Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
15 November 2010

Darul Azzikri PostHeaderIcon SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA




AlhamdulilLah! Dalam 2 hari lagi kita akan menyambut Aidiladha atau Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT seperti firman-NYA (QS 37. Ash Shaaffat:102-109) :-

102. maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".
103. setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),
104. serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;
107. dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;
108. dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian:
109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini demi memperingati kesanggupan dan pengorbanan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Allah dan pengorbanan serta kesediaan dan keihklasan Nabi Ismail untu disembelih sebagai korban tanpa mempersoalkan tindakan ayahandanya jauh sekali untuk mempersoalkan perintah Allah seperti yang termaktub didalam Quran (Juz 37. Ash Shaaffat:102-109).

Bagaimanapula dengan diri kita sendiri? Bagaimana pula kita menyambut Aidiladha? Sudahkah kita melaksanakan ibadah korban? Mungkin ramai yang sudah melakukan ibadah korban bagi diri mereka dengan membeli bahagian-bahagian dimasjid-masjid dan surau-surau malah ada yang melaksanakannya setiap tahun. Cukupkah ibadah korban yang kita lakukan itu? Padahal dalam masa yang sama kita juga telah mengabaikan tanggungjawab kepada ayah dan ibu kita. Kita selalunya hanya memandang kepada peristiwa korban itu saja tanpa melihat kepada ketaatan Nabi Ismail kepada ayahandanya dan kepada Allah.

SubhanalLah! SubhanalLah! SubhanalLah! Lihatlah betapa taatnya Nabi Ismail kepada ayahandanya sedangkan kita kadang-kadang tak pernah lansung memperdulikan kedua ibubapa kita. Lebih malangnya lagi, kebanyakan dari kita telah melupakan terus pada ibubapa yang telah meninggal dunia. Tidak pernah menyedekahkan Fatihah kepada mereka selepas meninggalnya. Tidak kurang yang melawan, menempelak, menjerit herdik ibubapa yang telah tua hanya kerana perkara-perkara kecil.

Itu baru bab korban dalam konteks kekeluargaan dan terhadap ibubapa, bagaimana pula pengorbanan kita kepada Allah sebagai hamba dan makhluk-NYA? Apa yang telah kita korbankan untuk agama dan Allah? Lupakah kita pada kisah-kisah para sahabat yang bersungguh-sungguh berkorban untuk menegak dan menyebarkan islam keseluruh dunia hingga nikmat islam ini sampai kepada kita hari ini diatas pergorbanan mereka? Bagaimana Saiyidina Abu Bakar RA mengorbankan keseluruhan hartanya hingga tiada apa yang tinggal bagi dirinya dan keluarga melainkan Allah dan RasulNYA. Terlalu banyak sangat pengorbanan para sahabat kalau nak diceritakan. Ini dalam konteks korban untuk agama.

Bagaimana pula korban kepada Allah? Perkara utama yang perlu kita korbankan untuk Allah adalah masa dan hati. Jika sebelum ini kita hanya mendirikan solat seminggu sekali pada hari jumaat atau setahun dua kali iaitu dengan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha, mulai saat ini korbankan masa kita untuk mendirikan solat 5 waktu dan buang jauh-jauh alasan meninggalkan solat kerana kerja dan urusan dunia. Tambahilah pula dengan solat sunat Taubat dan Tahajjud pada malam hari sekurang-kurangnya seminggu sekali. Gunakanlah pula hati kita untuk sentiasa berzikir kepada Allah seperti firman-NYA :-

(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (QS 3. Ali Imran:191)

kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya. (QS 4. An Nisaa’:103)

15. dan menyebut-nyebut Dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
16. (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
17. padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan Yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di Dalam Kitab-kitab Yang terdahulu (QS 87. Al Alaa:15-18)


Marilah kita sama-sama menghayati Aidiladha ini dan melakukan ibadah korban yang sebenarnya dengan menjadikan diri kita sendiri sebagai korbannya. Korbankan kesemua nafsu jahat kita dan gantikan dengan sifat Mahmudah. Korbankan harta-benda kita bagi pembangunan dan ekonomi islam serta melalui sedekah jariah. Korbankan segala ego dan keangkuhan kita kepada ketaatan kepada ibubapa. Korbankan masa kita untuk ibadah solat dan zikir kepada Allah. Korbankan! Korbankan! Korbankan segalanya hanya semata-mata untuk ALLAH YANG SANGAT KITA CINTAI!!!

WalLahu A’lam...

Nota :
Sempena Aidiladha ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Bonda saya Kamariah Bt. Syeikh Hj. Othman, semua ahli keluarga, sekelian ahli jemaah dan semua pengunjung blog ini.

Tidak lupa juga saya mengambil kesempatan ini untuk meyampaikan ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada:-

1. Junjungan Nabi Muhammad SAW (yg sgt2 saya kasihi dan rindui)
2. Sekelian Ahli Salasilah dan Guru-guru
3. Junjungan Buya Syeikh Imam Hj Ibrahim (almarhum yg saya kasihi, rindui dan sanjungi)
4. Junjungan Bapak Guru Syeikh Hj Othman Awang (almarhum Atuk yg saya kasihi, rindui dan sanjungi)
5. Junjungan Bapak Guru Syeikh Hj Mahyudin (yg saya kasihi, rindui dan sanjungi)

(Al Fatihah)


Oleh :

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR