Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
10 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon PENGERAS, MAHAR DAN FIDYAH




Masih ramai yang menghantar email bertanyakan tentang soal bayaran pengeras, mahar ataupun fidyah bagi khidmat rawatan yang kami berikan. Tidak kurang juga yang bertanyakan soalan berkenaan jenis-jenis penyakit yang boleh kami rawat. Walaupun dah banyak kali diterangkan berkenaan bayaran khidmat ini tapi masih ramai lagi yang tak faham dengan falsafah perubatan kami. Jadi kali ini biarlah saya jelaskan dengan terperinci untuk kefahaman semua. Seperti mana firman Allah didalam Quran seperti dibawah ini :

“dan sesiapa Yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah Dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya” (Al-Maa’idah : 32)

“dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya” (Al-Hasyr : 9)
Justify Full
Sabda Hadhrat Junjungan Nabi SAW :

“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain (H.R. Bukhari)

Sebenarnya masih banyak lagi firman-firman Allah seperti diatas kalau nak disenaraikan tapi yang lebih baiknya kalau sendiri buka Quran baca dan fahamkan isi serta maksudnya bukan sekadar terjemahannya saja. Berlandaskan firman-firman Allah seperti inilah kami memberikan khidmat rawatan tanpa sebarang bayaran “Pengeras” yang buat orang “Keras” bila mendengar jumlahnya, “Mahar” yang terlalu “Mahal” harganya Fidyah yang membuat orang “Susah”. Kita fikirlah sendiri si pesakit dan keluarganya dah tentulah banyak berabis duit untuk mendapatkan rawatan maka tergamakkah kita menyusahkan mereka lagi? Bagaimana kalau perkara ini terjadi pada diri kita sendiri, keluarga dan handai-taulan?

Yang lebih penting dan terutama untuk semua perawat-perawat fikirkan adalah, SIAPA YANG MENYEMBUHKAN? AYAT SIAPA YANG KITA PAKAI? Terus-terang saya katakan kami menggunakan ayat-ayat dari surah-surah Quran dan yang menyembuhkan adalah Allah SWT Yang Maha Penyembuh, kami hanyalah berusaha jadi bagaimana kami nak meletakkan sebarang harga atau bayaran? Kami tak berani untuk memberi JAMINAN KESEMBUHAN melainkan Allah jualah yang mengIZINkan dan menghendakinya. Atas timbangan atau ukuran apakah yang kami nak guna bagi menetapkan sebarang harga atau bayaran? Jika atas tenaga dan usha bukankah firman Allah diatas tu dah cukup jelas menerangkannya? Jika terpaksa kerumah pesakit dan keluar belanja petrol, tol, parking, makan/minum, dan sebagainya tidakkah boleh kita anggap itu sebagai sedekah atau jariah membantu sesama manusia? Jika tiada kemampuan untuk ke tempat pesakit kerana masalah kewangan bukahkah kita boleh menolaknya dengan baik bukan meletakkan harga yang membebankan pesakit.

Firman Allah SWT :

“dan berimanlah kamu Dengan apa Yang Aku turunkan (Al-Quran) Yang mengesahkan benarnya Kitab Yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang Yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan Yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa” (Al-Baqarah : 41)

Jika harga diletakkan atas barang keperluan perubatan maka letaklah harga yang sewajarnya bukan mengambil keuntungan berlipat ganda. Sebab itulah saya lebih suka minta sipesakit sendiri yang menyediakan barang keperluan rawatan agar tidak meletakkan harga. Kalau terpaksa pun saya yang menyediakannya saya anggap sebagai sedekah jariah saja. Kami pernah banyak kali dijemput sehingga ke utara dan selatan tanahair, namun kami sesama jemaah Darul Azzikri berpakat berkongsi duit bagi perbelanjaan perjalanan seperti petrol, tol dan sebagainya malah ada dikalangan jermaah yang berebut-rebut nak keluarkan duit hingga saya sendiri takde peluang nak keluar duit. Sehingga kini tanpa meletakkan sebarang bayaran, ramai dari pesakit yang pernah dirawat tak pernah pula tak menghulurkan hadiah kepada kami atas usha dan khidmat yang kami berikan.

Mereka sendiri pun ada akal fikiran tau penat-lelah dan susah-payah kita sebagai perawat. Mereka pasti akan bagi tanpa ditetapkan sebarang bayaran pun seperti pepatah melayu “orang berbudi kita berbahasa”. Selalunya duit hadiah pemberian pesakit tu saya bawa semua ahli jemaah yang terlibat pergi makan sama-sama. Kami hanya akan meletakkan harga pada khidmat tertentu seperti urut dan bekam serta pada produk-produk kami yang berkaitan duniawi. Saya memang nak ubah semula konsep perubatan islam yang berteraskan tolong-menolong dan bantu-membantu sesama manusia bukan nak mencari keuntungan atau sebagai mata pencarian atau pendapatan. Ini semua kerana sebelum belajar ilmu perubatan islam ni saya sendiri berpengalaman mengalami nasib dikedudukan sebagai pesakit. InsyaAllah akan saya ceritakan pada artikel yang lain.

Berkenaan soalan khidmat rawatan yang kami berikan pula tidaklah khusus tapi mengikut kemampuan kami saja. InsyaAllah! Apa saja penyakit yang dirasakan mampu untuk diusha atau ikhtiarkan akan kami terima jika tidak kami akan jelaskan kepada pesakit yang bertanya dan nasihatkan agar mencari perawat yang lain.

Apapun saya menyusun jari memohon ampun maaf kepada semua perawat-perawat lain yang membaca artikel ini sekiranya mereka tersinggung dengan artikel saya ini. Saya tidak tujukan kepada mana-mana perawat hanya sekadar penjelasan kepada pengunjung blog yang sering sangat bertanyakan berkenaan bayaran pengeras, mahar dan fidyah atas rawatan yang kami berikan.

Firman Allah :

Katakanlah: "Apa jua Yang Aku harap kamu berikan kepadaKu sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan Yang menjadi upahku Yang sebenar hanyalah dari Allah, dan ia sentiasa memerhati serta menyaksikan tiap-tiap sesuatu" (Saba’ : 47)


WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR