Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
16 April 2017

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 13)




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Hari ini ku kumpul seluruh kekuatan hati dan perasaan dengan linangan air mata kesyukuran untuk menulis pengalaman ini dengan harapan dan niat ikhlas mudah2an akan boleh menjadi iktibar dan dorongan agar  dapat membantu memberi keyakinan dan kekuatan kepada keluarga2 yang senasib dengan ku ....

Aku memiliki  keluarga sederhana dan dianugerahi oleh Allah anak perrmpuan dan juga anak lelaki ...

Satu hari waktu aku di pejabat,aku dikejutkan dengan wassap dari anak bongsu ku yang menuntut di kolej memberi tahu bahawa dia mengalami sakit kepala yang amat  sangat .dan tidak dapat pergi ke kolej ..melalui wassap itu juga dia membuat pengakuan bahawa dia  telah  terlibat dengan dadah ... Dan meminta aku  menjemputnya pulang kerana ingin berubat.. Aku rasakan dunia ku gelap, hati ku hancur luluh.. walau bagaimana pun aku bergegas bersama suami kerumah sewanya... Aku mendapatkan dirinya dalam keadaan terbaring lemah dengan wajah yang pucat dan dirinya hampir tidak mengenali aku ibunya..

Aku cium dahinya dengan penuh kasih sayang sambil memberitahu "mak da datang untuk menjemput adik pulang..." ku papah dia turun ke kenderaan..sepanjang di dalam kenderaan aku perhatikan anak bongsu ku seperti hilang ingatan.. dan dari mulutnya tidak berhenti menyebut "adik ingin berubah.. adik nak elok... adik nak berubat.. adik nak jumpa ustaz..." air mata ku menitis laju.. aku usap perlahan belakangnya sambil berkata .."iya nak, mak akan hantar adik berubat ..mak akan cari ustaz .."

Sampai di rumah dia sentiasa seperti dalam ketakutan , sentiasa mencari dan memanggil nama ku di waktu tidur ..aku bantu anak ku perlahan-lahan apa yang aku termampu, aku bekalkan anak bongsu ku dengan surat yasin ..ku suruh dia membaca setiap kali selepas solat, sehingga berulang kali.. Sementara itu  kakaknya berusaha mencari tempat untuk berubat sambil mencari-cari di dilaman web , sehingga terjumpa sebuah pusat pemulihan yang indah namanya "DARUL AZZIKRI"...sesuai dengan keinginan bongsu ku nak berjumpa ustaz .. anak perempuan ku cuba menelefon ke nombor yang tertera di laman web tersebut dan disitukah bermulanya kami kenal Ustaz Zakwan ..seorang ustaz yang amat baik di hati kami  sekeluarga ..

Setelah perbincangan dan persetujuan dibuat, kami  sekeluarga menghantar si bongsu ku ke pusat pemulihan Azzikri .., selama di sana kami tidak dibenarkan berhubungan secara terus melainkan melalui ustaz Zakwan. Kami sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan diri anak bongsu ku dari semasa ke semasa apabila kami bertanya ..pengisian pemulihan di pusat ini adalah berasaskan solat dan zikir , yang mana anak bongsu kudiajar ilmu solat yang betul dan selepas selesai solat akan melakukan zikir, mendengar guru mengajar pengajian Kitab dan diajar dengan solat sunat terutama sekali sunat taubat ..aku berdoa kepada Allah supaya anak ku diberi kesembuhan darl sakitnya dan tidak putus asa memohon kepada Allah memohon  Allah memakbulkan doa2 hambanya yg hina ini ..

Selama 2 bulan 2 minggu anak ku di Darul Azzikri, pada hari yang dijanjikan kami sekeluarga menjemputnya pulang ..Semasa bersama kami sekeluarga, kami melihat banyak perubahan pada anak bongsu ku ..keadaannya semakin beransur pulih secara perlahan-lahan, solat 5 waktu sentiasa dilakukan apabila tepat waktunya, menjadi hambaNYA yang cintakan zikrullah, sentiasa bermunajat disepertiga malam, dan melakukan Solat taubat, juga sentiasa melakukan solat dhuha, setiap kali selesai solat 5 waktu  setelah zikir, sentiasa menghafal surah2 dalam Muqaddam sehingga banyak surat yang telah dihafalnya ..Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Kasih Sayang kepada hamba2nya, lagi Maha Mendengar doa2 setiap hambanya ..

Ku pohon pada Allah semuga anak ku terus "ISTIQOMAH " dalam taubatnya dan dalam penyesalan terhadap dosa2 lalunya ...Semuga Allah terus memberikan taufiq, hidayah, lindungan, pertolongan dan rahmat kasih sayangNya kepada anakku hingga ke akhir  hayat  dan sentiasa dibawah lindungan dan peliharanNya dari mengulangi kesalahan dan kesilapan lalunya ..Semuga anak ku menjadi hamba yang beriman dan bertakwa  dunia akhirat ...aamiin ..

Wahai ibu bapa yang dikasihi, yang senasib dengan ku, berilah bantuan dan kasih sayang kita sepenuhnya kepada anak kita yang bermasalah, ini semua adalah ketentuanNYA jua, doakan mereka dengan kata2 yang baik sentiasa ..mereka bermasalah mungkin disebabkan dosa2 kita yang lalu ..jadi hantarlah mereka ke  "Darul Azzikri" tempat pemulihan yang paling baik dalam pengetahuan saya ..pusat yang bercirikan pendidikan agama menekankan amal ibadah untuk anak2 pemulihannya ..Semuga info ini boleh membantu bagi mereka yang tercari-cari tempat yang terbaik untuk anak mereka yang bermasalah ..

Sekian.

Terima kasih Ustaz Zakwan  dan semua perawat "DARUL AZZIKRI"
Semuga Allah merahmati kalian semua ..aamiin ...

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR