Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
23 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon RAHSIA DAN FADHILAT 7 AYAT QURAN




AlhamdulilLah! AlhamdulilLah! AlhamdulilLah! Ucapan syukur yang semampunya saya panjatkan ke Hadhrat Allah SWT yang telah membukakan hati saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang diajarkan oleh Guru saya kepada saudara-saudari semua. Harapannya semoga diamalkan dan dapat pula memberi manfaat dengan izin Allah SWT jua. Bukanlah banyak ilmu didada saya melainkan hanya satu titik dari huruf “Ba” sahaja.

7 ayat ini digunakan bagi menangkis dan melindungi diri dari sihir, guna-guna dan seumpamanya malah boleh juga digunakan bagi menyembuhkan orang yang terkena ilmu tersebut. Juga untuk mengelak dari terkena pukau. Syaratnya tiadalah lain melainkan meyakini akan setiap ayat yang dibaca malah meyakini keseluruhan Quran itu sendiri termasuk dalam Rukun Iman. Dan tiadalah ia dapat memberi manfaat melainkan perlu dijadikan amalan harian bukannya bila perlu atau selepas terjadi sesuatu perkara barulah kita membacanya.

Quran itu bukanlah dibaca hanya ketika perlu saja bahkan patut dibaca setiap masa. Diambil ikhtibar dan pengajarannya sebagai panduan hidup didunia dan diamalkan pula dalam kehidupan harian. Malangnya kita hari ini hanya teringatkan serta membacakan ayat-ayat dan surah-surah Quran ketika perlu atau sewaktu ditimpa musibah sahaja begitulah juga halnya dengan zikir, solat dan doa. Ada pula diantara kita apabila berhasil hajat selepas mengamalkan zikir, solat dan doa maka terus ditinggalkan amalan hinggalah datangnya waktu perlu atau ditimpa musibah.

Inilah kebenaran yang terjadi. Sampai begitu sekali kita melayan Allah dan Quran hanya ketika PERLU. Sebelum saya merepek lebih jauh lagi, disini saya kongsikan fadhilat 7 Ayat Quran.

Ayat Pertama
Surah At-Taubah ayat 51 :
Katakanlah: "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal"

Ayat Kedua
Surah Yunus ayat 107 :
“dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu Yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannya melainkan DIA; dan jika DIA menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

Ayat Ketiga
Surah Hud ayat 6 :
“dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata”

Ayat Keempat
Surah Hud ayat 56 :
"kerana Sesungguhnya Aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah Yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan Yang lurus”

Ayat Kelima
Surah Al-‘Ankabut ayat 60 :
“dan (ingatlah) berapa banyak binatang Yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah Yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”

Ayat Keenam
Surah Faathir ayat 2 :
“apa jua jenis rahmat Yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun Yang dapat menahannya; dan apa jua Yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun Yang dapat melepaskannya sesudah itu. dan (ingatlah) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Ayat Ketujuh
Surah Az-Zumar ayat 38 :
dan Demi sesungguhnya! jika Engkau bertanya kepada mereka itu: "Siapakah Yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah: "Kalau demikian, Bagaimana fikiran kamu tentang Yang kamu sembah Yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku Dengan sesuatu bahaya, Dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, Dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang Yang mahu berserah diri"

Semoga dapat dijadikan sebagai panduan dan amalan seharian dan ketika keadaan memerlukan. Yang terutamanya dengan menjaga solat 5 waktu. Tiadalah ia memberi manfaat melainkan dengan izin Allah SWT jua, maka hendaklah kita kukuhkan serta bulatkan iktikad kepada Allah SWT semata-mata dengan menyakini kekuasaan Allah SWT dan kebenaran firmanNya iaitu mukjizat Quran itu sendiri dan berserah diri dengan sebenar-benarnya kepada Hadhrat Allah SWT Yang Maha Agung. Adalah TERLEBIH BAIK jika kita berpegang dan mengamalkan keseluruhan Quran itu daripada mengambil sebahagian darinya saja.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR