Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
26 January 2017

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 12)




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t...
       Saya ingin menceritakan pengalaman suami saya setelah menjalani rawatan di Pusat Rawatan Darul Azzikri beberapa minggu yang lalu. Alhamdulillah..syukur sangat pada Allah dengan kehidupan suami saya sekarang.
    Kisah hidup suami saya yang selama ini terlibat dengan najis dadah jenis 'ice' sejak berumur 14 tahun lagi dan kini umurnya sudah 31 tahun. Masa yang terlalu lama suami hidup menjadi hamba dadah jenis 'ice'. Saya mengetahuinya setelah saya berkahwin dengan suami. Setiap hari hati dan jiwa saya sangat terguris dengan sikap dan perbuatan suami. Setiap hari juga saya berdoa semoga Allah tunjukkan jalan pada saya untuk membantu suami saya.

    Alhamdulillah suatu hari tergerak hati saya untuk cari di internet. Syukur sangat saya telah terjumpa Pusat Rawatan Darul Azzikri yang boleh merawat masalah ketagihan dadah. Syukur juga suami dengan rela hati ingin menjalani rawatan di sana. Sebelum ini suami ada cuba ikhtiar untuk berubah sendiri tapi tidak berjaya. Setelah suami bersetuju, saya terus menghubungi Encik Hamzah dan beliau memberitahu cara-cara dan prosedur untuk dapatkan rawatan  di sana. Sangat berbaloi sebab bayaran untuk rawatan  berpatutan dengan perubahan suami sekarang dan tempat rawatannya tidaklah terlalu jauh dari rumah.

    Alhamdulillah Allah hu akhbar, syukur pada Allah setelah suami saya menjalani rawatan di Pusat Rawatan Darul Azzikri selama 1 minggu suami pulang ke rumah dengan banyak perubahan dan tidak lagi terlibat dengan najis dadah. Suami yang sebelum ini, jarang sangat solat, suka berjudi, sukar bangun untuk bekerja, panas baran telah berubah sepenuhnya. Suami mulai rajin solat dan sentiasa berzikir serta rajin bekerja dan tidak lagi berjudi dan banyak bertolak ansur dengan saya. Semoga suami akan terus istiqamah dalam melakukan amal ibadat kepada Allah.

    Saya sangat berterima kasih dan sangat menghargai jasa baik ustaz yang telah banyak membantu suami semasa suami saya menjalani rawatan di Pusat Rawatan Darul Azziikri. Terutama pada Apak (Tok Guru), Ustaz Zakwan, Ustaz Ally, abang Shahrul serta perawat yang lain.


    Akhir sekali, sekiranya ada antara orang yang kita sayangi terlibat dengan najis dadah cubalah hantar di Pusat Rawatan Darul Azzikri. InsyaAllah dapat membantu memulihkan semula insan kesayangan kita  dari najis dadah dan berubah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah..Allah Maha Berkuasa. Doa, Ikhtiar dan Tawakal.

Sekian Terima Kasih.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR