Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
01 November 2015

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 4)


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Assalamualaikum,

Saya Hjh Azizah Ahmad daripada Bdr Sg Buloh Selangor.

Saya ingin berkongsi tentang anak saya yang dulunya seorang penagih beberapa jenis dadah. Sudah agak lama beliau mula menagih dan tanpa pengetahuan saya. Sebelum ini, sikap nya membuatkan saya bimbang kerana kerap murung, emosi tak terkawal, tidak selesa berada lama di rumah, sering keluar malam, tidak berminat untuk bekerja, sering berhalusinasi dan sering hilang fokus. Kadang-kadang beliau ceria, kadang-kadang beliau murung. Kami sekeluarga bimbang dengan keadaannya. Mula-mula kami fikir itu perkara normal. Tapi lama kelamaan, perangainya tidak berubah. Banyak juga tempat kami bawa beliau untuk berubat. Tapi tak menampakkan hasil yang konsisten. Selama setahun sikapnya tidak berubah. Mulanya kami sangkakan sikapnya disebabkan perkara ghaib.

Kami makin bimbang kerana tidak tahu kegiatannya di luar waktu malam. Tapi akhirnya kami terjumpa dadah berkenaan di biliknya. Kami mula mencari pusat rawatan untuk anak saya kembali pulih dan akhirnya terjumpa website Pusat Rawatan Az-Zikri, kami mula datang kali pertama sebelum raya tahun ini, tapi kami hanya datang berubat sekali dan balik. Ada sedikit perubahan tetapi kami masih tidak dapat kawal kegiatannya. Ternyata kawan-kawannya juga terjebak. Selepas raya, kami terus daftar untuk rawatan dua minggu di pusat rawatan kerana berasakan ada pantauan yang baik. 

Selepas kembalinya anak saya daripada rawatan dua minggu, syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana terlalu banyak perubahan pada dirinya. Mukanya dan sikapnya lebih ceria. Lebih banyak berbual, lebih bermotivasi dan lebih aktif berbanding dulu. Beliau juga kini lebih suka habiskan masa di pusat rawatan az-zikri bila ada kelapangan. Syukur dengan perubahan positif beliau.

Terima kasih kepada pihak Pusat Rawatan Az-zikri, Ustaz Riduan, Azim & yang lain kerana banyak membantu dan semestinya dengan kehendak Allah swt. Syukur alhamdulillah.


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

 

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR