Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
05 August 2017

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 15)



Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Pada 14 April 2017, saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari kenalan Angah sekitar jam 1 pagi.

Khabar yang diterima, Angah berkelakuan ganjil dan sangat agresif sehingga rakan-rakannya terpaksa membawa beliau ke balai polis agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini di kolej. Angah belajar di sebuah kolej di selatan tanahair.

Sekitar jam 4 pagi, pegawai polis dari balai berkenaan menalifon saya dan bertanyakan beberapa soalan tentang Angah.
Seandainya tiada siapa datang untuk menjemput Angah, mereka akan menahan Angah untuk siasatan kerana merasakan Angah telah terlibat dengan salahguna bahan-bahan terlarang/dadah.

Berderau darah dan seribu persoaalan timbul di kepala.
Saya segera melakukan solat-solat sunat dan membaca Al-Quran serta berdoa agar segalanya selamat.

Along (Abang kepada Angah) bersama rakannya dari Kuala Lumpur bergegas ke selatan tanahair untuk menjemput Angah pulang.

Pesanan saya kepada Along, apapun terjadi Angah mesti dibawa pulang.

Alhamdulillah, Along sampai ke balai dan berjaya memujuk Angah untuk balik ke Kuala Lumpur.
Tetapi mereka perlu singgah ke hostel untuk mengambil barang2 kepunyaan Angah.

Namun, tiba di hostel, Angah sekali lagi menjadi agresif dan enggan untuk mengikut Along utk pulang.
Along menalifon saya dan saya terus bercakap dengan Angah dan memintanya untuk pulang. Syukur Alhamdulillah, beliau akur.

Sekali lagi saya memberi pesan kepada Along agar tidak berhenti di mana2 RnR selagi berada di dalam negeri di selatan tanahair itu

Di rumah saya menyediakan air bacaan ayat-ayat Al-Quran untuk Angah mandi sebaik beliau tiba ke rumah.
Alhamdulillah, Along, Angah dan rakan Along tiba sekitar asar di rumah dan saya terus memintanya mandi dan kemudian tidur dan rehat secukupnya.

Waktu tiu saya memikirkan bahawa Angah tidak terlibat dengan bahan2 terlarang seperti dadah dsbnya. Saya hanya fikir Angah mungkin terlalu tertekan menghadapi final examnya dan tekanan melampau mampu membuatkan seseorang itu 'tersampuk' atau 'disampuk' oleh makhluk halus.

Angah tidur dari Asar hingga maghrib. Malam itu Angah tidak tidur. Saya masuk ke bilik dia dan berbual2 dengan beliau. Beliau mengaku telah mengambil bahan terlarang iaitu ganja. Bagi saya, ganja dalam dosej terkawal tidak akan memberikan impak yang sangat dahsyat sebagaimana yang dialami oleh Angah. Dan Angah juga berjanji untuk berhenti dari mengambil dadah tersebut.

Sekitar jam 4 pagi Angah mahu keluar rumah. Saya menahannya kerana terlalu awal. Dia kemudiannya bersiap untuk keluar sekitar jam 5 pagi. Ingin ke masjid katanya. Sekitar jam 9 pagi, Angah tidak pulang2 dan kami sekeluarga menjadi risau. Along kemudiannya keluar untuk mencari Angah. Setengah jam kemudian, saya dan isteri turut keluar. Rupanya Angah sedang di kejar polis. Beberapa kejadian telah berlaku. Angah di tahan di balai polis kerana ada report polis terhadapnya.

Allahuakhbar. Lemah semua sendi-sendi tubuh badan. Airmata sesekali bercurahan. Di balai polis Angah sesekali jadi agresif sehingga beliau perlu digari dan dipakaikan baju yang mengikat ketat kedua-dua tangannya.
Keadaan Angah yang tidak stabil membuatkan Angah perlu menjalani proses pemeriksaan di hospital.

Di hospital, Angah disahkan mengambil dadah jenis ganja. Doktor memberikan ubat tidur dan penenang. Namun pegaruh dadah di dalam tubuh Angah sangat kuat sehingga ubatan yang diberi termasuk suntikan tidak memberikan sebarang kesan. Saya dan isteri bersetuju agar Angah ditahan di wad saiko untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Harapan kami, agar Angah segera sembuh. Namun, keadaan Angah begitu juga. Beliau terlalu agresif bila ubat penenang dan ubat tidur yang diberi hilang kesannya. Doktor dan pembantu hospital menalifon kami setiap hari sehinggalah mereka memanggil kami untuk berbincang untuk menjalankan rawatan ECT kepada Angah. ECT adalah rawatan menyalurkan caj-caj elektrik ke otak pesakit. Kami terima banyak pendapat agar tidak menggunakan rawatan itu terhadap Angah.

Saya dalam masa itu terus 'mencari' pusat-pusat rawatan yang lebih bercorak 'natural healing' yang ada menekankan unsur-unsur keagamaan. Saya 'terjumpa' beberapa pusat rawatan dan mula membuat senarai pendek untuk menghubungi mereka satu persatu.

Pusat Rawatan Darul Azzikri adalah salah satu dari yang telah saya senarai pendek. Saya baca beberapa testimoni pesakit-pesakit yang telah berjaya dirawat. Saya hubungi Ustaz Wan melalui whassap dan bertanya beberapa soalan, di antaranya cara atau kaedah perubatan dan kos yang terlibat.

Setelah berpuas-hati dengan penjelasan yang Ustaz Wan berikan, saya berbincang dengan ahli keluarga terdekat dan kami bersetju untuk menghantar Angah ke Darul Azzikri untuk menjalani rawatan pemulihan. Saya kemudiannya bertindak membatalkan rawatan ECT dan seterusnya mengeluarkan Angah dari hospital untuk menjalani rawatan di Darul Azzikri dengan segala risiko saya tanggung sendiri.

Angah mula menjalani rawatan di Darul Azzikri pada 26 April 2017. Setiap 2 hari atau 3 hari sekali, saya bertanyakan khabar Angah melalui Ustaz Wan. Alhamdulillah, situasi Angah terkawal dan mengikut setiap kaedah rawatan yang dikenakan ke atasnya. Untuk 2 minggu yang pertama, kami sekeluarga memang tidak dibenarkan melawat kerana ianya adalah waktu-waktu kritikal dalam proses rawatan dan keadaan Angah sangat parah. Kami faham dan akur serta terus memanjatkan doa kepada Allah agar Angah diberi kesembuhan dan keafiatan seperti sediakala.

Alhamdulillah, kami dapat melawat Angah pada minggu ke 3. Syukur Angah sudah mula menampakkan dirinya bersedia untuk menjalani proses-proses rawatan seterusnya. Kaedah rawatan Darul Azzikri kepada setiap pesakitnya yang melibatkan proses pembersihan, penyucian dan pemantapan saya lihat amat berkesan buat Angah dan rakan-rakannya. Selebihnya, motivasi yang diberikan oleh para perawat secara terus menerus mampu mengembalikan semangat kepada para pesakit untuk bangkit bangun dan bebas sepenuhnya dari pengaruh dan gejala dadah.

Setelah menerima rawatan selama sebulan, kesihatan Angah telah menunjukkan yang beliau sangat positif untuk sembuh sepenuhnya. Namun kami bersetuju untuk Angah tinggal lagi sebulan agar beliau benar-benar sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, Angah dibenarkan pulang pada 16 Jun 2017 iaitu 3 hari sebelum hari raya untuk 'cuti' selama 2 minggu.

Namun, Ustaz Wan memberikan khabar gembira buat kami, dengan izinNya jua, Uztaz Wan memberitahu bahawa Angah dilihat telah pulih sepenuhnya tetapi perlu dipantau dengan baik dan seandainya keadaan Angah terus baik, Angah tidak lagi perlu menyambung rawatannya.

Syukur, Alhamdulillah.
Berita yang diterima adalah merupakan satu anugerah dari Yang Maha Esa dan ianya seolah merupakan satu hadiah hari raya buat kami sekeluarga. Keadaan Angah kini telah kembali normal dan kami telah membuat keputusan untuk menukar tempat pengajian Angah dari selatan tanahair ke kuala lumpur agar kami dapat terus memantaunya setiap masa. Hidup adalah ujian. Ujian yang dihadapi pasti disertakan dengan jalan keluar. Mengambil hikmah dari setiap usai ujian yang dihadapi adalah kefahaman yang tidak ternilai harganya.

Terima kasih tidak terhingga kepada para perawat Darul Azzikri yang bagi saya sangat berpengalaman dalam bidang ini. Buat Ustaz Wan, Ustaz Yi dan Apak serta para pembantu di Darul Azzikri, hanya Allah Yang Mampu membalas jasa serta pengorbanan kalian demi membantu ummat agar dapat kembali beribadah kepadaNya sebagaimana yang dikehendakkiNya.

Kami sekeluarga mendoakan agar kalian senantiasa diberikan taufiq, hidayah, rahmat, kekuatan, kemudahan dan perlindunganNya dalam setiap turun naik nafas di atas dunia yang fana ini.

Insya Allah.

Wasalam.

Ayah Hp : 016-2067469


*Video berkaitan angah ini kami uploadkan di facebook page Darul Azzikri - Pusat Rawatan Islam dan Alternatif dengan mendapat izin dari angah dan ayahnya. Semoga video itu nanti boleh menjadi peringatan betapa bahayanya pengambilan dadah ganja yang berterus dan semua jenis dadah.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR