Paparan Terbaik Dengan IE7 dan Firefox 3.0 Keatas / Best View With IE7 and Firefox 3.0 and Above

PESANAN!

Pastikan anda BOOKMARK
DARUL AZZIKRI
untuk mengikuti perkembangan isu
yang dibangkitkan serta
komen-komen dari pengunjung

SERTAI KAMI

Klik icon untuk baca melalui FEED

Subscribe in a reader

web page counter
01 March 2011

Darul Azzikri PostHeaderIcon SUSAH MATI KERANA AMALAN SYIRIK



Semalam saya dijemput ke suatu tempat di Keramat untuk membuat rawatan. Walaupun agak keletihan setelah memandu lebih kurang 3 jam dari luar Kuala Lumpur untuk pulang kerumah dan tak sempat nak merehatkan badan, namun tetap juga saya gagahi untuk memenuhi permintaan anak pesakit.

Benarlah! Allah Maha Mengetahui lagi Maha Hebat, kerana sepanjang hari saya tak berkesempatan untuk makan dalam perjalanan pulang, sampai di rumah pula terpaksa penuhi permintaan merawat pesakit tapi sebaik sampai dirumah pesakit anaknya menghidangkan murtabak yang enak rasanya. Terisi jugalah perut saya.

Setelah mejamah hidangan yang disediakan saya pun bertanya kepada anak si pesakit berkenaan masalah emaknya yang terlantar dipenjuru rumah. Si anak perempuan kepada pesakit yang saya panggil Kak D ni pun menceritakan serba ringkas tentang emaknya. Menurut Kak D ni, dah banyak tempat dibawakan emaknya untuk mendapatkan rawatan tetapi keadaannya masih sama kalau berubah pun Cuma sekejap saja. Pernah Kak D bawa emaknya berubat hingga ke Kelantan bertemu dengan seorang yang bergelar “Ustaz”, tapi malangnya, dia dimalukan depan orang ramai yang datang mendapatkan rawatan.

Kata ustaz tu “emak awak ni syirik!”, dalam nada agak tinggi. “Nak saya ubatkan mintak anak lelakinya datang”, kata ustaz tu. Kak D ni bagitaulah yang adik-beradik lelakinya tak memperdulikan keadaan emaknya sebab tulah dia yang bawa. Akhirnya Kak D pulang ke KL dengan hampa. Kebanyakan tempat berubat yang Kak D pergi termasuk beberapa “DARUL” yang terkenal mengatakan maknya semasa muda mengamalkan ilmu syirik sebab tu keadaannya macam tu, susah nak mati walaupun dah terlantar tak boleh bergerak bernafas pun dibantu dengan oksigen.

Setelah mendegar semua cerita tu, saya pun minta izin untuk berwuduk bagi memulakan rawatan. Saya duduk disisi kiri pesakit kerana sejak sampai kerumahnya, saya perhatikan si pesakit ni kepalanya sentiasa menghadap ke sisi kirinya dan sesekali kelihatan mulutnya kumat-kamit seolah-olah sedang memandang dan bercakap dengan seseorang walaupun suaranya tak kedengaran.

Sebaik mengambil posisi, saya memulakan bacaan pembukaan dan beberapa ayat dari Surah Saba’ dan Surah Yasin sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun si pesakit sepertimana firman Allah didalam Al-Quran yang bemaksud :

"tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah Yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan Yang lurus” (Huud : 56)

Saya mulakan zikir khafi sehingga terasa bergema seluruh badan, kemudian saya merenung kepada si pesakit tadi memang jelas kelihatan pendamping disisinya. Patutlah si pesakit ni asik menoleh ke kiri je dan mulutnya terkumat-kamit seperti bercakap dengan seseorang rupanya dengan pendamping amalannya tu. Kemudian saya makrifat zikir mengalir hingga ke tapak tangan kiri lalu saya hadapkan tapak tangan kiri saya ke mata si pesakit. Memang jelas kelihatan pada saya sendiri kalimah Allah tertera di tapak tangan dan memancarkan nur yang kuat. Saya halakan kepada si pesakit serta-merta wajah si pesakit berubah menjadi pucat dan dia segera menoleh kearah lain seolah-olah tak boleh menentang nur yang terpancar dari tapak tangan saya. Sekali-sekala dia cuba menoleh kearah pendampingnya tapi tetap tak berjaya menentang pancaran nur kalimah Allah tadi hingga menyebabkan mata hitamnya naik keatas dan hampir hilang.

Dalam masa yang sama Nur kalimah Allah tadi memancar kepada si pendamping hingga menyebabkan ia lari meninggalkan temannya si pesakit yang terlantar tu. Waktu tu jelas kelihatan airmata menitis dari mata si pesakit seolahnya tak rela berpisah dengan teman pendampingnya. Saya teruskan zikir, tak sampai 10minit si pesakit tiba-tiba memejamkan matanya dan tertidur lena. Setelah selesai rawatan saya bertanya kepada Kak D hal emaknya. Menurutnya sejak jatuh sakit hampir setahun yang lalu maknya tak pernah tidur dan kerenahnya pula sangat menyakitkan hati.

Kata Kak D lagi pernah juga dia merasa teringin untuk memeluk emaknya tapi tak mampu dilakukan bila teringat kata-kata perawat-perawat dan bomoh-bomoh yang pernah merawat dan mendakwa itu bukan maknya tapi belaannya hingga membuatkan Kak D berkata dalam hati “Itu bukan mak aku macamana nak peluk”. Saya katakana pada Kak D bahawa itu memang maknya bukan syaitan yang menguasai tubuh badan maknya tu. Peluklah jangan takut. Saya bacakan pada Kak D firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

“dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (ajal yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan” (Al-A’raaf : 34)

Saya jelaskan padanya bahawa jika telah sampai ajal kita tak ada suatu makhluk pun yang boleh menghalang dan boleh mengawalkannya kerana semuanya telah ditentukan Allah. Maknya belum mati kerana belum sampai lagi ajalnya bukan susah mati kerana syaitan pendamping yang menguasai jasad tadi. Menangis juga Kak D menyesali kesilapannya mempercayai kata-kata bomoh-bomoh terbabit sedangkan Allah telah pun menjelaskan hal ini dalam Quran. Dan sedih juga saya bila dapat tau seorang yang bergelar ustaz memalukan dan menghina si pesakit dan Kak D dengan mengherdiknya mengatakan emaknya melakukan syirik.

Pada saya itu urusannya dengan Allah sedangkan tujuannya datang untuk mendapatkan rawatan bagi menyelesaikan masalah dihadapi emaknya. Apalah salahnya ustaz tu merawatnya saja dan jika tak mampu mengakulah saja, minta maaf dan suruh dia cari perawat lain, kan senang tapi janganlah sampai memalu dan mengaibkan orang pula. Bagaimana pula dengan Hablum minannass (hubungan dengan manusia) yang Hadrhat Junjungan Nabi kita ajarkan, manalah dicampakkan agaknya.

Sabda Hadhrat Junjungan Nabi SAW :
"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Oleh :

‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Artikel Berkaitan:

blog comments powered by Disqus

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji di no :

Wan : +6010-3107374

FACEBOOK BADGE

Labels

  • (33)
  • (43)
  • (3)
  • (10)
  • (4)
  • (2)
  • (12)
  • (1)
  • (4)
  • (25)
  • (16)
  • (2)
  • (1)
  • (1)
  • (2)
  • (3)
  • (1)
  • (2)
  • (11)
  • (1)
  • (4)
  • (2)
  • (3)
  • (69)
  • (1)
  • (10)
  • (10)
  • (90)
  • (10)
  • (11)
  • (10)
  • (6)
  • (2)
  • (24)
  • (1)
  • (2)
  • (5)
  • (4)
  • (4)
  • (3)
  • (24)
  • (1)
Darul Azzikri Back to Top

LANGGANAN EMAIL

Dapatkan post/artikel terkini dengan melanggan melalui email. Setiap post/artikel terbaru akan dihantar terus ke email anda.

Enter your email address:

Delivered by : FeedBurner

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

POST TERKINI

DAFTAR SENARAI

BlogMalaysia.com SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Free Web Directory And Free Back link

POST PALING POPULAR