PESANAN!
Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung
SERTAI KAMI
PAUTAN
02 September 2017
PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 16)
12:00 AM |
Posted by
Syeikh Azzikri |
Edit Post
Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....
Assalamualaikum…. Disini saya ingin berkongsi kisah bersama semua lebih-lebih lagi mereka yang pernah mengalami masalah yang sama dengan keluarga saya, agar pengalaman kami sekeluarga dapat menjadi panduan sekiranya mahu mencari penyelesaian terhadap masalah dan penyakit serta kearah kehidupan yang lebih baik.
Alhamdulillah…….. dengan izin Allah S.W.T melalui Ustaz Zakwan dari Pusat Darul Azzikri adik saya telah berubah sepenuhnya.
Sebagai anak sulung daripada 3 adik beradik, keluarga banyak bergantung kepada saya. Kami sekeluarga mula mengesyaki bahawa adik saya ini mengambil dadah tapi kami tidak mengetahui jenis dadah yang diambil. Mak mula mengetahui adik mengambil dadah ini apabila duit yang saya kirimkan untuk membeli susu kepada anak saya habis digunakan oleh adik saya. Saya sebelum ini bekerja di Sabah dan suami bekerja di KL jadi saya terpaksa meninggalkan anak sulung saya selepas habis berpantang kepada emak saya di Kedah. Setiap bulan saya akan memasukan duit keperluan keluarga dan anak kepada adik saya. Namun begitu, kadang-kadang duit yang dimasukan itu tidak sepenuhnya di berikan kepada emak saya. Bermacam-macam alasan di beri apabila dia telah menggunakan duit tersebut. Adik saya ini juga tidak bekerja dan apabila dia bekerja mesti tidak bertahan lama. Dipendekkan cerita, semasa saya berpantang anak kedua, sikap dan tingkah laku adik saya ini semakin menjadi-jadi. Sekiranya dia meminta duit dan saya tidak mengendahkan atau lambat memberi kepadanya dia akan marah-marah.
Saya dan emak mula berfikir untuk membuat sesuatu supaya adik saya mengaku bahawa dia mengambil dadah. Namun usaha kami gagal dan saya telah memberi cadangan kepada emak saya untuk menghantar adik saya berubat di Pusat Darul Azzikri. Pada Januari 2017, saya telah menghubungi Ustaz Hamzah dan menceritakan masalah saya kepadanya. Setelah habis berpantang, saya telah kembali ke KL. Seminggu selepas itu, mak menghubungi saya memaklumkan adik saya mengamuk di sebabkan mak saya tidak memberi duit kepadanya. . Selama ini, mak saya banyak berabis duit dan sentiasa yakin bahawa adik saya tidak terlibat dengan najis dadah, namun anggapan mak saya itu silap apabila banyak kali mak menjumpai alat untuk menghisap dadah di dalam bilik adik saya. Akhirnya mak saya nekad meninggalkan adik saya bersendirian di kampung dan beliau datang ke rumah saya.
Apabila mak saya tiba di KL, dia nekad menyuruh saya menghubungi pihak AADK untuk membuat laporan mengenai adik saya dan setelah berbincang dengan adik bongsu, kami merasakan ini sahaja jalan penyelesaian yang kami ada untuk menyedarkan adik saya. Saya nekad menghubungi pihak AADK dan 2 hari selepas itu, pihak AADK telah membuat serbuan ke rumah saya di kampung dan kebetulan adik saya tiada di rumah. Keesokan harinya, dia telah menghubungi saya dan memaklumkan dia tidak mahu duduk di kampung lagi dan nak datang ke rumah saya.
Dirumah saya, kami Nampak dia gelisah dan dia sering memaklumkan badan-badan dia sakit dan tidak boleh tidur. Sampai satu tahap dia demam dan batuk yang teruk. Mak saya sentiasa memujuknya untuk mendapatkan perubatan. Kami sekelurga memberi kata dua kepadanya sama ada berubat atau dihantar ke pusat pemulihan. Akhirnya adik saya bersetuju untuk membuat Rawatan dipusat Darul Azzikiri.
1 April 2017 kami telah menghantar adik saya ke pusat ini dan Alhamdulillah sekarang adik saya sudah pulih sepenuhnya. Dia tidak lagi seperti sebelum ini. Solat 5 waktu sentiasa di jaga. Kami sekeluarga amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada ustaz-ustaz yang banyak membantu adik saya. Mak saya pun Alhamdulillah tidak lagi gelisah memikirkan masalah adik saya ini.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz-ustaz yang merawat adik saya dan kawan-kawan yang lain di Darul Azzikri. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda semua. Kepada semua sekiranya ingin mendapatkan perubatan boleh menghubungi Pusat ini.
Kak (017-6258597)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...
Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
Artikel Berkaitan:
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUBUNGI KAMI
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :
Wan : +6010-3107374
Wan : +6010-3107374
FACEBOOK BADGE
Labels
- (33)
- (43)
- (3)
- (10)
- (4)
- (2)
- (12)
- (1)
- (4)
- (25)
- (16)
- (2)
- (1)
- (1)
- (2)
- (3)
- (1)
- (2)
- (11)
- (1)
- (4)
- (2)
- (3)
- (69)
- (1)
- (10)
- (10)
- (90)
- (10)
- (11)
- (10)
- (6)
- (2)
- (24)
- (1)
- (2)
- (5)
- (4)
- (4)
- (3)
- (24)
- (1)
Blog Archive
-
►
2019
(1)
- ► August 2019 (1)
-
▼
2017
(7)
- ► October 2017 (1)
- ► August 2017 (1)
- ► April 2017 (1)
- ► January 2017 (2)
-
►
2016
(5)
- ► November 2016 (1)
- ► September 2016 (1)
- ► August 2016 (1)
- ► March 2016 (1)
- ► February 2016 (1)
-
►
2015
(7)
- ► December 2015 (1)
- ► November 2015 (2)
- ► October 2015 (3)
- ► March 2015 (1)
-
►
2014
(1)
- ► October 2014 (1)
-
►
2013
(1)
- ► March 2013 (1)
-
►
2012
(2)
- ► August 2012 (2)
-
►
2011
(44)
- ► November 2011 (2)
- ► October 2011 (4)
- ► September 2011 (3)
- ► August 2011 (2)
- ► April 2011 (3)
- ► March 2011 (9)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
-
►
2010
(70)
- ► December 2010 (4)
- ► November 2010 (8)
- ► October 2010 (2)
- ► April 2010 (2)
- ► January 2010 (1)