Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
06 June 2017

Darul Azzikri PostHeaderIcon PULIH DARI KETAGIHAN DADAH (KISAH 14)




Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Kisah dan pengakuan ini telah di emailkan kepada saya dan disiarkan tanpa sebarang pengubahsuaian. Bacalah kisah dan pengaku ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit harapan kepada yang diluar sana. Ini kisahnya :

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Assalamualaikum. Aku harap nukilan ku ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar buat mereka yang senasib denganku. aku merupakan seorang isteri kepada seorang bekas penagih dadah. Dipendekkan cerita, aku mengenali suamiku melalui kakakku. Setelah itu, suamiku menggunakan aplikasi Facebook untuk berkomunikasi denganku. setelah sebulan lebih berkenalan, tiba-tiba dia mengatakan hasratnya untuk mengahwiniku. Tanpa banyak bicara, aku bersetuju dengan hasratnya itu. Aku sememangnya sedar akan hakikat bahawa dia pernah mengambil dadah jenis ice atau syabu. Tetapi, dia telah pun berjanji untuk meninggalkan tabiatnya itu dan bersungguh-sungguh untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Untuk pengetahuan semua, saya merupakan seorang mualaf dan tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang Islam. Namun oleh kerana yakin dengan kata-kata dan janji manis yang ditaburkan oleh dia saya pun mengahwininya pada tanggal 19 Disember 2015. Saya bekerja di Kuala Lumpur manakala suami saya pula tinggal di Kuching bersama keluarganya. 6 bulan pertama setelah berkahwin, dia sentiasa meminta duit daripada saya. Jika tidak diturutkan, dia akan mengamuk dan memaki hamun saya di dalam telefon dan juga tidak berkomunikasi sehingga berbulan lamanya Sampaikan saya harus pulang ke Kuching untuk memujuknya. Saya faham isi hatinya yang mungkin merindui saya sebab itu lah dia mula mengambil semula ice ketika itu. Sampaikan pada satu tahap dia telah menjual barang-barang di rumahnya untuk mendapatkan wang bagi mendapatkan bekalan ice.

Suami saya tidak bekerja pada ketika itu jadi wang semestinya menjadi masalah baginya. Pada ketika itu, dia telah membangkitkan kemarahan kedua orang tuanya. Oleh sebab itu, dia telah berkeras untuk pergi ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan saya. Setelah lebih 3 minggu berada di Kuala Lumpur tanpa bekalan ice, secara perlahan-lahan dia berubah kepada dirinya yang normal. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. 3 bulan selepas itu, iaitu pada hujung bulan September, saya mendapati pada suatu malam itu, perangainya tidak seperti biasa. Dia berkelakuan gelisah dan matanya terbeliak dan seolah-olah resah seperti sedang mencari sesuatu. Kemudian, saya mengesyaki bahawa dia telah kembali mengambil ice.

Saya cuba bertanya kepada dia namun di amenafikan sehinggalah selepas beberapa hari kemudian dia telah membuat satu pengakuan yang benar-benar menghancurkan hati saya. Benarlah firasat hati saya tentang dia, hancur luluh hati saya mendengar pengakuan jujur daripadanya itu. Dari saat itu, bermulalah episod hitam dalam hidupku. Semua barang kemas ku habis digadai. Tidak cukup dengan itu, barangan dalam rumah mertuaku juga menjadi sasarannya. Kami memang tinggal bersama mertuaku. Bulan demi bulan berlalu, dia tidak menampakkan sebarang perubahan sehinggalah pada suatu hari itu, dia telah menggunakan kereta saya dan telah menjual keempat-empat sport rim dan tayar kereta saya. Saya telah mengambil kata putus setelah berbincang dengan orang tuanya untuk menghantarnya berubat melalui perubatan islam.

jadi, kami pun mencari melalui laman sesawang untuk mencari tempat perubatan bagi memulihkannya bukan sahaja dari segi jasmani, malah juga dari segi rohani. Melalui laman sesawang, kami telah mendapati sebuah tempat yang dinamakan “Darul Al-Zikri”. Sebagai percubaan, kami bersepakat untuk menghantarnya ke sana untuk seminggu. Di sana kami mengikuti perkembangannya melalui ustaz Zakwan. Saya sebagai isteri sentiasa bersabar menunggu dia pulih dan sentiasa berdoa agar dia dibukakan pintu hatinya. Sepanjang dia berada di sana, saya tidak dapat menghubunginya .

Setelah genap seminggu berada di sana, syukur Alhamdulillah dia telah kembali kepada dirinya yang asal:- kuat makan dan banyak bercakap. Saya dan keluarga mertua menyambut kepulangannya dengan hati yang gembira. Selang seminggu kemudian, kami dapat melihat banyak perubahan yang terdapat pada dirinya. Yang paling ketara, Alhamdulillah dia tidak meninggalkan solat 5 waktu dan solat taubat yang selalunya dia lakukan selama seminggu berada di sana. Terima kasih kepada Allah kerana mengembalikan suamiku balik ke pangkuan ku dan juga ustaz-ustaz yang banyak memberi bantuan kepadanya sepanjang dia berada di sana. Satu perkara yang menjadi pengajaran buat diriku ialah untuk tidak berputus asa dan bergantung harap terhadap Allah SWT.

Adha (Isteri)
Hp: 013 8323714

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR