mana buku, laman web, blog atau risalah sebaliknya daripada pengalaman saya selama ini merawat penagih-penagih dadah yang tinggal di pusat rawatan Darul Azzikri selama ini. Mudahan apa yang saya kongsikan kali ini dapat memberi sedikit kefahaman, petunjuk atau panduan kepada ibubapa, keluarga atau pasangan yang mempunyai anak, ahli keluarga atau pasangan yang mengalami gejala-gejala seperti yang disenaraikan diatas.

Firman Allah : 
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” (Al-Baqarah : 195)

“Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka” (At-Tahrim : 06)

 
WalLahHu Ta’alaa A’lam...

 Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
Tengku Ridhuan Al-Azzikri

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Hamzah : 017-339 1709
Zakwan : 010-219 4111
Suhazri : 013-2016017

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (17)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (65)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (82)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR