Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
01 June 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon KESAN GIGITAN MENJADI BUKTI




Seperti yang pernah saya janjikan dalam artikel sebelum ini, akan saya ceritakan pengalaman membersihkan rumah di Penang atas jemputan tuan rumah sendiri.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan tiada apa lagi yang mengganggu keluarga tersebut. Sebelum ini isteri kepada orang yang menjemput saya sering diganggu ketika sedang memasak seperti ada orang dibelakang sedang memerhatikannya. Tidak kurang juga kelibat-kelibat yang kelihatan didalam rumah itu yang bentuknya hitam berbulu seperti diceritakan oleh isterinya.

Oleh kerana hujan lebat semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang, kami yang bertolak lebih kurang jam 5ptg sampai di Penang lebih kurang jam 12mlm. Sebaik sampai kami memulakan acara kerana tanpa disangka ada pula jemputan ke Padang Serai, Kedah. Orang dah jemput kena la pergi walaupun keletihan.

Mula-mula sampai rumah tu memang saya tak rasa apa-apa atau kehadiran makhluk ghaib dirumah tu tapi sedang asyik mendengar cerita tentang keadaan rumah tu dari tuan rumah dan isterinya tiba-tiba bulu roma sebelah kiri meremang, tengkok sampai kepala rasa bahang seperti duduk dekat unggun api. Memang inilah tanda-tanda kehadiran makhluk yang menggangu rumah ni.

Saya pun mulakan scan dan memang dah dapat rasa kehadiran makhluk tu didepan saya. Tak bertangguh saya mulakan zikir nafas dan zikir khafi untuk mengepung makhluk tu. Makhluk tu cuba melawan dan meronta nak larikan diri mungkin sebab dah tak tahan dengan kepanasan zikir saya kot. Saya tahan makhluk tu dengan tangan sambil alirkan zikir keseluruh badan dan tumpukan pada tangan.

Makhluk tu semakin meronta-ronta nak lepaskan diri hinggakan dia menggigit tapak tangan saya yang berfungsi sebagai pagar zikir. Memang jelas pada saksi-saksi yang ada dalam rumah tu lebih kurang 7 orang semuanya nampak daging tapak tangan saya tiba-tiba naik dan berkumpul. Sekeliling kawasan tapak tangan tu jelas membentuk gigitan mulut. Memang saya terasa ada gigi taring yang cuba dibenamkan kedalam daging tapak tangan saya maka saya kuatkan zikir khafi dan alirkan ke tapak tangan.

Sebaik perawat2 yang lain selesai tugas mendetek bilik2 yang terdapat dalam rumah tu, mereka datang kepada saya dan sama-sama memusnahkan makhluk yang mengigit tapak tangan saya tadi. Saya arahkan mereka untuk menguatkan zikir khafi dan alirkan ketangan bagi membakar makhluk tersebut.

Alhamdulillah tak sampai 5minit makhluk tu pun musnah sama sekali. Yang nyatanya sebagai bukti memang jelas kelihatan ditapak tangan saya terdapat kesan bintik 2 batang gigi taring yang sebesar jarum dan kemerahan. Esoknya tapak tangan saya jadi bengkak mengening tapi tak sakit dan tak mengganggu lansung cuma sekali-sekala terasa gatal pada kesan taring tu. Malangnya kali ini kami tak bawak video cam untuk merakamkan kejadian ini. Kesan gigitan tu masih ada sehingga artikel ini ditulis.Memang dah terbukti nak cakap ape lagi. Dan memang dah terbukti jugak ilmu zikirullah ni takde tandingannya.

Oleh :



Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR